Tuesday, May 3, 2016

The Spy Who Loved Me

Assalamualaikum...

Tajuk tak menahan..huhu..kita mulakan bulan Mei dgn cerita spy..

Siapa suka cerita penyiasatan? ala-ala Detektif Conan, Nancy Drew, Hardy Boys..tu semua buku-buku cerita zaman sekolah dulu-dulu.  

Nak review movies ala-ala James Bond, yang pump up the adrenalin..yang bikin jantung bergetak lebih kencang, seperti genderang mau perang...Tapi bukanlah cerita James Bond yang tajuk di atas. Yang ni spy movies Korean made. Siapa anti drama Korea?? well, check out spy movies ni, memang best. Semua movies tahun 2013.

Yahh, kebanyakan cerita spy Korea melibatkan kisah rakyat, ejen, spy, Korea Utara, yang berpaling tadah ke Korea Selatan (defector), kemudian jadi buruan spy2 dari the Republik..the Fatherland. Biasalahkan, hubungan Korea Selatan dan Korea Utara ni selalu je tegang, kalau tak, takdelah berjuta-juta askar kat border, di Demilitarised Zone (DMZ). Satu negara komunis, yang satu lagi negara kapitalis.

Ok, first in the list, the Berlin File.


Wow, cerita ni..international level. Jenis fast-pace, bergerak pantas, style movie Bourne Identity Shooting di Berlin, Jerman.

Mengisahkan sepasang suami-isteri yang bekerja di Kedutaan Korea Utara di Berlin. Suami bekerja sebagai ejen perisik, isterinya sebagai penterjemah. Disebabkan satu urusniaga senjata yang gagal, Duta dan penterjemah (isteri ejen) disyaki bocorkan maklumat pada US dan Korea Selatan. Penterjemah yang sedang mengandung, kebetulan check-up di klinik berhampiran Kedutaan US, disyaki nak berpaling tadah ke US.

Rupa-rupanya, semua itu agenda jahat 'commander' di Korea Utara. Seorang spy telah dihantar untuk menghapuskan Duta dan penterjemah. Spy berjaya buat suami (ejen) meragui isterinya, tapi dia dapat kesan, menyebabkan dia dan isteri terpaksa menjadi pelarian.  

Spy berjaya menculik si isteri sebagai tebusan. Pihak Korea Utara dan Selatan memburu si suami dan si suami pula memburu spy untuk menyelamatkan isterinya. Officer Korea Selatan tolong si suami menjejaki isterinya, tapi isterinya mati dan endingnya, open-ended...si suami menyeberang ke Switzerland..dan beli tiket ke Vladivostok, Russia.

Ada sekuel part 2, akan ditayang tahun 2017. 

The Suspect


Movie ni juga ala-ala the Berlin File..fast-pace, bergerak pantas.. Mengisahkan ejen Korea Utara yang berpaling tadah ke Korea Selatan dan bekerja sebagai pemandu. Isterinya dibunuh oleh kawannya sendiri ketika mau berpaling tadah ke Korea Selatan dan anak perempuannya dijual kpd satu sindiket.

Dia menjadi buruan polis selepas diperangkap membunuh bossnya. Boss dia ada satu cip yang nak diserahkan pada Korea Utara dalam satu usahasama kedua pihak. Ada group telah merasuah ketua jabatan polis yang memburu ejen supaya mendapatkan cip tersebut.

Ejen 'on-the-run' tu mendapat maklumat yg anaknya masih hidup dan berusaha mencari anaknya disamping membongkar jenayah kumpulan yang nak cip tersebut dan ketua jabatan polis. Dia ditolong oleh dua orang reporter (yang memburu ejen untuk sesi temuramah) dan seorang ejen Korea Selatan yang tiba-tiba dituduh oleh ketua polis yg jahat tu, bersubahat dengan ejen 'on-the-run' semasa mereka bertemu di Hong Kong. 

Yang kelakarnya, cip yang jadi buruan tu sebenarnya mengandungi formula untuk mencipta baja pokok supaya tanaman menjadi subur bagi mengatasi masalah kekurangan makanan di Korea Utara semasa musim kemarau...hehe..

Red Family


Cerita ni saya tengok di Channel A-List, tahun 2014. Tak dapat nak download. Cerita ni lain sikit - ada part humor, ada suspens dan ada part sedih yang boleh mengalirkan air mata - 'tear jerker'. Banyak bermain emosi dalaman.

