Wednesday 30 October 2013

Staff perempuan memang suka benda-benda macam ni..

Assalamualaikum..selamat malam..hari ni, busy sungguh, tapi sempat juga bw ke blog kawan2..release tension..sekarang ni barulah ada masa nak update..

Ni kisah perempuan2 kat pejabat...kalau dah ramai2, memang kejadian macam ni mesti berlaku...office2 lain pun sama juga kan? buat 'pot luck', buat makan2 kat pejabat..semalam pakat-pakat nak buat rojak buah...alamak, tengah menaip ni terliurlah pulak..

me bawa ni dan epal hijau
ofismate tengah potong buah mangga epal

pemotong buah
Bahan-bahan yang dibawa...mangga epal, epal hijau, epal merah, sengkuang dan nenas. Timun lak takde..tak teringat..Ada juga kacang tumbuk dan sos yang warna merah.

behind the scene
abaikan stapler and puncher tu...concentrate, focus
rojak buah limited edition
 sengkuang
Sengkuang ni pula untuk makan-makan begitu saja,sapu sos warna merah dan tabur kacang tumbuk...heaven...teringat zaman sekolah rendah dolu-dolu..

Sekian saja 'pot-luck' minggu ni...nextt..dah lama tak buat steamboat..hehe..

Monday 28 October 2013

Sekadar Renungan: Terapi Rohani bila Sakit

Assalamualaikum, apa khabar semua? Yang sihat walafiat, Alhamdulillah. Yang sakit pun, Alhamdulillah. Banyak hikmah bila sakit ni..mai nak cerita..

Bila kita diuji dengan sakit, menunjukkan kita itu hamba Allah yang lemah lagi tidak berdaya. Setelah lama sihat, kita diuji dengan sakit atau kesusahan. Jadi sebagai hamba kita patut menerima ujian Allah itu, tidak kira apa bentuk dan jenisnya. Kita tidak boleh protes dan buruk sangka dengan Allah swt. Dia yang mencipta kita dan Dia berhak menguji dan menduga kita. Hakikatnya diri kita ini adalah milik Allah swt yang Maha Sempurna dari segala kekurangan dan cacat cela.

1. Bila diuji dengan sakit, sebenarnya Allah swt hendak menguji sifat sabar kita.  Bila tidak sabar, bermakna kita protes ujian dari Allah. Namun nak sabar bukan senang.  Mula-mula kita kena latih diri untuk bersabar. Bukan serta-merta dapat bersabar.  Antaranya kena faham dan tahu apa akibat dan kesan dari tidak sabar.  Kena latih diri bersabar dalam perkara-perkara yang kecil dahulu.  Mengambil teladan dan iktibar dari kisah-kisah orang-orang soleh.  Mungkin kita belum dapat betul-betul bersabar kerana kita juga belum betul-betul beriman.

"Perbandingan antara orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya ialah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati"

Sabda Nabi saw: Ajaib sekali gaya hidup orang mukmin. Semua urusan hidupnya baik belaka. Apabila diuji (Allah) dengan nikmat (kegembiraan) dia bersyukur, dan apabila diuji (Allah) dengan penderitaan (kesakitan, kesusahan dan seumpamanya) dia dapat bersabar".  Kerana itu kita mesti terus berlatih bersabar dalam segala hal kalau kita mahu dikurniakan Allah nikmat syurga tanpa hisab di akhirat nanti.  Kalau kita dapat bersabar, sudah pasti Allah mengatakan kepada kita : "Kalau engkau tidak bersabar dengan ujianKu, engkau carilah Tuhan selainKu".

2. Bila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, kita disuruh dan diperintah Allah untuk mencari jalan penyelesaian.  Bukan berpeluk tubuh sahaja.  Pendek kata, kita wajib berusaha kuat kalau mahu berjaya.  Kita wajib berubat kalau kita sakit. Berdosa kalau kita tidak berusaha merawat sakit yang kita alami kerana setiap penyakit ada ubat kecuali mati.  Dalam pada itu, kita harus berpegang dan berkeyakinan bahawa kita hanya berusaha mencari ubat dan penawar. Penyembuh sebenarnya adalah Allah swt.

