Showing posts with label Korean Spy Movies. Show all posts
Showing posts with label Korean Spy Movies. Show all posts

Thursday, 3 February 2022

The Spy Who Loved Me - Part 2

Annyeong yeorobun..

Dah masuk bulan 2..kita mulakan dengan review filem Korea..
 
Bukanlah bercinta dgn spy, cuma guna tajuk yang sama dari entry The Spy Who Loved Me. Entry tahun 2016. Filem Korea genre spy, action movie.
 
Filem spy Korea Selatan mostly membabitkan hubungan Korea Selatan dan Korea Utara yang sentiasa panas, ada je pengintip dari dua negara ni. Kebanyakan filem mengisahkan pengintip dari Korea Utara yang datang menyamar di Korea Selatan..plot cerita memang sentiasa suspense je..

Steel Rain, The Spy Gone North dan Commitment ada ditayang di Netflix, Confidential Assignment tengok di asianwiki..
 
Steel Rain (2017) 
 

Best filem ni. Mengisahkan cubaan rampasan kuasa di Korea Utara oleh pemimpin tentera. Hero, Eom Chul-Woo, bekas special force Korea Utara diarahkan oleh bos dia, Ri Tae Han untuk tembak Supreme Guard Commander, Gwang Dong Park. Sebab dapat maklumat yang Dong Park nak merampas kuasa. Ri Tae Han dan Gwang Dong Park ialah pemimpin tertinggi tentera Korea Utara.

Pada hari kejadian, ada acara di kawasan kilang di Kaseong. Dong Park dikatakan akan hadir merasmi acara tersebut. Chul-Woo bersembunyi dalam bangunan, nak tembak Dong Park. Yang hadir bukan Dong Park tapi Presiden (Great Leader) yang datang rasmi acara tersebut. Semua yang hadir  kena tembak dengan tentera. Great Leader pun cedera parah. Yang terselamat ialah dua orang pekerja kilang. Dalam keadaan havoc, Chul-Woo dan dua pekerja kilang berjaya bawa Great Leader ke Korea Selatan dengan menaiki van kilang.

Di Korea Selatan, mereka dapat dikesan oleh Kwak Chul-Woo, secretary for foreign affairs and national security kerajaan Korea Selatan. Kwak Chul-Woo dan Eon Chul-Woo kemudian joint-venture menyiasat apa yang sebenar berlaku pada hari rampasan kuasa di Korea Utara. Siapa yang sebenarnya jahat? siapa yang sebenarnya nak buat rampasan kuasa?

The Spy Gone North (2018)
 

Plot cerita yang suspense, tapi takde adegan aksi. Rupanya kisah benar yang berlaku pada ejen perisik Korea Selatan. Kisah sekitar tahun 1993. National Intelligence Service (NIS) Korea Selatan melatih bekas askar, Park Seong-young jadi ejen perisik, untuk menerobos pihak tertinggi Korea Utara bagi menyiasat kegiatan nuklear di negara tersebut. Dia diberi kod ejen - Black Venus. Cuma Presiden Korea Selatan dan bos dia, director Choi Hak-Sung yang tahu kewujudan ejen Black Venus.

Ejen Park, menyamar sebagai ahli perniagaan, bertemu dengan Ri-Myung Un, director of Eastern Economic Committee, Korea Utara, di Beijing, China. Bersama dengan Myung-Un ialah Jung Moo-Taek, ketua State Security.

Myung-Un percaya ejen Park ni ialah businessman tapi Moo-Taek tak percaya. Ejen Park dengan 'poker face' dapat kepercayaan Myung-Un hingga dijemput jumpa Presiden Korea Utara untuk deal business.
 
Semasa pemilihan presiden Korea Selatan pada tahun 1998, bos ejen Park dan beberapa orang atasan NIS buat secret deal dengan Moo Taek, yang mana deal mereka boleh affect keputusan pemilihan presiden Korea Selatan. Moo Taek berjaya pengaruh Presiden Korea Utara untuk bersetuju buat isu di sempadan (DMZ). Ejen Park dapat tahu dan berpakat dengan Myung-Un untuk menggagalkan rancangan bos dia dan Moo Taek. 

Bila deal mereka gagal, bos ejen Park berpaling tadah terhadap ejen Park, tikam belakang. Dia yang buka rahsia yang ejen Park ialah perisik Korea Selatan. Myung-Un tolong ejen Park keluar dari Korea Utara. 
 
Di akhir movie, kita dapat tahu yang kerajaan Korea Selatan hukum penjara ejen Park diatas macam-macam tuduhan berkaitan urusan bisnes dengan Korea Utara, pergi ke Pyongyang dari Beijing, dll..
 
Geram betul..kesian ejen Park, berkhidmat untuk negara tapi akhirnya dia kena khianat..
 
