Sunday 30 April 2023

Ole-Ole dari Cameron Highlands

Kawan pejabat pergi ke Cameron Highland sebelum puasa haritu 

Dia pergi kenduri anak saudaranya di Kampung Taman Sedia

bawa ole-ole dari Cameron

pertama kali makan gula-gula viral Batang Kali

hehe..tekan dengan stapler..

sedap gak, perisa strawberi, masam-masam manis

lamanya, tak gi Cameron
dulu tinggal di homestay di Kampung Taman Sedia

 Selamat berhujung minggu yang panjang

Saturday 29 April 2023

Aji-Nazri

Aji-no-moto dah jadi 'household name' di Malaysia...brand yang semua orang kenal, dari kecik, selalu dengar...

bila tengok Aji-Nazri, jadi pelik plak...haha...pertama kali jumpa brand ni..


 benda yang sama, monosodium glutamate MSG

Selamat berhujung minggu

Friday 28 April 2023

Port Breakfast di Meru, Klang

Sejak dari tahun lepas, banyak kali juga pergi Kapar, Klang, atas urusan kerja. 

Selalunya teman akan ikut highway NKVE, keluar tol Setia Alam, masuk Jalan Meru, corner kiri ke Jalan Haji Abd Manan then sambung ke Persiaran Hamzah Alang...ikut shortcut..malas nak ikut Shapadu Highway..rasa jauh je nak nyampai pekan Kapar..

Masalah saya kalau gi Klang ni ialah nak cari tempat mamam..hehe..untuk sarapan dan makan tengahari. Tak berapa familiar lagi kawasan Meru/Kapar. Bila tengok google map, banyak je kedai makan di Kampung Bukit Kapar, tapi malas nak ronda-ronda ikut jalan kecik..

So, setiap kali ke Kapar, akan singgah sarapan di gerai ni (baru  2 kali)..hehe, dari Persiaran Hamzah Alang dah nampak, di Taman Meru IV..Warong Mami Ara namanya

pemandangan dari jalan utama, Persiaran Hamzah Alang
 

 Alhamdulillah, buka

tong-tong air dah siap sedia, tak kira air sejuk ke air panas, semua guna cawan plastik...takde tukang buat air di gerai ni, kena layan diri

Menu biasa - nasi lemak, mee/mihun goreng...kuih-muih
yang special disini ialah mee kari...

mee kari dan tahu sumbat
terbaiklah mee kari ni...enakkk.. 

kali kedua datang, cuba nasi lemak pula

biasa-biasa je
 
 
Ramai pelanggan yang bersarapan dan beli bungkus di sini, silih berganti..yang best, tempat makan luas dan senang parking..
 
InshaaAllah, akan ke kawasan ni lagi untuk kes pengambilanbalik tanah untuk ECRL Fasa 2..so bolehlah kita JJCM di Kapar/Meru..

Thursday 27 April 2023

Kenangan Ramadan 1444H

Orang cerita Syawal, kita u-turn ke bulan Ramadan...saja nak abadikan di sini, buat kenang-kenangan..

Di hari Ahad terakhir sebelum raya, kita roaming Taman Datuk Senu, menjalankan amanah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan..semua sumbangan dibeli dengan hasil derma/infaq orang ramai..Alhamdulillah..

makcik ni keluar mencari kami, jiran dia maklumkan kami datang rumah
bagi disini sahaja, rumah dia di bhg belakang 
 
rumah di sini jenis compact house, bercantum 4 buah rumah
jenis yang takde pintu belakang 

mencabar juga cari nombor rumah
 
Alhamdulillah, berjaya juga menyampaikan 10 bakul dapur dan wang tunai.
 
Di hari minggu sebelum-sebelum tu, sumbangan disampaikan di majlis anjuran surau dan juga persatuan penduduk.
 
majlis sumbangan di Flat Sri Negeri Sembilan
 
di Surau Al-Ikhlas, Kampung Melayu Wira Damai

 Alhamdulillah, terima kasih kepada para penyumbang

---------------------------------------------

Throwback ke hari terakhir Ramadan 1444H, hari Jumaat..
berbuka untuk hari terakhir Ramadan, adik-adik dah ada di kampung

dah lama tak berkumpul, berbuka bersama
 
ada beli lemang juga, lemang biasa dan lemang jagung, makan dengan rendang ayam dan daging dendeng
 
---------------------------------------------------
 
Pukul 12.00 malam 1 Syawal, kedengaran bunyi meriam memecah keheningan malam...berdentum-dentum..move over mercun & bunga api..

dah jadi tradisi di Kampung Talang membakor meriam di malam raya, sampai ke subuh, masih kedengaran dentuman meriam
sejak teman kecik lagi, tradisi ni masih dikekalkan sampai sekarang
 
deretan meriam (sumber: berita harian)
 
Katanya meriah suasana disini, dah macam pesta, ntahlah teman tak pernah gi..
 
