Friday 23 August 2013

My Masterpiece: Photobook South Korea

Assalamualaikum...

Ingatkan dah wrap-up kisah travel ke South Korea, tapi bila terjebak dengan photobook ni, kenalah buka balik. Masa pergi hari tu, memang tak terfikir nak buat photobook, tapi bila tengok photobook orang lain, macam menarik juga nak abadikan kenangan dalam bentuk buku.  Bila Photobook Malaysia buat promotion, tiba-tiba terfikir..why not give a try, to test the creativity in me...macam digoda-goda, terus klik dan the rest is history..

Untuk photobook ni, mula-mula saya pilih 'debossed hardcover large landscape', dah bayar, dah dapat voucher..bila dah start buat, rasa macam tak best pula, sebab front covernya cuma kotak kecik saja..upgrade ke 'imagewrap hardcover large landscape'..baru puashati..

Bagi first timer macam saya, software Photobook ni sangat user-friendly..sangat mudah, just drag n drop..lama juga nak menghabiskan 40 mukasurat..adalah sebulan lebih, dari sebelum puasa, stop sekejap masa bulan Ramadan, sambung balik lepas raya...banyak nak kena fikir - konsep, wording, font, font size, colour, arrangement, backdrop..belum lagi nak pilih gambar, nak edit..susah juga nak menghasilkan satu buku..tapi saya suka..

The snapshots of the photobook..

front cover - Hanok traditional house
 Nak pilih front cover ni mengambil masa yang lama juga..kalau boleh nak bagi first impression about the uniqueness of Korea, last-last pilih rumah tradisi Korea di Bukchon Hanok Village..

first page mesti gambar airport

















Sekian..wassalam..

Sunday 18 August 2013

Sudah bermula..

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidil Fitri..sudah 11 Syawal 1434H.

Semalam sudah bermula. Bermula apa? Memenuhi jemputan jamuan hari raya, open house, kenduri kahwin...Weekend pertama di ibu kota pada bulan Syawal..

Semalam ada dua kenduri kahwin. Pergi yang jauh dulu, tak jauh mana pun..di Bukit Bandaraya, Bangsar.
Lokasinya
Dewan Komuniti DBKL
menulis kata-kata ucapan dlm buku kehadiran
tarian zapin
berzapin
Kenduri kedua di Bandar Baru Sentul. Di dewan komuniti kecil DBKL..

Dewan komuniti DBKL
kumpulan gamelan
bergamelan pula
Yang penting, semalam tak payah masak tengahari...sampai bulan September, setiap weekend ada jamuan makan..Alhamdulillah..

Sunday 4 August 2013

Tips Balik Kampung

Assalamualaikum...menulis di hari-hari terakhir di bulan Ramadhan 1434H. Lagi beberapa hari untuk menginjak ke bulan Syawal, menyambut Hari Raya Idul Fitri.

Ramai yang sudah bercuti dan mula bergerak ke kampung halaman. Satu tradisi yang tidak dilupakan, bertemu ayah bonda, jiran tetangga dan sanak saudara. Nak share sikit beberapa tips untuk perjalanan balik kampung, semoga perjalanan kita selamat dan di dalam perlindungan Allah SWT. Tips ini dah lama saya baca di dalam blog keretamayat. Tak ingat entry mana, cuma catat pengisiannya sahaja di buku nota.

Bukanlah tips sebenarnya, tetapi perkara-perkara sunat yang sangat digalakkan untuk kita lakukan sebelum memulakan perjalanan, tak kiralah nak balik kampung ke, pergi melancong ke, business trip ke..adab-adab bermusafir, Islam itu indah, satu cara hidup. Disamping kita mengambil berat mengenai perkara-perkara fizikal seperti memeriksa kenderaan supaya berada di dalam keadaan baik - tayar, brek, enjin, wiper, lampu brek dan lain-lain, kita kuatkan dengan pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT, Al-Hafiz, Al-Muhaimin sebab kita hambaNya yang lemah. Usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah, selamat dan diberkati perjalanan kita. Syariatullah dan Sunnatullah, seiring sejalan.

Bagi mereka yang sudah mengetahuinya, anggaplah ini satu ulangkaji. Bagi mereka yang belum, marilah sama-sama kita bertafaqquh.

1. Melakukan solat sunat musafir dan solat sunat hajat - 2 rakaat

Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.

DALIL1

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w "Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan".
sumber: e-mosque
 
DALIL 2
 
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر


“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”

(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)

sumber: shafiqolbu

Kita kuatkan lagi dengan mengerjakan solat hajat 2 rakaat untuk menyatakan pengharapan kita kepada Allah SWT.

2.  Bersedekah dengan ikhlas

Fadilat bersedekah memang diketahui sangat banyak. Diantaranya bersedekah dapat menjauhkan manusia dari bencana dan keburukan. Oleh itu sesiapa yang mahu memulakan perjalanan atau kembara, digalakkan bersedekah sebelum pergi dan terus bersedekah di dalam perjalanan mereka.

Bersedekahlah - wang ringgit, duit raya, kuih raya atau apa-apa pun kepada masjid/surau atau jiran tetangga yang tinggal.

3.  Membaca doa keluar rumah

Doanya: "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali pada Allah SWT". 

4.  Baca doa menaiki kenderaan dan baca ayat Qursi 3 kali sambil senyum tengok langit

Kenapa nak kena senyum tengok langit, wallahua'lam. Keretamayat pun tak beritahu secara details. Nak buat boleh, tak buat pun takpe. Tapi setiap kali melihat langit, hati akan rasa tenang, rasa lapang. Bila dah tengok langit, disarankan pula membaca doanya - "Wahai Tuhan yang memalingkan segala hati, mantapkanlah hatiku untuk tetap taat padaMu".

5.  Memulakan perjalanan di pagi hari Khamis

Yang ni tak dapatlah ikut sebab Hari Raya, InsyaAllah, hari Khamis.  Tetapi kalau nak pergi melancong, mengembara, bolehlah ikut.

6.  Didalam perjalanan, nampak masjid - ucapkan selawat keatas Nabi.

7. Jika berhenti di masjid, lakukan solat sunat tahiyyatul masjid, solat syukur - jangan hanya berhenti untuk buang air sahaja

8. Bila naik bukit, bertakbirlah "Allahu Akbar", bila turun bukit, bertasbihlah "Subhanallah"

9. Bila menyeberangi jambatan, sampaikan pengharapan kepada Allah SWT agar diselamatkan semasa meniti di titian sirat di akhirat kelak.

10. Perbanyakkanlah berdoa di sepanjang perjalanan kerana salah satu masa mustajab berdoa ialah semasa bermusafir.  

11.  Lakukan solat dan sujud syukur apabila sampai ke destinasi.

Yang lain-lain - berhati-hati di jalanraya, patuhilah had laju dan berhenti seketika jika rasa letih dan mengantuk. Ingatlah orang yang tersayang, jangan biarkan mereka menangisi kepulangan anda...huhu..

Taqabbalallahu minnaa wa minkum (Semoga Allah menerima dari (amalan) kami dan darimu)”..minal aidin wal faidzin (semoga Allah menjadikan kita, orang-orang yang kembali kepada fitrah (ketaqwaan/kesucian) dan orang-orang yang menang dari melawan hawa nafsu dan mendapat redha Allah..