Commitment (2013)
 
 
Filem lakonan Top, ahli kumpulan Big Bang. Top berlakon sebagai Li-Myung Hoon, seorang remaja dari kelas atasan di Korea Utara. Bapa dia seorang ejen perisik di Korea Selatan. Bila bapa dia mati dalam keadaan mencurigakan, dia dan adik perempuan dia kena tahan di kem buruh paksa.

Bos bapa dia, buat deal dengan Myung Hoon supaya jadi ejen perisik ke Korea Selatan dan sambung misi bapa dia. Kalau dia berjaya, dia dan adik perempuan dia dilepaskan dari kem tahanan. Myung Hoon bersetuju jadi ejen dan berjaya dalam misi dia di Korea Selatan. Apabila nak balik semula ke Korea Utara, dia dihalang dan kerajaan Korea Utara hantar ejen untuk bunuh dia. 

Myung Hoon dapat melarikan diri dan jadi buruan ejen perisik korea utara dan juga NIS Korea Selatan. Adik perempuan dia dijadikan umpan oleh perisik korea utara.

Confidential Assignment (2017) 
 
 
Ramai yang menonton movie ni sebab withdrawal syndrome dari drama Crash Landing On You...hehe. Hyun Bin berlakon jadi special force Korea Utara bernama Im Cheol-ryung. Kisah ketua askar Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan dan bawa plate cetak duit palsu US Dollar.
 
Im Cheol-ryung turun ke Korea Selatan berganding bahu dengan pegawai polis Korea Selatan bernama Kang Jing-Tae (lakonan Yoo Hae-jin). Movie yang penuh aksi, kejar mengejar..ada Season 2, kali ni Kang Jing-tae pula ke Korea Utara..tahun depan kot tayangannya..


Diantara 4 filem ni, yang paling best The Spy Gone North, walaupun takde aksi kejar-mengejar, tembak-tembak..tapi ceritanya suspense..

Recommended untuk ditonton..

Tuesday, 3 May 2016

The Spy Who Loved Me

Assalamualaikum...

Tajuk tak menahan..huhu..kita mulakan bulan Mei dgn cerita spy..

Siapa suka cerita penyiasatan? ala-ala Detektif Conan, Nancy Drew, Hardy Boys..tu semua buku-buku cerita zaman sekolah dulu-dulu.  

Nak review movies ala-ala James Bond, yang pump up the adrenalin..yang bikin jantung bergetak lebih kencang, seperti genderang mau perang...Tapi bukanlah cerita James Bond yang tajuk di atas. Yang ni spy movies Korean made. Siapa anti drama Korea?? well, check out spy movies ni, memang best. Semua movies tahun 2013.

Yahh, kebanyakan cerita spy Korea melibatkan kisah rakyat, ejen, spy, Korea Utara, yang berpaling tadah ke Korea Selatan (defector), kemudian jadi buruan spy2 dari the Republik..the Fatherland. Biasalahkan, hubungan Korea Selatan dan Korea Utara ni selalu je tegang, kalau tak, takdelah berjuta-juta askar kat border, di Demilitarised Zone (DMZ). Satu negara komunis, yang satu lagi negara kapitalis.

Ok, first in the list, the Berlin File.


Wow, cerita ni..international level. Jenis fast-pace, bergerak pantas, style movie Bourne Identity Shooting di Berlin, Jerman.

Mengisahkan sepasang suami-isteri yang bekerja di Kedutaan Korea Utara di Berlin. Suami bekerja sebagai ejen perisik, isterinya sebagai penterjemah. Disebabkan satu urusniaga senjata yang gagal, Duta dan penterjemah (isteri ejen) disyaki bocorkan maklumat pada US dan Korea Selatan. Penterjemah yang sedang mengandung, kebetulan check-up di klinik berhampiran Kedutaan US, disyaki nak berpaling tadah ke US.

Rupa-rupanya, semua itu agenda jahat 'commander' di Korea Utara. Seorang spy telah dihantar untuk menghapuskan Duta dan penterjemah. Spy berjaya buat suami (ejen) meragui isterinya, tapi dia dapat kesan, menyebabkan dia dan isteri terpaksa menjadi pelarian.  

Spy berjaya menculik si isteri sebagai tebusan. Pihak Korea Utara dan Selatan memburu si suami dan si suami pula memburu spy untuk menyelamatkan isterinya. Officer Korea Selatan tolong si suami menjejaki isterinya, tapi isterinya mati dan endingnya, open-ended...si suami menyeberang ke Switzerland..dan beli tiket ke Vladivostok, Russia.

Ada sekuel part 2, akan ditayang tahun 2017. 

The Suspect


Movie ni juga ala-ala the Berlin File..fast-pace, bergerak pantas.. Mengisahkan ejen Korea Utara yang berpaling tadah ke Korea Selatan dan bekerja sebagai pemandu. Isterinya dibunuh oleh kawannya sendiri ketika mau berpaling tadah ke Korea Selatan dan anak perempuannya dijual kpd satu sindiket.

