Showing posts with label Pahang - Tmn Negara. Show all posts
Showing posts with label Pahang - Tmn Negara. Show all posts

Monday, 12 October 2015

Taman Negara: Boat Trip to Lata Berkoh

Aktiviti terakhir di Taman Negara - naik bot ke Lata Berkoh. Pukul 2.30 petang, berkumpul depan pejabat. Ada briefing untuk bagi kumpulan - satu bot share 4 orang, so group kami dah cukup satu bot. Resort sediakan sebotol air dan bagi tuala pada mereka yang nak mandi sungai.

berkumpul depan pejabat
untuk aktiviti rapid shooting dan boat trip to Lata Berkoh

 bot sudah sedia

meluncur pergi - lajunya

dari Sungai Tembeling masuk Sungai Tahan

Memang laju botnya, seriau juga. Bila masuk je laluan Sungai Tahan, pemandangan memang menarik, melihat pokok-pokok hujan yang dah wujud beratus-ratus tahun ..


Lama juga naik bot ni untuk ke destinasi, memang best layan pemandangan di sepanjang sungai..


 Bot-bot semua berhenti di sini tapi belum sampai Lata Berkoh lagi...

Semua turun di sini dan meneruskan perjalanan ke Lata Berkoh dengan berjalan kaki, jungle trekking lagi. Tukang-tukang bot lepak kat sini menunggu, so sila cam tukang bot untuk tidak tersilap naik bot.

Jom jungle trekking pulak, ni baru betul jungle-trekking, takde platform kayu..meredah hutan belantara..

Jauh juga berjungle trekking ni bersama pelancong mat saleh

cantik - cendawan hutan berwarna oren

dah sampai  di Lata Berkoh
mat saleh semua bermandi-manda
yang pompuan pakai two-piece

ada group budak sekolah yang piknik di sini
masak nasi, sup ayam - sedap je depa makan

Kami tak mandi di sini. Nak kata cantik sangat Lata Berkoh ni, takdelah cantik mana, biasa-biasa je. Rasa tak berbaloi jungle-trekking begitu jauh setakat nak mandi sungai...hihi..

Tak berlama-lama di sini, berjalan semula ke tempat parking bot..

 takde orang di depan, kami yang pertama

dahan pokok berbelit-belit

Law of the jungle - take nothing but photograph, leave nothing but footprints.

Tapi saya dah break the law of the jungle - turun ke tepi sungai, ambik batu sungai, kecik je batunya, nak buat batu tungku. Letak dalam backpack, berat pulak menggalas. Memang betullah simpulan bahasa - takde kerja, batu digalas..hehe..

Dah sampai di tempot bot..tukang-tukang bot tengah baring-baring.. 



 Kelah Sanctuary, Lubok Tenor

Singgah di Kelah Sanctuary, tapi tak boleh naik ke atas, ditutup sementara kerana sedang dibaiki..

beli makanan ikan, banyak betul ikan kelah
campak je, sekelip mata habis dimakan

meneruskan perjalanan balik


bot sebelah ni matikan enjin untuk menikmati kicauan burung

tiung bukan sebarang tiung
tiung dari Kuala Tahan
renung bukan sebarang renung
renung mengagumi ciptaan tuhan

perjalanan pulang

Aktiviti ni yang bestnya boat trip saja, very enjoyable and soothing berada atas sungai sambil menikmati pemandangan hutan semulajadi yang beribu-ribu tahun lamanya. Lata Berkoh tu biasa-biasa saja..
---------------------------------------------------------
Malamnya naik bot menyeberang sungai untuk dinner. Makan di Family Restaurant, penuh dengan pelancong asing je..

ejen pelancongan
 
Oklah, berakhir sudah aktiviti di Taman Negara. Jumlah kos untuk semua aktiviti = RM100. 
 
Night jungle walk = RM45
Canopy walk = RM5
Boat trip to Lata Berkoh = RM50 (RM200 per boat) 
-------------------------------------------------------------
Esoknya, lepas breakfast, check out dan off to KL. Bos saya singgah beli pisang lagi..

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti

 buah keranji dalam perahu
suruh mengaji, in shaa Allah, kita tahu

Alhamdulillah, dapat merasai pengalaman beraktiviti di Taman Negara, melihat flora dan fauna di hutan tertua di dunia. Bagi mereka yang belum ke sana, memang highly recommended. Dekat Je..

