Saturday, October 19, 2013

Bangkok - Day 3 from noon to night

Sebelum sambung cerita, mari, mari tengok, beginilah rupanya buah gac @ fuk kao yang dibeli di Khlong Lat Mayom Floating Market. Merah menyala bijinya, yang tu saja yang boleh dimakan, yang lain enggak boleh. Rasanya pula, hmm..tawar..cukuplah sekali nak mencoba..


gac fruit
OK, sambung balik cerita. Dari Wongwian Yai terus ke National Stadium, balik hotel, simpan hasil belian di floating market. Berehat sebentar sambil makan sandwich pagi tadi, kemudian bergerak semula menyambung misi ke utara.  Sebab hari ni weekend, nak terjah Chatuchak Weekend Market. Market ni cuma dibuka hari Sabtu dan Ahad saja. Naik BTS ke Mo Chit station.  Keluar saja dari train, ramainya umat manusia, semua satu arah tujuan, ke Chatuchak.

view dari jejantas BTS

Chatuchak ni luasnya 35 ekar (termasuk park), weekend market terbesar di donia (mengikut wikipedia). Sebaiknya, print atau dapatkan map Chatuchak sebelum masuk. Tapi kami masuk saja, takde map, ikut Gate 3, berjalan mengikut arus, ramble without a cause, berjalan-jalan, melihat-lihat orang membeli dan menjual.Jumpa orang menjual ais-krim kelapa, singgah beli..



nyum nyum..
Kemudian sambung berjalan lagi, memang ramai local and tourists..



Masuk ke satu lorong, tiba-tiba terjumpa kedai makanan halal Saman Islam ni. Kalau gi sini, jangan lupa cari kedai ni, di Soi 24, Section 16..kami tak makan disini, ramai sangat orang..



Keluar saja Soi 24 tu ternampak menara jam, inilah landmark kedai Saman Islam yang diperkatakan tu...kalau tak jumpa, cari clock tower ni...dari jauh dah nampak..

clock tower
Berjalan dari lorong ke lorong, section ke section, mengikut langkah kaki. Disini, cuma beli dua sandals, sehelai T-shirt Bangkok, satu cosmetic pouch dan fridge magnet. Yang selebihnya, banyak beli air saja sebab hari panas, dah tengahari. 

Gambar-gambar yang sempat disnap.

Tegar versi Thai - main sompoton, bukan ukulele

creative - dibuat dari tali saja

gerai halal lagi - jual roti mataba psiang + telur

close-up - gerai roti murtabak pisang + telur

pelbagai ais-krim..nyum, nyum
 
gerai-gerai dalam bangunan
Dah tak larat berjalan, badan dan kaki dah rasa lemah longlai, bergerak ke BTS station.  Mula-mula tu planning nak singgah ke Victory Monument, nak ambik-ambik gambar, tak jadi sebab letih. Turun di Ratchatewi station, nak cari restoran Muslim kat area ni (dapat info dari blog supermeng). Keluar Exit 3, jalan ke arah utara, menyeberang jalan besar, akan nampak deretan kedai dan Restoran Farida Fatornee. Jalan ke depan sikit, ada kedai Mak Yah. Jom ke resto Mak Yah..


tu dia..resto Mak Yah
Sampai je di resto ni, disambut dengan kicauan burung..pelik juga, yang burungnya tak nampak pulak. Bila nak ke tandas, rupa-rupanya bersusun sangkar burung di bahagian ni..

For lunch, kami pilih nasi goreng saja, memandangkan lauk-pauk nasi campur tak berapa menarik..dah pukul 3.00 petang..


jus manggis pun ada
Generally, harga makanan dan minuman lebih mahal dari di Malaysia (untuk standard resto macam ni). Nasi goreng semuanya RM9.00 keatas dan air RM5.00 and above. OKlah, nak dapat makanan halal di Bangkok ni susah, kira reasonable juga..

Selepas makan, berjalan menyusuri kedai-kedai. Sebenarnya nak ambik tuk-tuk, nak gi Platinum Mall. Tadi masa di BTS station, tengok map, kalau ikut jalan besar ni, memang direct ke Platinum. Sedang berjalan-jalan, ada pulak satu MPV putih nak masuk lorong kecik diantara kedai-kedai. Kami pun berhenti, menunggu MPV ni. Drivernya keluar, nak buka gate besi, tiba-tiba terpandang kat gate, rupa-rupanya sebuah masjid dan Islamic Centre.  Alhamdulillah, gembiranya..memang tahu ada masjid di kawasan ini, tapi tak sangka pula sedekat ini dengan restoran Mak Yah. Tanya kat driver tu boleh masuk ikut sini, dia kata boleh dan bagi kami masuk.

