Wednesday 13 October 2010

Tanda Ingatan

Salam semua..

Kembali memblog. Episod 'jiwa kacau', 'pecah kepala', nampaknya telah beransur-ansur pergi. Suasana kerja kembali ke 'normal pace'. Pray hard..

Apa nak cerita, ye? Tengok kiri-kanan cubicle..oklah, cerita tentang cenderahati atau kata orang seberang, ole-ole. Inilah ole-ole yang paling popular, senang dibawa sebagai hadiah untuk teman-teman...keychains..walaupun kecil, 'it is the thought that counts'..











Keychains yang bergantungan di ofis..dari dalam dan luar negara...alangkah seronoknya dapat gi holiday..
Dua ole-ole ini sangat istimewa, satu dari Chiang Mai, Thailand dan yang sebelahnya bookmark dari Egypt.

Keychain orang asli Chiang Mai, dari kaum Karen atau Hmong, tak pasti tapi yang pastinya, tak sampai hati nak guna..

Bookmark dari ofismate yang dah meninggal dunia. Bila tengok bookmark tu, saya teringat pada dia, dia yang bernama Malini. Pesakit diabetes keturunan yang kronik, yang tidak putus-putus mencari cinta..akhirnya, kecewa, langsung gi melancong...dialah ofismate yang setia menghantar kad ucapan Hari Raya setiap kali Syawal menjelma..kini tiada lagi. Dia dan kad raya juga.


Life is short, go travel. I need a break..really..

Thursday 26 August 2010

Santapan Rohani

Assalamualaikum, hmmm..sudah lama juga tidak menulis di sini. Sibuk, itulah jawapan yang pasti. Menjenguk-jenguk ke My Document, melihat-lihat artikel yang sudah lama tersimpan. Terimalahhh... a food for your soul...

Ustaz Fathi Yakan menyatakan dan memperihalkan peripentingnya seluruh kaum Muslimin khususnya para daie untuk beriltizam dengan sifat-sifat keimanan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surat At-Taubah, ayat 112: "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara, yang rukuk', yang sujud, yang menyuruh yang ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang Mukmin itu."

Melalui ayat Al-Qur'an ini, dapatlah disaring bahawa antara ciri-ciri keimanan yang perlu ada pada diri seorang Mukimin yang beriltizam dengan sesungguhnya dengan Islam dan amal-amal Islami termasuklah:

1. Al-Taibun – orang yang sentiasa bertaubat
2. Al-‘Abidun – orang yang beribadat
3. Al-Hamidun – orang yang bertahmid memuji kebesaran Allah
4. Al-Saihun – pengembara di jalan Allah
5. Al-Raki’un & Al-Sajidun – orang yang banyak rukuk dan sujud kepada Allah
6. Al-Amiru bil Ma’ruf wa Nahuna ‘Anil Munkar – orang yang menyuruh kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran
7. Wal Hafizuna Li Hududullah – orang yang memelihara batas hukum Allah.

Buat renungan semasa, bersamalah kita renungkan Sabda Rasulullah SAW berikut yang bermaksud: “Akan datang satu masa (zaman) di kalangan umatku, (di mana) mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang lain. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan Akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan (Akhirat), mereka sukakan rumah-rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan ciptaan Allah dan melupakan Tuhan yang menciptakan.”

Sebagai tazkirah buat diri, marilah kita renungkan pesanan Sayyidina Umar al-Khattab yang disampaikannya kepada pemimpin negeri dan masyarakat yang telah dilantik dalam suatu majlis di mana katanya: “Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Ini kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu membuatkan dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna!”

source: extracted somebody's blog in 2007 (sudah terlupa)..semoga beliau diganjari Allah SWT dunia & akhirat..

Saturday 5 June 2010

Recycle - Sekadar Peringatan

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.. "

Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa:
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat.


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Ingat kepada mati


Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi. Cuma terfikir, kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar
ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.


Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah
pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia2
di saat pintu2 langit sedang terbuka?


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan.

Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? Kalau kita tak suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat kita (leh terima
ke?).


Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa
Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah SWT.


"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar utk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

source: e-mail

Wednesday 12 May 2010

Yang Mencuri Masaku

Baru awal tahun ni, saya post this entry tentang facebook.

Baru lima bulan, dah mungkir janji.