3. Ujian atau cubaan Allah swt ke atas hamba-hambaNya itu ada tujuannya.  Islam mengajar kita bahawa ujian sakit (tidak sihat) dan sebagainya itu bermaksud untuk menghapuskan dosa atau peningkatan darjat di sisiNya.  Dalam kes kematian, contohnya, ada dua bentuk kematian.  Mati didahului sakit panjang dan mati terkejut.  Walaupun kematian kita menjadi ilmu dan rahsia Allah swt, Nabi saw mengajar kita berdoa agar Allah melindungi kita dari mati terkejut.  Kenapa dan mengapa? Kerana mati jenis ini berbahaya.  Selalunya kebanyakan manusia berada dalam keadaan lalai dan tidak bersedia dengan taubat dan amalan.  Dia mati dalam keadaan dosanya tidak diampunkan Allah. 

Berbeza mati dengan didahului oleh sakit lama (panjang), manusia yang berfikiran waras akan insaf dan sedar lalu memperbanyakkan taubat serta istighfar kepada Allah swt.  Bahkan sakit yang dideritainya sekian lama itupun bertujuan untuk menghapus dosa-dosanya.  Beruntunglah sekiranya kita diberi peluang begini oleh Allah.

4.  Bila diuji dengan sakit, mendidik kita untuk bersyukur dan menghargai nikmat kesihatan.  Bila sakit barulah kita tahu apa itu harga kesihatan.  Wang dan harta bukan lagi keutamaan.  Kerana itu Nabi saw berpesan: "jagalah masa sihat sebelum datang masa sakit".  Semasa sihat, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadat, iman dan taqwa kita kepada Allah.  Semasa sihat, marilah kita memperbanyakkan bekalan untuk hari yang panjang di hadapan.

5. Bila satu anggota kita sakit, seluruh badan kita turut rasa sakitnya.  Bila badan demam, seluruh anggota lain pun turut kena berjaga malam. Inilah diantara pengajaran dan hikmah yang besar yang mahu diajarkan Rasulullah saw kepada kita.

Beginilah sepatutnya kesatuan, ukhuwah, persaudaraan dan kasih sayang seluruh umat Islam di suatu tempat (jiran, kampung, daerah, kawasan, negeri, negara) ditimpa masalah, ujian dan kesulitan, maka umat Islam di tempat-tempat lain bingkas dan tampil menolong, membela dan mempertahankannya.  Kesusahan yang menimpa mereka terasa bagai menimpa batang tubuh kita juga.  Apabila mereka ditimpa penderitaan, kita juga turut rasa menderita.  Lalu bantuan dan pertolongan akan dihulurkan.  Dalam bentuk apa sahaja.  Paling kurang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka, Inilah roh persaudaraan Islam.  Inilah lambang dan syiar keimanan.  Inilah buah ketaqwaan.  Inilah tuntutan kalimah dua syahadah.

Sesungguhnya, umat Islam apabila tidak bersatu, mereka umpama lidi penyapu yang berserakan.  Sebaliknya sekiranya mereka bersatu, mereka umpama lidi-lidi yang disatukan menjadi penyapu yang kuat lagi mampu menyapu segala kekotoran dan sampah sarap.

Selagi kita teguh berpegang dan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw, perasaan, kefahaman, kesedaran dan penghayatan ini tidak akan kemarau dari jiwa kita. Tidak akan lenyap dari sanubari kita. Tidak akan luput ditelan zaman.

--------------------------
Artikel diatas diambil dari pamphlet Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Semasa mengemas bilik, tengok banyak pula pamphlet2 lama yang tersimpan, nak dibuang begitu saja, rasa sayang pula, let's share it online.