Mengisahkan empat spy Korea Utara, menyamar sebagai satu keluarga di Korea Selatan - ada suami, isteri, anak perempuan dan seorang datuk.  Jiran mereka, satu keluarga yang sangat teruk - sepasang suami isteri, seorang anak lelaki dan seorang nenek. Suami-isteri selalu bergaduh, yg isteri pinjam duit 'Along', anak lelaki kena buli di sekolah dan nenek pula suka kat atok spy.  
Disebabkan keluarga spy ni dah banyak tolong jiran mereka - tolong lawan dgn gangster 'Along', yg anak perempuan tolong selamatkan anak lelaki jiran dari kena buli disekolah, dll, menyebabkan mereka berbaik sesama mereka.

Misi spy berempat tu - mendapat arahan untuk bunuh rakyat Korea Utara yg berpaling tadah (defector). Disebabkan dah terlalu lama tinggal di Korea Selatan, mereka mengambil keputusan sendiri untuk bunuh seorang defector yg berprofil tinggi sebab nak dapat 'good impression' supaya dapat balik ke Korea Utara

Rupa2nya defector tu ialah spy yang berpangkat besar di Korea Utara. Mereka dikenakan hukuman kalau nak selamat, kena bunuh jiran mereka. Tapi mereka tak sampai hati nak bunuh. Akhirnya, mereka dikenakan hukuman..wahh, sedih masa ni..


Secretly, Greatly


Movie ni sama dengan Red Family - ada suspens, ada humor dan ada part sedih - tapi banyak part humor.  Mengisahkan tiga top ejen Korea Utara ditugaskan menyelinap masuk ke Korea Selatan, tinggal di satu komuniti dan tunggu arahan dari republik. Seorang menyamar sebagai yg ada 'mental problem', seorang 'rocker wannabe' dan seorang budak sekolah.

Yang ada 'mental problem' tu dapat mak angkat, kerja sebagai pembantu kedai. Part dia ni yang banyak 'humor'. Gila-gila sikit, sama dgn rocker wannabe. Yang budak sekolah tu serius sebab dia lg terer dari depa berdua.

Disebabkan mereka ni terer, mereka gunakan skill untuk selesaikan masalah-masalah di tempat mereka tinggal - budak kena culik, perempuan kena kacau dgn stalker. Takde sapa yang suspek mereka ni sebenarnya 'ejen berprofil tinggi'. Setelah sekian lama tinggal di Korea Selatan, tiba-tiba mereka dapat arahan supaya bunuh diantara mereka. Mereka nak lari tapi spy dari republik dah dihantar untuk bunuh mereka bertiga kerana langgar arahan.

--------------------------------------------------------

Amacam, ada movies diatas yang pernah tengok? Ada juga Korean spy drama in the list tapi tak habis tengok lagi, 16 episod, tajuk The Spy (2015) yang diadaptasi dari drama Israel, the Gordin Cell. 


Bila dengar je drama Israel, memang teruja nak nonton..macamanalah bentuk drama dari negara tu...perghh, memang intelligence...plots involved genius analyst, information analysis, IT security, mak ex-spy, anak pun spy, girlfriend double-spy...huhu..tapi episod awal tu slow sikit, tu yang malas nak sambung tengok. US dan Rusia pun ada adaptasi drama the Gordin Cell ni..power giler cerita ni..

Konklusinya, cerita-cerita macam ni saja menambahkan stress tapi enjoyable to watch..jangan blood pressure naik sudahlah kan..hehe..

43 comments:

  1. kalau ada kesempatan masa mmg seronok layan movie spy semua ini menarik citernya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik, kak..sesekali layan movie spy Korea..asyik tengok cerita Amerika je, bosan jg..tapi Bourne Trilogy tu mmg best..

      Delete
  2. Kena layan satu-satu gak movie ni, Nohas. Macam best jugak tapi satu saja masalah SB bila nengok movie..blum setengah jam pon, movie pulak yang tengok SB..zzzzzz..boleh tdo terlelap walaupun bedengung mcm mana pon sound effect nya..alahaii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok movies ni mmg tak leh nak tido...terutama yg dua tu, jantung berdegup kencang...hihi..

      Delete
  3. Kita dah tgk secretly greatly dlm flight on 2013... kita menangis demgan sangat teruk.... sangat sad ending...

    Sad ... very very sad...
    nangis sungguh2 menontonnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ending dia mmg sangat sedihkan...scene hero nk tinggalkan mak angkat dia...mereka semua sanggup mati drpd bunuh each other..

      wahh..boleh nangis bersungguh-sungguh dlm flight..hihi..

      Delete
    2. Betullll nanges... meleleh ayour mate...
      siap g toilet kna basuh muka...
      #buatmalu je

      Delete
    3. Sy sedih sbb "adik angkat" dia dr north korea tu kan dtg sbb kna instruct utk bunuh dia... tp budak tu sayang n respect sgt kt dia ... sampai sanggup mati protect dia... sedihhhhh nyeee

      Delete
    4. Sbnr nya dia tak mati kan? Adik angkat dia tu je yg mati kan?

