Thursday 29 June 2023

Salam Aidil Adha 2023

 Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Korban @ Hari Raya Haji

Semoga ibadah korban dan ibadah-ibadah kita yang lain diterima oleh Allah SWT..


Selamat bercuti !!

 

Wednesday 28 June 2023

Yang Lama Dah Pudar, Ganti Design Baru..

Salam semua..

Minggu lepas, keluar je bangunan, ternampak seorang brother sedang mewarna peti elektrik ni..

 

Teringat pada entry di tahun 2015 ketika peti elektrik ni diperindahkan dengan lukisan batik dibawah Program Seni KL 2015. Boleh baca sini.

Design awal, dah tinggal 2 unit sekarang

Dah lebih kurang 8 tahun berlalu, design batik ni semakin pudar dan tiba masanya ganti design baru.

 lakar dulu, warna kemudian

 esoknya, dua orang pula yang lukis

Hasilnya...

 

rama-rama dan bunga


Nampak lebih ceria..munge-munge..

Monday 26 June 2023

Drama China : Miss Buyer (2022)

Nihao..review drama China Mainland yang bertajuk Miss Buyer..

Drama yang berkisar tentang business dalam industri fesyen. Suka drama yang ada tsundere (character development)..

*spoiler alert*

menonton di iqiyi, 24 episod

Pada awal drama, female lead bernama Ding Yike sangat kecewa kerana hilang pekerjaan bila kena retrench di company IT. Esoknya pula kena dumped dengan boyfriend dia selama 7 tahun. Mak boyfriend suruh break dengan Yike dan berkawan dengan Wenwen yang lebih cantik, bergaya dan berjaya.
 
Mak boyfriend suka Wenwen sebab dia local (Shanghai), graduate overseas dan ada pakcik kerja fund manager, sama bidang dengan boyfriend Yike. Mereka putus dalam restoran, di khalayak ramai. Cringe je tengok Yike menangis meraung dalam restoran. 

Yike menangis meraung dalam restoran

Yike kemudian masuk satu rancangan realiti tv bertajuk Men & Women in Workplace dan menang. Hadiah untuk pemenang ialah kontrak kerja selama setahun dengan satu company dengan gaji 200,000 yuan setahun. 
 
Pemilihan company pula dengan undian roda pusingan. Yike kena kerja di AMAY, sebuah syarikat fesyen terkenal di Shanghai, yang menjual pakaian RTW  - ready to wear.
 
Yike menang tempat pertama
 
Yike tak minat bidang fesyen. Tapi dia tiada pilihan, nak tak nak dia kena lapor diri juga. Dia mulanya training di PR Department tapi terus terang tunjuk yang dia tak minat bidang fesyen, kemudian kena tukar ke Buyer Department.
 

Buyer Department diwujudkan oleh Director Lei, orang baru yang dihantar oleh HQ (Lingyun Group) untuk memulih imej syarikat AMAY. Sebelum ni dipanggil Purchase Department.

AMAY pada mulanya dimiliki oleh keluarga Du. Du Xiu Qi (Mr Du) ialah anak kepada founder AMAY dan bekerja sebagai General Manager di AMAY. Ramai staff tak suka Director Lei dan ramai juga diberhentikan kerja bila Director Lei re-structure AMAY.

Mr Du tak suka Director Lei mansuhkan Purchase Department dan wujudkan Buyer Department. Bagi dia sama je, purchase dengan buyer. Dia arahkan Yike training di Buyer Department untuk bagi masalah kepada Director Lei.


Director Lei
 
Dipertemuan pertama Yike dah kena tembak dengan Director Lei tentang buyer's jobscope, tentang fesyen, tentang material, tentang data analyst, marketing, dll.  Tapi Yike yang pernah bekerja sebagai analyst dapat menjawab beberapa soalan Director Lei dan bagi good reasons mengenai commercial gambling (decision to buy & choose design).

Director Lei semacam impress dengan Yike dan bersetuju ambik dia sebagai trainee. Kawan sekolah Yike bernama Jiang Jie juga bekerja di AMAY. Jiang Jie banyak mengajar Yike tentang kerja di bidang fesyen. Tapi biasalah perasaan dengki tu tetap ada bila Yike lebih maju dan mendapat perhatian boss.

Suka tengok perkembangan karier dan pertukaran imej Yike dibawah tunjuk ajar Director Lei. Director Lei seorang boss yang tegas dan berdisplin. Dia juga seorang yang scarcastic. Dia nak seorang yang betul-betul tahu tentang fesyen bekerja sebagai buyer.
 
"You can't even choose your own clothes and you still want to be a buyer for others?"

