Monday, November 17, 2014

Japan : Day 8 - The End

Terakhir di Jepun, malam ni dah nak fly balik Malaysia..

Sampai di stesen Shinjuku. Mula-mula ingat nak jalan-jalan di Shinjuku dulu, nak gi Tokyo Metropolitan Government building, boleh view Tokyo city from above. Tapi macam malas pulak, tak jadi.

Ambil Chuo main line ke arah Tokyo station, turun di stesen Kanda, kemudian ambil Yamanote line ke stesen Ueno. Hari ni memang guna JR pass sepenuhnya..


Keluar exit 5, untuk ke Ameyoko shopping street, tempat shopping di bawah trek keretapi. Ala-ala Petaling Street, tapi PS dah ada bumbung, Ameyoko open-air. Hari hujan renyai-renyai.

Ameyoko
Ada dua lorong dengan bangunan kurus di tengah-tengahnya. Masuk yang kiri dulu, tengok banyak kedai-kedai baju, kedai makan.



Jumpa gerai jual buah potong, sangat tempting, mostly 100yen, cuma buah rock melon 200yen..beli buah, makan kat situ juga, tengok ramai yang beli buah-buahan ni..sangat juicy..lupa nak snap gambar..pinjam gambar dari www.dannychoo.com..thanks..


source: dannychoo
Dah makan buah, cari lak kedai halal, menurut maklumat, ada banyak kedai-kedai Muslim di sini..jalan lagi..Alhamdulillah, jumpa kedai Doner Kebab ni..



Singgah makan kebab di sini pula..di Jepun, jumpa tiga jenis kebab - Doner, Saray dan Mega kebab..semuanya sedap..

Dah kenyang, berjalan balik ke Ueno station untuk ke destinasi seterusnya, sesi ukur jalan..haha..ke Akihabara..syurga otaku, anime dan manga Jepun ni..walaupun kureng minat, tapi tempat ni famous, kena juga jejakkan kaki..lagipun Akihabara berada dalam laluan Yamanote line..mari belasah JR pass habis-habisan...

Dah sampai di stesen JR Akihabara, tak susah nak cari exit..dah terpampang exit ke Akihabara Electric Town..dari jauh dah nampak..



Keluar dari bangunan, ada busker perempuan ni..sedap dia nyanyi untuk kutip derma agaknya..ramai yang berkerumun..siap tepuk-tepuk tangan..


berjalan menuju ke jalan utama

Dah sampai di jalan utama

sales girl


Jalan kaki sampai ke stesen subway Suehirocho, mula-mula jalan sebelah kanan, kemudian jalan sebelah kiri pula..

sejarah asal-usul Suehirocho - 'unending prosperity'


Berpatah balik ke JR station





penunggang motosikal yang sabar menunggu orangramai melintas


lori promosi Tokyo Mx

 

On the way back to JR Akihabara station, nampak Gundam Cafe ni, ramai juga orang beratur di luarnya..


Time to leave Tokyo..from JR Akihabara, take Yamanote line to Simbashi station..ambil beg and off to Hamamatsucho station using Yamanote line juga..then, take Tokyo monorail to Haneda International Airport..this monorail is covered by JR pass..terakhir guna JR pass..

dah sampai di Haneda Airport

kaunter untuk bag drop
Haneda Airport ni cantik..ala-ala KLIA..hihi..di tingkat satu, ada Edo Marketplace..meh kita kill time ronda-ronda Haneda Airport..flight time pukul 11.45 malam..

Edo Marketplace

Edo Marketplace




Ada juga kapalterbang Hello Kitty

masuk juga sini, original Hello Kitty products

 
Flight path & plane simulation

Jumpa resto ni, macam lambang proton je..nama pun lebih kurang sama..

Tengok menu yang display tu, macam menarik je, lantas masuk dan order yang ni..

spaghetti with prawn and cheese

Dinner for tonite, sebab dalam flight tak order makanan..

Time to leave Japan..huhu..
Time to fly..I'm going home tonight..
----------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, selesai entry pengembaraan selama 8 hari 7 malam di Jepun..menjejakkan kaki di sembilan bandar/bandaraya dan lima pekan kecil :

Bandar/Bandaraya:
Nagoya, Osaka, Hakata (transit), Nagasaki, Hiroshima, Okayama (transit), Kobe, Kyoto dan Tokyo.

