Assalamualaikum...
Review legal drama yang menarik dari negara United Arab Emirates (UAE). Drama keluaran Netflix dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Abu Dhabi. Abu Dhabi ialah ibu negara UAE. Bandar lain yang femes di UAE ialah Dubai.
Co-created by Emmy winner William Finkelstein ("L.A. Law").
Based on real Sharia cases from Abu Dhabi Judicial Department.
Semuanya 18 episod, berdurasi 32 hingga 49 minit.
Lakonan peguam, pendakwaraya dan hakim, semuanya mantap. Scene perbicaraan dalam mahkamah pun sangat menarik. Ini baru real..kita yang menonton rasa teruja minda tengok perbicaraan yang mantap, penggulungan daripada peguamcara dan peguambela serta hakim, memang sangat best.
Kes mahkamah pula pelbagai, ada kes keluarga, kes jenayah, kes bunuh, kes penipuan internet, kes medical, kes buli, kes kahwin sebab nak kerakyatan. Semua kes adalah kes sebenar, best je semua kes.
Drama berkisar tentang Farah, seorang peguam yang baru balik dari US. Dia tak nak join firma guaman bapanya kerana nak bekerja sendiri. Bapa dia, Hasan Ahmad ialah seorang peguam terkenal.
Drama memaparkan kes-kes guaman yang dikendalikan oleh Farah dan bapa dia. Walaupun siasatan tentang kes tak berapa detail tapi scene perbicaraan di mahkamah sangat best.
Selain kes-kes mahkamah, drama juga mengisahkan keluarga Hasan Ahmad yang harmonis. Kisah adik-adik Farah - Rashid dan Leila dan juga ibu mereka, Fatima.
keluarga Hasan Ahmad
Hasan Ahmad dan isteri ialah ibubapa yang berfikiran moden dan terbuka, yang sentiasa support pilihan anak-anak tapi at the same time, menyiasat dan ambil tahu.
Contohnya, bila Rashid beritau dia tolong kawan untuk konsert penyanyi rock, bapa dia tanya staff dia tentang penyanyi rock tersebut. Bila Leila bekerja dalam pejabat professor lelaki dan semacam rapat dengan professor tu, Hasan upah penyiasat untuk siasat latar belakang professor tersebut.
Fatima juga seorang ibu yang rational. Bila Leila tak nak gi melawat kawan dia yang ditahan di hospital sakit mental, Fatima bagi nasihat supaya tidak lupakan kawan ketika mereka susah. Bila Rashid tak nak kongsi bilik dengan Gholam (budak yang lari dari rumah), Fatima beri nasihat supaya kita mesti berlapang hati menerima tetamu.
Bila tengok drama ni, tak sangka ada perkataan Bahasa Melayu rupanya berasal dari bahasa Arab seperti mahkamah, syarikat, mustahil, soal, jawab, hakikat, maklumat...
Drama ni ada scene di Ferrari World, the world's largest indoor theme park di Abu Dhabi..
Ferrari World Abu Dhabi
the first Ferrari-branded theme park
Sesekali tengok drama Arab best juga...berbeza pakaian, bahasa, suasana..
Syukran..