Thursday 18 April 2013

Al-Aqsa Jadi Kekuatan Islam

 Oleh Amir Sarifudin, Mingguan Malaysia 11 November 2012

Wawancara dengan Imam 1 Masjid Al-Aqsa, Sheikh Yusoef Abu Sunainah.

Bila bercakap mengenai Masjid Al-Aqsa masih ramai terkeliru, kurang memahami dan mungkin tertanya-tanya mana satu dimaksudkan Masjid Al-Aqsa memandangkan kawasannya begitu luas dan terdapat lebih satu kubah dan tempat bersolat.

Sebenarnya kompleks Masjid Al-Aqsa meliputi seluruh kawasan di situ seluas 144,000 kaki persegi dengan empat menara masjid dan 10 pintu keluar masuk ke kawasan masjid. Dalam kawasan tersebut mengandungi lima buah masjid iaitu dua masjid terletak di atas tanah manakala tiga lagi dibawah tanah.  Rangkuman kelima-lima masjid serta kawasan sekitarnya dalam kawasan tembok, itulah kompleks Masjid Al-Aqsa.

Tiga masjid di bawah tanah ialah Masjid Marwan, Masjid Al-Aqsa (lama) dan Masjid Buraq manakala dua masjid di atas tanah, Kubah Sakhra (Dome of Rock) dan Masjid Al-Aqsa (baru).  Oleh itu, umat Islam boleh mendirikan solat sunat masjid di mana-mana sahaja asalkan dalam lingkungan tembok kawasan berkenaan.

Berbalik kepada wawancara dengan Sheikh Yusoef, beliau menjelaskan , Palestin mampu bangkit semula jika dapat melahirkan para ilmuwan serta cerdik pandai bukan sahaja dari kalangan kaum lelaki, malah wanita juga.  Untuk tujuan itu, Masjid Al-Aqsa bukan sekadar pusat ilmu agama, malah dijadikan tempat melahirkan ahli-ahli perniagaan Islam.  Pendekatan melahirkan para ilmuwan dan ahli perniagaan amat penting untuk mengubah nasib hidup.

“Dengan kekayaan harta benda dan kekuatan ekonomi, akan dapat membela nasib serta masa depan penduduk Palestin” katanya.

Kemiskinan hidup termasuk ketiadaan kemudahan asas seperti yang berlaku di Hebron iaitu lebih satu jam perjalanan dari Jerusalem, menyebabkan penduduk Palestin di situ ditindas.  Di Hebron, banyak kedai diarah tutup oleh pihak berkuasa Israel menyebabkan kawasan itu ditinggalkan penduduk Palestin yang terpaksa mencari penempatan baru dan pekerjaan luar.  Apabila keadaan ini berterusan, Hebron tidak mustahil satu hari nanti ‘bertukar tangan’ dan dihuni oleh penduduk Yahudi.

Bukti awal di Hebron pada masa ini ialah apabila Masjid Hkalilal-Rahman yang menempatkan tiga makam nabi, kini terbahagi kepada dua bahagian.  Satu bahagian menempatkan makam Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak masih boleh diziarah oleh umat Islam, manakala makam Nabi Yaakob kini hanya untuk penganut Yahudi sahaja.  Dengan ketiadaan penduduk Islam, kemungkinan satu hari nanti keseluruhan masjid itu akan dikuasai bukan Islam.

“Jika umat Islam terus miskin tanpa harta benda, kekayaan dan kekuatan ekonomi, mereka akan terus ditindas,” kata Sheikh Yusoef.

Bagi melahirkan para ilmuan ekonomi, katanya pada tahun lalu seramai 12 hafiz wanita Berjaya dilahirkan melalui pengajian di Masjid Al-Aqsa dan jumlah itu meningkat kepada 32 orang wanita pada tahun ini.

“Kita mahu melahirkan golongan wanita yang cerdik pandai.  Mereka (wanita) ini akan melahirkan pula generasi pelapis yang pandai dan berlimu apabila berumah tangga nanti” katanya.

Ditanya isu-isu lain , beliau memberitahu, jika ada fatwa atau pandangan mengatakan umat Islam seluruh dunia ‘haram’ berkunjung ke Masjid Al-Aqsa kerana boleh membantu ekonomi  Israel, ia adalah satu pandangan tidak tepat.

Beliau berkata, disebabkan pandangan sedemikian, timbul kekeliruan hingga menyebabkan penduduk Palestin terus terpinggir dari dunia luar.  Di Jerusalem, ramai penganut Yahudi dan Kristian dari seluruh dunia berkunjung ke ‘Kota Tiga Agama’ ini yang secara tidak langsung berjaya menghidupkan ekonomi penduduk setempat.
Kedudukan Muslim Quarter di Kota Lama Jerusalem (source: wikipedia)
 Berdasarkan statistik, hanya 30,000 pelancong beragama Islam datang melawat Jerusalem setiap tahun berbanding 3 juta orang pelancong penganut Kristian.  Sehubungan itu, tidak hairanlah dengan jumlah penduduk Palestin beragama Islam seramai 300,000 orang di Jerusalem, kebanyakan golongan peniaga Palestin terpaksa menjual produk Kristian walaupun mereka sendiri beragama Islam.  Sheikh Yusoef menegaskan, Nabi Muhammad SAW  sendiri pernah datang ke Al-Aqsa walaupun ketika itu kawasan ini dikuasai bukan Islam.

