Assalamualaikum..jom tadabbur Juzuk 20..
Juzuk 20 - Surah An-Naml 56-93, Surah Al-Qasas 1-88 dan Surah Al-Ankabut 1-45
15 Points
1. Juzuk ini mengandungi tiga surah iaitu bahagian kedua Surah An-Naml (Semut), Surah Al-Qasas (Kisah) secara lengkap dan bahagian awal Surah Al-'Ankabut (Labah-Labah).
2. Ayat 65 Surah Al-Naml menjadi prinsip utama dalam ISLAM yang mana semua perkara ghaib mestilah berdasarkan dalil jelas dari Al-Quran dan As-Sunnah. Jika ada orang menceritakan perihal perkara ghaib tanpa mendatangkan dalil dan hujah yang nyata dari Al-Quran dan Hadith, maka tolaklah ia. Di dalam ayat 82 pula menceritakan kisah akan keluarnya sejenis binatang dari perut bumi yang boleh bercakap apabila dunia sudah menghampiri kiamat.
3. Ayat 88 mengisahkan tentang gunung-ganang yang bergerak. Ramai saintis mengatakan bahawa ayat ini bertepatan dengan Teori Pergerakan Plat Tektonik di dalam ilmu Geologi. Namun begitu, 'pergerakan' di dalam ayat ini sebenarnya bermaksud pergerakan ketika berlakunya kiamat nanti yang mana gunung-ganang ini akan bergerak seperti kapas (Ayat 5 Surah Al-Qari'ah). Jadi sangat tidak tepat menjadikan ayat ini sebagai sokongan kepada Teori Pergerakan Plat Tektonik.
4. Surah Al-Qasas banyak menceritakan tentang kisah Nabi Musa A.S. dan Firaun yang bermula dari ayat 4 sehingga ayat 48. Antara kisah di dalam surah ini adalah kisah bagaimana Musa A.S. tertumbuk orang tanpa sengaja sehingga menyebabkan kematian, lalu Baginda diburu dan lantas melarikan diri sehingga ke Madyan yang mana di sana Baginda terus menghulur bantuan kepada dua orang perempuan yang memerlukan pertolongan pada ketika itu (Ayat 15-23). Sikap itsar (mendahulukan orang lain) ini adalah akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Baginda biarpun masih dalam keletihan.
5. Allah SWT merakamkan doa Nabi Musa A.S. di dalam ayat 24 ketika mana Baginda merasa berada di dalam kesulitan. Doa ini sangat baik untuk diamalkan dan ia membawa maksud, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan kebaikan-kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku". Selepas Baginda berdoa dengan doa ini, Allah SWT menghantar bantuan kepada Nabi Musa satu persatu. Antaranya ialah Baginda dipanggil oleh bapa kepada dua perempuan yang dibantu tadi, kemudian diberikan kerja dan dijodohkan dengan salah seorang perempuan tersebut (Ayat 25-27). Perempuan tersebut adalah anak Nabi Syuaib.
6. Ayat 26 memberitahu bahawa benarnya firasat isteri Nabi Musa A.S. yang meminta ayahnya mengambil Baginda untuk bekerja kerana melihat dua karakter yang baik pada diri Baginda iaitu seorang yang kuat dan bertanggungjawab. Abdullah bin Mas'ud R.A. ketika menghuraikan ayat ini mengatakan jika ingin melihat firasat yang betul, maka lihatlah pada ayat 26 Surah Al-Qasas.
7. Ayat 29-35 pula menceritakan kisah Nabi Musa A.S. yang pulang semula ke Mesir dan ketika di dalam perjalanannya Baginda melihat terdapat cahaya api yang jauh di padang pasir yang sejuk. Di dalam ayat 29, Nabi Musa A.S. menunjukkan akhlak budiman yang menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan meminta keluarganya menunggu di situ dan beliau yang pergi melihat api tersebut secara lebih dekat. (untuk diambil supaya dapat memanaskan badan)
8.Di situlah Nabi Musa A.S. diberikan wahyu oleh Allah SWT yang didahului dengan pelbagai suruhan dari Allah SWT seperti mencampakkan tongkat dan menyeluk tangan sehingga keluar cahaya (Ayat 32). Sebagai manusia biasa, Baginda ketakutan menghadapi situasi ini. Lantas di dalam ayat ini Allah SWT mengajar Baginda agar memekap tangan ke dada untuk menghilangkan rasa takut tersebut.