Director Lei bengang je dengan Jike bila dia buat silap sebab tak ambik iniatif bertanya dengan senior. Jike kena training di butik AMAY, jadi sales girl, kena jual baju dan kena dapatkan sales 50,000 yuan dalam masa 1/2 bulan.


Di butik inilah, Yike berselingkuh dengan hero, Mao Yuan, seorang pereka fesyen terkenal di luar negara tapi baru nak bertapak di China. Sebenarnya, hero pernah bertemu Jike semasa dia menangis meraung dalam restoran. Mao Yuan tengah kumpul bukti nak saman AMAY kerana ciplak rekaan dia.

Nak dijadikan cerita, Mao Yuan buka butik di bawah rumah Yike. Mao Yuan bergaduh dengan bapa dia dan tidur di butik. Disebabkan Yike ketuk lantai, habuk bertaburan di butik Mao Yuan. Mao Yuan  kena serangan athma dan dimasukkan ke hospital. Yike rasa bersalah, dia pun memasak makanan dan melawat Mao Yuan di hospital. 
 
Mereka menjadi rapat, selalu bertukar pendapat dan Mao Yuan banyak membantu Yike tentang industri fesyen. Mao Yuan pula menghadapi saingan daripada bekas rakan kongsi yang sering beri masalah.
 
Mao Yuan dan Director Lei pernah belajar di universiti yang sama di luar negara. Director Lee dulunya seorang diva dalam kursus fashion designer tetapi disebabkan satu insiden menyebabkan Director Lei tukar nama dan imej serta tidak lagi jadi pereka fesyen. Ada unfinished business diantara Mao Yuan dan Director Lei. Kisah hidup Director Lei juga menyedihkan bila dikhianati dan difitnah oleh kawan rapat dan rakan sekerja di syarikat lama.

Fashion show gabungan AMAY dan Mao Yuan di episod akhir sangat wow..setting dan venue yang menarik...
 
fashion show gabungan syarikat AMAY & Mao Yuan
 
Memang best plot drama ni, dapat ilmu tentang industri fesyen, politik pejabat, team work, pengurusan organisasi dan butik pakaian dan how to handle betrayal. Pacing pun ok, tak slow. Ada elemen komedi juga...yang paling kelakar bila hubungan baik Director Lei dan Yike disalahertikan sebagai 'couple'...hahaha...suka tengok dressing Director Lei...cuma yang tak best, ending dia tergantung, open ending..
 
Drama ni sebenarnya dah siap 4 tahun lepas, di tahun 2018, tapi baru ditayangkan pada tahun 2022. Sebabnya hero sebenar ada kes plagiat tesis PhD. Daripada drama kena cancel, producer guna teknik Artificial Intelligent (AI) untuk ganti muka hero dengan muka pelakon lain (face swapping). Tak perasan pula masa menonton...haha..
 
Recommended for viewing..

Saturday 24 June 2023

Get Wet @ Level 15 Times Square

Ahad, 18 Jun 2023

Masih citer staycation kat Empire Suite @ Times Square.

Pukul 8.00 pagi, adik bongsu dan 4 orang anaknya dah sampai di lobi. Adik ipar ada kerja di HKL, tinggalkan wife & anak-anak main di sini. Depa datang bawa mihun goreng. 

mihun goreng dari Shah Alam

sarapan di KL
 
Dah sarapan semua, moh kita ke tingkat 15, untuk bermandi-manda, berendam di swimming pool yang panjang dan luas, dikongsi bersama penghuni hotel
 
Tingkat 15
 
wading pool & swimming pool
 
 

seronok benor depa berendam
 
yang ni bahagian hotel
 
view dari bahagian hotel
 
besar swimming pool, puas berenang
 
view bahagian apartment
 
Singgah main ni pula
 
Lepak di bilik sementara tunggu check-out pukul 12.
 
mengintai dari tirai kamar
 
Lepas check-out, simpan beg dalam kereta dan naik semula, jalan-jalan di mall. Singgah di food court, makan tengahari siap-siap sebelum balik rumah. 
Adik & anak-anak saudara masih nak meronda di mall, kami balik dulu. Depa nanti balik naik monorail dan LRT
 
Sekian, staycation di Berjaya Times Square

Friday 23 June 2023

Bermalam di Empire Suite @ Times Square

Hari ada dinner di Berjaya Times Square (BTS), saya book satu apartment di situ. Malas nak balik rumah malam-malam, kita berstaycation disini di hari minggu.

