Thursday 26 January 2023

Meriah Jalan TAR di hari cuti CNY..

Hola..

Petang Selasa keluar ke Jalan TAR, temani bonda beli tudung..meriah sungguh, ramai yang datang bershopping...yang ni depan Gulati's..

manusia hijau baru nak buka bisnes

macam-macam gaya ada
snap gambar curi pun kena bayar
 
penjual belon yang gembira
 
pasaraya Globe..femes giler dulu-dulu
dalat lif, siap ada staf jaga, tolong tekan 
 
batman sedang beraksi

penjual belon baru mampir
 

 
Jalan TAR sentiasa meriah di hari cuti, lagi meriah menjelang hari raya

Friday 20 January 2023

Kamu Yang Mesra

 Salam Jumaat, Sayyidul Ayyam..

Alhamdulillah, terima hadiah 'Kamu Yang Mesra' 

dari blogger Ujie @ Titian Perjalanan

 

Pouch bercorak kelarai dan stokin brand Siti Khadijah

Alhamdulillah, syukran jazilan Ujie, semoga sentiasa dimurahkan rezeki

dan dipermudahkan segala urusan..

nice gifts, I will use it well

Semalam, dah rasmikan stokin..hehe..

lembut & selesa
 
 
Well, tak sabo nak long weekend...happy holiday semua!

Tuesday 17 January 2023

Jom buat sambal gesek

 Haritu ke Pasar Chow Kit, sebenarnya dah lama tak ke sini

terkojut den, kedai-kedai runcit di tepi pasar tu dah bertukar warganegara

semua kedai menjual barang-barang dari Indonesia

salah satunya benda ni....

 
ada yang batu, ada yang kayu
 
saiz sedang ni sepasang RM40

 

ada yang membeli lesung batu


Salam hari Selasa...slow-slow blogwalking, ziarah kawan-kawan..

Friday 13 January 2023

Sandwich 7E yang sedap


 Pertama kali beli sandwich egg & crabstick 7-Eleven ni, memang jatuh cinta teroks...

 harga RM8.10

jatuh cinta di gigitan pertama, rotinya yang tebal & sedap, intinya just nice

Tiga lapis, memang padu, boleh makan 2 kali

sarapan & tea time di petang hari

intinya banyak juga
 
kemudian try yang lain pula, tuna & cheese and cheese &, egg mayo
 
berkenan betul dgn rotinya yg tebal ni

tuna & cheese
 
Yang belum try, sandwich Salted Egg Chicken Katsu
 
sandwich inti ayam
 
sesekali bolehlah beli, harganya kira mahal juga
kalau sandwich biasa harga RM3.00 

selamat mencuba!

Wednesday 11 January 2023

Jom ke Panampuang Market

 Dimanakah Panampuang Market?

 Indonesia? Thailand? Vietnam?

Nehi-nehi..salah semuanya tu..

dekat jer, di Jalan Tuanku Abdul Rahman

disebelah restoran Nasi Kapau
 
Apa yang dijual disana? Serba aneka beg, keropok, keripik
raga, bakul, cantik-cantik wehh..
 
beg-beg
 
beg lagi 
 
bakul makanan & keripik
 
bekas-bekas rotan
 
barangan rotan
 
pelbagai keripik dari seberang

Belum habis explore, dapatlah idea untuk buat hamper buah untuk cenderahati

cantik bekas-bekas rotan, untuk buat bekas hamper & hadiah

Lepas shopping, boleh makan nasi padang di sebelah..hehe..

Tuesday 10 January 2023

Drama China : A Familiar Stranger (2022)

Nihao..historical drama cina yang sweet....A Familiar Stranger....

 
Menonton di youtube, 18 episod je, surprisingly good, nice plot and well wrapped up.

Drama mengisahkan Shen Qin, anak perempuan Perdana Menteri diperintah oleh King supaya berkahwin dengan General Xiao Han Seng. Shen Qin tak nak kahwin sebab dia dah jatuh cinta dengan Prince Ning. Untuk mengelak daripada berkahwin, dia guna kuasa magik bertukar muka dengan heroine, Shi Qi, seorang pelukis.
 
Shi Qi tetiba kena berkahwin dengan General
panik mencari cermin
 
 
Shi Qi tersedar dari pengsan di rumah General Xiao Han Seng dengan berpakaian pengantin. Dia panik dan terus kesana-kesini mencari cermin dan dapati muka dia dah bertukar dengan muka Shen Qin. Dia telah menjadi Shen Qin.
 
Hari itu ialah hari perkahwinan Shen Qin dengan General. Bila mereka bertemu di malam pertama, Shi Qi terperanjat tengok General, orang yang dia cari selama ini..