Dia menjadi buruan polis selepas diperangkap membunuh bossnya. Boss dia ada satu cip yang nak diserahkan pada Korea Utara dalam satu usahasama kedua pihak. Ada group telah merasuah ketua jabatan polis yang memburu ejen supaya mendapatkan cip tersebut.

Ejen 'on-the-run' tu mendapat maklumat yg anaknya masih hidup dan berusaha mencari anaknya disamping membongkar jenayah kumpulan yang nak cip tersebut dan ketua jabatan polis. Dia ditolong oleh dua orang reporter (yang memburu ejen untuk sesi temuramah) dan seorang ejen Korea Selatan yang tiba-tiba dituduh oleh ketua polis yg jahat tu, bersubahat dengan ejen 'on-the-run' semasa mereka bertemu di Hong Kong. 

Yang kelakarnya, cip yang jadi buruan tu sebenarnya mengandungi formula untuk mencipta baja pokok supaya tanaman menjadi subur bagi mengatasi masalah kekurangan makanan di Korea Utara semasa musim kemarau...hehe..

Red Family


Cerita ni saya tengok di Channel A-List, tahun 2014. Tak dapat nak download. Cerita ni lain sikit - ada part humor, ada suspens dan ada part sedih yang boleh mengalirkan air mata - 'tear jerker'. Banyak bermain emosi dalaman.

Mengisahkan empat spy Korea Utara, menyamar sebagai satu keluarga di Korea Selatan - ada suami, isteri, anak perempuan dan seorang datuk.  Jiran mereka, satu keluarga yang sangat teruk - sepasang suami isteri, seorang anak lelaki dan seorang nenek. Suami-isteri selalu bergaduh, yg isteri pinjam duit 'Along', anak lelaki kena buli di sekolah dan nenek pula suka kat atok spy.  
Disebabkan keluarga spy ni dah banyak tolong jiran mereka - tolong lawan dgn gangster 'Along', yg anak perempuan tolong selamatkan anak lelaki jiran dari kena buli disekolah, dll, menyebabkan mereka berbaik sesama mereka.

Misi spy berempat tu - mendapat arahan untuk bunuh rakyat Korea Utara yg berpaling tadah (defector). Disebabkan dah terlalu lama tinggal di Korea Selatan, mereka mengambil keputusan sendiri untuk bunuh seorang defector yg berprofil tinggi sebab nak dapat 'good impression' supaya dapat balik ke Korea Utara

Rupa2nya defector tu ialah spy yang berpangkat besar di Korea Utara. Mereka dikenakan hukuman kalau nak selamat, kena bunuh jiran mereka. Tapi mereka tak sampai hati nak bunuh. Akhirnya, mereka dikenakan hukuman..wahh, sedih masa ni..


Secretly, Greatly


Movie ni sama dengan Red Family - ada suspens, ada humor dan ada part sedih - tapi banyak part humor.  Mengisahkan tiga top ejen Korea Utara ditugaskan menyelinap masuk ke Korea Selatan, tinggal di satu komuniti dan tunggu arahan dari republik. Seorang menyamar sebagai yg ada 'mental problem', seorang 'rocker wannabe' dan seorang budak sekolah.

Yang ada 'mental problem' tu dapat mak angkat, kerja sebagai pembantu kedai. Part dia ni yang banyak 'humor'. Gila-gila sikit, sama dgn rocker wannabe. Yang budak sekolah tu serius sebab dia lg terer dari depa berdua.

Disebabkan mereka ni terer, mereka gunakan skill untuk selesaikan masalah-masalah di tempat mereka tinggal - budak kena culik, perempuan kena kacau dgn stalker. Takde sapa yang suspek mereka ni sebenarnya 'ejen berprofil tinggi'. Setelah sekian lama tinggal di Korea Selatan, tiba-tiba mereka dapat arahan supaya bunuh diantara mereka. Mereka nak lari tapi spy dari republik dah dihantar untuk bunuh mereka bertiga kerana langgar arahan.

--------------------------------------------------------

Amacam, ada movies diatas yang pernah tengok? Ada juga Korean spy drama in the list tapi tak habis tengok lagi, 16 episod, tajuk The Spy (2015) yang diadaptasi dari drama Israel bertajuk the Gordin Cell. 


Bila dengar je drama Israel, memang teruja nak menonton..macamanalah bentuk drama dari negara tu...perghh, memang intelligence...plots involved genius analyst, information analysis, IT security, mak ex-spy, anak pun spy, girlfriend double-spy...huhu..tapi episod awal tu slow sikit, tu yang malas nak sambung tengok. US dan Rusia pun ada adaptasi drama the Gordin Cell ni..power giler cerita ni..

Konklusinya, cerita-cerita macam ni saja menambahkan stress tapi enjoyable to watch..jangan blood pressure naik sudahlah kan..hehe..