“Malah para nabi, ulama, khalifah serta panglima Islam juga pernah berkunjung ke sini  yang ketika itu di bawah pentadbiran bukan Islam.”

“Contoh lain, Saidina Omar juga pernah datang ke sini yang ketika itu di perintah oleh bukan islam.  Jadi sekarang kita perlu fikirkan mengapa para nabi, ulama dan para pemimpin Islam sejak dahulu lagi datang ke Masjid Al-Aqsa tanpa mengira sama ada tempat  ini ditadbir oleh Islam atau bukan Islam.”

“ia menunjukkan tempat ini amat penting untuk umat Islam dengan tidak meminggirkan penduduk di sini.” kata beliau.

Sheikh Yusoef berkata, kurangnya pelancong Islam berkunjung ke Baitulmaqdis secara langsung menyebabkan hubungan penduduk Palestin dengan dunia luar terputus.  Jelas beliau, kunjungan umat Islam ke Baitulmaqdis bukan bermakna membantu ekonomi Israel.

“Di sini ada kedai-kedai orang Islam dan disini juga ada hotel-hotel dikendalikan oleh orang Palestin.  Kehadiran orang Islam akan membantu ekonomi penduduk Palestin.” katanya.

Masjid Al-Aqsa (source: wikipedia)
Selain keistimewaan Masjid Al-Aqsa yang mengandungi banyak bahan sejarah seperti makam Nabi Sulaiman, Penjara Jin, tempat sembahyang Nabi Khidir, Batu Tergantung atau ‘sakhra’, sekitar Jerusalem juga terdapat kesan-kesan sejarah yang lain.  Antaranya makam Nabi Daud, tempat kelahiran Nabi Isa dan banyak lagi. Disebabkan itu, kawasan berkenaan sering menjadi tumpuan bukan sahaja orang Islam, malah penganut Yahudi dan Kristian.

Disamping itu kata Sheikh Yusoef, walaupun sekitar Masjid Al-Aqsa terdapat ramai penganut Yahudi dan Kristian, namun ia tidak menghalang azan untuk berkumandang setiap kali masuk waktu sembahyang.

“Azan berkumandang seperti biasa sejak dulu lagi dan boleh didengari sejauh lima kilometer walaupun sekitar kawasan ini ramai penganut bukan Islam”, katanya.

Monday 15 April 2013

Rendang tapi berbuah

 Assalamualaikum, selamat pagi Isnin..

"Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merendang semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya meneduhkan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara"

Rendang Tak Berbuah - Hattan

Wah, sangat mendalam makna liriknya..

Tapi ada yang rendang tapi berbuah lebat, seperti pokok nangka ni.  Pokoknya rendang sahaja, tapi buahnya, SubhanAllah, macam tak padan dengan pokok, besar-besar pulak.  Banyak di tanam di Malaysian Technology Park  Phase 3, Bukit Jalil. 
Berstatus MSC lagi, multimedia super corridor.

Pokok nangka yang rendang tapi berbuah
saiznya tak padan dengan pokok

Pokok-pokok nangka yang rendang - di belakangnya ASTRO complex
Memang geram tengok pokok-pokok nangka yang rendang berbuah lebat, tapi OK juga idea tanam pokok buah-buah..berbakti pada tanah..

Sunday 7 April 2013

Toowoomba @ Platinum Mondrian

Assalamua'alaikum..

Pada hari Rabu, 3/4/2013, bersamaan hari pembubaran Parlimen, teman ada kerja sikit di PV 128, Jalan Genting Kelang. PV 128 ni juga dikenali sebagai Platinum Mondrian, mengikut kata pemajunya, Platinum Victory.  PV ni kiranya trademark untuk pemajunya. Dua tempat yang menggunakan nama PV iaitu di Taman Melati Utama, lokasinya di tepi MRR II dan di sini di Lake City, Setapak.

PV 128 ni cuma 4-tingkat kedai-pejabat, di tingkat atas ada Kampung Pengantin. Designnya simple sahaja. Tapi ada lif dan eskalator.

Macam nilah rupanya PV 128
Sementara menunggu hujan berhenti untuk snap gambar luar untuk buat report, try steak di Toowoomba. Toowoomba? Ya, pelik sikit namanya..maknanya 'the swamp' dalam bahasa orang Aborigines di Australia.  Dalam bahasa Melayu, kawasan paya..bukan paya bakau..

Toowoomba - steakhouse
Diusahakan oleh usahawan Melayu, resto ini menyajikan pelbagai jenis steak dan makanan barat.  Order ribeye steak, medium done with black pepper and mushroom sauce. Air longan..barat bertemu timur..

Ribeye steak - medium done

The verdict:  Besar juga portionnya, steak dan salad OK, mashed potatoes is marvellous.

Air longan
Semua sekali - RM30.60Steak sahaja RM20.90, air longannya RM6.90 considered a bit pricey.
Hiasan dalam restoran - replica binatang ternakan
Bahagian belakang PV 128, ada lagi satu restoran - Islamic steakhouse, nampak international sikit, ada dalam bahasa Cina, Korea dan yang last tu, Nepal kot..

steakhouse lagi
Mungkin next time try yang ni pulak..