Friday 31 August 2018

Roti tak sempat naik...

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Salam Hari Merdeka ke 61.

Cuti-cuti hari ni, sarapan apa pagi tadi? roti? roti canai? roti bakar?

Roti memang sangat sinonim dengan kehidupan kita.  Dari kecik lagi kita dah kenal roti, lahir2 je, dah ada roti.  Kadang-kadang, masa baby pun dah makan roti cicah susu.

Roti yang selalu kita makan, kebiasaannya lembut, gebu, sedap dimakan begitu saja. Tapi ada juga roti yang tak gebu kan macam roti canai, capati..walaupun tak gebu, makan dengan kari, memang ருசியான (suvaiyanathu) - sedap!!


Roti yang lembut gebu disebabkan yis yang diadun...tapi ini kisah roti tak sempat naik menggebu, dah dirembat, dibawa pergi...

Kisah yang berlaku di zaman Nabi Musa a.s. menurut cerita orang Yahudi. Kisah semasa Nabi Musa dan pengikutnya dari kaum Bani Israel diperintahkan oleh Allah swt supaya melarikan diri dari negara Mesir kerana mereka akan dikejar oleh Firaun dan tentera-tenteranya.

Kisah Nabi Musa dan Firaun banyak disebut dalam Al-Quran. Paling banyak dalam surah ke-26, Surah Asy-Syu'araa' (Para Penyair), dari ayat 10 hingga ke ayat 66. Kemudian banyak juga disebut dalam surah ke 27 - Surah Al-Naml (Semut) dan surah ke 28 - Surah Al-Qashash (Cerita-Cerita).

Kisah Nabi Musa as dalam Surah Asy-Syu'araa':

 "(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)" (Ayat 52)
 
Menurut riwayat, ketika kaum Bani Israel diperintahkan untuk melarikan diri, roti yang sedang dimasak pada ketika itu, tak sempat naik, terus dibawa sekali sebagai bekalan. Mengikut kebiasaan, roti dimasak di malam hari dan dibiarkan semalaman untuk dibakar di waktu pagi.

Tentera Firaun mengejar mereka pada waktu hampir siang (subuh).

"Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit" (ayat 60)

Ketika sampai di pinggir Laut Merah, kaum Bani Israel menjangkakan mereka akan ditawan, Dan Allah SWT wahyukan kepada Nabi Musa untuk mengetuk laut tersebut dengan tongkatnya, maka terbelahlah Laut Merah, mewujudkan beberapa lorong.

"Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar" (ayat 63).
 
Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dari Firaun, manakala tentera-tentera Firaun tenggelam dalam Laut Merah. Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram.

--------------------------------

Orang-orang Yahudi mengingati peristiwa ini dengan berpuasa pada hari Asyura. Orang Islam digalakkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram untuk tidak menyamai orang Yahudi. Banyak peristiwa besar berlaku pada 10 Muharram.

Orang Yahudi mengenang peristiwa ini di hari Pesach (Passover) dengan memakan roti leper (unleavened bread) yang dipanggil matzah dan membakar semua roti-roti yang gebu.

Pembikinan roti matzah ni ada dalam episod 1 dokumentari Food Odyssey 2014 oleh syarikat tv Korea Selatan, KBS World.

roti matzah

kilang buat matzah

sama seperti ketika nenek moyang mereka lari dari Mesir 

Sangat menarik dokumentari ni, very informative. Episod 1 menceritakan asal-usul roti dan yis dan juga kisah-kisah roti di beberapa negara. Ada tujuh episod semuanya, menceritakan asal-usul berkaitan makanan - roti, herba, kulit kayu manis dan penggunaan api untuk memasak.

Food Odyssey Episod 1

roti sebagai lambang suku kaum etnik di benua Afrika

Till then, selamat bercuti di hujung minggu.

Tuesday 28 August 2018

Seoul 2.0 : Ikseon-dong, Myeongdong dan terbang pulang

Assalamualaikum. 

Sambung kisah hari ke-enam..

Meronda di sebelah petang pula. Nak menjejak semula hanok village Ikseon-dong. Kali ni check di internet, faham betul-betul lokasinya, baru keluar hotel. Jalan kaki, turun ke Jongno 3-ga station.

