Friday 30 December 2022

Dnar Hassan @ Jalan Gombak

Assalamualaikum, Salam Jumaat terakhir tahun 2022..

Kisah makan-makan..

Bulan Mei haritu, ada up satu entry Pak Su Chicken Chop, yang jual chicken chop murah, harga RM6.90, gerai tepi jalan je, dekat Masjid Jamek Saad Abi Waqqas di Jalan Gombak..

Sekarang harga dah naik, jadi RM8.90, lamb chop dari RM9.90 ke RM10.90, tapi masih murah lagi kan...

Sederet dengan kedai Pak Su Chicken Chop ni, ada kedai makan Dnar Hassan namanya. Pun ada jual menu yang sama, tapi harga murah 10 sen..

harga murah seploh sen
nun disana, yang kaler merah tu, kedai Pak Su Chicken Chop
 
Dnar Hassan Western Food
 
 
Di satu petang, singgah makan di kedai ni.  Order grilled chicken dan spagetti bolognese. Sampai 2 menu..huhu..sebab tak lunch. Ni lunch merangkap dinner. Order guna QR code you'all..curlass..
 
grilled chicken, marvellous
 
 spagetti bolognese pedas
makan sambil layan kdrama Doctor Lawyer
 
Terkojut den tengok spagetti bolognese ni, menggunung tinggi, spagetti dilitupi dengan sosnya. Tapi rasa kureng sikit, tak fresh sosnya, rasa so yesterday, sejuk je, tak panas. Tak habis makan, tapau bawa balik, buat breakfast esoknya..

Total damage : RM28++
 
Mungkin akan repeat kedai ni, try menu lain pula...

Wednesday 28 December 2022

Hai Siput, lama tak jumpa..

Teruja jumpa siput ni..

Walaupun kau siput, ada pulak bab* di belakang namamu
tak relevan sungguh!! 
redho je lah...ini semua angkara manusia...haha..

Tuesday 27 December 2022

French Cafe - Paul - depuis 1889

Hola, dah nak year end...

Gi shopping mall, hiasan sempena festive season meriah terasa, double celebration kali ni...Christmas dan Chinese New Year..

Haritu ada site inspection di Vista Tower @ the Intermark, meriah Intermark Mall dengan hiasan sempena hari Natal.. 

konsep Mickey Mouse
 
Setiap kali ke sini, mesti lalu di kedai pastri ni sebab lokasinya di tengah-tengah laluan...menggoda sungguh, kau memang dabomb...jom singgah..

French pastry cafe - Paul
 
Drooling tengok pastries yang ada, colourful, nampak yummy semuanya..

tart & eclairs
 
strawberry & vanilla millefeuile & raspberry tartlet
 
strawberry & multifruit tartlet
 
apple & almond tart
 
Lama juga nak pilih, akhirnya beli 3 je - strawberry eclairs, apple-almond tart and brioche with almond...harga semua + tax..

sesekali...huhu..

Moh balik, kita makan di pejabat..
 
 

depuis = sejak, lamanya dah 100++ tahun
 
Jom review pastries yang dibeli...sedap ke idok..
 
apple-almond tart - so so je

strawberry eclairs - bagi ke ofismate sempena birthday dia
dia cakap sedap

brioche with almond - sedap

Overall, recommended kedai pastry Paul ni...kalau nak mencoba..

Friday 23 December 2022

Mentari di ufuk barat

 Dan siang pun melabuhkan tirainya.....

subang skypark @ 25 Nov 2022
 

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" - Az-Zumar, ayat 5 

Salam Jumaat semua..enjoy the long weekend..

Wednesday 21 December 2022

Jiwang betul Cafe ni..

Masuk je ke dalam cafe, nampak tulisan ni kat dinding...

haha..mesti owner dia putus cinta...lepas tu bukak cafe hipster ni...Jiwa Kopi & Bingsu x Jiwa Pizza di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu...

Kami makan tengahari di sini, kali ni tak makan local food..

order di kaunter, saya order grilled chicken & hazelnut latte
my friend pula butter rice chicken & cappucino
beli juga pavlova, nak merasa

makanan & minuman yang ada
 

kata-kata orang kecewa bercinta kat dinding

pavlova, manis bebeno

 

cappucino & hazelnut latte

jiwang betul

 

grilled chicken, so-so je..


terakhir kisah JJCM di Kuala Terengganu untuk kali ni, semoga ada lagi tahun depan...aamiin..

Tuesday 20 December 2022

Nasi Minyak John @ Kuala Terengganu

Sambung citer JJCM di Kuala Terengganu. 

Hari pertama sampai ingatkan nak sarapan nasi minyak John tapi tutup pula kedainya. Hari kedua, hari Jumaat, kedai buka, Alhamdulillah. Nama kedainya Restoran Seerai Wangi di Jalan Tok Lam.

Sebenarnya ini kali kedua makan nasi minyak John ni. Pertama kali makan sebelum PKP tahun 2020. Hanya di Terengganu je dapat makan nasi minyak di pagi hari...eat like locals...hihi..

dah ramai beratur utk tapau

yeayy..ada..
 
