Thursday 28 September 2017

Masjid Ihsaniah Iskandariah

Assalamualaikum..

2017 - Tahun Melawat Perak - Visit Perak Year 2017

Untuk 'weekend getaway' bolehlah lari ke utara, ke Kuala Kangsar. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Ada tempat, teman pun belum sampai lagi. Pernah buat entry tribute to my hometown, check out old entry - Parlimen P067 DUN N29.

Entry kali ni mengenai masjid lama. Masjid Ihsaniah Iskandariah yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak.

Masjid ni dah lama menarik perhatian saya, tapi tak juga singgah-singgah. Sempena cuti Maal Hijrah, Alhamdulillah, berjaya melawat masjid ni yang dah dijadikan galeri.

 Galeri Masjid Ihsaniah Iskandariah

Nampak familiar kan seni binanya. Seni bina masjid ni serupa dengan seni bina Istana Kenangan yang ada di Bukit Chandan. Mercu tanda Kuala Kangsar yang popular. Iconic landmark gitu. Mungkin ada yang belum mengenali Istana Kenangan, yang juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas.
Istana Kenangan - sumber: wikipedia
Jom tengok fakta mengenai Masjid Ihsaniah Iskandariah, sumber dari Jabatan Warisan Negara.

Masjid Ihsaniah Iskandariah dibina pada tahun 1936 dengan ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke 30. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh baginda pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1356 bersamaan 11 Februari 1938. 


Rekabentuk dan hiasan masjid ini diilhamkan oleh baginda berdasarkan senibina Istana Kenangan di Bukit Chandan. Keseluruhan dinding kelarai (tepas) yang bermotifkan berlian merupakan anyaman buluh minyak yang telah disiapkan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.

anyaman kelarai bermotif berlian

Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dan tingkap di tingkat bawah dibina tinggi bagi memelihara pandangan. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan Yu dan pucuk kacang pada kepala tingkap dan diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak menjadikan dalaman masjid ini sangat cerah, nyaman dan selesa.

perincian ukiran tingkap

Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambah lagi seri hiasan dinding. Corak kelarai kemudiannya dicat dengan warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan sama dengan warna Istana Kenangan. 

Seni ukiran paling menarik adalah pada papan perasmian masjid yang mempunyai Cop Mohor masjid yang dahulunya terletak pada hadapan mimbar tetapi kini sudah musnah.

 pintu masuk utama

Masjid ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1976 dan menjadi semakin uzur dan usang sehinggalah ia diselamatkan dan dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada 2008.

Memang sepatutnya khazanah lama seperti masjid ni dikekalkan dan dipulihara untuk tatapan generasi baru. Usia masjid ni dah mencecah 80 tahun.

 pandangan depan

pandangan sisi

Bagi yang ingin melawat, masjid ni sangat mudah untuk dijejaki. Dari PLUS Highway arah utara, keluar tol Kuala Kangsar. Selepas tol, susur ke kiri menuju ke arah Taiping, akan nampak masjid ni di sebelah kiri selepas jalan susur masuk ke jalan besar (Jalan Kuala Kangsar - Taiping).

Jom cuti-cuti local, dekat jer.

Tuesday 19 September 2017

Pekena Pau @ Jalan Sultan

Assalamualaikum...masih lagi cerita di Jalan Sultan, hujan masih belum berhenti. Sebenarnya, ini yang pertama dibuat semasa menyusuri kaki lima kedai.

Pekena pau.

Bukan kena 'pau' tapi makan pau..😆

Rupanya ada restoran Cina Muslim di sini. Coco Fish Steamboat BBQ Restaurant, nama diberi.

 inilah restorannya, lelaki tu tokey restoran

Macam menarik. To kill time, masuk tengok apa yang ada

Meriah restorannya, warna-warni...macam dalam taman..


haiwan pun ada..

yang berderet tu lauk-pauk untuk nasi campur

 hidupan laut

menu di dinding, tipikal restoran cina muslim

takde selera nak makan, tengok atas meja, ada menu ni

PAU..yeayy..

Teringat makan pau sup kambing yang sedap di restoran cantik di Xi'an. Mulalah gila kuasa, rambang mata..tak tau nak order yang mana satu..dua-dua nampak sedap..

yang ini kah
 
atau yang ni


Tak boleh nak campur, sebab bilangan lain-lain. Yang ayam, 7 biji sepuluh ringgit. Yang kambing 6 biji.

Last-last, order 'chicken dumpling with leek'.

ikan-ikan segar utk steamboat/BBQ

Yang diorder sudah sampai..

pau ayam dgn leek dengan sos pencicah cuka hitam
memang takleh gi sos cuka tu, minta sos cili, dapat yang ni

bolehlah tahan, baik sikit dari cuka

Tapi hampa jugalah tengok pau nya..

redho jelah, rezeki di pagi hari, Alhamdulillah..
 pau nya tawar, intinya byk kacang buncis, ayam jd perencah je
hampir tidak kelihatan, sos pencicah agak kurang di tekak 
sebab mahal, kena habiskan juga..huhu..

Kecewa makan kat sini, pi balas dendam makan kat Patisserie Yusof Usta..

Sekian, tamat kisah di Jalan Sultan..

Monday 11 September 2017

Ketika hujan @ Jalan Sultan

Assalamualaikum...sambung kisah ''ada kerja di Jalan Sultan". Site inspection di the 5 Elements Hotel dan Kompleks Selangor. Jalan Sultan ni di kawasan 'Petaling Street'.

 the 5 Elements Hotel & Kompleks Selangor
 
Dah habis kerja, hujan turun..terpaksalah tunggu hujan berenti, "seriat" kata orang utara. Payung tak bawak, kalau tak, boleh 'walking in the rain'. Tak bawa kereta, datang naik teksi. Tak tau nak buat apa, mundar-mandir dalam bangunan..sesekali melempar pandangan keluar..

Tiba-tiba ternampak ni..di seberang jalan..

 Coffee Amo
ingatkan nak gi mengopi, sekali tutup daa..

 Boring pulak, mula mengorak langkah, keluar bangunan, berjalan ikut kaki lima kedai, tanpa arah tujuan. 

 Chinaz Cafe @ the 5 Elements Hotel

 Mingle cafe


masih kekal pre-war shop

Berdiri di tepi Mingle Cafe, tiba-tiba terasa back to 70's bila terpandang ini..

wahh..old-school..

Kedai jahit Kwong Fook Wing

Teruja nak pi survey kedai ni...so vintage..sangat klasik..


 seterika lama yg guna arang

 mesin jahit lama

Bangunan pun menarik, bentuk tigasegi macam ni

Berpatah balik, hujan masih belum berenti. Masuk kedai buku pulak, kedai buku cina, cuma ada satu rak kecil je untuk 'English section'. Tak banyak buku English dan Bahasa Melayu..

To kill time, belek-belek buku di sini..menarik juga..curi-curi snap gambar..

tak sangka jumpa buku-buku berjudul begini di kedai buku ni

 teruja jumpa buku ni - kenangan masa kecil

Main lereng - macam best, tak pernah main

Till then, happy Monday..