9. Allah SWT memuji ahli kitab di dalam ayat 52-55 yang mana mereka beriman dengan Nabi Musa A.S. dan Nabi Isa A.S. Kemudian para Ahli Kitab ini menyambung keimanan mereka kepada Kenabian Rasulullah SAW lalu diberikan kepada mereka dengan ganjaran pahala sebanyak dua kali ganda (Ayat 54) manakala di dalam ayat 56 memberitahu bahawa hidayah itu secara mutlaknya adalah milik ALLAH SWT. Dikatakan oleh para ulama' tafsir bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah SAW kerana Baginda SAW sangat berharap ayah saudara Baginda, Abu Talib memeluk agama ISLAM dan meninggal dunia dalam keadaan beriman.
10. Ayat 71-73 menceritakan nikmat yang jarang disyukuri iaitu nikmat siang dan malam. Allah SWT memberikan dua persoalan: 1) Apakah akan terjadi sekiranya malam berterusan sehingga hari Kiamat dan siapakah yang mampu membawa cahaya? 2) Apa akan terjadi sekiranya siang berterusan sehingga Kiamat dan siapa yang mampu membawa malam untuk berehat? Semoga dengan persoalan ini mampu menerbitkan rasa syukur kepada Allah SWT diatas dua nikmat ini.
11. Kisah Qarun dan keangkuhannya diceritakan di dalam ayat 76-82. Allah SWT memberikan mesej bahawa pentingnya menjadi orang berilmu kerana tatkala orang awam sangat kagum dan mengharapkan agar memiliki kekayaan seperti Qarun, orang berilmu melihat perkara itu hanya perkara yang kecil jika dibandingkan dengan Akhirat. Ayat 82 menceritakan penyesalan dan kesedaran orang jahil tentang apa yang dikatakan oleh orang berilmu selepas kematian Qarun. Jelas berdasarkan ayat ini bahawa orang berilmu akan sentiasa melihat sesuatu itu beberapa langkah ke hadapan. Maka, berusahalah kita agar menjadi orang yang berilmu.
12. Ayat 85 merupakan motivasi dan janji yang diberikan kepada Rasulullah SAW ketika mana Baginda berhijrah keluar dari Mekah dan menyebabkan timbul rasa rindu yang teramat kepada tanah kelahiran Baginda SAW.
13. Dinamakan Surah Al-'Ankabut kerana di dalamnya Allah SWT memberikan perumpamaan pegangan (Akidah) orang yang menyembah selain-Nya sangat rapuh seperti rapuhnya sarang labah-labah. Surah ini juga dikenali sebagai Surah Ujian kerana didalamnya terdapat dua kisah Nabi yang menerima ujian yang lebih berat berbanding ujian terhadap Rasulullah SAW.
14. Ayat 2-4 Surah Al-'Ankabut memberitahu bahawa ujian itu pasti akan dirasai oleh setiap dari kita semua. Kisah pertama adalah ujian yang dihadapi oleh Nabi Nuh A.S. yang dihantar untuk bersama kaumnya selama 950 tahun (Ayat 14). Ini sangat banyak jumlahnya jika dibandingkan dengan 23 tahun Nabi Muhammad SAW diuji untuk menyempurnakan tugasan Baginda SAW. Kisah kedua adalah ujian yang menimpa Nabi Ibrahim A.S. yang dibakar lalu diselamatkan oleh Alla SWT (Ayat 24).
15. Ayat 45 merupakan suruhan Allah SWT supaya kita membaca Al-Quran dan mendirikan solat. Dua perkara ini perlulah bergerak seiring kerana solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar. JIka kita menjaga solat kita, InsyaAllah ia akan menjaga diri kita dari perbuatan mungkar. Allahu a'lam.
Sumber: Ustaz Abdullah Bukhari
Showing posts with label Kisah dalam Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Kisah dalam Al-Quran. Show all posts
Thursday, 14 May 2020
Wednesday, 13 May 2020
Perbandingan Kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf
Assalamualaikum semua..hari ni 20 Ramadan, semoga kita diberi kekuatan untuk meningkatkan ibadah di 10 hari terakhir di bulan Ramadan dan dipertemukan dengan Lailatulqadr..amiin..
