Wednesday 31 March 2021

Ayam Pop @ Restoran Nasi Kapau

Assalamualaikum..

Dalam entri Lunch hari ni Ahad 7.3.21, fuzzy fzy suruh saya try ayam pop, Fiza pula bertanya 'macamana rupa ayam pop' tu?

So, hari ni, saya mencoba menu ayam pop di Restoran Nasi Kapau, Jalan TAR..enakk sihh..

menu - ayam pop, pucuk ubi masak lemak & sambal
 
ayam pop & sambal 
Ayamnya direbus, kemudian digoreng manja
lembut isinya, sambal tu pun sedap
 

So, kalau ke resto Minang, bolehlah try ayam pop..enak & gurih..

Tuesday 30 March 2021

Ku lihat ''Batik & Songket"

Assalamualaikum semua, semoga semuanya ok..

Warga kotaraya KL, adakah anda perasan..sana-sini ada batik dan songket? Usaha DBKL ni harus dipuji..menceriakan kotaraya..memperkenalkan budaya Malaysia..

Peti-peti substation TNB, peti elektrik diberi nafas baru, ada design batik & songket.. 

 
batik
 
Yang ni disimpang Jalan Sultan Ismail/Jalan Tuanku Abdul Rahman
depan Maju Junction
 
tiga beradik berbaju batik
 
batik warna ceria
 
wow..songket bunga tabur 
 
 Mencari lagi, kalau terjumpa..dulu tahun 2015, DBKL ada anjur program cat-cat harta awam macam ni juga..boleh intai entry Program Seni KL
 
updated 7 April : yang ni di Jalan Raja Laut
 
batik warna hijau

batik lagi - warna biru

Monday 29 March 2021

Laksa & Tauhu Bergedil

Assalamualaikum..

Rezeki yang datang jangan ditolak. Beli laksa Johor, dapat laksa Penang..laksa oh laksa..all time favourite..

Laksa Johor yang selalu beli

 

member ofis bagi laksa penang - wife dia masak
 
laksa utara - nyum, nyum..
 

Officemate jual tauhu bergedil yang sedap..sambal kicap dan inti yang sedap..

ada 2 jenis..RM5.00 untuk 6 ketul

Cili padi berselerakan, sedap makan tauhu ni sambil gigit cili padi
pedas, hot, hot.. 
 
tauhu bergedil bentuk bunga
 
 
- membeli sambil bantu kawan-kawan -

Friday 26 March 2021

Musim bunga...

Salam Jumaat
 
Menjelang akhir bulan Mac
 
sudah tiba musim bunga
 
SPRING TIME!!
 
pokok-pokok lebat berbunga

berguguran bunga-bunga

penghias alam

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Yang Maha Pencipta

Wednesday 24 March 2021

Drama Review : Unrequited Love

Nihao...

Jom layan drama orang muda dari China Mainland, genre college romance, tajuknya Unrequited Love.

Unrequited Love. Maknanya cinta tak berbalas, bertepuk sebelah tangan.

Kisah bagaimana rasa suka kepada seseorang tu dijadikan motivasi untuk cemerlang dalam pelajaran. Female lead bukanlah jenis boy-crazy, intention-seeker tapi jenis cool, composed & intelligent. Suka matured love, slow-burn love dalam drama ni..tapi lebih suka campus life story..

Drama ni ada dua versi..tahun 2019 dan remake tahun 2021. Jalan cerita lebih kurang sama, tapi versi 2021 lebih banyak dramanya (38 episod) berbanding 24 episod versi tahun 2019.

Lokasi shooting pun berbeza. Versi 2019, university life di Beijing, time sekolah tak dinyatakan lokasinya. Versi 2021 - sekolah di Harbin, universiti life di Xiamen. 

Harbin letaknya di utara Beijing, popular dengan Ice Festival masa musim sejuk. Xiamen pula di selatan China, port city, dekat dengan Taiwan.

