Showing posts with label Chocolate Museum. Show all posts
Showing posts with label Chocolate Museum. Show all posts

Monday, 20 January 2014

Chocolate Museum @ Kota Damansara

Assalamualaikum..salam Maulidur Rasul 1435H..masih lagi meriah di sana-sini meraikan hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW..selawat dan salam keatas baginda dan ahi keluarga serta para sahabat-sahabat baginda..
----------------------------------------------------
Entry kali ni dah lama, masa cuti Krismas tahun lepas. Secara tak sengaja terjumpa tempat ni semasa ambil gambar kilang-kilang di Kota Damansara.. nak buat report kerja. Memang tak pernah tahu kewujudan muzium ni di KD, kalau yang di bawah Dataran Merdeka, ada baca di blog supermeng malaya..

Chocolate Museum @ Kota Damansara - yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara, begitulah taglinenya. Muzium ini dibawah DR Group Holding Sdn Bhd, terletak di No. 2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan.  Dibuka setiap hari, 10pagi-5petang, masuk adalah percuma - free admission. Sesi lawatan bermula..

pengasas DR Group - Dato' Dahlan Rashid
main entrance
laluan ke gudang
 

Melangkah masuk ke dalam muzium ini, disambut oleh pahlawan coklat dari Sarawak berbaju pua kumbu ni..

don't eat me
Namanya pun muzium, maka banyaklah sejarah dan informasi mengenai coklat di sepanjang lorong menuju ke Chocolate Kitchen dan Chocolate Galleria. Menurut maklumat yang ada, coklat mula ditemui oleh kaum Aztec di Mexico pada tahun 1500 BC. Sesiapa yang pernah menonton movie Chocolat, ada diceritakan sejarah mengenai asal-usul coklat ni..

the start of the museum
Ada juga demonstrasi pembuatan coklat di Chocolate Kitchen. Yang dibawah ni seni kreatif daripada coklat..nyum, nyum..nampak menyelerakan..




solid chocolate

the Chocolate Kitchen
the Chocolate Kitchen
coklat buatan Malaysia
the Chocolate Galleria....ada patung milkmaid coklat..
Chocolate Galleria ni duty-free outlet, tapi harganya takleh lawan yang kat Langkawi, tapi consider murah dari harga di luar...gila juga tengok coklat-coklat disini..sambar jugalah sekeping dua..

yang ni sedap
On the way balik, akan terjumpa benda-benda kecil ni dalam glass cabinet..sangat cute..

little things
yang dibawah ni bukan dibuat daripada coklat..tapi the authentic labu sayong..cenderahati dari mereka yang pernah membuat lawatan ke muzium ini..



Sekian saja lawatan sambil belajar untuk hari ni. Untuk maklumat lanjut - sila layari website www.drgroup.com.my