Bagi yang tadarus dan tadabbur Al-Quran, satu juzuk setiap hari, sudah sampai ke juzuk ke20 yang terdiri daripada tiga surah iaitu Surah Al-Naml (semut), Surah Al-Qasas (Kisah) dan Surah Al-Ankabut (labah-labah). Surah Al-Qasas menceritakan secara terperinci kisah Nabi Musa.
Dalam bulan puasa ni, mungkin ramai yang ada terima whatsapp perbandingan kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf oleh Brother Nouman Ali Khan. Whatsapp dalam bahasa Inggeris. Menarik kan, selama ni tak pernah terfikir pun persamaan dan perbezaan dalam kisah tersebut.
Nouman Ali
Khan mengumpulkan 115 perbandingan secara keseluruhan antara kedua kisah ini.
Allah berfirman dalam Surah Yusuf, Ayat 3:
"Kami ceritakan kepadamu
(wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu
Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu,
adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya"
Siapakah Nouman Ali Khan ni? Beliau ialah Pakistani-American Muslim speaker. Boleh ikuti kupasan beliau dalam program Al-Baqarah Series di channel Naura Astro 125.
Sebab menarik hasil kajian Bro Nouman ni, kita terjemahkan dan abadikan di dalam blog ni. Dalam whatsapp tersebut, tak semua 115 point ada, yang ni pun jadilah kan..
Siapakah Nouman Ali Khan ni? Beliau ialah Pakistani-American Muslim speaker. Boleh ikuti kupasan beliau dalam program Al-Baqarah Series di channel Naura Astro 125.
Sebab menarik hasil kajian Bro Nouman ni, kita terjemahkan dan abadikan di dalam blog ni. Dalam whatsapp tersebut, tak semua 115 point ada, yang ni pun jadilah kan..
- Yusuf AS adalah kisah seorang ayah yang kehilangan anak. Musa AS pula kisah seorang ibu yang kehilangan anak. Apabila anda membaca kisah Yusuf, anda mungkin terfikir, dimanakah ibunya? Dan apabila anda membaca kisah Musa pula, anda juga mungkin akan terfikir, dimanakah ayahnya?
- Allah SWT berfirman, tunggu dulu, Kami sampaikan kisah seorang ayah di sini dan Kami ceritakan kisah seorang ibu di sini. Siapakah dia cerita tentang sang ayah? Yusuf. Siapa pula cerita mengenai si ibu? Musa. Mereka berdua kehilangan anak, ya atau tidak? Salah seorang dari mereka kembali setelah hilang beberapa jam, Musa. Salah seorangnya kembali ke pangkuan ibubapa setelah hilang bertahun-tahun lamanya, yang mana satu? Yusuf.
- Salah seorang daripadanya mempunyai saudara perempuan (kakak), yang seorang lagi mempunyai saudara-saudara lelaki. Kakaknya ialah penyebab dia bertemu semula dengan ibunya. Saudara-saudara lelaki adalah alasan dia berpisah dengan ayahnya.
- Yang (Musa) dilemparkan ke dalam air, untuk tujuan yang baik. Yang (Yusuf) dilemparkan ke dalam air kerana niat jahat.
- Yang ini (Musa) berakhir di sebuah istana Mesir dengan ratu, seorang wanita. Yang (Yusuf) itu berakhir di pasar dan di istana di Mesir bersama seorang raja, seorang lelaki
- Bayi Musa, isteri membawanya ke firaun. Isteri yang baik membawanya kepada suami yang jahat. Sekarang kisah Yusuf: suami yang baik membawanya kepada isteri yang berperangai buruk.
- Dan kemudian Musa, permaisuri itu berkata, mungkin dia dapat berkhidmat kepada kita, atau kita boleh mengambilnya (sebagai anak angkat), masihkah ingat? KATA-KATA YANG SAMA DALAM KISAH YUSUF! si suami mendatangi isterinya dan berkata mungkin dia dapat berkhidmat kepada kita, atau kita boleh menerimanya (sebagai anak angkat), kata demi kata yang sama (Quran 28: 9 dan 12:21). Ruang waktu yang berabad-abad lamanya, kata demi kata yang sama. Dan salah seorang daripada mereka menjadi anak angkat, mereka mengambil pilihan adopsi. Yang seorang lagi menjadi pekerja (servant), mereka mengambil pilihan pekerja (servant).