Pekan :
Takayama, Kurashiki, Arashiyama, Nara dan Kawaguchiko

The verdict: 
Alhamdulillah, puas hati..walaupun tak dapat  bersakura-san, berhanami atau bergambar dengan daun kaler merah-kuning tapi dapat melihat sendiri negara Jepun yang cantik dan bersih serta budaya orang Jepun, Alhamdulillah..

Jumlah perbelanjaan (untuk seorang)

Sebelum berangkat

Flight tiket : RM1,028.45
Penginapan : RM811.65
JR pass : RM932.00
Jumlah: RM2,772.10

Perbelanjaan di Jepun

Transportation: RM560.27
One-day pass - Nagoya & Tokyo
Skytrain from airport - Nagoya
Bas - Shirakawa-go & Nara
Tram - Nagasaki
Sagano Romantic train - Arashiyama, Kyoto
Teksi - Kobe & Kyoto
ICOCA card - Osaka/Kyoto/Kobe/Hiroshima
Shuttle bus - Tokyo
Subway - Tokyo (Toei subway)
Fujikyu train - Tokyo
Sight-seeing bas - Kawaguchiko

Makan/minumRM395.00
Coin-locker : RM73.80
Entrance fee : RM86.00
Lain-lain (FM/Tshirt/dll): RM420.00
Jumlah: RM1,535.07

Jumlah keseluruhan: RM4,307.17 (exchange rate: 100yen = RM3.07)

Arigato gonzaimas for reading..Japan..endless discovery..

50 comments:

  1. Wah pegi negara matahri terbit. Bestnya..nk kne bce dr 1st entri ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..selamat pergi dan selamat kembali..sila2..

      Delete
  2. Wahhh agk mahal tiket flight tu. Ni mcm bukan beli time promo kan? Bertabahlah... Tp jr pass tu mmg guna abes-abesan la kn.. Ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket promo dah habis..lagipun masa pergi ni time cuti sekolah bulan Sept..ya, betul, memang JR pass tu digunakan semaksima mungkin..dari Nagasaki ke Tokyo..berbaloi jg..

      Delete
  3. beautiful colorful building, belanja memang expected kan lebih kurang pun mesti ribuan, good trip good experience n memory..tak boleh trade with anything...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ribuan tu mesti cecah..antara sikit dgn byk je..boleh lg berjimat-cermat, kalau tak naik teksi sampai 4 kali di sana, physical constraint...ya, betul..good experience and memory..priceless..

      Delete
  4. murah tu 4K++ je JM ritu 5K++...maybe sbb masuk USJ dan beli Kansai Area Pass

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan masih dalam budget, takpe...enjoy life, nak pergi bukannya selalu...'been there, done that'..

      Delete
  5. Replies
    1. masa kat Malaysia lagi, dah cuak..tiga benda tu pun dah nak cecah 3K, ingat nak berjimat-cermat masa kt Jepun..takleh juga..byk sangat constraints/attractions..tapi still below the estimated budget of RM5K..Alhamdulillah..

      Delete
    2. below 5k tu ok sangatlah tu sis, 8 hari 7 mlm tu merendek nihon, jejak kaki sampai ke 9 bandar dan 5 pekan kecil, ohsem sangat! sugoiii!! X3

      Delete
    3. Alhamdulillah..hasil berjimat-cermat dlm bersopping..tapi terbabas jg di Mitsui Outlet Park, Kurashiki..hehe..but in total, still below 5K..

      Delete
  6. Tu belum masuk sjopping lagi rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping brg kecik2 dah termasuk dlm 'lain-lain' RM420, ada satu barang yg dibayar guna credit card, total cost below 5K..

      Delete
  7. syoknye jenis yg tak shopping sangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak byk shopping sangat, utk diri sendiri - satu handbag, sehelai tuala fibre and sehelai T-shirt, yg lain2 - FM, key-chain dan jajan (coklat KitKat) - utk adik-beradik, mereka pesan beli chopsticks..trip kali ni, banyak spent duit utk makan2 dan jalan2..

