Wednesday 24 June 2015

Ramadhan ini: Di lorong-lorong belakang

Assalamualaikum..salam 7 Ramadhan..

Bagaimanakah Ramadhan anda? so far, so good? Alhamdulillah..

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. 
Agar dapat kulalui dengan sempurna"
 - Man bai ft Raihan

Hari Jumaat lepas, hari kedua bulan puasa, berkesempatan menyertai aktiviti mengedar makanan kepada homeless/gelandangan di lorong-lorong belakang bangunan kedai, off Lorong Haji Taib 2.

Alhamdulillah, berbuka dengan nasi bungkus
dan kuih tepung pelita


Aktiviti bermula - menyelusuri Lorong Haji Taib 2. Sangat sedih melihat keadaan mereka, tidur beralaskan kotak, di tepi-tepi longkang..aduhh..


Memang banyak kisah-kisah kehidupan di lorong-lorong belakang
hidup mesti diteruskan

Thursday 18 June 2015

Ramadhan ini

Assalamualaikum...Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Ramadhan Kareem..Allahu Akram

Sorry, gambar tak sesuai..hihi..

Kek sumbangan dari Bro Ridz, tokeh 'kutu' dari Account Depthari Isnin baru ni..

Hari ni, 1 Ramadhan, terima ini pula..

buku Surah Yasin sempena tahlil Allahyarhamah isteri kpd Chairman
Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya

Terasa sayu di hati mengenangkan mereka yang dah kembali ke rahmatullah..di bulan Ramadhan ini, roh-roh mereka bergembira...

Selamat beramal. Semoga sentiasa tenang dalam Zikrullah..maaf zahir & batin.

Wednesday 10 June 2015

Di manakah Liberty Tower?

kat US? hehe..kat US pun ada, tapi yang ni kat KL, versi Malaysia. Suka-suka je meng'English'kan nama bangunan. Sebetulnya nama bangunan ni ialah Menara Liberty..tempat teman bekerja. Dulu namanya Menara Uni.Asia.

 

Baru je tukar nama..maknanya business card, letterhead, semua alamat surat menyurat office pun kena tukar juga..huhu..

suka bunga kekwa kaler baby pink

Sekian, laporan dari Menara Liberty, Jalan Sultan Ismail.

Thursday 4 June 2015

Hijau di ibukota..

Pukul 1.00 tengahari. Kawasan Segitiga Emas.
Jumpa hutan ni semasa melintas jalan di Jalan P. Ramlee nak ke Jalan Pinang. Matahari memancor-mancor, berehat sebentar di sini, memang sejuk..


KL city centre needs more green space like this..

 
sebelah KLCC je..di saat harga tanah di sekitar KLCC dah mencecah RM3,300 kaki persegi, mengekalkan tanah ni sebagai kawasan hijau adalah sangat dialu-alukan, semoga kekalnya begitu..

'Forest in the City' atas bangunan pula

 
 
rooftop Lot 10

dalam bangunan..

 Lot 10 again

Feeling fresh..ku lihat hijau..