Setiap hari, ada je yang SMS, bila lagi? bila lagi? Yang paling tak tahan, "dok KL pun, takde fb. Aku dok kampung pun ada. Apalah kau ni kolot sangat?" Kolot sangat ke takde fb ni?

Akhirnya buka juga satu akaun dengan niat menyambung silaturrahim. Jejak kasih kawan-kawan lama.

Yang paling bosan dengan fb ni, ada je kawan-kawan yg upload gambar-gambar zaman sekolah ketika masih lagi 'free hair'. Masa sekolah menengah pulak tu. Memang le nostalgia, tapi bab ni paling teman tak suka.

Fb ni ada magisnya tersendiri. Tapi yang paling nak dielakkan seperti artikel ini 'Facebook and Old Flames: A Dangerous Mix'.

Hopefully, tak ada kawan-kawan lama yang ahli MLM, ejen insuran, jual unit trusts ke dan yang sewaktu dengannya, susah juga nak bersilat, tepis-menepis di alam maya..

Friday 23 April 2010

Ada apa dengan Iran?

Memang jarang buat entry tentang makanan.

Bukan apa, malas nak snap photo, sebab kalau ternampak orang ambik gambar makanan sebelum makan, hati mesti berkata-kata.."ni mesti blogger"...

Tapi semalam snap juga gambar my lunch @ MMU Cyberjaya. Ternampak gerai Iran ni, tiba-tiba rasa nak cuba makanan Iran, `gastronomical adventure' macam Anthony Bourdain..


Ramai juga pelajar2 Iran (I assumed) kat MMU ni, memang bertali arus datang ke kedai Iran ni. Yang jaga kedai pun orangnya juga, ada nasi, piza, sandwiches, kebab, yoghurt drink, lemon juice, roti, dll.
And this is my lunch, nasi beriani 2 rasa, 2 colours, nafsu-nafsi..



Apa namanya, teman pun tak tau. Tanya kat pekerja yang ceduk nasi, dia kata yang kuning tu nasi beriani, yang sebelah tu pun nasi beriani juga tapi ada sayur & daging, dia pun malas nak cakap kot, sebab saya ni orang Melayu, kalau cakap pun bukannya faham..

Nampak banyak..ni pun dah suruh buang separuh. Ada acar timun + tomato, ayam bakar & tomato bakar (overdone, depan OK, tengok belakang dah jadi Dayang Senandung)..
Tapi nasinya selembut sutera, begitu nyaman sekali..

Overall verdict..quite tasteless (tekak orang Melayu), kurang masinnya..cuma acarnya saja ada rasa masin sikit...tapi lemon juice nya tersangatlah sedapnya, sesuai diminum di hari panas...

Tengok dua orang mamat Iran yang handsome kat meja sebelah, makan nasi beriani sayur + daging tu saja (kosong), takde tambah apa-apa pun..yelah, dah makanan ruji mereka..



Yang ni kedai Mecca Corner namanya, jual makanan Arab & Yemen, yang menjual pun orang Arab juga..tadi dah try kebab ayam..wah terasa macam makan kebab kat Mekah..memang lain dari kebab yang dijual di pasar-pasar malam..habis pukul Melewar kebab..Kyros kebab..

Tapi yang dua ni tak terasa nak try pulak, walaupun HALAL..tak tergamak rasanya..


Di Mecca Corner, jual yang ni!

 
Yang ni pula produk Iran..


Apa-apa pun lemon juice juga sedap. 100%. Belum try lagi yoghurt drink.
Maybe one fine day.

Tuesday 13 April 2010

Asal-Usul


Jenguk-jenguk kampung sekejap.


Asal-usul blogtitle & blogname.

Bila stress, suka layan Google Earth, Google Map, Wikimapia dan yang sewaktu dengannya. Boleh round the world in one day. Kejap-kejap pergi Mekah, singgah kat Mesir, jalan-jalan ke Paris. Dapat juga gi Israel, tengok-tengok Masjidil Aqsa, the Dome of Golden Rock dan Jerusalem Old Town. Ada tayangan 3D, memang menarik. Sedih pun ada.

Melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Subhanallah.

Tuesday 6 April 2010

Breakdown

12.00 tengahari.

Terlepas satu job. A big job. Job yang kadang-kadang muncul. Once in a blue moon.

