Showing posts with label South Korea 2018. Show all posts
Showing posts with label South Korea 2018. Show all posts

Tuesday, 28 August 2018

Seoul 2.0 : Ikseon-dong, Myeongdong dan terbang pulang

Assalamualaikum. 

Sambung kisah hari ke-enam..

Meronda di sebelah petang pula. Nak menjejak semula hanok village Ikseon-dong. Kali ni check di internet, faham betul-betul lokasinya, baru keluar hotel. Jalan kaki, turun ke Jongno 3-ga station.

Keluar exit 4, ada Makers Hotel. Melintas jalan di sini, taraa..dah sampai di Ikseon-dong.

Exit 4 yang paling hampir dengan Ikseon-dong
jalan masuk ke Ikseon-dong

hanok gil - lorong hanok

Ikseon-dong ialah hanok village tertua di Seoul. Dulu ada perancangan nak dirobohkan rumah-rumah hanok disini dan dibangunkan semula kawasan ni. Tetapi tak jadi, sebaliknya rumah-rumah hanok dipulihara dan ditukar kegunaan daripada perumahan kepada komersil.

 sejarah Ikseon-dong

Sekarang ni jadi hotspot untuk hipster cafe and pelbagai jenis kedai. Menarik juga kawasan ni. 


Beza Ikseon-dong dengan Bukchon ialah di sini lorong-lorong dia kecik je, cuma muat untuk pejalan kaki, basikal dan motosikal. Kereta memang tak leh masuk, Kancil boleh muat kot..hehe..


Ramai juga pelancong dan orang tempatan jalan-jalan, makan-makan di sini. Banyak cafes dan souvenir shops.

kedai ni yang paling popular

 lokasi penggambaran k-drama, salah satunya drama Goblin

Madang Flower Cafe

Jalan-jalan lagi, masuk setiap lorong, kecik je kawasan hanok village ni, pusing-pusing jumpa kedai yang sama, masuk lorong yang sama


Macam dah takde orang tinggal di sini, semua dah jadi kedai.


Best gak jalan-jalan di kawasan ni, cuteness overloaded

teringin nak mengopi/mengeteh di cafe-cafe ni
tapi sampai di sini pun dah lewat petang, dah nak gelap
ada satu lagi tempat nak pergi

Habis dah meronda di Ikseon-dong, bolehlah tick wishlist box. Memang dah plan nak pergi sini masa tulis entry Black Knight. Nak tengok successful preservation project di kotaraya Seoul, dari perumahan ke komersil.

OK, bergerak ke destinasi terakhir...Myeongdong, nak gi Nature Republic..

maskot menari

dah beli skincare di Nature Republic, beli egg bun, lepak kat tangga depan Uniqlo. Window shopping jap di Uniqlo, bergerak pulang ke hotel.
  
 Myeongdong station

window shoppping pulak di underground mall Myeongdong station

 deli manjoo - bun inti custard

makanan halal katanya tapi teman beli pun

Berakhir sudah sesi rondaan di Seoul, balik hotel & final packing

------------------------------------- 

 Pagi esoknya, pukul 7.45 pagi dah tunggu airport bas


Jongno sam-ga di waktu pagi


otw to Incheon airport


leaving South Korea
  
Dah check in, naik aero train ke Terminal 2. Masih awal lagi, lepak di tingkat atas, melawat Museum of Korea Culture.


antik nya teko ni 
 
Lepak tengok tv pula, cerita pasal pelbagai jenis pasta di Itali, tetiba teringin nak makan pasta. Mulalah rancang nak makan spagetti bila sampai di KLIA2.
 
 orang lain bawa beg Lotte Duty Free
kita bawa beg Lotte Mart je..huhu.. 
 
dah pukul 11.00 lebih, berjalan ke tempat menunggu, lalu depan cultural centre ni, ada pertunjukan muzik tradisional...menarik gak..singgah tengok..

muzik tradisional - gayageum, janggu, daegeum
 
ada pelbagai jenis aktiviti di sini  
 
Lapar pulak menunggu boarding, beli shrimp burger di Lotteria dan mango jus, buat lapik perut. Dah order nasi lemak Pak Nasser...

Sekian, kisah travel musim panas di South Korea. Overall, Alhamdulillah, berpuas-hati jugalah walaupun ada tempat yang dirancang tak larat nak cover, itu biasalah kan. Faktor cuaca yang panas menyengat ditambah faktor usia..

Seoul again? entahlah..tak larat dah kot..maybe other part of South Korea pulak - Busan, Gwangju, Jeonju..atau Seoul di musim lain...not summer anymore..

Thanks for reading ~~

Friday, 24 August 2018

Seoul 2.0 : Unhyeon Palace, Rumah Goblin and Itaewon

Assalamualaikum..

Hari last untuk rondaan di Seoul, esok pagi dah nak balik Malaysia.

Destinasi pagi ni dekat je, di Anguk-dong, nak pi rumah Goblin. Hehe..takde le minat sangat citer Goblin, cuma nak tengok bangunan dia, sebab bangunan ni idiantara bangunan moden bersenibina barat yang terawal dibina di Korea semasa peralihan zaman dinasti beraja ke zaman pemerintahan Jepun.

Ambil Line 3 ke Anguk station, keluar exit 4, tapi exit 4 ada renovation, so keluar exit 5, lintas jalan ke exit 4. Yang best kat Anguk station ni, ada beberapa orang ahjussi yang sukarela bertugas sebagai pemandu pelancong. Siap suruh ikut dia keluar exit 5 dan tunjuk arah ke exit 4. Kamsahamnida.