- Dan kemudian Allah berfirman, mengenai Yusuf, dengarkan ini, "Ketika dia menjadi remaja, Kami memberinya hikmah dan pengetahuan". Bunyi biasa? Apa firman Allah tentang Musa? Semasa dia remaja, Allah memberinya hikmah dan pengetahuan. Satu-satunya perbezaan adalah Yusuf mempunyai penampilan yang sangat baik, Musa mempunyai kekuatan yang sangat baik. Itulah perbezaan, penampilan dan kekuatan.
- Baiklah, ketika Allah swt menyebutnya, Yusuf mendapati dirinya berada dalam masalah. Dalam ayat berikutnya dalam kisah ini, adakah Musa juga mengalami masalah? Ok, Yusuf mendapati dirinya berada dalam masalah di dalam rumah. Musa mendapati dirinya berada dalam masalah di luar rumah.
- Yusuf, masalahnya adalah godaan, zina. Musa, masalahnya dalam bentuk apa? Membunuh. Dalam Al-Quran, ada dua dosa besar, zina dan pembunuhan. Yang pertama adalah kisah tentang zina, yang lain adalah kisah tentang pembunuhan.
- OK, dalam kisah Yusuf, wanita itu adalah penjahat. Dalam kisah Musa, seorang lelaki adalah penjahat. Dan dalam kedua-dua kisah mereka, jenayah telah dilakukan.
- Baiklah, apabila jenayah telah dilakukan, dalam kisah Musa, dia benar-benar melakukan jenayah tersebut. Dalam kisah Yusuf, dia sebenarnya tidak bersalah. Jadi mana yang bersalah dan mana yang tidak bersalah? Musa bersalah, Yusuf tidak bersalah. Orang yang bersalah berlalu pergi, dan orang yang tidak bersalah dipenjarakan.
- Okey. Sekarang Yusuf di penjara dan Musa melarikan diri. Yusuf di penjara, dia bertemu dua apa? Dua orang lelaki, dan dia menolong mereka. Musa pergi ke satu tempat bernama Madyan, dan dia bertemu dengan dua orang wanita, dan dia menolong mereka.
- Kisah Yusuf AS memberitahu anda bagaimana seorang lelaki dan wanita tidak boleh bersatu. Kisah Musa AS memberitahu anda bagaimana seorang lelaki dan wanita boleh bersatu (atas landasan syariat).
- Yusuf AS dihantar untuk menyelamatkan kerajaan Mesir. Musa AS dihantar untuk menghancurkan kerajaan Mesir.
- Dalam kisah Yusuf, raja melihat mimpi dan Yusuf memenuhi mimpi itu. Dalam kisah Musa, firaun melihat mimpi dan Musa memenuhi mimpi itu.
- Mesir diselamatkan kerana air. Mesir hancur kerana air.
- Yusuf AS adalah sebab mengapa mereka berpindah ke Mesir. Musa adalah alasan mereka meninggalkan Mesir.
Membaca point-point diatas, membuatkan kita buka Al-Quran untuk buat rujukan kepada dua surah tersebut - Surah Yusuf dan Surah Al-Qasas, nak tahu details kisah dua nabi ini. Surah Yusuf sangat menarik gaya penceritaannya, very flowing.
Semoga bermanfaat...#staysafe..
Tuesday, 5 May 2020
Hidangan/Makanan
Salam Ramadan...
Alhamdulillah, dah 12 hari kita berpuasa dalam tempoh PKP, disambung dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) pula...semoga dapat melayan Ramadan dengan sebaiknya, merebut ganjaran pahala yang berlipat-ganda..
Sejak cuti PKP, sudah tentu banyak juadah telah dimasak di rumah, ada yang mencuba resepi baru, untuk santapan seisi keluarga. Dalam kita merangka-rangka juadah apa yang nak dimasak hari ni, marilah tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran yang ada menyebut tentang makanan. Siapakah yang menerima hidangan/makanan direct dari Allah swt? Maha Suci Allah Ar-Razzaq.
1. Kaum Nabi Musa a.s.
Setelah Nabi Musa a.s. membawa Bani Israil keluar dari negeri Mesir lari dari Firaun dan melalui Laut Merah sebelah utara (terbelah Laut Merah antara mukjizat Nabi Musa), mereka tiba di padang pasir yang panas terik dan Allah swt telah menaungi mereka dengan awan dan menurunkan makanan. Kisah ini disebut dalam ayat 57, Surah Al-Baqarah.
