Sunday, August 4, 2013

Tips Balik Kampung

Assalamualaikum...menulis di hari-hari terakhir di bulan Ramadhan 1434H. Lagi beberapa hari untuk menginjak ke bulan Syawal, menyambut Hari Raya Idul Fitri.

Ramai yang sudah bercuti dan mula bergerak ke kampung halaman. Satu tradisi yang tidak dilupakan, bertemu ayah bonda, jiran tetangga dan sanak saudara. Nak share sikit beberapa tips untuk perjalanan balik kampung, semoga perjalanan kita selamat dan di dalam perlindungan Allah SWT. Tips ini dah lama saya baca di dalam blog keretamayat. Tak ingat entry mana, cuma catat pengisiannya sahaja di buku nota.

Bukanlah tips sebenarnya, tetapi perkara-perkara sunat yang sangat digalakkan untuk kita lakukan sebelum memulakan perjalanan, tak kiralah nak balik kampung ke, pergi melancong ke, business trip ke..adab-adab bermusafir, Islam itu indah, satu cara hidup. Disamping kita mengambil berat mengenai perkara-perkara fizikal seperti memeriksa kenderaan supaya berada di dalam keadaan baik - tayar, brek, enjin, wiper, lampu brek dan lain-lain, kita kuatkan dengan pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT, Al-Hafiz, Al-Muhaimin sebab kita hambaNya yang lemah. Usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah, selamat dan diberkati perjalanan kita. Syariatullah dan Sunnatullah, seiring sejalan.

Bagi mereka yang sudah mengetahuinya, anggaplah ini satu ulangkaji. Bagi mereka yang belum, marilah sama-sama kita bertafaqquh.

1. Melakukan solat sunat musafir dan solat sunat hajat - 2 rakaat

Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.

DALIL1

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w "Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan".
sumber: e-mosque
 
DALIL 2
 
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر


“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”

(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)

sumber: shafiqolbu

Kita kuatkan lagi dengan mengerjakan solat hajat 2 rakaat untuk menyatakan pengharapan kita kepada Allah SWT.

2.  Bersedekah dengan ikhlas

Fadilat bersedekah memang diketahui sangat banyak. Diantaranya bersedekah dapat menjauhkan manusia dari bencana dan keburukan. Oleh itu sesiapa yang mahu memulakan perjalanan atau kembara, digalakkan bersedekah sebelum pergi dan terus bersedekah di dalam perjalanan mereka.

Bersedekahlah - wang ringgit, duit raya, kuih raya atau apa-apa pun kepada masjid/surau atau jiran tetangga yang tinggal.

3.  Membaca doa keluar rumah

Doanya: "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali pada Allah SWT". 

4.  Baca doa menaiki kenderaan dan baca ayat Qursi 3 kali sambil senyum tengok langit

Kenapa nak kena senyum tengok langit, wallahua'lam. Keretamayat pun tak beritahu secara details. Nak buat boleh, tak buat pun takpe. Tapi setiap kali melihat langit, hati akan rasa tenang, rasa lapang. Bila dah tengok langit, disarankan pula membaca doanya - "Wahai Tuhan yang memalingkan segala hati, mantapkanlah hatiku untuk tetap taat padaMu".

5.  Memulakan perjalanan di pagi hari Khamis

Yang ni tak dapatlah ikut sebab Hari Raya, InsyaAllah, hari Khamis.  Tetapi kalau nak pergi melancong, mengembara, bolehlah ikut.

6.  Didalam perjalanan, nampak masjid - ucapkan selawat keatas Nabi.

7. Jika berhenti di masjid, lakukan solat sunat tahiyyatul masjid, solat syukur - jangan hanya berhenti untuk buang air sahaja

8. Bila naik bukit, bertakbirlah "Allahu Akbar", bila turun bukit, bertasbihlah "Subhanallah"

9. Bila menyeberangi jambatan, sampaikan pengharapan kepada Allah SWT agar diselamatkan semasa meniti di titian sirat di akhirat kelak.

10. Perbanyakkanlah berdoa di sepanjang perjalanan kerana salah satu masa mustajab berdoa ialah semasa bermusafir.  

11.  Lakukan solat dan sujud syukur apabila sampai ke destinasi.

Yang lain-lain - berhati-hati di jalanraya, patuhilah had laju dan berhenti seketika jika rasa letih dan mengantuk. Ingatlah orang yang tersayang, jangan biarkan mereka menangisi kepulangan anda...huhu..

Taqabbalallahu minnaa wa minkum (Semoga Allah menerima dari (amalan) kami dan darimu)”..minal aidin wal faidzin (semoga Allah menjadikan kita, orang-orang yang kembali kepada fitrah (ketaqwaan/kesucian) dan orang-orang yang menang dari melawan hawa nafsu dan mendapat redha Allah..

8 comments:

  1. nohas pun pasti sudah bersedia hendak pulang ke kampung, berhati-hati dlm perjalanan n praktikan tips yg diusulkan...tips aunt baca tiga qul tiga kali n membaca subhanallah, walhamdulillah, lailahaillallah sepanjang perjalanan...slmt raye maaf zahir batin.....

    ReplyDelete
  2. Panduan yang sangat berguna. TQ nohas for sharing the info. Selamat pulang ke Kuala Kangsar...

    ReplyDelete
  3. TQ nohas for sharing the info... selamat pulang ke Kuala Kangsar and selamat Hari Raya.......

    ReplyDelete
  4. paridah,
    InsyaAllah, balik kpg hari Rabu..tq for the tips..Selamat Hari Raya.

    Mie,
    Semoga bermanfaat. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kpg dan Selamat Hari Raya.

    zana,
    Semoga bermanfaat. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kpg dan Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  5. Selamat dlm perjalanan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  6. fzy fuzzy,
    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin to you and ...Hari raya tahun ni lebih bermakna..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, slm ziarah..Salam Aidilfitri.
    Taqabbalallahu minnaa wa minkum.

    Syukran atas segala perkongsian yg bermanfaat, Alhamdulillah. Moga ALLAH sentiasa merahmati.

    ReplyDelete
  8. Saridah,
    W'salam, Salam Aidilfitri buatmu juga..

    Semoga bermanfaat..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...