Masjid Darul Aman
Mengunjungi masjid dan bertemu orang Islam tempatan di negara dimana Islam ialah kaum minoriti, rasa teruja. Mari tengok masjidnya, quite old masjid..

AJK Masjid & interior masjid
Masjid Darul Aman from main entrance
jalan utama ke Masjid Darul Aman - Pretchaburi Soi 7
angry bird lagi
cuteness overloaded
Selesai solat, menuju ke jalan besar, tunggu tuk-tuk. Tuk-tuk dah dapat, naiklah kami dengan perasaan berdebar-debar. Feel the moment. Beroda tiga di jalan raya Bangkok, yang penuh sesak dengan kenderaaan...the feeling - rasa macam nak tercampak keluar je..scary and breezy..

tuk-tuk experience
Tambang dari Pretchaburi ke Platinum Mall - THB80. OKlah, nak merasa naik tuk-tuk. Sampai saja di Platinum Mall, ramai sungguh manusia. Sememangnya di Bangkok ni, ramai sangat orang di mana-mana, di jalanraya, di kaki lima, di shopping mall, di BTS station..sesak dan menyesakkan fikiran..


The Platinum Mall
Takde beli apa2 di Platinum. Memandangkan trafik jam, kami berjalan kaki saja ke Chit Lom station. Ramai berjualan di kaki lima sepanjang ke Chit Lom, beli air buah delima, buah nangka dan durian.
 
trafik jam
Central World
singgah masuk ke Gaysorn, utk sejukkan badan - ada lak pemain piano ni
-----------------------------------------------------------------
Di sebelah malam, takde aktiviti. At last, pergi ke Tokyu saja untuk membeli beberapa halal snacks as souvenirs for saudara-mara, rakan-taulan.

national stadium station
On way back to hotel, terjumpa penjual roti martaba pisang ni di depan 7-eleven. Singgah beli untuk dinner. Ramai sebenarnya street food vendors depan 7-E ni, macam-macam yang dijual - buah potong, roti bakar, ayam bakar, air panas, jus buah..ramai juga pembelinya termasuklah kami..hehe..

murtabak pisang + telur
Bersembang-sembang dengan penjual ni, rupa-rupanya dia belajar buat roti ni di Malaysia. Roti canai, katanya. Pernah bekerja di Ampang, berhijrah ke sini, dah 24 tahun di Bangkok.  Kat sini improvise roti canai pisang + roti canai telur, jadi roti martaba pisang..entah-entah yang berjualan kat Chatuchak tadi tu, isteri dia kot, lupa lak nak tanya..sama je resepinya..
roti martaba
Sebenarnya rasa pelik juga pisang campur telur ni. Kalau kat sini, selalu makan roti canai telur saja. Yang ni, dia buat crispy, lepas tu bubuh pula susu pekat manis kat atasnya..the verdict - memang sedap, #rasa-nak-turun-beli-satu-lagi *tapi malas*. Give it a try, kalau datang ke Bangkok.  Other dinner for the night, buah-buahan yang dibeli siang tadi - buah nona, nangka dan durian..exotic fruits to end the day..

25 comments:

  1. Dulu pernah nak try snap gambar binatang yg di buat pakai tali tu.. tapi kene marah pulak.. huhuhuu..

    rupa buah gac tu pun cukup la sekadar lihat hahahaa.. Murtabak pisang tu nampak sedap sgt kot hehehee.. :D

    ReplyDelete
  2. buah gac tu nampak menarik walaupun tawar. macam buah koko pun ada. cuma buah koko warna lain sikit kan?

    murtabak pisang pun nampak menarik juga

    ReplyDelete
  3. menariknya kalau nak jelajah Bangkok ni, macam2 makanan ada... dah makan ke tomyam yang paling sedap

    ReplyDelete
  4. Arwah abang ipar kakak orang banjar, keluarga mereka pandai buat murtabak pisang ini. Kakak dah merasa - sedap!!

    Buah gac fruit tu macam jack-fruit (nangka) tapi bila nohas kata tawar hairan juga kan.. nampak macam juicy sangat:)

    ReplyDelete
  5. Kalau ke Chatuchak belah petang memang panas mcm dlm oven...