*Menziarah orang sakit ni banyak pahalanya, InsyaAllah dan juga merupakan hak seorang Muslim kepada saudara Muslimnya* Semoga bermanfaat.

Tuesday 22 October 2013

Bangkok - the last day

Hari Ahad, 22 September 2013. Dah last day. Check-out time ialah pukul 12 tengahari. So, ada masa lagi nak jalan-jalan menghabiskan sisa-sisa waktu di Bangkok. 

Pagi ni nak bertandang ke rumah Jim Thompson. Siapakah gerangan Jim Thompson ni? Dia ni famous sebab memperkenalkan Thai silk kepada dunia di tahun 1950an dan 1960an melalui syarikatnya Thai Silk Company. Menurut sejarah, Jim Thompson ni hilang di Cameron Highlands...jeng, jeng..misteri nusantara..

Jim Thompson house ni tak jauh dari hotel. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki..lenggang kangkung sambil snap2 gambar..


lokasi rumah Jim Thompson dari hotel

The Seed Apartment
the house

the entrance
Kami tiba masih awal lagi. Waktu melawat start pukul 9.00 pagi, entrance fee THB100. Memandangkan lambat lagi nak buka, kami hanya snap-snap gambar di perkarangan rumah.

Rumah Jim Thompson ni cantik, macam rumah tradisional Melayu. Diperbuat daripada kayu dan dikelilingi oleh pokok-pokok hijau. Redup dan nyaman..


main building
teratai
kolam ikan koi
the current exhibition
 
Raw silk

cute signage

Absolute Thai
Dah habis snap photos segala, kami pun bergerak keluar. Ternampak satu khlong di bahagian utara, dekat dengan rumah ni. Rupa-rupanya ada bot penumpang melalui khlong ni..tapi baunya, hii..lagi teruk dari bau longkang, air limbah..tak tahan sungguh, tapi tengok kelindan bot tu macam biasa je..ibarat 'alah bisa, tegal biasa' #buat gaya Karam Singh Walia#... 

Kami pun snap cepat-cepat, lepas tu lari, sebab ombak yg dihasilkan memang tinggi, kalau berdiri kat tepi tebing tu *ala-ala Saleem Iklim sambil nyanyi 'dermaga saksi bisu'* memang terpercik habis..hii..tak kuasa..haha..

alternative transportation system
On the way back, ada pakcik jual model tuk-tuk dari tin-tin minuman.  Kreatif gila, my sister belilah satu yang tin Coke. Harga - THB150 satu..

kreatif and innovasi

Lepas tu, ambil gambar di depan Bangkok Art and Culture Centre. Ingatkan nak masuk tapi waktu melawat start pukul 10.00 pagi, tak jadilah nampaknya.

BACC

Hari ni 22 September 2013 ialah World Car Free Day. Upacara perasmian diadakan didepan BACC ni. Berbasikal di kotaraya Bangkok.

the event
peserta-peserta
cycling all the way
Terserempak dengan cyclists ni masa menyeberang jambatan dari BTS station ke Airport Rail Cityline station.


Phaya Thai station for BTS and Airport Rail Cityline
to main terminal - pukul 10.55 pagi
Masa sampai di main terminal untuk check-in, tengok airportnya..alamak macam kilang je..tak berseni langsung..*suka-hati je kutuk airport orang*..

main terminal

Tapi bila dah lepas immigration, terpesona pula tengok design airport ni..lawalah pula..cocoon-inspired architecture...besar betul Suvarnabhum ni...jenuh juga nak berjalan ke departure gate..macam bersaei lah pulak..

duty-free area

to departure gate

enter the big cocoon
bahagian bawah

Flight balik pukul 2.20 petang waktu Bangkok dan Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA pukul 5.00 petang waktu tempatan.  Naik KLIA express to KL Sentral. Alhamdullilah, safely arrived home in one piece.