Terlepas hantar satu quotation. Hanya kerana tidak dapat e-mail hari Khamis minggu lalu. Terlalu baru dengan sistem 'e-perolehan'. Mana nak baca manual, nak klik mana, nak isi borang, nak add attachments. Tambahan pula dengan server yang lembab dan laman web klien yang popular. Mungkin ramai yang berlumba-lumba untuk hantar quotation di saat-saat akhir.

Kerja last minute memang melemaskan, mendebarkan. At last, at 12 noon on the dot, the system automatically shut down.

Kecewa. Hampa. Setelah berhempas-pulas.

-

3.00 petang.

Dipanggil ke bilik CEO.

Sesi interogasi, no, no, sesi post-mortem. Sampai receptionist (yang transfer call), steno (yang check email), yang menunggu kalimah 'SEND' with bated breath (me & TBY), GM, Director, berkumpul untuk persidangan meja bulat.

Mari sama-sama nyanyi lagu ini....

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, ikan tak mau naik.
Ikan, oh ikan, kenapa tak mau naik?
Macamana aku tak naik, hujan tak mau turun.
Go..on..and on..

Teamwork.

Aku letih, mau pulang.

Suratan takdir. Kita hanya boleh berusaha...
(satu catatan dengan minda yang letih)

Tuesday 23 March 2010

Bukan Sekadar Novel













"Don't judge a book by its cover".

Memang benar pepatah inggeris ini. Pertama kali baca tajuk buku comel ini, hati langsung tidak tertarik 'Tribute buat Nenda". Hati berkata-kata "ini mesti kisah penulis dengan neneknya". Lantas rasa malas nak beli.

Pada Maal Hijrah 1431, bersua lagi dengan buku ini. Kali ini penjualnya bersungguh-sungguh menyuruh saya beli. "Beli kak, tak rugi, kak. Saya gerenti akak mesti suka buku ni. Kalau akak tak suka, saya boleh pulang balik duit akak". Wow, ayat power. Terus beli. Allah SWT jua yang membolak-balikkan hati, Alhamdulillah.

Subhanallah, bila start baca, terus jatuh cinta. Memang benar taglinenya, buku ini 'bukan sekadar novel'. Ya, bukan sekadar novel, tetapi sebuah memoir perjalanan seorang insan dan diselit dengan buah-buah ilmu untuk muhasabah diri.

Memetik tulisan Prof. Dr Rahman Shaari dari Universiti Malaysia (di kulit belakang buku), karya Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid ini menggunakan Konsep Persuratan Baru (Gagasan Mohd Affandi Hasan). Konsep ini membawa makna persembahan karya yang tidak mengutamakan cerita tetapi menekankan ilmu.
Ilmu yang disampaikan secara bersahaja tetapi menyentuh perasaan. Bisa mengalirkan air mata. Tidak jemu diulang-ulang bacaannya.

"Hati..Disinilah jatuhnya pandangan Rabb. Kilang janaan cinta pada Pencipta Cinta. Yang dengannya Mahabbah itu dijana sedikit demi sedikit sehingga akhirnya dipenuhi dengan Halawah Iman. Lantas ketika itulah hati akan terfaham terhadap hakikat bagi sebuah kehidupan"

Artikel-artikel dalam buku ini diselit juga beberapa kata-kata hikmah Syeikh Ibnu A'thoillah dari Kitab Al-Hikamnya:

1) Jangan merasa gembira di atas perbuatan taat kerana engkau merasakan ia telah dapat dilaksanakan, tetapi gembiralah kerana Allah telah mengurniakan hidayah dan petunjuk sehingga engkau dapat melaksanakan ketaatan itu.

2) Boleh jadi Allah mengurniakan satu nikmat kepadamu tetapi Dia menghalangmu kepadaNya dan boleh jadi dia menghalang satu nikmat kepadamu tetapi mengurniakan taufik dan hidayat kepadaNya.

3) Jangan meninggalkan Zikrullah! Kerana (bukankah) kamu tidak dapat mengingati Allah sepenuhnya walaupun sedang berzikir. (Oleh itu) lalai bagi orang yang langsung tidak berzikir (adalah lebih bahaya) dari mereka yang lalai ketika (tetapi masih dalam) berzikir.

4) Sebaik-baik saat di dalam hidupmu ialah ketika engkau menyedari kekurangan diri dan engkau kembali kepada kerendahan dirimu.

