Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, 28 July 2024

Lawan Pedang / Fencing

 Pertama kali tengok orang main sukan ni secara live

sesi latihan je pun, itu pun dah teruja..haha..

selalu tengok dalam movie dan drama je

venue di Glo Damansara Shopping Mall, Taman Tun Dr Ismail
well, lokasi orang have-have, sukan pun lain macam
 
suka tengok sukan lawan pedang ni, semacam gentleman je
tak nampak macam ganas, ada rythm dan gaya tersendiri
 
Happy weekend..

Thursday, 2 February 2023

Sukan pertama di tahun 2023

Majulah sukan untuk negara!!...*tiberr..

Pada 15 Januari lepas, teman join bowling competition...haha..test power, kawan yang ajak untuk cukupkan kuorum...tak pernah-pernah main bowling...oklah, mencuba yang baru di tahun baru...

Competition ni anjuran NGO Ameerah Batu. The venue at Gurney Bowl di Gurney Mall dekat UTM Jalan Semarak.

The venue

 Semuanya ada 10 kumpulan, setiap kumpulan 5 orang. Main 2 game, satu game 10x, 2x giliran, so semuanya 40x lah lontar bola..kecuali dapat strike untuk first try..

 
bersiap siaga 
 
Fuhh...gegak gempita Gurney Bowl..
 
in action
 
kita main santai-santai je, hilangkan stress..ahli group semuanya amateur..
main pun bola jingga je, yang paling ringan, dapatlah 2x strike, masuk longkang yang banyak...haha..
 
group photo urusetia & peserta
 
walaupun dapat tempat tercorot, medal tetap ada 
untuk peserta sebagai kenangan..
 
Lepas ni kena banyakkan training...hehe..
best juga main bowling ni..

Monday, 17 October 2022

Kenangan Le Tour de Langkawi 2022

 Minggu lepas penuh depan hotel dengan krew LTdL ni..

kuning, hijau, merah & putih

Yang tahu cuma jersi kuning je, sebab nampak juara terus sarung jersi kuning ni atas stage masa ambik piala

rupanya ada macam-macam jersi 

jersi merah - King of Mountain (Raja Bukit)

jersi putih - Asian Champion (pelumba Asia terbaik)

jersi hijau - Sprint Champion (Raja Pecut)


dah ke Langkawi, mereka semua..

menunggu siapakah yang akan menyarung jersi kuning..

Tuesday, 2 June 2020

Jombola

Jombola?...jom main bola? jom tengok bola? tidak andae, nehi, nehi..

Jombola ialah sejenis sukan raket. Gabungan tiga jenis sukan iaitu ping-pong, tenis dan badminton. Bila dengar nama Jombola, kita dah tahu yang asalnya dari Malaysia.

Pertama kali tahu tentang sukan ni bila nampak kain rentang ni..roadshow oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2016..





Dah lama event ni..dah empat tahun berlalu. Gambar ni semua dah lama ada dalam laptop, baru sekarang nak buat entry..adehh..


raket dan bola Jombola

Tak pernah tengok secara live permainan ni. Riki-riki maklumat dalam laman web Persatuan Jombola Malaysia. Sports ni guna gelanggang badminton tapi net yang lebih rendah. 

Semua event dalam website tu dah bertahun lamanya, tahun 2014, 2015. Entah wujud lagi ke tak sports ni, wallahua'lam..macam senyap je..

dah lama tak bersukan outdoor...time pkp, bersukan jg, bersukan bina badan..hehe..ditambah dengan e-sports...

majulah sukan untuk negara...

Thursday, 17 August 2017

Chinlone = sepakraga bulatan?

Semangat sukan SEA!!!

Acara sukan Chinlone -penyumbang pertama pingat emas negara.

Pagi semalam tertengok tv kat pejabat, menarik lak game ni, first time tengok...

 team chinlone Malaysia
 
Ofismate yang lain pun sama berkumpul depan tv, diskus game apa ni,  ada yang kata sepak takraw, ada yang kata sepakraga, rupa-rupanya chinlone..

Masa sukan SEA tahun 2013 di Myanmar, dah ada game ni dipertandingkan. Chinlone ni rupanya permainan kebangsaan/tradisional negara Burma/Myanmar.

Dalam artikel online, depa cakap Chinlone ni sukan baru di Malaysia, tapi rasa macam dah lama ada..sama macam sepakraga bulatan, permainan tradisional zaman dulu kala..

Dapat info ni dari blog permainan tradisional -http://permainan-tradisional-08.blogspot.my 

Sepak Raga Bulatan
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

 
Cara Bermain
 

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Lebih kurang sama dengan sukan Chinlone, kan, kan.  

Ada banyak kategori game Chinlone - linking chinlone, non repetition primary dan non repetition secondary. Macamana permainannya, jom check jadual sukan SEA. Yang diatas tu linking chinlone..cool je depa timang bola. 

Tahniah untuk semua pemain. Majulah sukan untuk negara.