KLIA express

Thai Odyssey ends here. Khab Khun Kha

Saturday 19 October 2013

Bangkok - Day 3 from noon to night

Sebelum sambung cerita, mari, mari tengok, beginilah rupanya buah gac @ fuk kao yang dibeli di Khlong Lat Mayom Floating Market. Merah menyala bijinya, yang tu saja yang boleh dimakan, yang lain enggak boleh. Rasanya pula, hmm..tawar..cukuplah sekali nak mencoba..


gac fruit
OK, sambung balik cerita. Dari Wongwian Yai terus ke National Stadium, balik hotel, simpan hasil belian di floating market. Berehat sebentar sambil makan sandwich pagi tadi, kemudian bergerak semula menyambung misi ke utara.  Sebab hari ni weekend, nak terjah Chatuchak Weekend Market. Market ni cuma dibuka hari Sabtu dan Ahad saja. Naik BTS ke Mo Chit station.  Keluar saja dari train, ramainya umat manusia, semua satu arah tujuan, ke Chatuchak.

view dari jejantas BTS

Chatuchak ni luasnya 35 ekar (termasuk park), weekend market terbesar di donia (mengikut wikipedia). Sebaiknya, print atau dapatkan map Chatuchak sebelum masuk. Tapi kami masuk saja, takde map, ikut Gate 3, berjalan mengikut arus, ramble without a cause, berjalan-jalan, melihat-lihat orang membeli dan menjual.Jumpa orang menjual ais-krim kelapa, singgah beli..



nyum nyum..
Kemudian sambung berjalan lagi, memang ramai local and tourists..



Masuk ke satu lorong, tiba-tiba terjumpa kedai makanan halal Saman Islam ni. Kalau gi sini, jangan lupa cari kedai ni, di Soi 24, Section 16..kami tak makan disini, ramai sangat orang..



Keluar saja Soi 24 tu ternampak menara jam, inilah landmark kedai Saman Islam yang diperkatakan tu...kalau tak jumpa, cari clock tower ni...dari jauh dah nampak..

clock tower
Berjalan dari lorong ke lorong, section ke section, mengikut langkah kaki. Disini, cuma beli dua sandals, sehelai T-shirt Bangkok, satu cosmetic pouch dan fridge magnet. Yang selebihnya, banyak beli air saja sebab hari panas, dah tengahari. 

Gambar-gambar yang sempat disnap.

Tegar versi Thai - main sompoton, bukan ukulele

creative - dibuat dari tali saja

gerai halal lagi - jual roti mataba psiang + telur

close-up - gerai roti murtabak pisang + telur

pelbagai ais-krim..nyum, nyum
 
gerai-gerai dalam bangunan
Dah tak larat berjalan, badan dan kaki dah rasa lemah longlai, bergerak ke BTS station.  Mula-mula tu planning nak singgah ke Victory Monument, nak ambik-ambik gambar, tak jadi sebab letih. Turun di Ratchatewi station, nak cari restoran Muslim kat area ni (dapat info dari blog supermeng). Keluar Exit 3, jalan ke arah utara, menyeberang jalan besar, akan nampak deretan kedai dan Restoran Farida Fatornee. Jalan ke depan sikit, ada kedai Mak Yah. Jom ke resto Mak Yah..


tu dia..resto Mak Yah
Sampai je di resto ni, disambut dengan kicauan burung..pelik juga, yang burungnya tak nampak pulak. Bila nak ke tandas, rupa-rupanya bersusun sangkar burung di bahagian ni..

For lunch, kami pilih nasi goreng saja, memandangkan lauk-pauk nasi campur tak berapa menarik..dah pukul 3.00 petang..


jus manggis pun ada
Generally, harga makanan dan minuman lebih mahal dari di Malaysia (untuk standard resto macam ni). Nasi goreng semuanya RM9.00 keatas dan air RM5.00 and above. OKlah, nak dapat makanan halal di Bangkok ni susah, kira reasonable juga..

