Untuk wrap-up travel di Ho Chi Minh, terimalah satu entry khas untuk edisi makan-makan di restoran-restoran halal di bandar ni. Memang banyak restoran halal disini, so Muslim travellers tak usah risau, tak perlu pening-pening kepala nak bawa barang2 makanan kalau travel ke sini, cuma pening dengan harga makanan yang setaraf hotel and food court KLCC tu..hihi..
Meh kita semak peta lokasi..landmark utama, Ben Thanh market ..jalanraya tepi market, Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh tu selepas pukul 6 petang, akan bertukar jadi lokasi pasar malam...
Lokasi restoran halal dekat Ben Thanh market
Nguyen An Ninh Street @ Malaysian Street
Yang ni memang tak perlu diperkenalkan lagi, memang tempat pilihan utama orang Malaysia untuk menginap di hotel2 di jalan ni. Di sepanjang jalan, memang banyak restoran halal..
Ay Sah, Mu Sa Ka Reim, Amin
Osman, Basiroh & Kampung Melayu
Hj Man Sour, An Tam
Dalam banyak2 restoran ni, kami cuma pergi kedai Amin je..sebab mengikut maklumat, makanan di sini lebih murah dan sedap..
Makanan lebih kurang macam di Malaysia juga - ada pelbagai nasi goreng, bihun goreng, ada juga makanan Vietnam seperti pho, popia vietnam. Harga nasi goreng dan pho semuanya VND50,000 (RM10) dan air VND20,000 (RM4.00).
Makanan lebih kurang macam di Malaysia juga - ada pelbagai nasi goreng, bihun goreng, ada juga makanan Vietnam seperti pho, popia vietnam. Harga nasi goreng dan pho semuanya VND50,000 (RM10) dan air VND20,000 (RM4.00).
pho ayam dan nasi goreng kampung
popiah vietnam
Di seberang jalan di sebelah barat, ada restoran Nabil Biryani, di sebelah The Luxe Hotel. Ke utara lagi, berhadapan kuil Hindu, ada Saigon Green House dan di Le Thanh Ton, ada Restoran Daun.
Di Thu Khoa Huan street, ada tiga restoran halal - Restoran Serai, Halia dan Kampung Pandan.
Serai, Halia dan Kampung Pandan
Bergerak ke arah timur pula, ke Nam Ky Khoi Nghia St, off Le Loi, ada Saigon Halal Foods.
ambik dari Google streetview 2014
Saigon Halal Foods
Di kawasan Dong Khoi/Dong Du
Lokasi restoran/outlet halal di Dong Khoi/Dong Du
Di Dong Khoi, boleh ke Parkson, di sebelah Hotel Continental Saigon, di food centre di Level 3, ada outlet Zam-Zam - Flavour of Indian and Arab Foods.
Parkson @ Dong Khoi
macam-macam ada
Dari Parkson, berjalan ke Dong Du yang ada Masjid Jamek, ada tiga pilihan restoran halal di sini - D'Nyonya, Halal@Saigon dan restoran Turki, Pasha.
Tuanpunya Restoran Halal@Saigon ni orang Malaysia, so banyak jugalah makanan Malaysia yang ada di sini. Home away from home.
Halal@Saigon
pho di Halal@Saigon
nasi goreng ikan masin - sama rasa mcm di M'sia
Restoran D'Nyonya
Untuk kelainan citarasa, boleh try makanan Turki di Pasha Restaurant.
Restoran Pasha
Moussaka, roti pide & iced lemon tea
Dalam map atas tu, ada nampak jalan Hai Ba Trung. Menyusuri jalan ni ke utara atau naik teksi, jom terjah satu lorong yang makcik Melayu Champa menjual makanan, katanya lebih murah dan lebih happening, makan style local people - mencangkung di bangku dan meja rendah..info ni dapat dari blog o-mulan..
dari blog o-mulan - klik sini
Selain daripada makan-makan di restoran halal, try mengopi di cafe-cafe menarik yang ada di sini. Ho Chi Minh terkenal dengan cafe culture yang aktif lagi happening. Boleh jengok sini untuk view cafe-cafe menarik di HCM - the incredible cafe scenes of HCM.
Saya sempat pergi dua cafe - the Workshop dan L'Usine@Le Loi. The Workshop ni memang saya recommended untuk mengopi...lain dari yang lain cuma lokasinya agak susah nak cari. Kebanyakan cafe-cafe di kawasan Dong Khoi ni letaknya di tingkat atas, jarang ada di tingkat bawah, sewa mahal. Sila refer entry Ronda-Ronda Kotaraya 2 untuk ke the Workshop cafe.
The Workshop
L'Usine @ Le Loi
Untuk mengeteh pula, boleh try Khanhcasa teahouse, menarik sekali dekorasi kedai ni..penuh dengan bunga-bunga..
ini outlet di Dong Khoi, ada juga di Le Loi
Menarik bandar Saigon ni, semakin maju seiring dengan arus pembangunan...hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..tapi bila dah ada di negara orang, kita enjoy apa yang ada di sana...cheers..