    ReplyDelete
  6. jalan jauh nk rasa jg buah2 yg pelik n nmpk sedap tp pndangan mata menipu yer...
    http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Seronok boleh tgk tempat orang...pengalaman yg menarik...buah gac tu tak pernah tengok..murtabak pisang tu saya pernah makan...salam perkenalan..terima kasih sudi lawat blog saya.

    ReplyDelete
  8. Time Traveller,
    mungkin dh ramai yg ambik gmbr, tak larat nak marah kot. Buah gac tu cukuplah sekali rasa & murtabak pisang tu memang sedap, kalau gi Bangkok should try this.

    eira eixora,
    buah gac tu colour menarik, buah koko warna coklat. Murtabak pisang + telur, memang sedap..

    ReplyDelete
  9. My Storypic,
    Makan tomyam goong di resto Usman on first day..sedap tomyamnya, Thai cooking..

    Kakzakie,
    belum pernah makan murtabak pisang, kalau roti canai pisang pernah makan, tapi tak campur telur. Gac fruit tu, isinya nipis, bijinya saja yg besar. Memang juicy, tapi rasa tawar, kot2 ni yang muda..haha..

    ReplyDelete
  10. Pak Lang Mie,
    memang betul, dahlah panas, ramai pulak orang, rimas rasanya..

    paridah,
    Subhanallah, gac fruit warnanya menarik, mcm buah plastik saja..rasanya je tak brp menarik..

    ReplyDelete
  11. Sarah Talib,
    Salam perkenalan. murtabak pisang tak pernah makan lg kat M'sia, kena cari ni..

    ReplyDelete
  12. wah dah merasa naik tuk-tuk ye... macam best je. Teringin jugak dulu tapi tak berani naik huhuhuhu

    Tenguk pelbagai jenis aiskrim emmm macam sedap je.

    ReplyDelete
  13. notie,
    memang suspens naik tuk-tuk ni, dia punya cilok, berselisih dgn bas, kereta..hanging tough..ye, aiskrim tu nampak cam sedap, tapi x beli, beli aiskrim kelapa saja..

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..tima kasih sudi snggah blog sya ya..terharu..:D

    sya tengok buah gac tu je.hehe..bestnya dpt jln2 ni..sllu dgr kwn2 je cerita.teringin jgk sya nk ke sini.. :)

    ReplyDelete
  15. menariknyeeee..... buah tu nmpak sedap tapi tawar ek?? cicah kicap sedap kot. hahaha

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah.

    Seronok baca blog ni yang banyak cerita tempat2 orang. Ye lah.. nak kesana kemari.. entah bila so kurang2 bila dapat baca tu.. kira ok lah sikit...

    p/s terima kasih sudi berkunjung ke blog sy. :)

    ReplyDelete
  17. First time tengok gac @ fuk kao tu.. mula2 ingatkan durian tadi.. :D
    Nasi goreng RM9 ke atas.. mahalnyaa....

    ReplyDelete
  18. adrianna syaz,
    W'salam..bloggers are buddyz, kunjung-mengunjung tu amalan mulia..hehe. Jika ada keinginan, Insyaallah, akan ada jalannya..

    nealopah,
    warnanya nampak menarik, tapi tawar, nak cicah kicap, nipis sgt isinya..

    ReplyDelete
  19. Penjejak Mimpi,
    W'salam..saya pun dpt idea bila baca travel blog org lain, pegi yg dekat2 dulu,cari pengalaman..dream first, InsyaAllah, planning & action later..

    acik idah,
    first time tengok gac fruit ni dlm blogs mat salleh, bila jumpa, terus beli. Ya, memang mahal nasi gorengnya, tak sedap pulak tu, tapi dah lapar, makanlah juga..

    ReplyDelete
  20. kalau travel sana lagi lama boleh kurus ni akk..sebab makan makanan berunsurkan buah2 je.. heheh..tp bestkan...rasa makann negara org..

    ReplyDelete
  21. Fatahiyyah,
    Nasi makan juga, tapi sehari sekali je..yg selebihnya nak merasa makanan tempatan..tapi tak jg, ada kebab halal, beli je..

    ReplyDelete
  22. tq tq... boleh buat guide nanti...

    ReplyDelete
  23. mulan,
    sila..sila..saya pn ambik dari org lain and adjust ikut citarasa sndiri..

    ReplyDelete
  24. Wak Gelas,
    maximising the excitement..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...