Showing posts with label retail mall. Show all posts
Showing posts with label retail mall. Show all posts

Monday, 27 October 2025

Sama Square

Assalamualaikum...bersua kembali...

Hari Sabtu lepas, pergi servis kereta di Jalan Usahawan, Setapak. Bila dah ada di area ni, teringat dua tempat makan - Cun Cun Corner dan Nippon Sushi Shabuyaki.

Lama juga menunggu, siap cuci kereta sekali..daripada ramai orang, sampai tinggal 4 orang..lepas habis semua, acara cari makan..kali ni nak try Nippon Sushi di Sama Square..teman tak pernah lagi pergi Sama Square ni..tak jauh dari Cun Cun Corner.

Menarik gak tempatnya. Ada dua bahagian. Bahagian depan kedai berangkai, ada yang setingkat, ada 2-tingkat. Diperbuat daripada kabin. Di bahagian belakang, bangunan setingkat ala-ala bangunan kilang..

Jom ronda-ronda Sama Square.. 

bangunan depan daripada kabin 
 
 
  
 
 suka vibe macam ni, diselang-seli dengan pokok2 hijau
 
 senarai kedai-kedai 
 
 kedai Butter Kaya 
 
 
ada yang halal di Hainan Village, termasuk karipap Jelebu
  
nak pi sini, tapi tengok ramai yg menunggu 
 
jom kita cari kedai lain..malas nk tunggu.. 
 ronda bahagian belakang pula
 
bangunan belakang..ada gerai makanan, outlet subway,mixue
ada supermarket juga 
 
sambung jalan lagi, lihat suasana.. 
 
 
akhirnya singgah di Sama-Sama Cuisine.nanti kita post entry ya..
kedai ketiga katanya..dua lagi di Johor..
kiranya yang pertama di Lembah Klang.. 
 
till next time.. 

Wednesday, 30 April 2025

Semua House berwajah baru

 Siapa tahu Semua House kat mana?
hihi..kat area Masjid India di KL..
 
shopping complex legend, dulu selalu pergi sini
beli baju kerja di kedai Top Girl 
 
sekarang Semua House dah direnovasi, diberi nafas baru 
sebelum raya haritu, jalan-jalan ke sini
nak tengok Semua House yang berwajah baru
 

ada restoran di bahagian luar bangunan
 
belah kanan ada kedai nasi lemak burung hantu
 
belah kiri, ada Hadramawt Kitchen
 
ada kedai baklava yg femes -Zaitoun
 
ada restoran Hameediyah
disebelahnya Zus Coffee
 
Ok, jom tengok interior pula
 
Semua House ni 4 tingkat, 2 dibawah tanah, 2 diatas tanah 

tingkat B2 hingga Level 1

 
industrial interior design
 
lebih lapang dan luas di bahagian dalam
 
tangga merangkap bangku
 
ada sudut membaca

 

masa ni orang ramai tengah giler beli hand bag 'brik'
ditingkat G, ramai yang beratur nak naik ke L1
 
 
beg brik yang menjadi kegilaan ramai
 
tengah membeli
 

beli banyak2
 
 oklah, renovation dalam ni..
 
ada outlet Bingxue
 
Bolehlah lepas ni JJCM di sini..

Thursday, 28 November 2024

Elmina Lakeside Mall

 Assalamualaikum..

Dua minggu yang lepas, meeting dengan client di Elmina Lakeside Mall. Pucuk dicita ulam mendatang, 2 in 1..selepas meeting haruslah meronda-ronda di mall terbaru di Selangor...new kid on the block..

the venue

Luas kawasannya..nak cover semua memang tak larat, letihh....
we are not young anymore...hehe..

disintegration concept..ada mall, ada tiga free-standing outlet
tenant di free-standing outlet tu ada Burger King 
dari mall nak ke free-standing, jauh juga

oklah, jom jalan-jalan, lihat-lihat kawasan
...not bad tenant mix..
ada Kenny Hills Bakers, Ole Ole Bali, Jibby Chow, Chagee, Dolly Dim Sum
  


dah penat berjalan, stop, cari makan pula
makan malam merangkap makan tengahari
sebab tak lunch lagi...mengejor appointment pukul 3..

Lunch + Dinner di Jibby Chow


teingat podcast kat tiktok..katanya authentic Chinese food di sini..
so, kita try lah..anak syarikat Serai..

suasana dalam restoran

the menu

set dim sum - ada 3 jenis
siew mai, fried wasabi dragon roll & ying yang custard bun

ying yang custard bun
tak kena dgn tokak den, inti salted egg custard

nasi ayam hainan, steamed chicken
first time makan steamed chicken
kureng pada tekak ku, lebih suka roasted chicken

Total damage : RM105.70

dah makan, jom lah balik, malas nak sambung ronda-ronda
hari pun dah menjelang senja..