Wednesday 27 November 2013

Bersenggang Makan Singgang

Assalamualaikum...

Cerita makan lagi...yelah, setiap hari balik rumah kul 11.00 malam,,kenalah JJCM sekitar office, nak order delivery, mahal bebenor,, hari-hari order, kopak den..huhu..macam nilah selalu, bila nak akhir-akhir tahun..

Malam semalam, ke gerai makanan sihat..ikan singgang. Lokasinya, off Jalan Tuanku Abdul Rahman, ikut lorong Restoran Nasi Kandar Kudu..berkumpulnya gerai-gerai ikan singgang..adalah lebihkurang 10 gerai..banyak pilihan, semua jual gulai singgang..

background pembangunan - KL tower pun ada

Pilihan kami, gerai ni, Selera Ikan Singgang..belasah je, first time makan kat sini..


Ketam singgang pun ada..actually, macam-macam singgang ada dalam menu..


Order singgang ikan kembung dan nasi putih..sementara menunggu, appetiser, keropok goreng cicah cili..

keropok keras

suasana gerai
Seperti biasa, ada penjual yang datang berjualan, yang jual pen haritu pun ada juga. Yang ni jual pelbagai fragrances..


from France
Dan juga pengutip derma untuk mangsa taufan Haiyan di Filipina. Siap ada pengiring, menyanyi sambil petik gitar..



Makanan dah sampai, mari lihat bagaimana rupanya..

tu dia, ikan seekor je,kuah semangkuk bok
siap untuk dimakan, tak order sambal, menu sihatlah konon..

The verdict: Memang sedap, terasa lengkuas + cili padi nya..kuahnya banyak, kalau tak order air pun takpe.  

Ada set - singgang + budu + sambal belacan + ulam-ulaman..

Ni singgang style Kelantan, ada yang panggil pindang. Ada juga yang letak kunyit, jadi kuah warna kuning...harga semangkuk = RM8.00..kalau beli ikan kembung, boleh dapat sekilo..hehe..ketam singgang, tak tahulah pulak berapa harganya...

---------------------------------------------------------------------

Dinner for tonite, Ayamas delivery...tak larat nak jalan and save time too, nak balik awal sikit..boss cakap boleh claim..Alhamdulillah..

sejam baru sampai..rider dari Terengganu, katanya..tak jumpa bangunan...
BBQ chicken and black pepper..

 OKlah, dah makan, sambung buat kerja..

Tuesday 26 November 2013

Siaran Larut Malam..dibawah langit kirmizi

Assalamualaikum, salam pagi Selasa..

Masih lagi di depan computer, buat kerja office..stress, stress..update blog dulu..

Malam tadi kena overtime. Tapi sempat jugak dinner di Stop City Cafe. Dekat office je. Kat mana cafe ni? Di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tuanku Abdul Rahman...dua jalan yang top di KL ni..sepelaung saja dari Tune Hotel.

Open-air konsep, di bawah langit malam yang kelam..

dibawah neon-neon ibukota, KL Tower di kejauhan
iklan sekejap, diatasnya trek monorail
appetiser - roti jala & otak-otak, air - kopi O ais and kopi O suam
ada pulak yg jual pen malam-malam, tengah testing pen made in China
otak-otak abang Bangla jual, 5 keping = RM3.50, murah ke mahal?

rupa paras otak-otak , the best in town,  a bit spicy
appetiser lagi - roti milo = roti canai inti milo

Saja nak try roti milo ni, mula2 pesan roti pisang.  Kot2 sama macam kat Bangkok, takde pulak pisangnya. Roti milo rasanya manis. Ada susu lagi. Bagi pulak kuah dal, memang tak sesuai..

main dish - bihun goreng je
Makan kat sini OKlah juga, konsep gerai - pelbagai pilihan. Setiap gerai ada 'bunting' menu, macam nilah..'chicken rap' jadinya..sesuka hati je..hehe..

murrtabak..satu..

teringat pulak kat 'chicken dance' dlm seminar Dr Azizan Osman...

- entry utk menghilangkan stress kerja..gudnite -

Thursday 21 November 2013

Selfie..sedap juga..

Assalamualaikum..mari belajar perkataan baru..


Selfie...ialah 'the 2013 word of the year', piihan Oxford Dictionaries. Selfie, sedap sebutannya, bermakna "a photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website".  Maknanya, gambar sendiri disnap sendiri oleh empunya diri mengguna handphone atau camera canggih..lebih kurang macam tulah maknanya...it is a noun..

Kalau ada baca blog entertaiment Korea Selatan, mereka menggunakan perkataan 'selca'..dari perkataan 'self-captured' kot..

the use of word 'selca'

Tak tahulah perkataan 'selca' ni diterima as English word or not..