5) (Ketahuilah) Sesiapa yang memujimu (kerana kebaikan yang ada padamu) adalah semata-mata kerana betapa bijaknya Allah menutup aib yang ada padamu. Maka pujilah kamu (yang menerima pujian) kepada Allah yang telah menutup aibmu itu, bukannya kamu mengembalikan pujian tersebut pada mereka yang memujimu dan berterima kasih padamu.

6) Sebaik-baik yang patut kamu mohonkan dari Allah ialah kemampuan untuk melaksanakan ketaatan terhadap apa yang telah Allah perintahkan.


Dapatkan di pasaran, anda pasti tidak akan menyesal..

Wednesday 10 March 2010

Hayati Akhlak Mulia

Selak-selak buku-buku lama, ada banyak nota-nota yang terselit sana-sini. Sebelum melupuskan kertas-kertas tersebut untuk menjadikan bilik sedikit 'paperless', baiklah mengabdikan coretan-coretan tersebut di alam maya. Nak buang begitu saja, rasa sayang pula. Nak simpan, rasa malas. Semoga ada manfaat.

Umat yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri akhlak mulia. Umat yang sedemikian akan dapat membangunkan tamadun yang tinggi dan dihormati sebagaimana terbukti di zaman Rasulullah SAW. Masyarakat yang menghayati dan mengamalkan ciri-ciri akhlak mulia akan hidup dalam keadaan aman dan menikmati kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan kesejahteraan social.

Ahmad Shauqi, seorang pujangga Arab pernah mencipta kata-kata bidalan, “kemuliaan bangsa bukanlah dari binaan-binaan yang indah, bila akhlak dan budi mereka rosak terdedah.”

Imam Al-Ghazali memberi takrif akhlak sebagai "suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang yang melahirkan tingkah laku dengan mudah secara spontan, yakni tanpa berhajat kepada pemikiran. Jika yang lahir itu tingkah laku yang baik dan terpuji menurut akal, itulah akhlak yang mulia."

Menurut Islam, dasar akhlak itu hendaklah bersumberkan tiga perkara:
* Pengajaran dan teladan daripada kitab suci Al-Quran
* Pengajaran dan contoh teladan daripada Rasulullah SAW
* Segala perbuatan baik menurut pertimbangan akal fikiran yang sihat berdasarkan tempat, keadaan dan waktu serta tidak bercanggah dengan dasar-dasar agama.

Tujuan tertinggi agama dan akhlak ialah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Agama Islam adalah sumber terpenting bagi akhlak Islam dan faktor terpenting yang mempengaruhi pertumbuhannya.

Konsep akhlak dalam Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
* Akhlak terhadap Allah SWT
* Akhlak terhadap sesama manusia
* Akhlak terhadap makhluk selain daripada manusia

Manusia yang baik adalah individu yang berakhlak, bermoral serta beradab mulia. Ia dapat dilahirkan menerusi pendidikan Islam.

Sumber: JAKIM & YPEIM

Friday 19 February 2010

Menunggu Yang Ketiga




Sudah habis membaca novel Cinta Granada, buku kedua dalam trilogy "Tsulatsiyah Gharnathat' karya Radwa Ashour. Buku pertama, Rindu Andalusia, banyak memaparkan budaya orang Arab di Andalusia dan menceritakan saat-saat Granada jatuh ke tangan King Ferdinand and Queen Isabella.


Granada yang indah - source: Google Earth

Buku kedua ini melakarkan zaman perit umat Islam di bawah pemerintahan kuku besi bangsa Kristus. Sangat sadis jalan ceritanya. Menyaksikan runtuhnya tamadun Islam yang gilang-gemilang, hancur berantakan. Umat Islam ditekan, ditindas, diusir, dibaptis, dihapuskan dengan sewenang-wenangnya.

"Apa gunanya kitab-kitab sekarang? Tidak ada seorang pun yang mengerti bahasa Arab?" 

"Allah menurunkan Al-Quran dengan bahasa Arab dan Dia akan menjaganya sebab ia adalah bahasa kitabNya. Ini memang hari-hari yang sulit.."

Ya, Allah SWT sebaik-baik penjaga. Manusia ini lemah seperti kata-kata bonda Sultan Muhammed XII (Sultan Boabdil) ketika baginda menyerahkan kunci kota Al-Hambra.

"Don't cry like a woman for the country you failed to defend like a man"

Sedang menunggu buku ketiga..

