Sunday, 1 February 2026
Aktiviti pagi di hari Sabtu
Monday, 29 December 2025
Pangkin Aki Mohd @ Tanjung Malim..
Assalamualaikum semua..Isnin terakhir di tahun 2025..
Sambungan kisah makan kenduri rumah sepupu di Felda Gunung Besout 1 di Sungkai, Perak..
Balik dari kenduri, singgah di Pangkin Aki Mohd di Tanjung Malim..book satu malam di sini..
Kawasan di tepi sungai, off jalan besar Tanjung Malim..sebelum ke sini, singgah dulu di pasaraya TF, beli air minuman, telur ayam, timun, jajan2. Pagi tadi, mak dah masak sambal ikan bilis untuk nasi lemak buat sarapan pagi esok. Petang ni makan laksa penang, kakak bawa kuah laksa..
Kami cuma dapat book satu chalet saja, sebab dah penuh. Kakak dan adik booked dua gazebo di tepi sungai.
--------------------------------------------
Tuesday, 23 December 2025
Homemade Karipap..nice!!
Assalamualaikum...dah start cuti sekolah..
kakak teman yg kerja cikgu, datang rumah hari Sabtu lepas
macam2 dia bawa - kuah rojak, ikan bekok, ayam masak ungkep
kerabu daun mengkudu + daun pegaga, inti karipap
Semalam buat karipap, mak teman tolong
old-school method..lagi kemas..
lupa lak nak ambik gambar the finished product..
sedap2..intinya sedap..bolehlah buat makan2 sendiri..
Monday, 26 May 2025
Cuci gambar raya
Tuesday, 13 May 2025
Majlis Ukhuwah di Putrajaya
Selepas solat Zohor, tetamu mula datang. Kita pun makan dulu

















































