Showing posts with label Negaraku. Show all posts
Showing posts with label Negaraku. Show all posts

Thursday, 13 June 2024

50 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China

Assalamualaikum..jom citer sejarah..

Tanggal 29 Mei 2024, genaplah 50 tahun hubungan diplomatik diantara negara Malaysia dengan negara China. Sebelum tu, Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan China disebabkan China sokong Parti Komunis Malaya..

Bila Tun Razak jadi Perdana Menteri pada tahun 1970, beliau perkenalkan konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (Zofpan) dan mengambil langkah neutral untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua negara (kecuali Israel lah kan).

Melewati lounge di pejabat, ternampak buku table yang dwi warna ni..menarik...oo..rupanya sisipan akhbar The Edge khas untuk memperingati 50 tahun hubungan diplomatik dengan negara China.

Sisipan akhbar The Edge
 
cantik kulit buku ni
 

Bila diselak-selak, menarik buku ni..menceritakan kronologi dan milestone untuk mewujudkan hubungan dengan negara China. Penceritaan setiap 1 dekad (10 tahun) pencapaian dalam pelbagai bidang..government, corporate, industri, financial, sports, e-commerce..

titik permulaan..jabat tangan yang bersejarah..
Tun Razak dan Mao Zedong 
 
top gun di era 2000-2020
China ada 2 leader - Paramount Leader and Premier Leader
 

 Suka tengok our mantan perdana menteri terutama Tun M, muda nya..hensem..

hensem our PM (Jun 1993)

terkini
 
Milestone terkini diantara Malaysia-China ialah visa-free travel ke China for Malaysian citizens dilanjutkan sehingga akhir tahun 2025..yeayy..
 
jom pi China..

Tuesday, 22 November 2022

Kenangan PRU15...Batu rocks..

Assalamualaikum, kembali bersiaran...hehe...abadikan di sini, corat-coret sepanjang PRU 15, buat kenangan. P115 Batu yang panas, sampai 10 orang bertanding..Batu rocks..

Hari Penamaan Calon 5.11.2022

Penamaan calon di SK Sentul Utama, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh)...

 

 team PN

team BN dah mai, disebelah sana
sama2 biru, prussian blue & royal blue
 
 
team merah, kuning, putih
PH, Pejuang, Warisan & bebas (Tian Chua)
 
pukul 11 pagi, pegawai SPR umum nama2 calon
terkejut gak, sampai 10 orang
the more, the merrier!!
 
OK, masa untuk berkerja, berkempen...gantung poster, pasang sepanduk..
 
pemandangan 5 tahun sekali
 
dulu kawan, sekarang lawan
 
poster Siti Kasim, calon bebas, simbol cermin mata
 
calon PN
 
bangsal panas PN
 
bangsal panas Pejuang
ada banner BN, BN kempen guna Bajet 2023
 
i'm back, kata Tian Chua
pilih simbol kerusi
 
poster paling cantik, orangnya pun cantik
 
guna simbol pokok
 
kempen rumah ke rumah
 
 
 Hari Pengundian Awal 15.11.2022
 
Calon-calon melawat pusat mengundi di kem askar Batu Cantonmen
 
Wan Azliana (Pejuang), Tian Chua (Bebas) & Ustaz Azhar (PN)
 
comel je Cleo

Hari Jumaat, last day berkempen, buat flash mob besar-besaran
 
 
 
Malam 'raya'
 
flash mob depan bangsal panas
lawan dengan geng PH di seberang jalan
 
Hari Mengundi 19.11.2022
 
Bertugas sebagai Ejen Tempat Mengundi & Ejen Mengira Undi
di Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2
 
tempat dulu masa PRU14
 
Bertugas dari pukul 8.00 hingga 10.30 pagi, kendian gi mengundi, then pecut ke Kota Damansara, hantar kawan gi ngundi di sana
 
Berpatah balik ke Sentul, lunch & solat, then gerak ke barung depan sekolah
 
menunggu untuk bertugas pukul 4 - 6 and terus kira undi

setiap kali petugas SPR bawa kertas undi keluar
semua bersorak & bertepuk tangan sebab tunggu lama
untuk keluar dari perkarangan sekolah
selagi tak habis dibawa keluar, pintu pagar tak dibuka
ada 8 saluran, jenuh menunggu.. 
 
pusat penjumlahan undi P115 Batu
 

Keputusannya...semua dah tahu kan...hehe..
 
