Kampung Bharu from above...
Thursday 25 November 2021
Kampung Bharu
Monday 22 November 2021
Jambu Susu
Assalamualaikum...salam petang Isnin..
Busy like a bee, Alhamdulillah, rezeki. Tapi itulah kan, nak ambik cuti, tapi rasa stress bila banyak kerja. Semuanya dateline bulan 12, sebelum hujung tahun..
OKlah, nak cerita, terjumpa jambu susu di pasar UTC Sentul..lamanya tak nampak jambu ni..dah tak ingat bila kali terakhir makan jambu ni..
Rasanya minggu lepas, blogger Cik Nur tunjuk gambar jambu susu beli kat pasar tani..
Wednesday 17 November 2021
Friday 12 November 2021
5 hari makan Laksa Johor
Cuti hari Deepavali, teman masak laksa Johor, tetiba teringin..dah lama tak makan..
Resepi dah ada, kawan ofis bagi, lamaaa dulu. Ni kali ke-4, masak laksa johor.
Tinggal saya sorang kat rumah. Mak dan kakak dah balik kampung awal bulan haritu. Dekat2 nak pukul 12 tengahari, baru pergi pasar di mini UTC, beli ikan dan segala mak nenek bahan-bahan yang takde di rumah..
Untuk kuahnya, guna 2 ekor ikan sardin besar dan 3 ekor ikan kembung...dapat seperiuk..
Wednesday 10 November 2021
Tuesday 9 November 2021
Drama China : I Will Find You A Better Home (2020)
Nihao..
Calling all those working in real estate industry, you're strongly advised to watch this awesome Chinese Mainland drama. Yang bukan dalam industri ni, boleh juga menonton. Best drama ni dan banyak pengajaran dalam bidang hartanah dan juga kehidupan.
Drama mengenai cabaran kerja sebagai ejen hartanah (estate agents), tentang kehidupan, macam-macam kisah dan tujuan orang jual-beli rumah dan sewa rumah. Someting very relatable in our life..
Estate agency is one of company's core businesses, so watching this drama is like menyelami pahit manis kehidupan, occupational hazard seorang estate agent. Setiap kali lalu di agency department, teringat kat drama ni...hehe..
source: www.straitstimes.com
Monday 8 November 2021
Korean Bento @ Dodo Korea
Cerita makan-makan..
Ada site inspection di the Intermark, Jalan Tun Razak. The Intermark ni mixed commercial development - ada Doubletree Hotel by Hilton, dua office bulding Integra Tower & Vista Tower dan shopping complex the Intermark Mall. Dulu-dulu namanya Empire Square.
Ronda-ronda mall nak cari lunch. Turun ke food court di Lower Concourse. Nampak outlet Dodo Korea ni. Teringin pulak nak makan korean food. Teringat rancangan Three Meals A Day: Doctors, sedap betul tengok depa makan bila Rosa (mak Jungwon) datang, depa masak japchae dan daging bulgogi..
Ada set lunch, style bento. Harga RM15. order yang ni..
Ingatkan sikit je, perghh..banyak betul isi kandung bento ni
Saturday 6 November 2021
Kontot-Kontot je..
Salam semua..
Bersantai-santai di hari minggu, sedap mengunyah jajan-jajan.
Haritu pergi Mydin, ternampak pek besar keropok udang Double Decker ni. Ingatkan pek jumbo, terus sambar. Rupanya ada lapan pek mini dalamnya..adehh...
nama pun mini, pendek-pendek keropoknya..hihi..
Friday 5 November 2021
Restoran Chef Ma Mee Tarik
Assalamualaikum, Salam Jumaat, Sayyidul Ayyam..
Cerita makan-makan. Dah lama tak ke restoran Chinese Muslim sejak Restoran Mee Tarik Silu yang dekat pejabat tu tutup..
Hari Sabtu, 16 October 2021, sebelum ke pejabat, brunch dulu di Restoran Chef Ma Mee Tarik, di Jalan Danau Niaga 1, dibelakang Hospital Columbia Asia, Jalan Genting Klang..
Thursday 4 November 2021
Kegunaan 'Rooftop' dalam drama
Baru-baru ni ada site inspection bangunan pangsapuri dan bangunan pejabat. Bila kena value satu bangunan, akan lawatperiksa bahagian bumbung juga. Paling best tengok view alam semesta dari atas bumbung.