Tuesday 31 August 2021

Selamat Hari Kemerdekaan ke-64

 Selamat Hari Kemerdekaan ke-64

31.08.1957 - 31.08.2021 

Semoga negara kita Malaysia menjadi negara yang aman sentosa serta diberkati Allah dan seperti yang disifatkan Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. 

Amin..Ya Robbalalamin.

Monday 30 August 2021

1st dine-in : Dolly Dimsum

Assalamualaikum semua..

Esok cuti hari merdeka, hari ni harijadi teman...hahaha..so, for celebration, teman ke Sunway Putra Mall, nak gi makan-makan..

Pertama kali jejak kaki di shopping mall sejak 1.6.21. Pertama kali dine-in sejak dibolehkan. Dah lepas 14 hari vaksinasi dos ke-2. Ramai juga pengunjung di mall ni.

Teringin nak makan dimsum, so kita ke Dolly Dimsum...solo dining..

 

Cuti hari ni sebab ada appointment doktor di Klinik Kesihatan, UTC. Alhamduiillah, cepat habis urusan, so kita brunch makan dimsum..

dekorasi outlet Dolly Dimsum Sunway Putra Mall
 
Yang diorder sudah tiba, lai-lai shek fun..
 
seteko teh puer, yam croquette dan bubur nasi telur masin
 
siew mai, kaki ayam pedas dan spicy beancurd roll
 
Alhamdulillah, syukur..

Wednesday 25 August 2021

The Little Nyonya

Assalamualaikum semua...

To all drama lovers, pernah tak tengok drama yang buat kita rasa sakit hati, geram je dari awal hingga akhir....hehe..kalau tak pernah, silalah tonton drama the Little Nyonya..

Drama ni ada 2 versi, yang original, drama Singapore yang ditayang pada November 2008. Kemudian ada remake oleh produksi negara China pada tahun 2020.

 The Little Nyonya (2008) versi original

 The Little Nyonya (remake 2020)

Dah sekian lama menonton drama versi Singapore di Netflix. Kemudian tengok pula remake drama China di saluran iQiyi (tak habis menonton, fast forward ke episod akhir). Dua-dua versi ni panjang juga, versi original 35 episod dan remake 45 episod. Jenuh juga nak habiskan, dahlah storyline nya buat stress je..

Watak jahat dalam drama ni sesangatlah jahatnya. Buat kita rasa breathless, helpless, cannot brain..tapi drama ni sarat dengan budaya Baba & Nyonya, dari segi pakaian, hiasan rumah, hiasan diri, makanan, keraian, perkahwinan, pantun..a feast to the eyes..yang paling menyerlah ialah kebaya nyonya..

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang tertumpu di negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Republik Singapura. Kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

pakaian dan perhiasan diri nyonya golongan bangsawan
kerusi meja the nyonya style

Dua-dua drama ni berbentuk naratif dan penceritaan kisah kehidupan. Drama original (Singapore) mengisahkan generasi kelima, Angela datang ke Melaka untuk melawat neneknya, Yueniang. Yueniang kemudiannya bercerita tentang kisah hidup dia dan mak dia (Juxiang). Drama remake (China) cuma dengar suara saja yang bagi naratif.

Yuxiang & Yueniang
versi Singapore (kiri) versi China (kanan)

Drama mengisahkan dua keluarga Baba & Nyonya yang kaya-raya dan ahli perniagaan yang berjaya. Keluarga Huang di Melaka dan keluarga Chen di Singapura. Kisah generasi keluarga dari tahun 1930 hingga selepas perang dunia kedua..

 

Penang Peranakan Mansion 
lokasi rumah keluarga Chen versi Singapore
rumah keluarga Huang dalam versi China

 

Plot utama drama ni ialah kehidupan Juxiang (generasi kedua) dan anak dia Jueniang (generasi ketiga) serta adik-beradik Juxiang. Watak Juxiang dan Jueniang dilakonkan oleh aktress yang sama.

Generasi kedua

Keluarga Huang ada dua-beradik iaitu Huang Yuan (anak lelaki) dan kakak dia, Tua Kor (Big Auntie). Huang Yuan ada 2 orang anak gadis (Meiyu dan Juxiang) dan seorang anak teruna. 

Meiyu ialah anak dari First Madam dan Juxiang (1st heroine) ialah anak gundik (2nd Madam). 2nd Madam dulu ialah orang gaji keluarga Huang. Huang Yuan tu jahat, rogol orang gaji dia (mak Juxiang).