Friday, 9 October 2015

Taman Negara : Canopy Walk

Pagi Sabtu, habis kerja lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tengah rehat-rehat kat chalet, bos telefon. Dia beri cadangan untuk terus buat canopy walk. Kalau ikutkan perancangan, aktiviti ni nak dibuat pagi esok (pagi Ahad), ikut pakej resort. 

Tapi masa sarapan pagi tadi, dapat info yang aktiviti ni boleh pergi sendiri je, tak payah ikut tour guide pun boleh. Disebabkan nak balik awal esok pagi (lepas breakfast pagi esok), semua ahli kumpulan setuju untuk pergi canopy walk tengahari ni..jom masuk hutan tengahari buta...

 ikut arah ni

jalan ke penghujung resort

 di hujung resort, sebelum masuk hutan

 Merawan Siput Jantan - ada juga nama pokok macam ni

start jungle trekking

 jumpa group baju merah, demonstrasi dlm hutan..hehe..
rombongan students UiTM..riuh-rendah dalam hutan..

 jumpa spider

 dah dekat, 1 km je lagi
tu Kuala Terenggan, bukan Kuala Terengganu ya

 mendaki


Jauh juga berjalan kaki nak ke canopy walk ni dan bila menghampiri ke 'starting point' kena mendaki pula, tinggi giler..semput..mau pingsan..

 sampai jua akhirnya, lega sesangat
duduk dulu, ambik nafas

Bayaran masuk untuk canopy walk ni cuma RM5.00 je, kalau ikut package tour, depa charge RM40 - RM50 seorang, huh..jauh beza, jimat duit akak..nasib baik tak bayar awal-awal..hehe..

Jom kita berjalan di antara pokok-pokok di Taman Negara, di atas papan sekeping, memang seriau..bergoyang..


Kalau datang ke Taman Negara, memang kena buat aktiviti ni sebabnya canopy walk disini yang terpanjang di dunia, 530 metres panjangnya, lebih thrill..memang gayat..bergoyang..

dah habis, dah sampai bawah, snap gambar orang atas canopy
tingginya!! 40 metres dari aras tanah

ni dah dekat ke garisan penamat, turun tangga

Berjalan balik ke resort, lunch kat chalet je, makan mi segera, roti dan buah, habiskan bekalan makanan yang ada dan untuk jimat masa, sebabnya pukul 2.30 petang, ada satu lagi aktiviti menarik, naik bot pulak..

Bersambung..

Wednesday, 7 October 2015

Taman Negara: Lubok Simpon and Night at the Jungle

Masih lagi di hari pertama di Mutiara Taman Negara. Petangnya aktiviti santai, keluar dari chalet, lepak-lepak tepi sungai, depan Restoran Seri Mutiara. 

Tengok ramai staff resort yang berbaju hijau daun pisang dok duduk-duduk di sini. Rupa-rupanya mereka sedang menunggu untuk buat persembahan selamat datang pada satu kumpulan guest yang akan check-in..

 yang ditunggu sudah tiba
yang dikiri sekali tu, Mr Sathi, operation manager


menarik juga persembahan mereka ni, muzik orang asli

tengah diskus untuk aktiviti di sini
notice board tu ada papar package aktiviti oleh resort
ada rapid shooting, canopy walk, night jungle walk
a boat trip to Lata Berkoh dan lawatan ke kampung orang asli
 
Untuk aktivit petang ni, mula-mula tu nak pergi ke kampung orang asli. Kenalah pegi kan, mana aci, kat Chiang Mai, pergi kampung orang asli mereka, kat sini kenalah pergi tengok juga..support local people. Orang asli di Kuala Tahan ialah suku kaum Bateq, salah satu kaum Negrito. 

 suku kaum Bateq
source: astroawani

Tapi memandangkan tak ramai yang nak pergi, takde group lain yang ikut, so tak jadi pergi.

 ayam yang jinak jalan-jalan tepi kitaorang

Diskus lagi, last-last, setuju ambik tiga aktiviti iaitu night jungle walk, canopy walk dan a boat trip ke Lata Berkoh. Malam ni buat night jungle walk, boat trip pada petang Sabtu dan canopy walk pada pagi Ahad. Bayar masa nak check-out, ada baiknya juga macam ni...huhu..