 
Sekian, kenangan di bulan Ramadan 2023

Kedai runcit lejen

Salam semua...hari ni dah mula bekerja..

Throwback Thursday...kisah kedai runcit lejen di kampung kami. Seingat teman, sebelum teman masuk sekolah darjah satu, kedai runcit ni dah wujud...lama sungguh..

dari dulu hinggalah zaman sekarang, besar ni je kedainya
kedai ni lokasinya ditepi jalan utama, memang strategik sungguh, parking pun mudah
 
Kami panggil kedai abi, mak teman panggil kedai ahpok, semuanya nama adik-beradik bangsa Cina yang jaga kedai runcit ni...zaman dulu, kedai runcit ni saja yang ada kat kawasan atas bukit ni..
 
 
Walaupun kecik, boleh dikatakan semua barang ada dijual, barang-barang keperluan penduduk setempat..pagi-pagi ada jual sedikit sayur, ikan, ayam mentah..ada orang Melayu yang letak kuih-muih, nasi lemak. Dulu-dulu kami juga pernah letak buah nangka cucuk dan kuih-muih untuk dijual di sini...arghh..kenangan betul..
 
 
Amoi yang dari dulu jaga kedai ni, fasih giler cakap Melayu..dah kenal sangat dengan mak saya. Amoi yang memahami adat resam orang Melayu..dulu2 tak jual garam waktu malam...teman pun tak faham pantang larang tak boleh jual garam waktu malam..
 

Tudia..ok jugalah susunannya..
hanya tuannya saja yang tahu kat mana barang2 disimpan...haha..
 
Banyak jual jajan...dulu2 kedai ni jadi 'pit-stop' masa jalan-jalan time raya, dapat duit raya singgah sini, beli jajan..hihi...
 
Kali ni singgah nak beli minyak tanah..kami panggil minyak gas (loghat perak: gess). Gen Y and milenial kenal tak minyak tanah ni? hehe...dan juga beli mancis cap cili. Alhamdulillah, dua-dua benda ni ada dijual disini. Dengar khabar kilang mancis ni dah nak tutup...huhu..
 
Ternampak ikan pekasam ni..
 

 Teringat drama Kiah Pekasam...hihi..
 
Begitulah kisah kedai runcit yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu diatas bukit ni..dari dulu hingga sekarang, tak tahu sampai bila...
 
Sekarang ni dah ada kawasan perniagaan di Taman Chandan Puteri, dah ada pilihan untuk membeli barang, namun kedai runcit ni tetap ada pelanggannya...

Monday 24 April 2023

Raya ke-3 : dah cari yang lain..

Hari ni dah masuk hari raya ketiga..mula mencari menu yang lain dari menu hari raya..rendang masih ada dalam peti es..tak lalu dah nak mamam..

Turun ke pekan kuale..jalan² ditepi sungai, di esplanade..

Ditepian Sungai Perak

Banyak gerai beroperasi, peniaga dah mula berniaga..
 
 gerai air balang & gorengan

van milo tak buka pula

Gerai jual laksa, bakso, cendol, ABC

Singgah makan bakso di gerai ni. Order cendol juga

pelbagai jenis bakso ada
 
bakso special..ada saiz besar & kecik
 
cendol dalam cawan
 
dah habis makan bakso, jalan² ke gerai nasi campur pula, nak beli lauk untuk omma. Omma tak suka bakso, omma lebih suka makan nasi putih panas kat rumah...nak makan rendang ayam..
 
 ada 3 gerai, semua penuh, ada yang lauk dah habis...yang popular ikan bakar, lauk-pauk kampung..

ikan bakar
 
masak lemak - beli masak lemak nangka

dah makan, dah beli lauk, jomlah balik, hari panas lit-lit..order piza kat kakak, dia makan piza di pizza hut..

balik makan piza pula
 
Sepupu whatsapp nak beraya ke rumah, kakak masak pasta spiral goreng
 
versi cerah
 
mak tak suka, takde rasa apa katanya, mak improvise, buh kicap, buh sos, jadi versi ni pula

versi gelap
 
jamu versi gelap ke tetamu yang datang, Alhamdulillah, semua suka..
 
