Tuesday, September 23, 2008

Kematian: Satu Kejadian atau Satu Proses?

Apakah yang sebenarnya terjadi pada otak and daya sedar (consciousness) manusia ketika maut menghampiri kita?

Inilah perkara yang menjadi tanda tanya dikalangan para ahli sains Barat mengenai kematian dan mereka sedang membuat kajian mengenainya. Kajian mengenai perkara ini yang dinamakan AWARE (AWAreness during REsuscitation) telah dilancarkan pada 11 Sept 2008 di satu symposium antarabangsa di United Nation.

Menurut kebanyakan report yang ada, apabila maut menghampiri manusia akan datang satu cahaya putih (malaikat maut kot?) dan ulang tayang segala memori (a replay of memories). Ketua kajian, Dr Sam Parnia dari University of Southampton UK, berkata: “Berbeza dengan persepsi biasa, kematian itu tiada jangkamasa yang tepat (death is not a specific moment), ia bermula dengan jantung berhenti berdenyut, paru-paru berhenti bekerja dan otak berhenti berfungsi – satu keadaan perubatan yang dinamakan “cardiac arrest” dan mengikut kaedah biologi dinamakan “clinical death”.

Menurut artikel ni, para saintis Barat telah lama membuat kajian untuk mencari definasi mati dan untuk menentukan masa yang tepat kematian itu berlaku. Dan sekarang kebanyakan doktor-doktor Barat mengakui kematian adalah lebih kepada satu proses daripada satu kejadian. Menurut Dr Parnia lagi, “ketika keadaan kekejangan urat saraf (cardiac arrest), ketiga-tiga kriteria kematian hadir dalam jangkamasa tertentu, dari beberapa saat hingga satu jam atau lebih. Apa yang manusia alami ketika keadaan ‘cardiac arrest’(atau nazak, lebih tepatnya) dapat memberikan satu pemahaman yang unik tentang apa yang kita semua akan alami semasa proses kematian”.

Para kajian AWARE akan mengkaji apa yang terjadi pada otak bila badan mula tidak berfungsi, samada manusia boleh mendengar atau melihat semasa nazak dan apa yang berlaku ketika nyawa keluar dari badan.

SubhanAllah, jawapannya telah ada 1429 tahun yang lalu. Mukjizat Rasulullah s.a.w. yang masih kekal hingga kehari ini. Mungkin mereka ingin mengetahui secara biologi apakah yang terjadi pada tubuh manusia, tetapi jika mereka ingin mengetahui berkenaan dengan nyawa/roh, alangkah malangnya mereka.

Manusia tidak diberi ilmu untuk membongkar rahsia roh dan mati. Persoalan mati adalah urusan Allah Taala; sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah s.w.t:
“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh, katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku” (Surah Al-Isra’, ayat 85)

Dan tiada siapa di kalangan manusia yang masih hidup mengetahui keadaan sebenar orang yang sedang menghadapi kematian kerana kematian itu hanya dirasai oleh orang yang mati sahaja. Melalui wahyu Allah s.w.t., hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang dapat menceritakan keadaan sebenar apa yang dirasai oleh orang yang sedang menghadapi kematian. Baginda memberitahu kesakitan yang dialami ketika dicabut nyawa itu seperti ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.

Kematian itu berlaku pada jasad manusia secara beransur-ansur, bermula dari hujung kaki dan beransur ke peha, beransur ke dada, ke kerongkong dan akhirnya roh ditarik melalui ubun-ubun kepala. Malaikat maut melawat kita sebanyak 360 kali sehari, iaitu lebih kurang setiap 3 minit sekali. Ingatlah manusia, setiap kita menunggu giliran untuk dicabut nyawa oleh malaikat maut, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat. Berdoalah semoga diakhir hayat kita nanti disudahi dengan kebaikan (husnul khatimah).

Ingin aku khabarkan kepada saintis2 itu, rujuklah Al-Quran dan Al-Hadis, anda tentu dapat jawapannya. Tidak semua kejadian alam dan manusia boleh dirungkai dengan kajian sains…Berimanlah kepada Allah, Dialah Al-Muhyi, Al-Mumiitu.

“Katakanlah: “Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)” Surah Al-Kahfi, ayat 109

Monday, September 22, 2008

Hang 2

Pada pagi Sabtu lepas, saya dijemput menghadiri satu majlis penyerahan sijil penyertaan kursus pengurusan jenazah di sebuah surau di Sentul. Diakhir majlis, pengerusi menyeru peserta-peserta kursus terutama golongan muda supaya ikut serta secara amali jika ada kematian agar ilmu yang dipelajari dapat diamalkan.

Terdengar soksek-soksek dikalangan peserta, “Eeii takut le”, “seram sejuk kaki tangan”, "tak berani tengok mayat", “aku lemah semangat”, “takut kena badi mayat”. Ada seorang peserta memberitahu dia ada 5 sijil pengurusan jenazah tapi sekalipun belum pernah menguruskan jenazah. Jadi assistant pun tidak, takut katanya.