Keluar exit 4, ada Makers Hotel. Melintas jalan di sini, taraa..dah sampai di Ikseon-dong.

Exit 4 yang paling hampir dengan Ikseon-dong
jalan masuk ke Ikseon-dong

hanok gil - lorong hanok

Ikseon-dong ialah hanok village tertua di Seoul. Dulu ada perancangan nak dirobohkan rumah-rumah hanok disini dan dibangunkan semula kawasan ni. Tetapi tak jadi, sebaliknya rumah-rumah hanok dipulihara dan ditukar kegunaan daripada perumahan kepada komersil.

 sejarah Ikseon-dong

Sekarang ni jadi hotspot untuk hipster cafe and pelbagai jenis kedai. Menarik juga kawasan ni. 


Beza Ikseon-dong dengan Bukchon ialah di sini lorong-lorong dia kecik je, cuma muat untuk pejalan kaki, basikal dan motosikal. Kereta memang tak leh masuk, Kancil boleh muat kot..hehe..


Ramai juga pelancong dan orang tempatan jalan-jalan, makan-makan di sini. Banyak cafes dan souvenir shops.

kedai ni yang paling popular

 lokasi penggambaran k-drama, salah satunya drama Goblin

Madang Flower Cafe

Jalan-jalan lagi, masuk setiap lorong, kecik je kawasan hanok village ni, pusing-pusing jumpa kedai yang sama, masuk lorong yang sama


Macam dah takde orang tinggal di sini, semua dah jadi kedai.


Best gak jalan-jalan di kawasan ni, cuteness overloaded

teringin nak mengopi/mengeteh di cafe-cafe ni
tapi sampai di sini pun dah lewat petang, dah nak gelap
ada satu lagi tempat nak pergi

Habis dah meronda di Ikseon-dong, bolehlah tick wishlist box. Memang dah plan nak pergi sini masa tulis entry Black Knight. Nak tengok successful preservation project di kotaraya Seoul, dari perumahan ke komersil.

OK, bergerak ke destinasi terakhir...Myeongdong, nak gi Nature Republic..

maskot menari

dah beli skincare di Nature Republic, beli egg bun, lepak kat tangga depan Uniqlo. Window shopping jap di Uniqlo, bergerak pulang ke hotel.
  
 Myeongdong station

window shoppping pulak di underground mall Myeongdong station

 deli manjoo - bun inti custard

makanan halal katanya tapi teman beli pun

Berakhir sudah sesi rondaan di Seoul, balik hotel & final packing

------------------------------------- 

 Pagi esoknya, pukul 7.45 pagi dah tunggu airport bas


Jongno sam-ga di waktu pagi


otw to Incheon airport


leaving South Korea
  
Dah check in, naik aero train ke Terminal 2. Masih awal lagi, lepak di tingkat atas, melawat Museum of Korea Culture.


antik nya teko ni 
 
Lepak tengok tv pula, cerita pasal pelbagai jenis pasta di Itali, tetiba teringin nak makan pasta. Mulalah rancang nak makan spagetti bila sampai di KLIA2.
 
 orang lain bawa beg Lotte Duty Free
kita bawa beg Lotte Mart je..huhu.. 
 
dah pukul 11.00 lebih, berjalan ke tempat menunggu, lalu depan cultural centre ni, ada pertunjukan muzik tradisional...menarik gak..singgah tengok..

muzik tradisional - gayageum, janggu, daegeum
 
ada pelbagai jenis aktiviti di sini  
 
Lapar pulak menunggu boarding, beli shrimp burger di Lotteria dan mango jus, buat lapik perut. Dah order nasi lemak Pak Nasser...

Sekian, kisah travel musim panas di South Korea. Overall, Alhamdulillah, berpuas-hati jugalah walaupun ada tempat yang dirancang tak larat nak cover, itu biasalah kan. Faktor cuaca yang panas menyengat ditambah faktor usia..

Seoul again? entahlah..tak larat dah kot..maybe other part of South Korea pulak - Busan, Gwangju, Jeonju..atau Seoul di musim lain...not summer anymore..

Thanks for reading ~~