      Delete
    5. kdg2 tk leh control, air mata automatik keluar...adik angkat dia mmg respect kt dia, tapi hero tu pun kena tembak teruk2 jg, masa cover adik angkat dia..

      Delete
    6. rasanya dia tak mati, sbb dia ada tulis something kat belakang frame gambar kt luar rumah mak angkat dia..

      Delete
  4. Akak ada cd / download semua ni ke kak? Naakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiga je ada..Red Family takde, tengok ada kt IMDb..tk tau nk download cammana..

      Delete
    2. 3 yg ada tu akk download ke? Cer ajar camna nk download...

      Kih kih kih... x pun share kn je lh...

      Delete
    3. akk download dr website dorama x264...nanti akk share kt dropbox, in shaa Allah..

      Delete
  5. Dah lama akak tak buat movie review in details... sy nk pinjam movie2 dulu tu kak... boleh tak... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie dulu tu, yg wat review tu, memang tak download..Myn Bala tengok kt youtube..Blissful Sunflower & Mandariniid tengok kt TV..Mandariniid ada jg kt youtube...Kingdom of Heaven ada CD..

      Delete
  6. Kakak ingatkan reality ada spy yg sukakan No:)
    Movie alkisahnya. Ini mesti khusyuk menonton. Tapi yg pasti tengok movie spy macam ini mesti sentiasa berdebar-debar nak tunggu endingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie2 spy yg femes, filem James Bond..tu yg teringat tajuk the Spy Who Loved Me..hihi..mmg menonton citer mcm ni sentiasa berdebar-debar..kdg2 jerit 'cepat2'..ada happy ending, ada yg sad ending, hero semua mati..

      Delete
  7. Best kan ceritanya selalunya lain dari biasa apa lagi pasal spy. Kalau sedih memang sedih kalau kelakar memang kelakar slumber ja. Dan kadang banyak mengajar tentang kehidupan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Red Family & Secretly,Greatly..mmg byk papar kisah2 kehidupan manusia..pelbagai emosi..

      Delete
  8. akak pun suka layan filem2 mcm ni..berdebar2 nak tau endingnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berdebar menanti endingnya..dag dig dug..

      Delete
  9. menarik semua, kita tengok jadi berdebor

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berdebor..jika kau rasa getarnya..highly recommended..

      Delete
  10. banyak cerita menarik sampai tak terlayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan2..saya pun nonton 4 filem ni dlm masa 2 tahun..

      Delete
  11. Alamak kenapa tak pernah tengok ni, macam best.memang nak jadi detective dengan seorang kawan kami dua2 berangan nak tinggal dalam bot. Lost contact with her :( so boleh la spy on her kan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. korean movies kurang publisiti kt M'sia, drama je yg femes...wahh, cita2 nk jd detektif...spy on her on the internet, kot2 ada nama dia dlm world wide web..

      Delete
  12. Wohooo nice review sis... high-five skit~ XD

    Uuuu Red Family tu macam menarik, maybe akan tengok jugak nih X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi-5..sep2..Red Family mmg best, akk pun teringin nk tengok sekali lg..

      Delete
  13. Tetiba entri masjid tu hilang dari pandangan ketika kakak nak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, trpaksa 'revert to draft' sekejap..dah on balik..

      Delete
  14. Lama dah tak tengok cerita korea ni..
    Sekali sekala layan, best jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala layan, mmg best esp cerita spy..bikin berdebar...

      Delete
  15. penah tengok Secretly Greatly je out of your listed movies..suke bab si mental patient tu, lucu sangat..tp ending hampeh haha *sbb tak ikut what I want*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero yg mental tu mmg lucu..boleh pulak ada babak berak tengah jalan..hihi..ya, betul, endingnya..kena buat rumusan sendiri..

      Delete
  16. saya mmg suk tgk cerota spy dan action movie . sasaran selalunya di kix hd tapi byk lak movie berulang sma juga dgn box office ... movie kat atas tu saya blm tgk semuanya , rasanyalah ... james bond dari start Ian Flamming lagi saya tgk , mission impossible saya mmg ikuti sbb suka tgk tom cruise ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. astro byk ulang movie yg sama...filem james bond yg sy betul2 tgk masa Pierce Brosnan jd james bond..Goldeneye..sbb suka pierce brosnan dlm Remington Steele..mission impossible pun best jg..esp yg berlakon kt Shanghai..

      Delete
  17. nice review...buat tertarik nak tengok,tk pernah lg tgok movie korea ni,slalu layan drama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..menarik movies ni..

      Delete
  18. aduhh! dah salah faham..ingatkan ada org 'LOVE' kakt Nohas kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja..bikin gempak..huhu..tajuk citer James Bond..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...