Jom masuk, cari meja. Yang sedang makan pun ramai juga..
 
full house
 
 
nasi beriani pun ada
 
dua jenis nasi ada dijual disini
 
nasi minyak john gulai ayam & telur
 
sarapanku

 Harga semua : RM17, set nasi RM7.50, air teh O panas RM1.00

 
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa nama nasi minyak ni  nasi minyak John? siapakah John? mat saleh ke?
 
Driver grab yang kami naik dari airport tahu salasilah nasi minyak John, dialah yang bercerita. Dulu-dulu, tukang masak nasi minyak ni orang lain, yang menjualnya orang lain. Yang menjual tu lah orang panggil dia John, nama sebenar tak tahu pula, entah kenapa orang panggil dia John, bukan mat saleh, orang tempatan juga. Lepas tu semua orang refer nasi minyak yang dijual tu 'nasi minyak John'..

Sekarang ni yang menjual di Restoran Seerai Wangi ialah generasi kedua tukang masak asal nasi minyak ni, turun-temurun daripada bapanya tapi masih mengekalkan nama nasi minyak John..

Begitulah ceritanya, wallahua'lam...kalau ada di Kuala Terengganu, silalah mencoba nasi minyak john..sebenarnya kedai lain pun ada juga jual nasi minyak sebagai sarapan, dekat kedai nasi dagang atas tol pun ada tapi rasa best lak makan nasi minyak john...hihi..

Lepas makan, berjalan kaki ke Restoran Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), nak beli keropok lekor..lalu depan UTC Kuala Terengganu...cantik bangunannya..

Suka tengok hard landscape bentuk paku-pakis
 
Ok, off to Pasar Payang pula, retail survey...haha...

Monday 19 December 2022

Berfoto-fotoan di Lorong TAR

Assalamualaikum semua..selamat hari Isnin...

Kisah hari Ahad lepas. On the way ke Sogo daripada tempat parking kereta depan balai polis Dang Wangi, melintas Lorong Tuanku Abdul Rahman, lorong pasar malam...tengok ramai orang tengah snap sana-sini..

Rupanya ada lukisan dinding (street art) di Campbell Complex, menarik lak temanya, kembali ke tahun 50'an, 60'an, 70'an...siap ada props untuk photoshoot..

transport dulu-dulu
 
lanca hitam
 
rumah kedai style melaka, siap ada vespa parking depan rumah
 
panggung wayang
sebok je van parking depan ni
 
kedai kuih si Labu Labi
 
Meh tengok kuih apa yang dijual
 
karipap, kuih ketayap, pulut inti, kuih lapis, tepung pelita
 
10 sen ja sa-biji...ish, ish..murahnya..
 
 yang ni pula si penjual sate
 
ada bangku kecik ni, sib baik dipatri, kalau tak mesti dah kena cilok
 
oklah, ada tempat menarik untuk berfoto-fotoan..
 
Selamat bekerja semua..

Sunday 18 December 2022

6 Chinese Drama genre Police Investigation

Nihao...take a break from citer makan-makan, jom review drama China Mainland, citer polis-polis, genre penyiasatan...

Drama ni dah habis ditonton semuanya, best juga drama polis China ni. Plot yang menarik cuma kekadang tak puas hati dengan ending, tergantung macam tu je, seakan ada season 2..tapi selalunya nan hado....huhu..

 1) Day & Night (2017)

Cerita tentang dua beradik kembar seiras, Guan Hong Yu dan Guan Hong Feng. Guan Hong Yu dituduh membunuh satu keluarga. Dia melarikan diri tapi kemudiannya datang bersembunyi di rumah Hong Feng. Guan Hong Feng ialah team leader CID polis, terpaksa direhatkan sebab polis sedang menyiasat tuduhan kes bunuh oleh kembar dia.

Team leader yang baru, ZhouXun panggil Hong Feng untuk bantu siasatan beberapa kes pembunuhan. Dia arahkan polis junior, Shutong untuk awasi Hong Feng. Hong Feng setuju sebab dia nak siasat kes kembar dia. Hong Feng sebenarnya fobia dengan suasana gelap disebabkan kegagalan satu kes serbuan yang menyebabkan kematian seorang polis wanita. Bila waktu malam, dia bertukar dengan Hong Yu. Hong Yu menyamar jadi Hong Feng. Mereka menyiasat kes-kes pembunuhan disamping menyiasat kes tuduhan Hong Yu.

Suspens jugalah drama ni, hampir terkantoi juga depa berdua. Ada yang perasan perbezaan mereka berdua. Tapi yang tak best, ada beberapa isu yang tak terjawab..

Jumlah episod : 32 


2) Reborn (2020) 

Drama mengenai Deputy Police Chief, Qin Chi yang kembali bertugas selepas sedar dari koma disebabkan kena tembak dalam satu kes serbuan dimana semua anak buah dia terbunuh. Dia sorang je yang hidup menyebabkan dia dituduh sebagai pengkhianat.