Juxiang sangat cantik dan pandai memasak dan menyulam tapi dia bisu. Disebabkan mak Juxiang dulunya orang gaji, mereka tidak diiktiraf sebagai ahli keluarga Huang dan dilayan seperti orang gaji. Geramnya tengok bapa Juxiang, macam takde backbone..ikut je cakap bini dia tu.

Juxiang dan mak dia jadi orang gaji 
kena layan ahli keluarga Huang

Tua Kor ada 3 orang anak perempuan. Seorang berkahwin dengan anak lelaki sulung keluarga Chen, seorang berkahwin dengan anak lelaki Huang Yuan (kawin sepupu) dan yang bongsu pula jenis gedik dan ada affair dengan abang ipar dia.

Keluarga Chen pula ada 2 orang anak lelaki. Yang sulung berkahwin dengan anak Tua Kor dan anak kedua bernama Chen Seng masih bujang. Anak sulung ada seorang anak lelaki bernama Chen Xi (hero). 

Keluarga Huang nak jodohkan Meiyu dengan Chen Seng. Keluarga Chen datang ke rumah keluarga Huang kerana ada upacara 'Tok Panjang'. 'Tok' dalam bahasa Fujian ialah 'meja', maknanya ''meja panjang'' iaitu acara makan-makan keluarga.

keluarga Huang (kiri) dan keluarga Chen (kanan)

upacara Tok Panjang
 
Juxiang dan Meiyu masak kuih nyonya
untuk dipersembahkan kepada nenek Chen
Juxiang masak kuih dadar (kuih ketayap) 
Meiyu masak kuih salat (kuih serimuka)
 

Pada masa yang sama, ada seorang photographer bangsa Jepun dari Singapore bernama Yamamoto, datang ke Melaka kerana dia berminat dengan budaya Baba & Nyonya. Disebabkan satu insiden, dia terjumpa dengan Yuxiang. Tapi dia tak tahu nama sebab Yuxiang bisu. Kawan Yamamoto ajak dia ke acara Tok Panjang di rumah keluarga Huang untuk mengenali lebih dekat budaya Baba & Nyonya. Dia bertemu sekali lagi dengan Yuxiang..

Yamamoto & Juxiang versi Singapore
 

Yamamoto & Yuxiang versi China

Watak Yamamoto dilakonkan oleh aktor yang sama untuk dua-dua versi iaitu pelakon dari negara China, Dai Xiangyu. Dai Xiangyu ni dulu base di Singapore.

Chen Seng juga jatuh cinta dengan Juxiang tapi biasalah keluarga menentang. Dia kena kahwin juga dengan Meiyu. Bapa Juxiang aturkan Juxiang kahwin dengan Charlie Zhang, seorang ahli perniagaan yang kaya tapi tua, gatal dan jahat. 

3 lelaki yang jatuh cinta pandang pertama dengan Juxiang
Yamamoto, Chen Seng & Charlie Zhang 

nyonya2 berkumpul untuk makan kuih

Juxiang tak nak kahwin dengan Charlie Zhang. Dia lari dari rumah, kemudian kena tipu dengan komplot pelacuran tapi diselamatkan oleh Yamamoto.

Yamamoto bawa Yuxiang lari ke Singapore. Untuk menyelamatkan Yuxiang dari gangguan Charlie Zhang, mereka berkahwin dan dapat seorang anak perempuan yang diberi nama Yueniang (2nd heroine).

 

Yuxiang berniaga kuih nyonya di Singapore
 
Chen Seng menikmati kuih nyonya 
yang dimasak oleh Yuxiang
 

Macam-macam penderitaan dialami Yuxiang bila Yamamoto kena balik ke Jepun, tinggalkan dia bersalin seorang diri, jual kuih untuk kelangsungan hidup, bertemu semula dengan Chen Seng. Kemudian Yamamoto balik semula ke Singapore dan juga kisah semasa zaman Jepun dalam perang dunia kedua. 

Yuxiang masak kuih Rempah Udang (pulut udang) 
yang diorder oleh Chen Seng untuk nenek dia
 
askar Jepun dapat kesan tempat persembunyian
Yamamoto, Yuxiang & Yueniang
 

Juxiang dan Yamamoto mati semasa kena kejar dengan askar Jepun. Yueniang balik ke Melaka, duduk dengan nenek dia (2nd Madam) di rumah keluarga Huang. Bermulalah kisah hidup Yueniang yang juga dibenci dan disisih oleh keluarga Huang.