Kenapa bila berkaitan dengan jenazah, ada satu macam perasaan yang timbul? Yang berani jadi takut. Yang kuat, jadi lemah semangat. Ada seorang ustaz bercerita, seorang anak terketar-ketar cuci kuku kaki jenazah bapanya dengan cotton bud, itu baru cuci kuku, belum lagi kena mandikan jenazah..

Mungkin sejak dahulu lagi, orang mati, kubur dan yang sewaktu dengannya selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang menyeramkan iaitu..HANTU. Setiap bangsa ada trademark hantu. Hantu loncat le, hantu terbang le, hantu pakai kot le… Orang putih dengan drakula n vampire, orang cina dengan hantu tangan tegaknya. Tapi yang paling banyak variasi/spesies ialah hantu orang Melayu. Hantu pocong, polong, hantu raya, pontianak, hantu kum kum, hantu langsuir, hantu zaman jepun, mat lampir le…

Buatlah filem hantu, ada yang boleh dapat box-office. Filem hantu yang seram lagi menyeramkan ke, cerita komedi seram ke…Tengok filem hantu ni macam makan sambal belacan, walaupun takut nak tengok juga.. Tak kiralah filem Melayu ke, Thailand ke, Indonesia ke, Korea ke, Mat Salleh ke, kebanyakannya orang mati menjelma jadi hantu dan kawasan kubur tu digambarkan secara menyeramkan. Hantu ni mesti watak jahat, takde hantu baik…sebab tu bila nak takutkan budak kecik, ada yang cakap “Ha! pergi le, ada momok kat situ”…momok tu hantu spesies apa pun tak tau.

Tapi ada juga orang nangis tengok cerita hantu, filem Ghost lakonan Demi Moore and Patrick Swayze. Cerita cinta tak kesampaian, cerita sesat lagi menyesatkan akidah..begitu juga cerita the Ghost Whisperer..ada ke roh orang mati, boleh masuk dlm badan orang hidup. Yang pelik golongan ni celebrate hari hantu sedunia – Halloween. Kesian, buah labu yang tak berdosa, menjadi mangsa..

Filem-filem yang mengaitkan orang mati/mayat/jenazah dengan hantu dan lain-lain kisah yang menyeramkan patutlah dipantau oleh pihak berkuasa kerana ada yang boleh merosakkan akidah, berunsur tahyul pun ada. Walaupun ada sesetengah mengatakan ianya hanyalah satu hiburan, ianya secara tidak langsung memberi konotasi yang tidak betul tentang orang mati dan boleh menimbulkan rasa takut, seram, dll. The eyes see, the mind evaluates and the worst scenario, it stays and become a mindset from generation to generation.

Bak kata pepatah orang putih: “Fear is like sitting on a rocking chair: it gives you something to do, but it doesn’t bring you to anywhere”.

Semoga ada generasi pelapis yang berani menyahut cabaran menguruskan jenazah dari memandikan hinggalah mengapankan. Tuan punya diri? pun sama juga..Mungkin ada kes-kes terpencil yang tidak sampai ke pengetahuanku..Kita semua akan menjadi mayat…Wallahu’alam.


Ilmu tanpa amal, membazir
Amal tanpa ilmu, menyesatkan

Tuesday, September 16, 2008

Saujana Resort

Kicauan burung-burung menyambut kedatangan saya di Saujana Resort. Oh..Sungguh damai rasanya...Alangkah seronoknya jika ofis dikelilingi kehijauan..back to nature.. Ofis sekarang pun dlm hutan juga..hutan batu..keras & kaku n bisu.












Setelah parking kereta seperti dlm gambar diatas ni, mentality 'follow the crowd'. Pemandangan biasa di Saujana Resort. Bukan apa, malas nak pusing2 cari parking kat basement level. Kalau kena saman, semua kena..padan muka aku juga.

Bangunan2 di Peremba Square, Saujana Resort dibina resort-style, to complement dengan kawasan sekitar..Pohon2 kelapa sawit dan palma melambai-lambai, alahai sejuk mata memandang..












Kalau kat felda, pemandangan ni biase je tapi kat Lembah Klang, nampak mcm resort gitu..lain padang lain belalang..

Inilah tempat yang dituju..Canon HQ, ambil kamera yang masuk workshop selama 3 minggu.















Masa sampai kat sini, dapat kaunter 2. Kat kaunter 1 ada one Chinese lady...jeling2 tgk ada seekor anak anjing yang comel dalam beg diatas ribanya..Sungguh comel rupanya..anak anjing tu dan tuannya juga. Hidup dalam masyarakat majmuk kena le tolerate hal2 mcm ni...dugaan di bulan pose..control je tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.."Kalaulah anak anjing tu lompat atas riba, mau bukak silat gayong nih.." Sempat juga berimaginasi terlampau...

Setelah berpuashati dgn kamera, cepat2 keluar, tinjau2 kot-kot ada sibaju biru dok bagi surat cinta kat kereta. Takde nampaknya..lega..boleh snap-snap gambo...













Sekolah Pelajar-Pelajar Jepun telah lama ada di Saujana Resort.

p/s: Perjalanan ke Saujana Resort yang letaknya on the way to Subang Airport bagaikan menggamit memori silam..Kenangan lalu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...