Friday, October 4, 2013

Bangkok - what's the story, morning glory?

Assalamualaikum..hari kedua di Bangkok, disambut dengan hujan renyai-renyai di hari Jumaat..okaylah, nak story sikit tentang Muangphol Mansion..namapun, ala-ala Thai..

Muangphol Mansion
*Abaikan talian elektrik yang berselirat, berserabut, bergulung tu. Pemandangan biasa di Bangkok*

Inilah bangunannya, old design, 9-storey, ada lif dan juga tangga, front door open 24-hour, bahagian bawahnya ada travel agent dan pejabat Muangphol Company. Jalan depannya dipanggil Soi Kasem San 1. Soi bermaksud lorong.

ala Kaseem...teringat cerita Ibu Mertuaku

Harga bilik RM100 per night (via Agoda). Very basic and ada small fridge. Toiletries tidak disediakan (kena bawa sendiri). Cerek air takde, ok je, kalau nak air panas untuk minum, boleh beli kat cafe di bawah, THB5 (RM0.50 je)..Yang tak bestnya, hot water system di bilik air, kejap ada, kejap takde dan air-conditionnya yang jenis lama, sekali on, macam enjin bot, punya le kuat bunyinya. Takde controller, bila rasa sejuk sangat, off main switch, bila rasa lemas, udara tak bergerak, pergi on balik...tengah tidur, boleh bangun berjalan nak off/on switch..sleep walking....tapi Alhamdulillah, ada tempat berteduh..sabo jelah..

Lokasinya, dekat sangat dengan Exit 1 BTS National Stadium (last station Silom line). Seberang jalan besar, ada indoor stadium dan stadium bola. Boleh berjalan kaki je ke Siam Discovery, Siam Centre, MBK dan yang sewaktu dengannya. Kedai 7-Eleven ada berhampiran. Memang OK sangat dengan harganya..
 --------------------------------------------------------

Selesai breakfast di dalam bilik, turun ke cafe, tengok ada English newspaper..baca sekejap..wahh ada berita terhangat dari tanahair..

Ini biasalahh..
Berjalan keluar bangunan..leganya dapat fresh air. Hari masih hujan lagi. Misi tetap diteruskan, memandangkan masa yang singkat di Bangkok ni..

National Stadium station
Kelihatan permulaan skywalk yang menyambungkan tiga stesen BTS - National Stadium, Siam dan Chit Lom. Skywalk ni berada beberapa meter saja dibawah trek BTS. BTS di Bangkok menggunakan single track system sebab tu treknya ada dua tingkat, satu incoming dan satu outgoing.

Silom line - dibawahnya skywalk
Sukhumvit (kiri) dan Silom (kanan) to and from Siam station
tangga ke skywalk under Silom line


Skywalk ni very convenient, disambung terus ke shopping mall berdekatan stesen. Di KL pun dah banyak bina skywalk dekat LRT/monorail stations.

Coach train BTS canggih sikit, lebih kurang sama design dengan coach subway di Seoul. Siemens brand, kemasan yang menarik, ada electronic train route indicator and built-in screens for station indicator and in-train entertainment (mostly advertisements)..

coach yg canggih


only in Thailand

#morning glory - kalau di Thailand, ialah sayur kangkung...

Khob khun ka...to be continued..

12 comments:

  1. Paper sana baru nak masukkan statistik rakyat kita yg menikah disana, malunya sebab mereka tahu bukan kerana murah saja tapi kebanyakannya 'cinta terhalang'.

    Eh... walau hujan pun dah sampai sana misi kena teruskan juga betul tak..

    ReplyDelete
  2. Dah berjaman orang malaysia nikah kat siam baru tahu ke? Adehaiiiii ni zaman bila ni..


    Wah... macam naik LRT je kan...

    ReplyDelete
  3. Memang lemas kalau kita tak biasa tengok pendawaian elektrik diaorang... tapi kat Vietnam lagi extreme...

    Sistem BTS cara single line pun nampak macam tak kemas... bertingkek-tingkek.. hehe

    ReplyDelete
  4. Kakzakie,

    Suratkhabar Thai ni ambik berita dari suratkhabar Kosmo Malaysia. Mula2 baca tu, terfikir jg 'alamak, berita mcm ni pun keluar kat sini'..Mungkin selama ni org2 di Bangkok tak tahu, sekarang mereka dah tahu..

    Ya benar, masa sgt berharga bila melancong.. every minute counts..rain or shine, agenda tetap diteruskan selagi tidak merbahaya..

    ReplyDelete
  5. norati,

    Bangkok dan selatan Thai tu jauh. Mostly news from selatan Thai mengenai perang/pembunuhan (yg tak best je)..sekali keluar lak berita mcm ni, sumbernya pula dari suratkhabar Malaysia..

    Tapi ada gak yg nikah kat Bangkok itself, siapa dia?? huhu..kecoh satu Malaya..

    BTS ni LRT versi Bangkok..

    ReplyDelete
  6. Fatahiyyah,
    Pergi masa weekend, yang dekat saja..

    zana,
    sedang dlm pembikinan...tungguu..

    Pak Lang Mie,
    Kena gi Vietnam lah pulak lepas ni..hehe

    Ya, benar, bertingket-tingket, bersimpang-siur..

    ReplyDelete
  7. Hotel yg tuan duduk tu mmg dah lama ker.. mmg old school jer nampak.. RM100 satu malam untuk dua orang ker?

    Sky Walk tu tak la pula saya jumpa dulu hehehe.. aah betul train kat Bangkok mmg nampak canggih..

    ReplyDelete
  8. Time Traveller,
    Ya, hotel lama, RM100 semlm untuk dua orang..

    ReplyDelete
  9. mcm x berbaloi je rm100 dgn bilik yg x lengkap kemudahannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..betul jg, pilih hotel ni sbb dkt dengan station bts..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...