Generasi ketiga 

Kisah generasi ketiga ialah kisah hidup Yueniang, Chen Xi, Robert Zhang (anak Charlie Zhang) dan sepupu-sepupu Yueniang - Tianbao, Zhenzu dan Yuzhu (cucu-cucu Huang Yuan dari anak lelaki dia)

Chen Xi dan Yueniang versi Singapore

Yueniang dan Chen Xi versi China

Memang sangat tragis kisah hidup Yuxiang dan Yueniang serta sepupu dia yang baik hati, Yuzhu. Drama original ending yang sedih - Yueniang tak bagi Lizzy beritau Chen Xi yang dia terselamat dalam kebakaran. Akhirnya, Chen Xi kahwin dengan Lizzy. Tapi drama remake ialah happy ending - Yueniang dan Chen Xi bertemu semula di rumah keluarga Huang.

Recommended for viewing...enjoy budaya Baba & Nyonya..

Tuesday 24 August 2021

Ketereh itu buah gajus

 Budu oh Budu

Budu cap Ketereh


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. 

Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. 

(sumber: wikipedia Bahasa Melayu)

Menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut

.sumber: Kelantankini

Tapi budu mengandungi urid asid tinggi, tak sesuai untuk mereka yang sakit gout, kencing manis, darah tinggi.

Tuesday 17 August 2021

Dari jauh ku nampak Satu

Assalamualaikum semua..bersiaran dari pejabat..
 
Semalam dah mula kerja di pejabat. Staf yang dah melepasi 14 hari dari hari vaksinasi dos ke-2, dah boleh kerja di pejabat..Alhamdulillah, lega rasanya..
 
Nak cerita kisah tipah tertipu..hehe..bukanlah namaku tipah dan bukanlah 100% tertipu, tapi mataku yang kabur. Dalam entry Sushi Melayu, ada cerita yang teman jalan-jalan cari durian di Taman Dato' Senu, tetiba ternampak dari jauh, gerai jual sushi harga RM1.00..

Hari Jumaat lepas, teman adalah singgah gerai ni..nak beli sushi singgit tu..
 
meriah topping nya

tetiba penjual tu cakap - 5 biji RM6.00. Erkk, bukan seringgit ke satu? 

Check kat bunting..gini rupanya..

RM1.20 harganya..haha..
dari jauh nampak nombor satu tu je yang begitu menonjol
kaler merah lagi, marketing gimmick ke ni?
mungkin dulu jual singgit, sekarang dah naik harga
tak sempat buat bunting baru, bersangka baiklah kita kan


It's ok, it's alright..20 sen je pun..tolong bisnes kecil-kecilan..
 
cukuplah kot makan sushi melayu..haha..
pelik sikit topping nya, dah tak boleh nak telan
 
Ada juga jual bomboloni dan donut, nampak yummy. Disebelahnya, gerai jual karipap panas, saiz jumbo..harga RM2.00

ada inti ayam, daging & telur
beli yang inti telur rebus - sedap pastry nya

Bagus, berniaga secara sinergi, tawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan, persaingan yang sihat, semoga terus sukses!

Sunday 15 August 2021

Drama China : You Are My Glory (2021)

Nihao..

Review drama China Mainland yang bertajuk You Are My Glory..dalam bahasa Melayu, Kau Kebanggaanku. Memang bestlah drama ni..trending di WeTV Malaysia..

Semuanya 32 episod, sekarang baru episod 26. Drama ni based di Shanghai city. Suka tengok nightscape kawasan the Bund, Shanghai..

Drama gabungan genre MMO (massively multiplayer online) games, percintaan, kerjaya, slice of life, family. Yang bestnya drama ni takde watak dan adegan yang buat kita cringe, takde filler, more on matured love, career development, good dialog..content pun menarik terutama tentang kajian angkasa lepas..

Sinopsis

Hero bernama Yu Tu (lakonan aktor Yang Yang) sangat minat dengan bidang angkasa lepas. Seorang yang sangat handsome, pandai subjek Matematik dan popular di sekolah. Di universiti, dia ambik kursus Finance sebab ikut cakap mak dia. Dia ambik juga kursus yang dia minat iaitu Aerospace Engineering, kiranya buat double degree lah. 

Hero bekerja sebagai aerospace engineer di institut penyelidikan milik kerajaan. Tetapi disebabkan masalah keluarga, dia berhenti kerja untuk mula bekerja di Investment Bank. Dia habiskan cuti tahunan, duduk rumah, main online game, Honor of Kings.