Kalah menang adat pertandingan
 
 
Alhamdulillah...ada peningkatan...
 
panjang umur, bertemu lagi di PRU16..InshaaAllah..

Tuesday, 31 August 2021

Selamat Hari Kemerdekaan ke-64

 Selamat Hari Kemerdekaan ke-64

31.08.1957 - 31.08.2021 

Semoga negara kita Malaysia menjadi negara yang aman sentosa serta diberkati Allah dan seperti yang disifatkan Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. 

Amin..Ya Robbalalamin.

Friday, 10 July 2020

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Salam semua..salam Jumaat..

Banci datang lagi..

Jom tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia...


Sekarang ni dah mudah, guna online census. Ambik dari blog nhhas..tq Huda..

Langkah-langkah menggunakan mod e-Census (www.mycensus.gov.my) :
1⃣ Daftar e-Census
Responden perlu masukkan nama, e-mel dan no. telefon.
2⃣ Masukkan invitation code (NGDBBPTK)
Yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.
3⃣ TERIMA One Time Password (OTP)
(DAFTAR e-Census)
4⃣ Log Masuk
Masukkan No. Tel
5⃣ Terima OTP (LOG MASUK)
melalui e-mel
6⃣ Jawab soal selidik melalui sistem e-Census
(Pengisian mengikut Isi Rumah)
7⃣ Hantar & Perakuan
Pastikan maklumat Isi Rumah telah lengkap
8⃣ Selesai
Responden menerima notifikasi selesai menjawab e-Census melalui e-mel.

Untuk makluman semua, poskad banci telah mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke tempat kediaman terpilih.

Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad. 
Jangan risau, 
anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci 
mulai 7.7.2020 (Selasa) - 23.09.2020 (Rabu) 
untuk mendapatkan invitation code.

Boleh ke pautan berikut untuk mendapatkan invitation code:
https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

https://ecensusreg.mycensus.gov.my/

Nak tau lebih lanjut? Jom layari...🔶www.mycensus.gov.my🔶

Data is king..data anda masa depan kita..

Tuesday, 2 July 2019

Sarawak Product Pavillion

Assalamualaikum...

Anda di Kuala Lumpur tapi teringin ikan terubuk masin, mengidam kuih sepit lemantak?
 
Usah khuatir, dapatkan produk-produk dari negeri Kenyalang di Sarawak Product Pavillion di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasinya di sebelah pejabat pos Medan Tuanku. 

one-stop centre untuk produk-produk dari negeri Sarawak
 
Pelbagai produk ada dijual di sini. Cafe pun sudah dibuka. Nak makan mee kolok, laksa sarawak, bolehlah singgai di sini. Teman dah beberapa kali datang sini, sebab pergi pejabat pos di sebelah. Lepas tu cuci mata di sini. Masa tu cafe belum beroperasi lagi.

Jom tengok apa yang ada dijual di sini. Sesetengah produk makanan tak pernah tahu pun dan pertama kali tengok.

beg genggam bermanik

tikar dan tas tangan

 Produk makanan pulak, menarik..

 beli yang ni - kuih sepit lemantak
bukan melantak ye tapi lemantak (sagu)

 beli sebalang

dari Kota Samarahan

dijamin halal, produk keluaran muslim

Macam kuih sepit biasa tapi tepungnya keras sikit. Beri ofismate rasa, ada yang suka, ada yang kurang gemar.

Beli juga yang ni. Sate ikan lumek.

 produk dari Sebuyau

 sedap, macam sate ikan pulau pangkor

ikan lumek juga dibuat serunding & inti mini popia

sate ikan empirang produk orang Melanau

 Sate Tahai dari Lawas

 gula apong

lada hitam Sarawak

beras Bario

yang ni pun ada - tuak 

ikan terubuk masin, kuih kelupis dan paste durian

kali terakhir ke sini semasa cafe dah beroperasi. Hajat hati nak makan laksa Sarawak tapi dah habis, makan mee kolok je.

 Alhamdulillah

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, bolehlah singgah di sini beli produk keluaran negeri Sarawak. Dekat jer bah! tak perlu gi jauh-jauh naik belon. Original dari Sarawak. Jom sokong produk tempatan.