--------------------------------------------------------

Bila terbaca Oxford Dictionaries, teringat zaman belajar dulu..Oxford and Cambridge dictonaries ni memang famous..tapi yang saya dapat 'Longman Dictionary of Contemporary English'...jadilah, sebab dapat percuma...kerajaan Malaysia bagi..hoho..masa masuk kursus Intensive English selama 6 bulan di KPP Shah Alam..satu lagi buku free ialah 'Manusia dan Islam' oleh Dato' Dr Haron Din (terbitan Dewan Bahasa & Pustaka)..ni kisah dulu-dulu..zaman awal 90'an..

dah berusia 20 tahun ++
dah lama berjasa

Sejak ada internet, dictionary ni dah tak pandang dah..semuanya cari dalam internet...tersusun saja diatas meja kerja..kesiankan, nasib sebuah buku dictionary atau dalam Bahasa Melayu, kamus ni..mungkinkah akan pupus? atau masuk muzium je?

                          The word 'impossible' is NOT in my dictionary.
                                             ~ Napoleon Bonaparte

Saturday 16 November 2013

Daripada handbags ke badminton pula..

Assalamualaikum..salam hari Sabtu..
 

Cuti sekolah dah bermula. Hari ni nak pergi mana ya? Shopping? Beli handbags? Handbags kalau dah banyak, boleh buat muzium..haha..Wanita dan handbags berpisah tiada. 
 
Hari ni nak bercerita tentang Muzium Beg Tangan. Baru dapat tahu kewujudan muzium ni..baru dibuka pada 2012 oleh pengedar beg tangan Korea, Kenny Park. Siapa dia, entahlah tak kenal, cuma kenal Kenny Rogers je..
 
Bila on computer, tengok dalam yahoo ada artikel di Wall Street Journal bertajuk 'unique activities in Seoul, South Korea'. Macam menarik je, anything about aktiviti di South Korea, kena baca ni..penangan trip ke SoKo, macam nak repeat je..hehe..oh noo..
 
Simone Handbag Museum ni terletak di kawasan garosu-gil (tree-lined streets) di Sinsa-dong, Gangnam..kawasan garosu-gil ni memang cantik terutama pada musim luruh...
 
Yang menariknya, bentuk bangunannya pun design macam handbag, siap ada pemegang kat rooftop..cute je..

Simone Handbag Museum 

Menurut artikel tu, muzium ni mempamerkan lebihkurang 300 koleksi handbags dari kurun ke16 hinggalah sekarang.  Koleksi beg tangan yang ada kebanyakan dari Eropah dan US. Muzium ni diantara yang terbaik di dunia untuk koleksi beg tangannya.

macam-macam bentuk dan design


Yang menarik ialah beg tangan ni..


.
Sweetmeat purse, French - circa 1680-90


Apa yang uolls nampak? Hmm..dua orang lelaki sedang bermain badminton. Betul tu...adakah badminton berasal dari Perancis dan dah dimainkan di kurun ke-16? Atau ada nama lain untuk permainan dua lelaki tersebut? 
 
Ya, benar. Dua orang lelaki tu bermain permainan yang dipanggil 'jeu de volant' atau in English, 'battledore and shuttlecock'. 
 
"Battledore and shuttlecock or jeu de volant is an early game similar to that of modern badminton. This game is played by two people, with small rackets, called battledores, made of parchment or rows of gut stretched across wooden frames, and shuttlecocks, made of a base of some light material, like cork, with trimmed feathers fixed round the top.The object of the players is to bat the shuttlecock from one to the other as many times as possible without allowing it to fall to the ground."
 
Mengikut wikipedia, badminton mula diperkenalkan di India oleh tentera British pada pertengahan tahun 1800.  Kemudian, tentera British ni perkenalkan di Malaya...begitulah sejarahnya.
 
Daripada satu handbag, dah masuk ke sejarah badminton pula...hehe..for general knowledge..OK, sesiapa yang nak gi Seoul tu, bolehlah melawat muzium ni..bagi yang berminatlah, kalau-kalau dah kehabisan itinerary..

Muzium ni dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, Isnin tutup. Bayaran masuk ialah KRW5,000 (lebih kurang RM15). Bagi yang tak dapat pergi, tengok dalam websitenya pun OK juga, www.simonehandbagmuseum.co.krCheck it out..

Sunday 10 November 2013

Mari buat Kimbap

Orang Korea panggil kimbap. Orang Jepun panggil ni sushi. Kalau di Sogo, dilabel sebagai Californian roll. Apa-apa pun, kita panggil sushi jelah, yang ni lagi famous,kan..