Monday 8 February 2010

Godaan Berterusan

Rasulullah SAW telah menyoal iblis, sabdanya: "Wahai iblis, ketika umatku berdiri melakukan sembahyang, bagaimanakah hal engkau?."

Jawab iblis: "Masa itulah yang paling susah bagi aku, seluruh badan aku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku menyuruh sekalian bala tentera aku yang terdiri dari syaitan supaya menggoda orang yang hendak sembahyang. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada anggotanya supaya umatmu merasa malas."

"Setengahnya akan masuk ke dalam hati supaya umatmu merasa was-was serta terlupa akan rakaatnya dan akan bimbang terhadap pekerjaan dunia serta akan segera keluar dari sembahyang dan setengahnya akan masuk ke dalam mata lalu menjadikan hatinya tidak senang. Akan datang pula syaitan duduk di belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk di tahiyat dan di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu habis cepat."

"Dengan ini ia akan mengurangkan pahala sembahyang. Sekiranya sekalian syaitan itu tidak dapat menggoda maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."

Friday 29 January 2010

Masuk Hutan II

Penangan buat entri tentang masuk hutan, dah kena masuk hutan. Tuntutan kerja. Bukan hutan sebenarnya, tapi ladang kelapa sawit yang berbukit-bukau rupabentuk mukabuminya.



Contoh ladang kelapa sawit yang terjaga, sungguh nyaman suasana disini dengan kicauan burung.

Walaupun naik 4WD, tetapi nak pergi ke anak sungai ini, terpaksa berjalan kaki menuruni bukit. Kira-kira jungle tracking + cardio exercise. Tercungap-cungap juga. Not fit enough.


PKNS Heritage di Bernam Jaya. Rumah kolonial untuk rumah pengurus ladang pada zaman British. Banyak gambar-gambar lama, susur galur PKNS tergantung didalam rumah ini.



Dan gambar ini..



PM Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak melawat kawasan pembinaan projek PKNS.

Satu perkara yang terlintas di fikiran, orang-orang pada zaman 50'an, 60'an & 70'an, kebanyakannya kurus-kurus, slim-slim gitu, jarang jumpa yang 3G (Gemuk, Gempal & Gebu), baik yang lelaki mahupun wanitanya, kenapa ya? Hmm...mungkin tak banyak fastfood, banyak berjalan..banyak naik basikal..fikir-fikir..hmm..zaman berubah..

Monday 25 January 2010

Masuk hutan

Masuk hutan memang menyeronokkan terutama bagi 'city slickers' yang tinggal di hutan batu. Setiap kali, ada program motivasi di tepi-tepi hutan, aktiviti 'jungle trekking' ni memang dinanti-nanti. Merasa suasana hutan, auranya, baunya, heningnya, tersendiri. Misteri hutan.

Ramai yang berpesan pantang-larang masuk hutan sebab hutan adalah tempat tinggal jin, orang bunian. Oleh itu jangan buat sesuka hati :jangan tegur benda-benda pelik, jangan terlampau gembira sangat, jangan buang air kecil/besar sesuka hati.

Tetapi setiap kali masuk hutan, kadang-kadang takut juga. Takut pada 'species' yang menjalar seringkali terbayang di fikiran.

Doa di bawah ini adalah doa khusus yang ampuh untuk diamalkan sebagai amalan agar diri kita aman dan selamat dari segala ancaman+serangan haiwan liar dan berbisa. Sangat sesuai diamalkan ketika hendak masuk ke dalam hutan dan di mana-mana tempat sahaja pada sebarang waktu yang mana di kawasan tersebut membuatkan kita mudah terdedah kepada ancaman dan serangan pelbagai haiwan liar juga haiwan berbisa.

Sirahnya...Pada zaman Nabi ALLAH Nuh as, sewaktu bala banjir besar yang ALLAH SWT turunkan kepada umat Nabi Nuh as yang ingkar dan berpaling dari mentauhidkan ALLAH SWT, selain dari Para Pengikut Nabi Nuh as yang beriman, sekalian haiwan-haiwan liar dan berbisa yang wujud di muka bumi ALLAH SWT juga diselamatkan oleh Nabi Nuh as dengan cara Nabi Nuh as turut menempatkan ruang untuk sekalian haiwan-haiwan tersebut berlindung di dalam bahtera Nabi Nuh as itu.

