Sambung cerita jalan-jalan di Sekinchan, Selangor. Yang seronok di Sekinchan ni, di kiri jalan besar ada pantai dan laut, di kanan ada sawah padi. Tapi sekarang ni ada kerja-kerja pembinaan di jalan besar, nak melencong ke kanan, nak ke sawah padi tu agak payah sikit.
Di Sekinchan, kami pergi empat tempat ni je. Ada tempat menarik yang lain di sini, antaranya, La Familia Orchard dan Restoran Lembah Bernam.
Dari Pantai Redang keluar ke jalan besar, nak ke kawasan sawah padi, disebelah kanan jalan. Dekat pembahagi jalan, ada tanda arah ke La Familia Orchard. Check kat peta - masih lagi travel with paper..hihi..La Familia Orchard ni di Jalan Parit 6. ikut kereta depan buat pusingan U ke Jalan Parit 6.
Ohh..lihatlah sawah padi terbentang luas..masa ni dah habis musim menuai..
Sawah padi di Jalan Parit 6
Berjimba-jimba di sawah padi...jalan depan sikit, tengok ada jerami gulung pula...hot spot untuk photoshoot...
Jalan lagi mencari Kilang Beras Rakyat Sekinchan, milik syarikat PLS di Jalan Tali Air 5. Kita melawat kilang beras pula. Yang ni tengok dalam blog SS, teringin nak pergi..yaa, sampai juga..
Kilang Beras Rakyat Sekinchan
Tempat photoshoot bertemakan buah padi
Jom kita masuk kilang. Ramai pelancong bangsa Tionghua datang berbas-bas, dari Johor dan Singapura. Masuk kilang ni free je, di tingkat bawah, ada kedai jual beras dan barang makanan berasaskan beras seperti mihun, keropok beras, sabun.
Nak tengok tempat memproses padi, bayaran masuk RM5.00 sorang, kena naik level platform ni.
Bayaran masuk = RM5.00, dapat beras ni
beras utk souvenir
Mula-mula tengok tayangan video mengenai proses semaian, penanaman, tuaian padi dan proses menjadi beras. Padi ditanam dua kali setahun, dalam bulan Februari dan Ogos. Kalau nak tengok padi menguning, kenalah datang dalam bulan April atau bulan November. Kalau nak tengok jerami gulung, bolehlah datang bulan Jun atau Disember.
bilik audio-visual
Kemudian, diperkenalkan barangan keluaran syarikat PLS.
beras souvenir tadi, ada tiga tema
4 jenis beras 2kg dan keropok beras
sabun daripada beras
Dah habis sesi di bilik audio-visual, penerangan proses pengilangan beras (yang ni lihat dari atas je). Kemudian ke satu sudut yang ada maklumat mengenai beras dan pameran alat-alat yang digunakan dalam perusahaan sawah padi dan beras. Macam muzium mini gitu.
komposisi sebutir padi
barangan antik
kendian turun ke bawah, ke tempat jualan beras dan barangan lain.
jualan beras
jualan barangan berasaskan beras
mesin pembuat keropok beras
mesin menanam padi
pokok padi yang masih berbuah
Berakhir sudah lawatan ke kilang padi. Bergerak pula ke dua tempat lagi, dekat-dekat je, SKC 3D art gallery di Jalan Parit 5 dan Padi Box, hotel kontena di Jalan Parit 4.
malas nak masuk, entrance fee = RM12
Memandu di batas ban-ban sawah, cuak juga, jalan kecil berbatu kerikil, ke Jalan Parit 4.
Padi Box di Jalan Parit 4
hotel kontena dan banglo di sawah padi
Berakhir sudah, jenjalan separuh hari di Sekinchan. Boleh juga meneruskan perjalanan ke Restoran Lembah Bernam di Jalan Tali Air 9 di Pasir Panjang yang menyajikan makanan eksotik. Tapi kami berangkat pulang, dah set nak makan cendol durian dan mi udang on the way ke Kuala Selangor.
cendol durian Borhan - restoran tepi jalan besar
duriannya adalah sikit je,
yang banyak perisa durian yang kaler hijau tu
harga = RM4.00
Mi udang banjir Kuala Selangor
harga = RM12.00, sedap juga, udang ada 6 ekor
restoran tepi jalan besar
Sekian, selamat berhujung minggu.