"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri"
Mengikut tafsir, manna ialah makanan manis sebagai madu dan salwa ialah burung sebangsa puyuh.
Kemudian Nabi Musa as meminta air untuk kaumnya, satu lagi mukjizat Allah kurniakan kepada Nabi Musa as, disebut dalam ayat 60 Surah Al-Baqarah.
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan."
Allah swt telah bagikan Bani Israil kepada dua belas suku seperti yang disebut dalam ayat 160 Surah Al-A'raaf.
"Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!". Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa (Kami berfirman); "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu". Mereka tidak menganiaya Kami, tetapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri."
Tapi kaum Bani Israil ni tidak tahan makan satu jenis makanan sahaja, mereka minta Nabi Musa memohon kepada Allah swt supaya mengeluarkan makanan lain iaitu sayur-mayur, ketimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah. (ayat 61 Surah Al-Baqarah).
Tapi Nabi Musa berkata: "Maukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?" Maknanya manna dan salwa itu adalah makanan yang lebih baik, lebih berkhasiat daripada makanan lain yang diminta oleh kaum Bani Israil.
Tapi kaum Bani Israil ni tidak tahan makan satu jenis makanan sahaja, mereka minta Nabi Musa memohon kepada Allah swt supaya mengeluarkan makanan lain iaitu sayur-mayur, ketimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah. (ayat 61 Surah Al-Baqarah).
Tapi Nabi Musa berkata: "Maukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?" Maknanya manna dan salwa itu adalah makanan yang lebih baik, lebih berkhasiat daripada makanan lain yang diminta oleh kaum Bani Israil.
2. Maryam bint'Imran
Maryam bint'Imran ialah ibu kepada Nabi Isa as. Dalam Surah Ali'Imran, ayat 35, ibu Maryam semasa mengandungkan Maryam, beliau telah bernazar yang anak akan lahir itu akan diberikan untuk berkhidmat di Baitul Muqaddis. Dalam ayat 37, Maryam dipelihara oleh Nabi Zakariya. Menurut riwayat, Nabi Zakariya ialah suami kepada ibu saudara Maryam. Maryam bermunajat, beribadah di dalam satu mihrab (bilik) di Masjid Al-Aqsa. Setiap kali Nabi Zakariya masuk ke mihrab, beliau dapati ada makanan di sisi Maryam.
"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata : "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab".
MashaAllah, Allah turunkan rezeki kepada hamba yang dikehendakiNya.
MashaAllah, Allah turunkan rezeki kepada hamba yang dikehendakiNya.
pokok kurma berbuah lebat
Manakala dalam Surah Maryam pula, dalam ayat 22, semasa Maryam mengandung, beliau telah keluar dari mihrab dan pergi ke tempat yang jauh untuk mengelak dari tohmahan masyarakat. Menurut riwayat, tempat tersebut ialah Bethlehem, lebih kurang 9 kilometer dari Jerusalem (lokasi Baitul Muqaddis).
Dalam ayat 23, ketika sakit untuk bersalin, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma dan dalam keadaan runsing dan berkeluh-kesah. Dalam ayat 24, malaikat Jibril datang memberi semangat kepada Maryam.
Dalam ayat 23, ketika sakit untuk bersalin, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma dan dalam keadaan runsing dan berkeluh-kesah. Dalam ayat 24, malaikat Jibril datang memberi semangat kepada Maryam.
"Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah:"Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu".
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" (ayat 25).
Dalam ayat 26, Jibril menyuruh Maryam makan buah kurma dan minum air sungai itu dan bersenang hati dan tidak bercakap dengan manusia sebab bernazar kepada (Allah) Ar Rahman.
3. Nabi Isa as
Kisah hidangan kepada Nabi Isa as dan pengikut-pengikutnya (golongan Hawariyyun yang seramai 12 orang) diceritakan dalam Surah Al-Maa-idah (Hidangan), ayat 112 hingga ayat 115.