Shi Qi dan General bertemu kali pertama 3 tahun lalu


General Han Seng pernah selamatkan Shi Qi 3 tahun lepas dan Shi Qi juga selamatkan general yang tercedera ketika itu. Sejak peristiwa itu, mereka berdua saling mencari sesama mereka. Shi Qi gembira dapat bertemu Han Seng tetapi takut rahsia terbongkar yang dia sebenarnya bukan Shen Qin, anak Perdana Menteri.
 
Shi Qi bersemuka dgn Shen Qin
 
 
General benarkan Shi Qi pulang ke rumah mak pak dia. Shi Qi keluar dari rumah General untuk pergi bersemuka dengan Shen Qin. Shen Qin pula ugut Shi Qi supaya terus jadi isteri General dengan motif dapatkan barang kepunyaan Crown Prince yang dibunuh oleh adik beliau sendiri.  Dia jadikan kakak Shi Qi sebagai tebusan. 
 
Shen Qin datang ugut Shi Qi dirumah
geram je tengok Shen Qin ni, jahat betul
 

Seronok drama ni, ada karakter Military Advisior kepada General dan anak angkat General, kelakar dua orang ni. General pula seorang yang lemah-lembut, tidak bertindak melulu dan sentiasa berfikiran positif..
 
General dengan military advisor dia yang serius tapi kelakar
 
anak angkat General yang petah & bijak
 

 
Banyak juga adegan romantis diantara hero & heroine yang buat our hearts flutter. Suka tengok cara hero melayan isteri dan anak angkat dia. Hero bermata kuyu ni dalam diam lakukan siasatan untuk dapatkan maklumat mengenai Shi Qi..
 
adegan 'dressing' luka terpaling romantis
 
fireflies (kelip-kelip) mengingatkan Shi Qi
tentang pertemuan pertama kali dengan general
 

 
Bestlah drama ni, recommended for viewing..

Monday 9 January 2023

Buah Yang Bijinya Mahal

 Jalan-jalan di Kampung Batu Muda

terjumpa pokok buah ni

buah gajus - buah yang bijinya di luar
 
orang utara panggil buah janggus, org kelantan panggil ketereh
pucuk daun mudanya sedap dibuat ulam
makan dengan laksa utara..lagi best..

pucuk daun gajus


 lama tak makan buah gajus 
bijinya selalu jumpa, kudapan harga kayangan..

Friday 6 January 2023

Merdeka 118 - Tak sampai ke bumbung..

 Hola, it's the time of the year

Site inspection of No. 2 tallest building in the world 

nice in blue

at Level 4

naik lif express, shoot ke Level 116

ada AED, kena standby, kot ada yang sesak nafas

 "baby, calm down, calm down"
OOTD dengan PPE

diliputi awan

 

Tahun ni siap, nanti bolehlah naik ke sky deck 

feel the adrenaline rush and enjoy the view

Restoran MamaRai @ Kiara Bay

Salam Jumaat, kisah makan-makan lagi..

Awal tahun 2022, ada site inspection di Kiara Bay, tengok retail mall masih kosong. Akhir tahun 2022, sekali lagi ke sini, yeayy..dah ada a few outlets yang beroperasi..

Kiara Bay di tepi Tasik Metropolitan Kepong

Kiara Bay ialah kawasan perumahan baru di Kepong, di tepi Tasik Metropolitan, di tepi Middle Ring Road II.

 jalan masuk ke Kiara Bay dari MRR2
ditepi tempat letak kereta bertingkat DBKL

Belum lagi berpenghuni, pangsapuri servis Residensi AVA masih lagi dalam pembinaan. Yang ada di sini Starbuck outlet, sales gallery dan retail mall the Beat namanya. Village Grocer masih dalam pembinaan.

The Beat
 
Tak banyak kedai yang buka. Ada bakeri, 7-E, kedai aiskrim dan restoran. Ada restoran orang kita, namanya MamaRai. Jom masuk, lihat-lihat di dalam..
 
Menarik juga, ada untuk sarapan dan makan tengahari
 
Konsepnya layan diri, ambil dulang, ambil makanan dan bayar di kaunter
 
Makanan ada dalam kabinet
 
dihujungnya kaunter bayaran
 
minuman dan puding
 
saya ambil nasi lemak ayam, kuih lapis jagung dan milo panas
 
my brunch

sambal & kacang dalam plastik
ada gunting disediakan di kaunter
 
kuih lapis jagung - comel je
 
sedap semuanya
 
total damage
 
Kali kedua saya ke sini, makan mee bandung Muar.
 
sedap - harga RM10
 
 
jalan-jalan di the Beat...ada 7-E, bakeri Yin's Sourdough dan Inside Scope (kedai aiskrim). Ada juga restoran jual makanan jepun. 
 

Secara keseluruhannya, kawasan ni masih sunyi lagi, tak ramai pengunjung.  Mungkin akan meriah suatu hari nanti.