Selepas makan, berjalan menyusuri kedai-kedai. Sebenarnya nak ambik tuk-tuk, nak gi Platinum Mall. Tadi masa di BTS station, tengok map, kalau ikut jalan besar ni, memang direct ke Platinum. Sedang berjalan-jalan, ada pulak satu MPV putih nak masuk lorong kecik diantara kedai-kedai. Kami pun berhenti, menunggu MPV ni. Drivernya keluar, nak buka gate besi, tiba-tiba terpandang kat gate, rupa-rupanya sebuah masjid dan Islamic Centre.  Alhamdulillah, gembiranya..memang tahu ada masjid di kawasan ini, tapi tak sangka pula sedekat ini dengan restoran Mak Yah. Tanya kat driver tu boleh masuk ikut sini, dia kata boleh dan bagi kami masuk.

Masjid Darul Aman
Mengunjungi masjid dan bertemu orang Islam tempatan di negara dimana Islam ialah kaum minoriti, rasa teruja. Mari tengok masjidnya, quite old masjid..

AJK Masjid & interior masjid
Masjid Darul Aman from main entrance
jalan utama ke Masjid Darul Aman - Pretchaburi Soi 7
angry bird lagi
cuteness overloaded
Selesai solat, menuju ke jalan besar, tunggu tuk-tuk. Tuk-tuk dah dapat, naiklah kami dengan perasaan berdebar-debar. Feel the moment. Beroda tiga di jalan raya Bangkok, yang penuh sesak dengan kenderaaan...the feeling - rasa macam nak tercampak keluar je..scary and breezy..

tuk-tuk experience
Tambang dari Pretchaburi ke Platinum Mall - THB80. OKlah, nak merasa naik tuk-tuk. Sampai saja di Platinum Mall, ramai sungguh manusia. Sememangnya di Bangkok ni, ramai sangat orang di mana-mana, di jalanraya, di kaki lima, di shopping mall, di BTS station..sesak dan menyesakkan fikiran..


The Platinum Mall
Takde beli apa2 di Platinum. Memandangkan trafik jam, kami berjalan kaki saja ke Chit Lom station. Ramai berjualan di kaki lima sepanjang ke Chit Lom, beli air buah delima, buah nangka dan durian.
 
trafik jam
Central World
singgah masuk ke Gaysorn, utk sejukkan badan - ada lak pemain piano ni
-----------------------------------------------------------------
Di sebelah malam, takde aktiviti. At last, pergi ke Tokyu saja untuk membeli beberapa halal snacks as souvenirs for saudara-mara, rakan-taulan.

national stadium station
On way back to hotel, terjumpa penjual roti martaba pisang ni di depan 7-eleven. Singgah beli untuk dinner. Ramai sebenarnya street food vendors depan 7-E ni, macam-macam yang dijual - buah potong, roti bakar, ayam bakar, air panas, jus buah..ramai juga pembelinya termasuklah kami..hehe..

murtabak pisang + telur
Bersembang-sembang dengan penjual ni, rupa-rupanya dia belajar buat roti ni di Malaysia. Roti canai, katanya. Pernah bekerja di Ampang, berhijrah ke sini, dah 24 tahun di Bangkok.  Kat sini improvise roti canai pisang + roti canai telur, jadi roti martaba pisang..entah-entah yang berjualan kat Chatuchak tadi tu, isteri dia kot, lupa lak nak tanya..sama je resepinya..
roti martaba
Sebenarnya rasa pelik juga pisang campur telur ni. Kalau kat sini, selalu makan roti canai telur saja. Yang ni, dia buat crispy, lepas tu bubuh pula susu pekat manis kat atasnya..the verdict - memang sedap, #rasa-nak-turun-beli-satu-lagi *tapi malas*. Give it a try, kalau datang ke Bangkok.  Other dinner for the night, buah-buahan yang dibeli siang tadi - buah nona, nangka dan durian..exotic fruits to end the day..