"(Ingatlah), ketika pengikut-pengikut 'Isa berkata: "Hai 'Isa putera Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?". 'Isa menjawab: "Bertaqwalah kepada Allah jika betul-betul kamu orang yang beriman." (Ayat 112)
"Mereka berkata: "Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu" (Ayat 113)
"'Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami, satu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezkilah kami, dan Engkaulah Pemberi Rezeki yang Paling Utama." (Ayat 114)
"Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barang siapa yang kafir diantaramu sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun diantara umat manusia." (Ayat 115)
Allah swt telah memakbulkan doa Nabi Isa dengan menurunkan hidangan yang diapit oleh dua buah awan dan membawanya turun menuju Nabi Isa. Sementara, Al Hawariyun menyaksikan peristiwa menakjubkan tersebut. Dikhabarkan, hidangan tersebut terdiri daripada roti, ikan, delima dan buah-buahan, dan makanan lain-lainnya. Menerima kasih sayang Allah, Nabi Isa pun kemudian bersujud, diikuti para pengikutnya. Turunnya hidangan dari langit ialah salah satu mukjizat Nabi Isa as.
gambar hiasan sahaja
Allah swt telah memakbulkan doa Nabi Isa dengan menurunkan hidangan yang diapit oleh dua buah awan dan membawanya turun menuju Nabi Isa. Sementara, Al Hawariyun menyaksikan peristiwa menakjubkan tersebut. Dikhabarkan, hidangan tersebut terdiri daripada roti, ikan, delima dan buah-buahan, dan makanan lain-lainnya. Menerima kasih sayang Allah, Nabi Isa pun kemudian bersujud, diikuti para pengikutnya. Turunnya hidangan dari langit ialah salah satu mukjizat Nabi Isa as.
Wallahua'alam. Semoga kisah-kisah diatas memberi kekuatan kepada kita untuk terus bermujahadah mendekatkan diri kepada Allah swt, mengharap kasih sayang Nya. Allah Maha Kuasa untuk menjadikan sesuatu yang dikehendakiNya, dengan hanya berfirman kepada (hakikat) benda itu, "Jadilah", maka ia terus jadi. Subhanallah.
*Untuk terjemahan dan tafsiran ayat-ayat Al-Quran, saya merujuk kepada naskah Al-Quran dan Terjemahnya hadiah dari Khadim al Haramain asy Syarifain (Pelayan kedua Tanah Suci) Raja Fahd ibn' Abd al' Aziz Al Sa'ud.
Friday, 31 August 2018
Roti tak sempat naik...
Assalamualaikum..
Salam Jumaat. Salam Hari Merdeka ke 61.
Cuti-cuti hari ni, sarapan apa pagi tadi? roti? roti canai? roti bakar?
Roti yang selalu kita makan, kebiasaannya lembut, gebu, sedap dimakan begitu saja. Tapi ada juga roti yang tak gebu kan macam roti canai, capati..walaupun tak gebu, makan dengan kari, memang ருசியான (suvaiyanathu) - sedap!!
Salam Jumaat. Salam Hari Merdeka ke 61.
Cuti-cuti hari ni, sarapan apa pagi tadi? roti? roti canai? roti bakar?
Roti memang sangat sinonim dengan kehidupan kita. Dari kecik lagi kita dah kenal roti, lahir2 je, dah ada roti. Kadang-kadang, masa baby pun dah makan roti cicah susu.
Roti yang selalu kita makan, kebiasaannya lembut, gebu, sedap dimakan begitu saja. Tapi ada juga roti yang tak gebu kan macam roti canai, capati..walaupun tak gebu, makan dengan kari, memang ருசியான (suvaiyanathu) - sedap!!
Roti yang lembut gebu disebabkan yis yang diadun...tapi ini kisah roti tak sempat naik menggebu, dah dirembat, dibawa pergi...
Kisah yang berlaku di zaman Nabi Musa a.s. menurut cerita orang Yahudi. Kisah semasa Nabi Musa dan pengikutnya dari kaum Bani Israel diperintahkan oleh Allah swt supaya melarikan diri dari negara Mesir kerana mereka akan dikejar oleh Firaun dan tentera-tenteranya.
Kisah Nabi Musa dan Firaun banyak disebut dalam Al-Quran. Paling banyak dalam surah ke-26, Surah Asy-Syu'araa' (Para Penyair), dari ayat 10 hingga ke ayat 66. Kemudian banyak juga disebut dalam surah ke 27 - Surah Al-Naml (Semut) dan surah ke 28 - Surah Al-Qashash (Cerita-Cerita).
Kisah Nabi Musa as dalam Surah Asy-Syu'araa':
"(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)" (Ayat 52)
Kisah Nabi Musa dan Firaun banyak disebut dalam Al-Quran. Paling banyak dalam surah ke-26, Surah Asy-Syu'araa' (Para Penyair), dari ayat 10 hingga ke ayat 66. Kemudian banyak juga disebut dalam surah ke 27 - Surah Al-Naml (Semut) dan surah ke 28 - Surah Al-Qashash (Cerita-Cerita).