Dan apabila bala banjir besar itu mulai surut setelah selama 40 hari pelayaran, kesemua haiwan-haiwan liar dan berbisa tersebut telah berbai'ah dan berjanji di hadapan Nabi Nuh as, bahawa "Kami bersumpah tidak akan mengganggu dan mengancam sesiapa sahaja yang mengucapkan Salam Dan Kesejahteraan buat dirimu, wahai Nabi ALLAH Nuh as.


"Bacaan Inti dari Surah As-Saffat (37), ayat 79"

Bismillaahhirrahmanirrahim..




Mafhum: [79]“Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!”
Bersama-samalah kita mengamalkannya.


Jungle rules:'Leave nothing but footprints, take nothing but photographs'

Tuesday 19 January 2010

Entry yang sejuk..

Cuaca panas sekarang ni. Sangat teruja untuk membuat entri yang sejuk begini.

Benua Antartika mengalami suhu yang paling rendah di dunia sehingga boleh mencapai 70 darjah Celcius dibawah paras 0 dengan kelajuan angin 300km sejam. 90% daripada mukabuminya merupakan bongkah-bongkah ais setebal purata 2,500 meter. Ada di setengah-setengah kawasan, bongkah-bongkah ais mencapai ketebalan 4,776 meter. Seandainya lapisan-lapisan ais ini mencair, seluruh lautan di mukabumi akan naik sebanyak 70 meter dari paras asal.



Gambar-gambar menarik di Antartika (source: e-mail)







Subhanallah, tidaklah Engkau jadikan semua ini sia-sia..

Wednesday 13 January 2010

Jarang-Jarang

Apa yang selalu dicari bila hujung2 tahun hingga ke awal2 tahun baru?

Free table kalender, free diary, kalender kuda...

Apa yang selalu dibelek-belek di kalender?

Cuti-cuti, kalau-kalau ada cuti di minggu-minggu kerja..cuti hari raya, cuti sekolah.....

Hmm..baru awal minggu pertama di bulan Januari, tapi kalender dah diselak hingga ke bulan Disember. Ada yang suka tengok-tengok gambar..

Rasanya sepanjang dah lebih 10++ tahun bekerja, pelbagai jenis kalender meja yang diterima. Pelbagai bentuk. Pelbagai company & institusi.

Tapi yang ini, terasa kelainannya (sorry gambar blurr)..jarang ada company yang begitu gah, company yang diasaskan oleh Malaysian Chinese yang mahu menulis bulan-bulan hijrah dalam tulisan jawi dan mengguna Arabic numbering untuk kalender meja. Syarikat orang Melayu yang besar2 apatah lagi yang tersenarai di Bursa Malaysia pun takde yang berbuat demikian (belum jumpa lagi!! - sila beritahu jika ada).

Sampaikan kawan ofis pun terkejut.."Huii..ada TULISAN JAWI..". Belek2 terkejut lagi.."hah.. company ni.."

SYABAS to Tan Chong Motors for the corporate table calendar...company alaf baru..1Malaysia..

Nasib si kalender, awal tahun di cari, akhir tahun ke bakul sampah juga akhirnya...life goes on...

Friday 8 January 2010

Anti Sosial

Entahlah, nak terima berapa banyak e-mail tentang ini, baru nak terbuka pintu hati..
"Hi Co, I set up a Facebook profile where I can post my pictures, videos and events and I want to add you as a friend so you can see it. First, you need to join Facebook! Once you join, you can also create your own profile"

To sign up for Facebook, follow the link below:
http://www.facebook.com/p.php?i=573823184&k=5XFT24VSQT6G6BD1TKZTURQRU6BAY3WDP4HR&r

Biarlah, saya jadi anti sosial di alam maya. Masih ramai lagi mereka diluar sana, yang takde akaun ni. Oh! tidaklah saya sorang je yang ketinggalan zaman..

Maybe one fine day, I will..

Thursday 7 January 2010

Perjanjian Syaitan

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Alhamdulillah, bersua kembali di alam maya di tahun baru hijrah 1431 dan gregorian 2010. Amat malang bagi umat Islam di Malaysia apabila tahun baru ini dimulakan dengan insiden yang menghiris sentimen. Tersepit dan terjerat dengan undang-undang ciptaan manusia, undang-undang yang diterimapakai sejak zaman berzaman. Marilah kita bermuhasabah dan mendekatkan diri kepadaNya. Sedikit tazkirah yang diambil dari e-mail.

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/ kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah Maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"