      Delete
    2. hoho yes, in that sense i totally agree ;3

      Delete
    3. utk trip ni, bawa cash RM2,300=74,000yen, sbb nak cukupkan total RM5K tapi ada baki 24,000yen bawa balik M'sia..duit2 syiling semua dah dilangsaikan di 7-E Haneda Airport, beli kitkat, sweets, air...memang trip ni trip jalan2, makan2..

      Delete
  8. Byk betul benda boleh wat reference utk org yg bakal pegi..dan org yg berangan nk pegi mcm sy ni..hehehe. thks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome, sharing is caring..tapi takdelah details sangat penerangannya...

      project utk tahun 2015 ni ye..well, silalah merancang mengembara ke Jepun..highly-recommended..

      Delete
  9. lama juga wisata ke Jepun tu...belanjanya oklah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja swasta mcm nilah, takleh cuti lama-lama, cuma boleh cuti seminggu + weekends..belanjanya tu takde lah budget sangat dan takde lah mewah sangat, sedang2 saje..itupun control-control juga..

      Delete
  10. seronok nye. entry yg bagus . siap ada tulis budjet perbelanjaan. detail !!
    teringin nak pergi sini. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. sooner or later, In shaa Allah, dapat jejakkan kaki di sini..

      Delete
  11. Akhirnya balik ke tanahair sendiri juga.
    Tapi kakak pasti semuanya masih terpahat di hati dan ingatan
    Walau 'syurga otakku' di sana dah ditinggalkan tapi masih dlm ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. back to working life, back to reality..huhu..pelbagai pengalaman..Alhamdulillah..

      Delete
  12. Salam akak.. terima kasih sebab tnggalkan komen d entry Sireh Lovely Care, produk pencuci wanita turun temurun.. kalau akak berminat untuk tahu lbh lanjut nanti wasap lady ek.. harganya sgt murah .. thn sehingga dua bulan.. tuk bby pun sesuai disapu pada ruam2 gatal.. ni no lady... 0199005689.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...thank you, In shaa Allah, kalau nak order, nanti akak contact lady...

      Delete
  13. Akk, xde buah tgn tuk lady ke.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..takde shopping sangat, adalah sikit-sikit..

      Delete
  14. arigato..
    kebab dia sedap x...mcm menarik ja ada 3 jenis kebab tue...

    sales girl tu jual apa tue?

    bas mcm lori lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try semua kebab..memang sedap, dagingnya juicy, terasa rempah ratusnya...salesgirl tu promote barang2 kat kedai..powerbank,hp, etc...

      lori tu, tersilap..lori dgn bas pun dah tak kenal..hehe..

      Delete
    2. oooo...sedap tue....
      murah tak brgan dri sana...

      Delete
    3. cuma jalan2 di luar kedai je..tak gi buat survey barang2 dlm kedai..sebab takde intention nak beli..

      Delete
    4. enjoy tengok bangunan2, iklan2..

      Delete
  15. 4 k juga bajet noh.... bila la dpt kumpul duit leh p sana...

    ReplyDelete
  16. Nohas....lepas ni nak kemana pulak cadang nya?...kee...nak stay lama dulu baru nak fly lagi?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada perancangan lagi, Bunda....stay dulu kot..

      Delete
  17. Untuk 8 hari dengan boleh cover byk tempat rasanya dengan kos bawah 5K tu berbaloi2 laa... pergi in group boleh share2 bilik dsb. so jimat skit laa... terbaek kak nohas... (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..pergi ramai2 boleh share kos accommodation, boleh ambil dorm ke..lagi jimat..

      Delete
  18. Perbelanjaan yang bagus.. tak shopping sgt.. :D
    even habis 4k tapi cover banyak tempat memang terbaik la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde shopping sangat, sbb sebelum tu dah ke Singapore..kena control budget..hehe..

      Delete
  19. Perhhh... awesome... below 5k... murahnyer.
    boleh lh g...
    tp x der geng... huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cari travel partner yg betul2 sehati sejiwa...kalau gi dgn adik-beradik lg OK..

      Delete
  20. Saya datang study ni kakak...
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. study jgn tak study..akk dulu 6 bln study jepun ni..byk bandar nk kena study train/bus/tram line..gambatte..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...