Kisah Nabi Musa as dalam Surah Asy-Syu'araa':
"(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)" (Ayat 52)
Menurut riwayat, ketika kaum Bani Israel diperintahkan untuk melarikan diri, roti yang sedang dimasak pada ketika itu, tak sempat naik, terus dibawa sekali sebagai bekalan. Mengikut kebiasaan, roti dimasak di malam hari dan dibiarkan semalaman untuk dibakar di waktu pagi.
Tentera Firaun mengejar mereka pada waktu hampir siang (subuh).
"Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit" (ayat 60)
Tentera Firaun mengejar mereka pada waktu hampir siang (subuh).
"Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit" (ayat 60)
Ketika sampai di pinggir Laut Merah, kaum Bani Israel menjangkakan mereka akan ditawan, Dan Allah SWT wahyukan kepada Nabi Musa untuk mengetuk laut tersebut dengan tongkatnya, maka terbelahlah Laut Merah, mewujudkan beberapa lorong.
"Lalu Kami wahyukan kepada
Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka
terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air
tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang
besar" (ayat 63).
Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dari Firaun, manakala tentera-tentera Firaun tenggelam dalam Laut Merah. Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram.
--------------------------------
Orang-orang Yahudi mengingati peristiwa ini dengan berpuasa pada hari Asyura. Orang Islam digalakkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram untuk tidak menyamai orang Yahudi. Banyak peristiwa besar berlaku pada 10 Muharram.
Orang Yahudi mengenang peristiwa ini di hari Pesach (Passover) dengan memakan roti leper (unleavened bread) yang dipanggil matzah dan membakar semua roti-roti yang gebu.
Pembikinan roti matzah ni ada dalam episod 1 dokumentari Food Odyssey 2014 oleh syarikat tv Korea Selatan, KBS World.
Sangat menarik dokumentari ni, very informative. Episod 1 menceritakan asal-usul roti dan yis dan juga kisah-kisah roti di beberapa negara. Ada tujuh episod semuanya, menceritakan asal-usul berkaitan makanan - roti, herba, kulit kayu manis dan penggunaan api untuk memasak.
--------------------------------
Orang-orang Yahudi mengingati peristiwa ini dengan berpuasa pada hari Asyura. Orang Islam digalakkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram untuk tidak menyamai orang Yahudi. Banyak peristiwa besar berlaku pada 10 Muharram.
Orang Yahudi mengenang peristiwa ini di hari Pesach (Passover) dengan memakan roti leper (unleavened bread) yang dipanggil matzah dan membakar semua roti-roti yang gebu.
Pembikinan roti matzah ni ada dalam episod 1 dokumentari Food Odyssey 2014 oleh syarikat tv Korea Selatan, KBS World.
roti matzah
kilang buat matzah
sama seperti ketika nenek moyang mereka lari dari Mesir
Sangat menarik dokumentari ni, very informative. Episod 1 menceritakan asal-usul roti dan yis dan juga kisah-kisah roti di beberapa negara. Ada tujuh episod semuanya, menceritakan asal-usul berkaitan makanan - roti, herba, kulit kayu manis dan penggunaan api untuk memasak.
Food Odyssey Episod 1
roti sebagai lambang suku kaum etnik di benua Afrika
Till then, selamat bercuti di hujung minggu.
Till then, selamat bercuti di hujung minggu.
Wednesday, 11 July 2018
Ratu Semut
Assalamualaikum..
Citer Bug's Life pun best juga, enjoyable sungguh..penuh warna-warni..kisah seekor semut yang sering mendatangkan masalah tapi akhirnya jadi hero menyelamatkan koloni semut dari diserang serangga lain.
Masa pergi Melaka haritu, sempat berkunjung ke Galeri Lebah Melaka di Taman Botanikal. Lebah diantara haiwan-haiwan yang ada disebut di dalam kitab suci Al-Quran. Ada surah tersendiri, Surah Al-Nahl.
Lebah sama macam semut, ada koloni, ada golongan pekerja, ada ratu. Kali ni nak bercerita tentang semut - haiwan yang membuatkan Nabi Sulaiman as tertawa. Semut juga ada disebut di dalam Al-Quran, dan sama seperti lebah, semut ada surahnya tersendiri - Surah Al-Naml (Semut)..
17. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).
18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari"
19. Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh".
Allah swt menyebut binatang semut dalam surah ini agar manusia mengambil pelajaran dari kehidupan semut itu.
Yang menariknya, ketua semut itu ialah semut betina.
17. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).
18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari"
19. Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh".
Allah swt menyebut binatang semut dalam surah ini agar manusia mengambil pelajaran dari kehidupan semut itu.
- Semut adalah binatang yang hidup berkelompok (bermasyarakat) di dalam tanah
- Mereka membuat liang dan ruang yang bertingkat-tingkat sebagai rumah dan gudang tempat menyimpan makanan
- Kerapian dan displin koloni semut mementingkan kerjasama dan kemaslahatan bersama
Ayat 18 menceritakan ketua semut mengarahkan semut-semut supaya masuk ke dalam sarang supaya tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman. Arahan tersebut dilihat dalam suasana tenang, friendly dan teratur (tidak cemas/kelam-kabut) melambangkan sifat kepimpinan yang tinggi serta pemimpin yang pro-aktif (visionary). Di saat kecemasan, pemimpin masih boleh mengawal keadaaan supaya tidak timbul huru-hara.
Yang menariknya, ketua semut itu ialah semut betina.
Sumber dari www.mediadayah.blogspot :
Setelah saya membaca sebuah buku yang
berjudul “Ensiklopedia Mukjizat Ilmiah Hadis Nabi” jilid 6, saya baru tau
ternyata pertanyaan itu bukan pertanyaan baru, karena disitu dituliskan
pertanyaan yang sama telah di tanyakan kepada Imam Abu Hanifah, beliau menjawab
“semut tersebut adalah betina”. sang penanya kembali bertanya “darimana engkau tau?” beliau menjawab “dari kalimat قالت نملة “ yang terdapat dalam ayat 18 itu :
حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ
قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ
سُلَيْمَانُ
وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
“hingga apabila mereka sampai di lembah
semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan
mereka tidak menyadari"
Bagi yang belajar Bahasa Arab, mestinya mengerti bahwa perkataan qoolat (berkata) dan
namlatun (semut) adalah kata kerja dan kata nama yang menunjukkan gender perempuan
(muannas). Sehingga terjemahan yang benar untuk "qoolat namlatun" ialah "berkata seekor semut betina". Maknanya, semut yang memberi arahan itu
bukan sembarang semut, bukan semut pekerja, bukan semut perajurit tetapi ialah ratu semut.
..........................................................
Orang barat telah mengambil fakta ini dan ditonjolkan dalam filem semut - Antz dan Bug's Life. Dua-dua filem ni diterbitkan dalam tahun 1998.
Menarik dua-dua filem ni, siap beli original cd sebab nak gambar cantik. Masa pertama kali tengok, terfikir juga, kenapa semut betina yg jadi ketua. Sekarang dah tau jawapannya. Sangat comel citer semut ni..kreatif betul..
Antara dua ni, yang paling best bagi saya ialah movie Antz sebab ada unsur-unsur self-development, ada unsur politik sikit, komplot nak menjatuhkan kerajaan...haha..bukan dengan cara mengundi, tapi dengan rampasan kuasa oleh panglima tentera yang jahat.
Antara dua ni, yang paling best bagi saya ialah movie Antz sebab ada unsur-unsur self-development, ada unsur politik sikit, komplot nak menjatuhkan kerajaan...haha..bukan dengan cara mengundi, tapi dengan rampasan kuasa oleh panglima tentera yang jahat.
Ratu semut dalam citer Antz
"Anne Bancroft as Queen Ant, the ruler of the ants"
"Anne Bancroft as Queen Ant, the ruler of the ants"
Citer Bug's Life pun best juga, enjoyable sungguh..penuh warna-warni..kisah seekor semut yang sering mendatangkan masalah tapi akhirnya jadi hero menyelamatkan koloni semut dari diserang serangga lain.
Puteri semut dan ratu semut dalam A Bug's Life
"Phyllis Diller as the Queen, the leader of the ant colony"
"Julia Louis-Dreyfus as Princess Atta, the soon-to-be queen of the colony"
Semut, haiwan kecil yang rajin dan cerdik ciptaan Allah swt.
Subscribe to:
Posts (Atom)