Wednesday 27 March 2019

Rumah Kartun & Komik Malaysia

Sambung cerita kartun di kotaraya Kuala Lumpur..

Haritu cuti separuh hari, hari Rabu. Dah habis urusan, masih ada masa lagi, sebelum clock-in pukul 2.00 petang. 

Singgah di Rumah Kartun & Komik Malaysia di Taman Botani Perdana, dekat Bukit Aman. Muzium Kartun & Komik Pertama di Malaysia.

Rumah Kartun & Komik Malaysia ialah muzium untuk kartun, karikatur dan komik Malaysia. Ianya menempatkan galeri dan arkib bagi mendekatkan masyarakat kepada seni kartun dan komik negara. Rumah ini mula dibuka kepada orang ramai pada 1 April 2017. Rumah kartun ini menyelusuri sejarah perkembangan seni kartun dan komik sejak zaman silam bermula pada awal 1930-an sehingga ke karya mutakhir.

 
 Taman Botani Perdana

dari jauh, dah teruja

tempat dituju

photoshoot hotspots

 pandangan selatan

Masa tengah snap-snap gambar luar bangunan, tetiba ternampak satu kelibat manusia tengah berjalan menuju ke rumah ni. Macam familiar, rasanya kartunis Ujang. Siap tanya, ni UJANG ke? Dia angguk je, senyum, terus berlalu pergi. 

Dah puas snap gambar-gambar kat luar ni, jom lah masuk ke rumah kartun. Tengok apa yang ada kat dalam.

ke pintu masuk

Bayaran masuk cuma RM5.00 saja, sebagai sumbangan.


Waktu lawatan ke Rumah Kartun dan kedai cenderahati


Rumah ni kecik je. Alhamdulillah, pegi masa hari bekerja, cuma saya dan seorang perempuan India je yang datang melawat. Takdelah sesak dalam sini.

Ada pameran kartun-kartun lama dan baru. Memang mengimbau kenangan betul. Kebetulan hari tu, disambut oleh kartunis Pauh, dia yang bagi penerangan mengenai kartun-kartun yang dipamerkan. Kartun ni akan ditukar dari masa ke semasa, nak bagi peluang untuk siarkan karya semua kartunis.

 Bujal !! teringat Wak Dogol
komik femes zaman dulu-dulu

Salina

Rejabhad - kartunis veteran

kartunis sedang berkarya

 kartun dalam tulisan jawi

 Kartunis veteran

 Gila-Gila gambar AR Badul

Limited edition - Tupperware gambar kartun Lat

Ada kelas bagi yang berminat

Dah habis melawat rumah kartun, kita ke kedai cenderahati pula. 


Kedai ni takde kaitan dengan kartun, ni kedai cenderahati barang-barang kraftangan. Khas untuk pelancong. Cantik-cantik cenderahati di sini, nampak berkualiti produknya.


Yang ni menarik perhatian. Tak tau ni untuk dijual ke atau cuma hiasan.

 buah kelapa dicat kaler emas dan perak

Nampak ada kafe, terasa nak mengopi. Tak banyak pilihan, ada croissant dan muffin saja. Tapi minuman ada pelbagai pilihan, kita pilih nescafe 'Dolce Gusto'..dolce, sweet & soft..hihi..



Dah take a break, kita jalan lagi. Ke bangunan sebelah pula, Herbarium. Kecik je bahagian pamerannya. OK, sesi lawatan berakhir di sini.

Masa untuk bekerja!

Thursday 21 March 2019

Kartun di Kotaraya KL

Cartoon time!! Untuk kita-kita aje!!..hehe...tagline Astro Ceria.

Cerita tentang kartun popular sejak dulu-dulu lagi, sejak zaman sekolah rendah lagi. Kartun The Kampung Boy oleh kartunis lejen - Lat @ Dato' Mohammed Noor bin Mohammad Khalid.

Sekarang the Kampung Boy dah ada disiar dalam tv di saluran Astro Ceria. Yang bestnya, generasi Y pun suka kartun ni. Anak saudara suka. 

Tak dinafikan, kartun Lat ni ada trademark nya tersendiri. Bila tengok je, dah tau ini Lat yang lukis. Dah tersemat di dalam memori gaya lukisan Lat.


Lat - kartun popular kekal zaman berzaman

Masa belek-belek rak buku, terjumpa 3 buku karya Lat. Koleksi my sister.
 
dua buku Kampung Boy

 Town Boy

Best gak layan buku kartun Kampung Boy, mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dulu-dulu. Kisah hidup di kampung. Kartunis Lat suka lukis rumah-rumah kampung. Dulu rumah teman macam ni, ada tiang. Bawah rumah, main galah panjang. 

NST, Feb 10

Jalan-jalan di kotaraya Kuala Lumpur, akan jumpa lukisan dan arca kartun Lat. Ada 22 arca semuanya. 

 yang ni di dinding stesen minyak Shell Jalan Tun Razak
sekarang dah tertutup sebab ada outlet kedai

Arca karakter kartun Lat - saya jumpa di stesen LRT Masjid Jamek dan depan Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan. Yang lain-lain belum jumpa lagi. 


Di LRT Masjid Jamek

yang ni di Jalan Raja Chulan
 

Kartun Lat memang legend. Semoga kekal untuk generasi akan datang.

Thursday 14 March 2019

Dolce Africa

Assalamualaikum, semua. 

Hujambo!!
(Hello dalam bahasa Swahili)

Swahili, also known as Kiswahili, is a Bantu language and the first language of the Swahili people. It is a lingua franca of the African Great Lakes region and other parts of eastern and south-eastern Africa, including Tanzania, Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi, Mozambique, and the Democratic Republic of the Congo.