Unrequited Love (2019) Netflix

Kisah heroin, Luo Zhi yang suka dari jauh (secara diam-diam) rakan sekolah dia yang bernama Sheng Huai Nan. Setiap hari dia akan tulis dalam diari kisah hidup dia dan Huai Nan.

Huai Nan ialah pelajar cemerlang kelas Sains. Luo Zhi pula pelajar cemerlang kelas Sastera (Liberal Arts). Walaupun Luo Zhi pelajar cemerlang, tapi Huai Nan tak perasan dia semasa di sekolah. 

Luo Zhi & Sheng Huai Nan (versi 2019)

Ada satu ketika masa disekolah, mereka berdua bercakap, tapi Huai Nan tak nampak muka Luo Zhi (sebab Luo Zhi pakai face mask) dan Luo Zhi pula tak perkenalkan nama. Semasa Huai Nan cari siapa girl yang bercakap dengan dia, rakan sekelas Luo Zhi mengambil kesempatan dan akhirnya, dia jadi girlfriend Huai Nan. Huai Nan dah tak kisah girl lain sebab ingatkan girlfriend dia tulah girl yang dia bercakap di tepi tingkap.

Unrequited Love (2021) WeTV


Luo Zhi dan Huai Nan belajar di universiti yang sama. Dua-dua ambil double degree, Huai Nan kursus Biologi dan Undang-Undang, Luo Zhi pula kursus Undang-Undang dan Economics. Mereka bertemu dalam kelas Undang-Undang dan juga semasa di kampus. 

Sheng Huai Nan & Luo Zhi (versi 2021)

Mereka saling jatuh cinta tapi hubungan mereka banyak halangan sebab masalah keluarga dan juga gangguan ex-girlfriend hero dan juga kawan sekolah hero/heroin.

-----------------------

Dah lama tinggalkan zaman sekolah, zaman universiti, menonton campus life dalam drama ni is a freshing feeling. Kisah dalam dorm, dormmates yang pelbagai ragam. Cafe scene dalam dua-dua drama ni sangat cantik.

Ada beberapa scene dalam dua-dua versi drama ni yang menarik.

Mystery Society (2019) 

Di kampus, ada banyak persatuan (society). Luo Zhi  suka-suka je join Mystery Society. Mystery Society ialah persatuan haram (illegal) di kampus. Aktiviti pertama mereka ialah menyiasat kes aneh di sebuah bangunan kosong di kampus.

  Kelakar gila scene ni, LOL. 
ala-ala Ghostbusters
 

The clash of Science & Arts student (2019)

Luo Zhi dan Mingrui (dormmate hero) selalu bertelagah tentang Science student and Liberal Art student. Hero & Mingrui ialah pelajar pure Science, kursus Biologi. Mereka ambil subjek Law untuk merasa pengalaman jadi pelajar Arts stream. Luo Zhi memang dari sekolah ialah pelajar Literature, di universiti masuk faculty Economics & Law.

Mingrui bermasalah menghafal subjek Law. Dia selalu anggap budak2 Arts ni kurang menggunakan otak (berfikir), banyak menghafal je. Luo Zhi pula selalu anggap budak Sains ni kurang emosi.

">

Moot court (2019)

Projek kelas undang-undang ialah Moot court (mahkamah olok-olok). Heroin, hero & 2 orang lagi satu kumpulan untuk bicara kes OJ Simpson.

Kombinasi pengetahuan undang-undang dan sains


Discussion on bird & bug species (2021)

Dalam episod 3, ada scene yang Luo Zhi dan Huainan bertukar-tukar discussion mengenai species burung dan serangga (bug). It's intelligent writing. Menarik diskusi mereka mengenai burung albatross, pascal dan Mandarin duck. Kisah burung dan serangga yang setia dalam percintaan (albatross & pascal) dan juga a jerk (Mandarin duck).


Dalam episod lain diskusi mengenai serangga mayfly dan  burung hantu yang mempunyai tiga mata untuk tiga fungsi berbeza.
 