Selepas Zohor, bergerak ke Bukit Bintang. Biasalah hari minggu, heavy trafik, dekat sejam lebih jugalah dari Sentul nak menyampai ke BTS. BTS ni mixed development - shopping mall 5-tingkat, diatasnya ada 2 tower, West Tower (hotel) dan East Tower (apartment). 

 

Entrance ke tower di ground floor. Ada entrance terus ke tower (dari luar bangunan) dan ada juga dari dalam mall. Bila parking kereta di basement, bahagian central, nak tak nak kena masuk dalam mall untuk ke entrance apartment. Ada laluan di tepi bangunan (balik dari dinner baru tahu ada laluan ni...huhu)

Tak perasan booking apartment, ingatkan hotel, tersliap masuk entrance ke hotel. Kena berjalan lagi melintasi mall untuk ke entrance apartment, jauh juga kena berjalan, dari hujung ke hujung...dah macam bersaei pula..hehe..

berjalan menuju ke entrance apartment
yang bertulis 'Service Suite'
 
Di pintu masuk, person-in-charge dah tunggu nak bagi kad lif dan kad pintu apartment. Di bahagian apartment ni, takde reception kaunter macam di bahagian hotel. 
 
Sepatutnya kena call nombor hp yang ada pada borang booking. Tapi person-in-charge ni dah print senarai booking, ada nama kita, so deal dengan dia. Kena bayar deposit RM100. Dapat apartment di tingkat 18..oklah takle tinggi sangat, tower ni 43 tingkat ya..jomlah kita naik..
 
laluan ke apartment
 
Selesa apartmentnya, walaupun perabut dan hiasan dalamannya old school. Apartment untuk 2 orang. Ada tambahan katil sebab check-in 3 orang dewasa. Harga semalam untuk 3 orang ialah RM424.93. Parking untuk 2 hari = RM30.

view dari living room
 
queen bed
 
satu katil bujang

kitchenette
ada microwave, peti ais, pinggan, gelas

Ada sofa, meja makan dan meja tulis. Fasiliti lain seperti seterika dan hair dryer juga disediakan. Di bilik air, ada toiletries seperti sabun, shampoo & conditioner dan set berus gigi & ubat gigi.

bilik air ada 2 bahagian dan 2 entrance
ada pintu ditengah-tengah, boleh buat 2 business at one time
di belah sana ada bathtub dan shower

view from apartment - TRX & kwsn Imbi
 
Dah berehat-rehat, kami pun turun, cari makan, cari lunch. Kami ke Restoran Ikhwan yang terletak di belakang mall, di Lorong 1/77a.
 
Restoran Bumiputera Islam di Bukit Bintang
anak syarikat GISB Holdings, pengasasnya Ustaz Ashaari Muhammad
juga pengasas Pergerakan Al-Arqam
 
masa ni dah pukul 4, dah tak ramai customer
 
nasi campur...lauk pauk ni saja yang tinggal
makan nasi campur
 
cawangan GISB Holdings di seluruh dunia
"Bringing Delight with Full Spirit"
 
roti & kudapan keluaran GISB Bakery

Selesai makan, masuk mall untuk sesi window shopping..hehe..
 
aiskrim Kelava - plant based ice-cream
Teringin nak beli tapi lama pulak customer sorang ni
langsung ke sebelah, beli IlaoIlao

 on the way balik apartment, nampak Four Fingers. Singgah sini beli ayam goreng korea..tapau, makan kat apartment..
 
hiasan dinding yang unik
 
Selepas Maghrib, turun gi ke West Tower untuk event dinner RISM.
 
malam minggu di Bukit Bintang
kesesakan lalu lintas

 
Good night KL. 
Esok pagi acara mandi-manda di swimming pool. Disertai oleh lebih ramai peserta, import dari Shah Alam..hihi..

Thursday 22 June 2023

Majlis Makan Malam RISM kali ke-62

Hari Sabtu, 17 Jun 2023, ada majlis makan malam Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) di Berjaya Times Square Hotel.

 Venue di Manhattan II, Level 14, West Tower

Manhattan II Ballroom
 
Presiden RISM tengah berucap
 
 Dinner seperti biasa Chinese course, makan lauk-pauk dulu
last baru makan nasi sebelum dessert
 
ikan siakap sweet sour
 
ayam goreng
 
popia kot, tak ingat
  
entertainment dari group tahun lepas juga
Datuk Mokhzani quartet
 
ada penyampaian diploma kpg pelajar

penyerahan rantai yang dipakai oleh Presiden RISM
dari presiden sesi lepas kepada presiden baru 
 
Ada acara cabutan bertuah tapi biasalah teman selalu tak dapat...
10 hadiah sahaja.. 
 
Entertainment akhir oleh Farhan AF...