Walaupun masih dalam siasatan, Qin Chi bekerja seperti biasa, dibantu oleh seorang polis muda bernama Ming Jia. Qin Chi terpaksa melayan kerenah Chen Rui, adik perempuan ketua penjahat yang terbunuh dalam kes serbuan tersebut. Annoying betul watak Chen Rui ni...rasa nak tumbuk-tumbuk je...dush, dush..

Tapi entahlah rasa tak logik juga drama ni, macamana Qin Chi dan anak-anak buah dia boleh bincang strategi polis ditempat awam, didalam restoran walaupun tuan punya restoran tu dah lama kenal dan baik dengan mereka semua. Ming Jia pula cuai dalam tugas sehingga dokumen polis boleh terlepas kepada orang awam..hishhh..yelah nak dijadikan cerita..

Jumlah episod : 28

 

3) Truth (2021)


Drama mengenai dua orang prosecutor daripada Criminal Procuratorate of the Haijiang City People, yang specialise dalam teknik untuk mendapatkan bukti (evidence) dalam kes-kes yang tak dapat diselesaikan (cold cases). Kombinasi tugas-tugas prosecutor dan polis dalam menyiasat sesuatu kes.

Memang gross cara pembunuhan...geram je tengok penjahat utama. Suka tengok cara Kapten Li soal siasat penjahat...segak betul..

Jumlah episod : 32

 

4) Hidden Edge (2022) 

 

Drama tentang Xiao Qiang, seorang askar special force yang hilang ingatan selepas satu misi, kembali jadi orang awam dan bekerja sebagai pemandu teksi. Dia tinggal dengan anak perempuan yang masih bersekolah, isteri dia tinggalkan dia semasa dia koma dua tahun lepas.

Drama ni horror sikit, editing berkecamuk, lepas tu tak tahu sebab apa semua orang dalam drama ni asyik nak pukul, nak pekena hero dan anak dia. Dalam episod 1, orang asing (foreigner) langgar teksi hero, kemudian culik dia, then lepas. Kemudian anak dia pula kena culik dgn peninju MMA pompuan dan peninju tu ajak dia berlawan.

Lepas tu pula ada pompuan menyamar jadi bini dia dan nak bunuh hero guna racun, ada pula 2 orang pemuda selalu datang rumah hero minta bayar hutang, tuanpunya kedai internet pun asyik monitor pergerakan dia,  ada sorang lelaki misteri asyik ajak dia berlawan, doktor pompuan yang monitor dia pun berkomplot dengan penjahat...letih minda fikir why? why?...2 episod terakhir baru tau sebabnya...huhu..lepas tu ending dia..tetiba anak perempuan dia panggil 'ma'..mungkin isteri dia balik ke rumah, mungkin ada Season 2..

Jumlah episod : 24


5) Be Reborn (2022)


While investigating an ancient painting that has been stolen, Luo Jian who heads the criminal investigation team crosses paths with genius university student Zhuang Wenjie who is from a family of thieves. The unlikely pair work together to crack the case.

Hero yang sama drama Reborn (2020). Geram je dengan watak Wenjie, tak percaya dengan polis. Perasan genius tapi selalu je kena tipu dengan kawan-kawan bapak dia, geng pencuri. Best drama ni..tapi ending dia suspens, tetiba bapa Wenjie macam hidup lagi..

Jumlah episod : 26

 

6) The Listener (2019)

It follows the life of Ming Chuan, a forensic doctor who is well known for cracking cases through dead bodies. However, he has a secret that no one knows: his past is a complete puzzle, even for him. Enter the stunning yet skilled policewoman Luo Bi Xin who, after seeing a picture of the doctor in one of the crime scenes becomes suspicious of him and sent to investigate him. The cases that put them in each other's paths ultimately bring them closer.

Cerita pakar forensik polis yang jadi suspek kes pembunuhan bersiri dimana mayat dibungkus seperti mumia. Disamping menyiasat kes-kes pembunuhan, team leader CID Bi Xin, diarahkan menyiasat Ming Chuan. Best juga penyiasatan kes-kes pembunuhan dalam drama ni.

Dalam drama ni, ada satu scene orang cakap Melayu. Dalam episod akhir, ada flashback kisah bapa angkat Ming Chuan, Prof Lang cari bapa Ming Chuan pada tahun 1982. Kalau ikutkan cerita Prof Lang semasa di hospital, dia ikut bapa Ming Chuan ke Cambodia. Ada scene Prof Lang tahan bas tempatan, drebar bas tu tanya 'mana kau punya pasport'..terkejut teman..orang Melayu Champa kot... hihi.. 

Jumlah episod : 36


Oklah, enam drama polis-polis China Mainland yang berjaya ditonton. Ada yang awesome, ada yang 'meh', dapatlah sikit-sikit ilmu kepolisan, forensik....tiberr..hehe..

Happy weekend semua..