Heroin bernama Qiao Jing Jing (lakonan Dilraba Dilmurat), seorang pelakon terkenal. JingJing dilantik menjadi endorser untuk online game, Honor of Kings.

Ada kejadian yang orang upload video JingJing kalah teruk dalam game tu. Habis JingJing kena kutuk dengan netizen sebab sebagai endorser, dia sepatutnya pandai main game tu. Manager JingJing bagi cadangan supaya JingJing belajar main game dengan professional gamer. Mula-mula, suami manager dia yang ajar tapi tak jalan juga. JingJing, kemudiannya ambil inisiatif sendiri, tukar ID game ke nama Handpicked Cotton dan register semula.

Gamer Jade Rabbit ajak Handpicked Cotton join main game Honor of King. Bila baca profile, Jade Rabbit ialah ID game Yu Tu. JingJing setuju sebab dia kenal Yu Tu. 

Dia dan Yu Tu ialah rakan sekelas di sekolah menengah 10 tahun yang lalu. Mereka sekarang berumur 30 tahun. Yu Tu ialah 'crush' JingJing. Ada flashback JingJing offer jadi girlfriend Yu Tu semasa sekolah tapi Yu Tu tolak dengan baik.

JingJing minta Yu Tu ajar dia subjek Maths

Yu Tu pandai main game Honor of King, dah level King 50 stars. JingJing nak Yu Tu ajar dia main game sebab dalam tempoh sebulan, JingJing ada competition. JingJing trick Yu Tu dengan beli air purifier keluaran tempat kerja Yu Tu dan minta Yu Tu datang baiki air purifier di rumahnya. Akhirnya, Yu Tu setuju ajar Jing Jing main game Honor of King. 

Yu Tu & JingJing bertemu kembali selepas 10 tahun
masing-masing masih single

Walaupun belum habis siaran, tengok review, drama ni happy ending. Hero & heroin berkahwin dan cita-cita hero tercapai bila dia melancarkan roket ciptaan sendiri.

....................................

Apa yang menarik drama ni?

Suka content mengenai angkasa lepas dalam drama ni, quite detail  juga. Dalam episod 10, Yu Tu pergi ke Xi'an untuk selesaikan masalah satelit. 

Technical team di Xian

Dalam episod 17-18, mereka test space explorer yang dipanggil Jade Rabbit.

 test Jade Rabbit di Shanghai
 
Test Jade Rabbit di gurun di Dunhuang

Semasa hero dalam dilema samada nak terus bekerja dalam bidang angkasa lepas atau start fresh dalam bidang Finance, heroin bagi sokongan supaya dia terus jadi aeraospace engineer, bekerja dalam bidang yang dia minat.

Yu Tu terjumpa dengan lecturer dia di restoran
Lecturer dia sedih Yu Tu nak berenti kerja
 

Suka tengok suasana depa balik kampung untuk celebrate New Year. Rasanya ni drama ke-4 yang ada scene sambut raya cina. Drama lain - Forever Love, Unrequitted Love, Crush. Negara China amalkan one-child policy. Setiap keluarga cuma ada seorang dua anak je..bila time raya cina, mak & bapa saudara dan sepupu berkumpul.

Yu Tu nasihatkan sepupu dia, semasa family gathering 
'dont waste our genes, science runs deep in our family'

Pertama kali tengok orang korek rebung (bamboo shoot) time raya cina. Mengikut kepercayaan, rebung lambang kekayaan. Makanan yang terbaik untuk start tahun baru.

Bamboo shoots (竹笋尖; zhú sǔn jiān) - wealth (term sounds like "wishing that everything would be well" - xǔyuànchí), new start.

Jing Jing & sepupu mengorek rebung di kawasan bukit
 
rebung untuk diberikan kepada saudara-mara
 
Bagi saya drama ni lain sikit, sebab ada elemen angkasa lepas. Ada juga scene di Xi'an. Masa hero nak pergi kerja di Xi'an, heroin cakap 'the food is famous. eat all you can, for me'..Xi'an popular dengan makanan sedap..teringat foods kat Xi'an..
 
 
Tasik Daicheng, Yixing
 

Recommended for viewing, minggu depan dah habis..

Friday 13 August 2021

Aiskrim Onde-Onde Nestle

 Salam Jumaat

Hari yang panas, jom makan aiskrim

Aiskrim Onde-Onde..citarasa lokal..


dulu Churros Onde-Onde, sekarang ni aiskrim pula 
 
 
ada inti gula merah + kelapa parut

Surprisingly, rasanya sama macam kuih onde-onde
mungkin sebab intinya tu

Check it out