Entry kali ni tentang Afrika. Bila sebut Afrika, teringat kebuluran, safari, musim kemarau, padang pasir, orang kulit hitam. Sebenarnya Africa banyak tempat yang cantik, raw beauty. Bukanlah saya pergi Afrika, cuma menonton di tv saja.


Menonton chef selebriti Canada, David Rocco, jalan-jalan, jumpa local people, makan-makan local foods di negara Tanzania, Kenya, Zanzibar, Ethiopia dan South Afrika dalam program Dolce Africa, sebuah rancangan television National Geographic. Menontonnya di saluran 725 bulan Ogos tahun lepas (2018).

David Rocco juga hos program Dolce Vita dan Dolce India. Yang asyik diulang tayang kt channel 725 ialah Dolce India. Dolce Africa tak nampak bayang siaran ulangannya. Ada di youtube, tapi sekejap je lah, teaser je. Dolce maksudnya 'sweet & soft', yang femes brand Dolce & Gabbana. 

Untuk Dolce Africa, ada 12 episod semuanya, tapi yang saya sempat tengok cuma 4 episod saja - Ep 8 : Stone Town Zanzibar, Ep 9 : Pole-Pole Zanzibar, Ep 10: Flavours of Durban dan Ep 11: Walking Durban.
 
Lokasi negara Tanzania, Kenya dan Ethiopia di timur benua Afrika

Zanzibar ialah kepulauan di Lautan Hindi, pulau utama ialah Pulau Unguja
di utara Dar-es-Salaam, ibu negara Tanzania, yang sangat Islamik namanya

Masa tengok 'Ep 8 : Stone Town Zanzibar', apa yang terdetik di hati, terfikir di minda, ialah ramainya orang Islam di Zanzibar, dengan wanita-wanitanya bertudung style Afrika, lelaki-lelaki nya berkopiah. Bila baca di wikipedia, rupa-rupanya hampir 99% penduduk Zanzibar beragama Islam. Subhanallah, Allahu Akbar..

The word Zanzibar came from Arabic zanjibār (زنجبار [zandʒibaːr]), which is in turn from Persian zangbâr (زنگبار [zæŋbɒːɾ]), a compound of Zang (زنگ [zæŋ], "black") + bâr (بار [bɒːɾ], "coast"). The Portuguese arrived in East Africa in 1498, where they found a series of independent towns on the coast, with Muslim Arabic-speaking elites. Zanzibar's population is almost entirely Muslim, with a small Christian minority.

Jom kita tengok apa citer David Rocco di Zanzibar. Dia jumpa local people, Ameena & suami, sembang-sembang, minum kopi, di central square, melawat pasar, di Stone Town. Stone Town ialah kota lama di Zanzibar City.

The heart of Stone Town mostly consists of a maze of narrow alleys lined by houses, shops, bazaars and mosques. Stone Town's architecture has a number of distinctive features, as a result of Arab, Persian, Indian, European, and African traditions mixing together. 

The name "Stone Town" comes from the ubiquitous use of coral stone as the main construction material; this stone gives the town a characteristic, reddish warm colour.Traditional buildings have a baraza, a long stone bench along the outside walls; this is used as an elevated sidewalk if heavy rains make the streets impracticable, or otherwise as benches to sit down, rest, socialize.

 duduk di baraza sambil minum kopi di central square Stone Town

topik perbualan mereka sangat interesting

Ameena memakai kanga, pakaian tradisional wanita Afrika Timur. Kanga ni penuh dengan corak dan pelbagai warna. Setiap corak ada maksud tertentu. Memberi hadiah kanga kepada seseorang adalah satu cara komunikasi, unspoken one, TST tau sama tau.


Wanita Zanzibar dengan pelbagai corak kanga

 David beli kanga sebagai hadiah untuk Ameena

Kemudian suami Ameena bawa David ke Emmerson Spice Hotel untuk acara masak-masak. Suka tengok tempat depa masak, very-very tradisional.


Di akhir episod, depa bersembang-sembang di tepi laut pula. Suka topik perbualan depa bertiga nih, tentang famili, nilai, harapan. Dua-dua suami isteri tu speak good English.


Dalam episod 9 - Pole-Pole Zanzibar, David jumpa dua wanita - seorang Italian dan seorang lagi wanita Jepun, dua wanita asing yang buka restoran di pulau ni. Nama restoran wanita Itali tu Pole-Pole yang bermaksud 'Perlahan-Perlahan'..slow-slow. Pompuan Itali tu bawa David ke satu kampung tradisional, untuk breakfast, makan capati dan ikan.


 
 capati & ikan

suratkhabar tu macam tulisan Arab

 street foods

 David & wanita Jepun

industri rumpai laut

traditional fishing

Memang best tengok travelog Afrika ni. Kat youtube cuma ada teaser dalam 3 - 4 minit. 

Lain-lain episod :

Ep 1 : Nairobi : Green City in The Sun
Ep 2 : The Maasai People
Ep 3 : Street of Joburg
Ep 4 : Hallelujah Soweto
Ep 5 : African Wedding Crashers
Ep 6 : Return to Ethiopia
Ep 7 : Chiao, Ethiopia 
Ep 11: Welcome to Lalibela, Ethiopia
Ep 12 : Last Supper in Lalibela, Ethiopia

Bagi yang berjiwa pengembara sejati, Afrika ialah benua yang menarik untuk diterokai. Benua tua yang penuh dengan pelbagai bangsa, budaya, sejarah. Negara-negara di benua Afrika yang teringin nak pergi cuma Mesir (Egypt), Morocco dan South Afrika, yang lain-lain tu kurang minat..hehe.

Kwaheli, mpaka tukutane tena!!
(goodbye, till we meet again)