Rumah Goblin ni dalam kawasan universiti - Duksung Women's University.  Nak ke universiti tu lalu depan Unhyeon Palace, istana di mana Emperor Gojong tinggal sebelum dia menjadi raja/emperor Dinasti Joseon yang terakhir. Istana ni dibina pada tahun 1864 dan dibaiki dalam tahun 1996. Emperor Gojong adalah king dalam kdrama Mr Sunshine.

Masuk sekejap, melawat kawasan, masuk adalah percuma. Sunyi je, tak ramai pelawat.

 sujiksa - guards' quarters

dah habis ronda di sini, kita ke sebelah, ke Duksung Women's University. Dalam kdrama Goblin, mereka cuma shoot bahagian depan, dekat pintu saja.

Sebenarnya rumah Goblin ni dulunya sebahagian daripada Unhyeon Palace, dipanggil Yanggwan Hall atau Western House. Dibina pada tahun 1907 oleh Japanese ambassador untuk mendapat favour daripada keluarga diraja. Kalau tengok kdrama Mr Sunshine, memang geram je tengok orang Korea yang jadi talibarut, pemakan dedak Jepun ni..hishh..

Dah sampai entrance Duksung University, tak ada guards yang jaga, terus je masuk. Ada terbaca, yang kawasan ni tourist tak boleh masuk, pak guard tak bagi masuk. 
 
universiti entrance

Yanggwan Hall

colonial building

  scene dalam citer Goblin

kehijauan
 
Jalan-jalan di bahagian atas pula dan nampak bangunan yang menarik ni di seberang jalan.

ivy-clad building and glass building
ada hanok building di bahagian tengah

Bangunan yang dilitupi dengan pokok ivy dan juga bangunan lutsinar disebelahnya ini ialah Arario Museum in Space. Menarik bangunan ni,  siap dibina pada tahun 1971.

 aerial view Arario Museum

The Arario Museum in Space is a modern art museum that was established by the chairman of the Arario Corporation, Chang-il Kim. The building that houses the museum was designed by the famed Korean architect Kim Swoo-geun.

Dari Duksung University, bergerak balik ke Anguk station. Dah sampai kawasan ni, haruslah melanjutkan langkah ke Bukchon Hanok Village. Jom, di Anguk station, keluar exit 2, jalan terus.


Bukchon-ro


Dah sampai di Bukchon Hanok Village, rasa malas lak nak mendaki bukit, cuaca sangat panas. Suruh anak saudara pi ronda sorang-sorang, sebab dia belum tengok lagi, teman dah pi dulu. dia pun malas nak mendaki bukit, so kitaorang cuma lepak minum air depan kedai serbanika, sambil tengok orang. Ramai pelancong dari negara China, berbas-bas.

Lepak di sini 
 
ada gak pusat pemulihan untuk kaki judi

---------------------------------------

Dari Anguk station, kita ke Itaewon station.

di Itaewon station, sayup je

 balai polis

 the Halal Guy - bangunan warna kuning


dondurma - aiskrim turki


restoran Zafran & Makan


Alhamdulillah, bertemu kembali


syiar Islam di Seoul


Dah pukul 12 lebih, menunggu waktu Zohor di ruang muslimat. Selesai solat, bergerak cari makan, rambang mata, banyak betul restoran halal.

suasana neighbourhood area dekat masjid

pilih restoran ni - Eid
sebab JJCM TV3 pernah datang sini

kecik je kedainya, student malaysia yg jadi waitress

my niece order bulgogi

saya order samyetang 

overall, so-so je makanannya. First time makan samyetang dan bulgogi, don't know what to expect. Samyetang - sup ayam, tawar je rasanya. Bulgogi dia rasa manis. Alhamdulillah...kenyang. Berjalan balik sambil melihat kawasan perumahan di sini.

 tingginya..semput nak mendaki hari-hari..

Bergerak ke destinasi seterusnya, ke Namdaemun Market dan Lotte Mart, sambung shopping. Mula-mula gi Namdaemun Market, beli t-shirt Korea, seaweed, pouch, pengepit kuku dan brooch. Kendian, jalan kaki ke Lotte Mart di Seoul Station, kali ni lalu ikut bawah je, melintas ikut underground di Seoul Square.

bangunan lama Seoul Station

city centre

Kali ni di Lotte Mart, misi membeli kimchi peket, Bibigo Kimchi.

oppa Park Seo Joon jadi duta

Sebelum naik subway, sempat singgah e-mart, beli air dalam peket, bawa balik Malaysia..huhu..

Hasil belian kali kedua di Namdaemun Market, Lotte Mart dan e-mart.

air peket e-mart, seaweed, susu pisang perisa blueberi, susu badam,
nasi segera utk dinner dan dapat free seketul fridge magnet

 pouch kanak-kanak

pouch bersulam

susu badam dan susu pisang perisa blueberi

bibigo kimchi, dah dibalut airtight oleh ahjumma
promoter yang baik hati bagi extra 2 peket lagi

bibigo kimchi, campur kobis & radish
80g -100g je, cukuplah untuk sorang makan 

Masa tengah sibuk-sibuk kemas, tengok kat handphone ada message dari AirAsia. Flight balik pukul 9.30 pagi esok dah di tukar ke pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah, lega rasanya..tak yah lah pepagi buta pi tarik beg tunggu bas airport. Terus bersemangat balik nak keluar meronda lagi..hehe..

Rondaan terakhir..ke Ikseon-dong dan Myeongdong...