Sekian saja kisah di hari ke-3 Syawal..

Esok dah nak balik KL..InshaaAllah..

Saturday 22 April 2023

Salam Aidil Fitri 2023

Allahu Akbar, Allahu Akbar

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam Aidilfitri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, selama 30 hari kita berpuasa di bulan Ramadan, kini Syawal menjelang tiba.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf zahir & batin kepada semua sahabat maya, sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa, terguris hati disepanjang perkenalan kita di alam maya.

Semoga Allah menerima amal kita semua..aamiin..

 semoga bergembira di hari raya, hari yang mulia..

Wednesday 19 April 2023

Sampul Raya 2023

 Hari Rayaaa..hari yang bahagia..

asyik bersembang pakcik dan makcik

hai duit raya bila nak diberi? 

sampul raya dari bank-bank, pelbagai design, pelbagai corak

 

 Cantik sampul dari CIMB Bank, corak tradisi Melayu..

corak pending dan awan larat

pertama kali dapat daripada Mizuho Bank, bank jepun

Maybank pun cantik juga, corak bunga & daun
 lari dari warna korporat, selalu kaler kuning
 

dah ada sampul, kenalah ada isinya..

InshaaAllah, niat sedekah/hadiah untuk kanak-kanak
dan kaum keluarga, saudara-mara

Monday 17 April 2023

Kuih Putu

Kuih raya 'tunjuk-tunjuk' kita..

Putu kacang

Putu beras
 

 dah selamat dibawa ke kampung oleh omma..

harap-harap sedap dan tak keras, katanya dari pekan Rabu..

kuih tradisional dilupa jangan..

Thursday 13 April 2023

Iftar Day 21 : Beli di Bazar Ramadan UTC Sentul

Salam Ramadan...semoga diberi kesihatan yang baik...

Teman menyepi sebab tak berapa sihat. Hari Sabtu demam, batuk dan selsema tapi sempat gi hospital, melawat adik kena operate. Selepas Asar, kepala jadi tingtong...teman pun tidurlah, tetiba mak kejut untuk berbuka, terdengar azan...lepas tu mamai..ingatkan azan Subuh, terasa lamanya tidur...hehe..

Alhamdulillah, semalam dah semakin sembuh...terasa nak makan macam-macam..so, semalam singgah bazar ramadan..

capati dengan kheema daging, kuih tepung gomak, kuih kemboja bakar
capati ni makcik Pakistan yang masak, lembut & fluffy
besar juga saiznya, kenyang makan 2 keping
 
melayan anak tekak - bebola ayam & sotong..hehe..
 
banyak minyak...minyak daging keluar
 
tepung gomak inti kelapa
 
ada lagi yang dibeli - kebab daging guna roti pita, kuih kemboja bakar tu beli dengan ex-office mate
 
Well, ada yang tak jumpa gerai nasi kukus ayam planta..
 
di sini Carneyz..belakang gerai ayam gunting
ada lorong masuk, dari jalan besar
 
Semoga dapat mencari..

Wednesday 5 April 2023

Nangka Oh Nangka

Subhanallah, MasyaAllah...pokok nangka nan sebatang ni mengujakan saya. 

Ralit saya membelek, snap photo, ada pelbagai peringkat buah nangkanya..ada yang masih putik, ada yang dah besar buahnya..nampak gayanya tuan pokok ni dapat makan buah nangka dalam masa yang panjang..Alhamdulillah..

masih putik
 
ada dahan di batang pokok kat bahagian bawah
di dahan itupun berbuah juga, Masyaallah..
terdampar di atas tanah
 
pelbagai peringkat putik buah nangka
 
yang ni sudah besar buahnya
 
Berbeza dengan pokok nangka yang satu ni, buahnya lebih kurang sekata je pembesarannya..
 

Sedapnya nangka..