Hari Sabtu semalam, sesi menghabiskan boreh sushi yang ada separuh peket lagi. Sebenarnya, ni kali kedua buat, first time dulu, masa sesi makan-makan sempena Aidil Fitri. Masa first time buat, rupanya tak semenggah sikit, berserabut.. 

Resepi ambil kat blog model 80an, disini.

bahan-bahannya - beras sushi, seaweed, jejari ketam & cuka epal
beras calrose

Untuk buat sushi, guna beras calrose. Beras biasa pun boleh kot (tak pernah try). Beras calrose ni dibeli di Sogo. Beras ni cuma basuh sekali saja, sukatannya 1 cawan beras, dua cawan air. Masak seperti nasi biasa, bila dah kering sikit airnya, campur cuka epal dan sedikit gula.  Kacau supaya dua-dua bahan ini sama rata. Tutup dan biarkan kering.  

Rebus jejari ketam. Kalau ada timun jepun, zuccini, lagi best, sebab dia rangup.  Cuma ini saja yang ada dalam peti sejuk, belasah sajalah.

Siap untuk dikerjakan
ni untuk buat sushi saiz besar
 
siap digulung, tunggu utk dipotong

sushi saiz kecik dan besar
Dah habis jejari ketam, selongkar peti sejuk, ada sosej dan daun bawang. Rebus sosej pula.

Inti sosej dan daun bawang

inti dah lari ke tepi

sepinggan sushi
Sepuluh helai seaweed dapatlah sepinggan besar sushi ni..puas makan. Untuk makan tengahari..sepatutnya makan dengan kicap wasabi, tapi saya makan begitu saja...

Friday 8 November 2013

Mamak takde..

Assalamualaikum..selamat petang Jumaat..

Siapa suka rojak mamak? Siapa suka cendol? Kalau ada rojak mamak, selalunya gandingannya ialah cendol. Saling melengkapi.

Pagi tadi, sementara menunggu client di Jalan Sibu 17, singgah di sini for late breakfast. Lokasinya di tepi Jalan Kuching. First time, makan kat sini..


Order rojak biasa and also cendol lah..ada juga rojak mee, tapi yang ni kurang suka sikit. Dua orang wanita Indonesia sedang prepare rojak dan cendol..Mamak takde..gi mana? prepare tuk solat Jumaat kot? pegi branch lain kot? relax-relax kat rumah kot? entahlah..

menyiapkan cendol
adik manis sedang prepare rojak
the cendol..suka tak? suka tak?
the rojak..background ialah fail kerja

Makan tepi jalan dan tepi longkang sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa dari kenderaan lalu-lalang..hehe..the verdict, rasanya biasa-biasa je..harga semua: RM6.00..standard price..ok, sambung buat kerja..

Sunday 3 November 2013

Pancaran Biru

Assalamualaikum...salam maal hijrah 1435H yang akan menjelma tidak lama lagi..

Kawan-kawan, seronok tak dapat hadiah 'lucky draw'? Kalau hadiahnya best, mestilah seronok kan. Masa company dinner haritu, Alhamdulillah, me dapatlah satu hadiah ni...Samsung blu-ray dvd player. 

Masa announcement dibuat, rasa nak let go je, sebab malas nak ada dvd player ni, cukuplah tengok dalam laptop saja, lagipun channel Astro tu pun tak tertengok, inikan pula nak tengok dvd, cd, segala...tapi at last ambiklah juga..

Dah lama terbiar atas meja, tak buka-buka, semalam barulah mula operasi pemasangan..sangat mudah just plug-n-play..

the one

alahai..dari negara seberang rupanya..

Ingatkan dvd player ni hanya untuk dvd dan cd movie saja, rupa-rupanya boleh juga untuk cd music...alahai, kesiannya..tak up-to-date tentang gadget-gadget ni..tak berminat..


the player..small in size
choose one
For testing, trylah dua dvd ni..yang ni saja yang ada dalam simpanan..the verdict, not bad sebab tengok kat TV, kalau tengok dalam laptop kurang feel sikit..

dua-dua best..
Andalucia:Revenge of the Goddess ni cerita Jepun tapi shooting kat France dan Spain. Sebab tajuknya Andalucia, tu yang beli, tapi not bad, action movie dan cinematografi yang menarik.  Kingdom of Heaven pun best, di akhirnya kisah penaklukan Kota Jerusalem oleh Salahuddin Al-Ayubi, dah pernah cerita dalam entry ini.

Paginya pula, try pasang CD ni pula..Ruqyah Syariah..ayat-ayat pembatal sihir..


Alhamdulillah, dapat hadiah DVD player ni..