Hihi..nak juga letak gambar kat sini, buat kenangan. Ini dari lensa sendiri, yang dalam whatsapp, memang banyak. Bersama meriahkan himpunan ter-aman ICERD di ibukota hari Sabtu lepas.
08.12.18. tarikh keramat. Demonstrasi pertama di era kerajaan baru.
Bermulanya di sini..di stesen LRT Sentul Timur
menyahut seruan kerajaan, beramai-ramai naik pengangkutan awam
semakin ramai
pemandangan awal
dataran merdeka tutup? ada renovation? no worry
hot spot - stesen Masjid Jamek
if you cannot beat them, join them
cantik signage ni, ada tulisan jawi khat
harap2 kekal, jangan ada yang komplen
yang wajib tidak ditinggalkan, masjid dah penuh
macam2 sepanduk
sempoi! tenang dlm pembaringan
hangpa nak havoc ka, nak pekik ka, tetap lena
bergerak pulang
bangunan warisan dan lautan manusia
we make it!!
Ini bukan pertama kali join demo jalanan bukan budaya kita. Pertama kali ter-join demo masa zaman reformasi, mata lebam. Dahsyat sungguh, memang betul-betul tunjuk perasaan. Sapa PM masa tu erkk? haha..
Masa tu handphone tak wujud lagi, Sebaran maklumat sangat terhad. Time tu pulak ada kelas di Masjid Negara. Sib baik baru nak keluar dari bangunan, tetiba nampak orang ramai (kebanyakan lelaki lah) bertempiaran lari dari arah Dataran Merdeka ke Masjid Negara, ke Dayabumi. Rupa-rupanya kena kejar dengan FRU, dengan kereta kebal FRU. Bunyi siren FRU menggerunkan betul!! Ini betul-betul demonstrasi jalanan, yang kena tangkap dengan FRU, duduk dalam Black Maria. Ada juga kawan2 yang saya kenal, yang jadi OKT (Orang Kena Tahan). Kesian pasangan suami-isteri tu, asyik kena gi mahkamah, kena bicara, Alhamdulillah, akhirnya, lepas macam tu je..ramai sangat OKT. Tak muat penjara kalau nak sumbat semua. takpe, itu semua luka-luka kecil...aarrgghh...now he is xx-in-waiting.
Kali kedua - demo mansuhkan ISA, yang ni kena sedas gas pemedih mata dekat Sogo. Water cannon raining. Terus ballik ofis, sambung buat kerja. Ada coretan kenangan di entry Sabtu Yang Merah.
Kali ketiga - Bersih 1.0. Yang ni cuma tengok dari stesen LRT Bandaraya, takleh keluar. Tengok dari atas je mereka bertempur dengan FRU. Lepas tu jalan kaki ramai-ramai ke Istana Negara yang lama..
Alhamdulillah, perhimpunan ni yang teraman, great minds think alike...hihi..kita kawan-kawan, tak mau lawan..sesekali rebel with a cause..xoxo..