Nak masuk ke Taman Negara, kena ambik permit dari Jabatan PERHILITAN. Jom kita ke pejabat PERHILITAN. Dekat je, dalam kawasan resort ni juga..

pejabat PERHILITAN

Isi borang, kemudian bayar RM1.00 untuk permit dan RM5.00 untuk kamera.

kadar bayaran

Kemudian ke Kelah Square, di sebelah pejabat ni..ikan kelah dalam akuarium yang dah berlumut..antara nampak dengan tidak ikan kelahnya, blur je..

banyak betul ikannya, besar-besar pulak tu
goreng pun sodap ni

Adalah tiga akuarium, lepas tu tak tau nak pergi mana lagi..terjumpa dengan staff tadi, dia kata boleh pergi ke Lubok Simpon, tak jauh dari sini, lebih kurang satu kilometre je..

 Banyak betul tempat menarik

Memandangkan banyak masa lagi, kami pun bercadang ke Lubok Simpon..menapaklah ikut camping site..masuk hutan, jungle-trekking yang pertama tapi jalan atas platform kayu yang dibina di sepanjang jalan..Alhamdulillah, takde lah takut digigit pacat dan yang seangkatan dengannya..

 jungle trekking ke Lubuk Simpon

Tapi jalan-jalan, tak sampai-sampai juga, dah jauh masuk dalam hutan, dah lebih dari satu kilometer ni....akhirnya bila sampai kat satu sungai kecik, kena turun tangga,  menyeberang sungai, kemudian kena panjat tangga pula..surrender, semua setuju untuk patah balik je...nak turun tangga tu dahlah menjunam kebawah, nak naik balik pun tinggi juga..lebih baik simpan tenaga untuk night jungle walk...so, takdelah story tentang Lubuk Simpon ni..

On the way balik chalet, nampak seekor tupai ni..cutenya..

------------------------------------------------
Pukul 8.30 malam, berkumpul di depan pejabat untuk aktiviti meredah hutan di waktu malam. Jengok ke bawah, tengok ramai orang berkumpul, depan restoran..rupa-rupanya ada ni..

 seekor tapir sedang makan kulit tembikai

jinak sungguh, namanya Tahan, lebih popular dari artis
ramai yang nak bergambar

Dah bergambar dengan Tahan, naik balik ke pejabat. Tiba-tiba terdengar orang perempuan menjerit dari arah kanan..rupa-rupanya ada seorang Mat Salleh perempuan kena patuk ular. Bukan ke kena patuk ular ni, ada orang nak masuk meminang? ohh...itu mimpi..hihi..Ular ni tengah cari port untuk tidur...hee..menakutkan..

ular tidur berbelit kat pokok

OK, aktiviti night jungle walk bermula. Sila bawa lampu suluh sendiri sebab resort tak sediakan lampu suluh. Tour guide bagi taklimat, motif utama night jungle walk ni ialah untuk tengok serangga. Serangga pun seranggalah..mungkin serangga di sini lain dari yang biasa kita jumpa..

Ada beberapa group lain yang sama-sama buat aktiviti ni. Sesak juga di atas laluan platform. Laluan night jungle walk ni macam separuh bulatan, ada kumpulan yang datang dari sebelah barat, kami datang sebelah timur. Bertembung atas platform..

Naik ke viewpoint untuk tengok haiwan-haiwan liar seperti rusa, harimau datang malam-malam untuk jilat garam (salt lick) atau jenut atau sira gajah. Info tentang sira gajah ni boleh baca dalam entry adik Sobri Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Sira Gajah..

Adalah seekor rusa yang datang, suluh guna torchlight, tapi sebab saya ni rabun jauh, lagipun suasana kabur, takdelah nampak sangat..

Inilah saja serangga yang nampak jelas di malam hari..

mentadak mentadu, bagaimana engkau tidur?

Lebih kurang sejam lebih juga aktiviti ni..sampai di hotel, ada lagi Tahan, berjalan nak masuk restoran pula..


Balik chalet, berehat, sebelum tidur, bukak fail, study sikit, prepare untuk tugasan rasmi esok hari. Thanks for reading..