The poet (2021) 

Dalam versi ni, Luo Zhi minat puisi dan poet yang dia suka ialah Kahlil Gibran.

buku-buku karya Kahlil Gibran

Sand and Foam - karya Kahlil Gibran
ada scene heroin beli buku Kahlil Gibran bertajuk the Prophet 

Selain Gibran, ada mentioned poet yang lain seperti Neruda, Baudelaire, Tang Dynasty's poet - Lu Zhaolin, Han Dynasty's Su Wu dan Li Ling, novelist Cina - Jing Yong.


Lecture dalam Law class (2021)

Lecture dalam kelas Undang-Undang yang sangat menarik, pensyarahnya kelakar. Dalam episod 7, lecture on theft (mencuri).

 
definisi theft (mencuri)

Dalam episod 10, law mengenai hak seorang bapa yang sudah tua untuk mendapat financial support daripada anak, walaupun sudah berkahwin lain.

 
Xiamen specialty desert - sipunculid worm jelly

 
Ulat dijadikan jelly..huhu..
 
worm jelly

The sipunculid worm is full of gelatine. When boiled in the water, the gelatine melts and becomes jelly after cooling down.

The origin of the jelly is related to the ancient wars. When the ancient Chinese navy suffered from food shortage, they had to dig out the worm from the sand and boil it. Accidentally people found that the worm jelly was more delicious than hot worm soup.

Tempat menarik di Beijing - Houhai (2019)

Hero & heroin dating di Houhai. Houhai ialah kawasan tradisional di Beijing. Di sini ada dua tasik, salah satunya ialah Tasik Houhai. Ada banyak penarik beca di sini.

penarik beca tengah usha pasangan hero & heroin

 

Tempat menarik - Gulangyu & Harbin (2021) 

Gulangyu ialah tempat tourist di Xiamen. 

The island of Gulangyu is a pedestrian-only destination, where the only vehicles on the islands are several fire trucks and electric tourist buggies. The narrow streets on the island, together with the architecture of various styles around the world, give the island a unique appearance. The site is classified as a AAAAA scenic area by the China National Tourism Administration.

bangunan lama di Gulangyu
 
As a place of residence for Westerners during Xiamen's colonial past, Gulangyu is famous for its architecture and for hosting China's only piano museum, giving it the nickname of "Piano Island" or "The Town of Pianos" (钢琴之乡) or "The Island of Music" (音乐之岛).There are over 200 pianos on this island. 

bangunan di Gulangyu kebanyakannya senibina Minnan
Minnan asalnya dari Southern Fujian

Harbin terletak di belah utara-timur Beijing. Terkenal dengan Snow & Ice Festival.

gereja senibina Rusia dah jadi muzium

The city's Russian architecture includes its green-domed Saint Sophia Cathedral, an Eastern Orthodox church now a local history museum. Across the river, Sun Island Park is famed for year-round ice sculptures.

 
ice sculptures di Harbin


Drama ni oklah, taklah heavy sangat, santai-santai je. Dua-dua versi menarik untuk ditonton. Dramacool bagi 9.5 untuk versi 2021.

Tengok drama sambil-sambil virtual travel di Beijing, Harbin & Xiamen. Masa pegi Beijing, ada pergi kawasan Huohai, suka suasana tradisional di sini.

Tuesday 23 March 2021

Sudah tiba musimnya - buah kundang

 Hari Sabtu minggu lepas 13.3
 
jalan-jalan cari buah
 tenampak buah kundang @ buah remia @ buah setar
buah staq cakap orang utara
 
RM15 sekilo, besar-besar buahnya
very juicy
 
 bijinya cantik - warna ungu/biru
orang selalu sebut warna biji kundang 
 
warna biji kundang

sedapnya..masam-masam manis..

Monday 22 March 2021

Churros Onde-Onde

 Di satu petang di pejabat

ofismate ambik order, sapa nak join beli Street Churros

via foodpanda

Tak sangka ada Churros Onde-Onde...

harga RM8.40

 

Churros onde-onde, perisa pandan

disalut dengan kelapa kering (dessicated coconut), cicah dengan air gula melaka


churros bites

sedap juga tapi macam keras sikit

boleh dicuba