Thursday, August 11, 2016

Khadijah's Kitchen & RISM Charity Run

Sambung aktiviti 'weekend' di Petaling Jaya.

Sebelah malamnya, dah cukup korum, diskusi nak dinner kat mana. Yang paling dekat, A&W, jalan kaki je tapi semua malas nak makan fast food.  So, we had dinner at Khadijah's Kitchen di Seksyen 11, PJ.

Old timers mesti kenal Datuk Khadijah Ibrahim ni, penyanyi tersohor zaman 80'an. Lagu femes...Ku gembira di samping mu...

Dari Shah's Village, kena buat 'one big round' sebab jalan2 utama di bandaraya Petaling Jaya ni dah jadi jalan sehala.
 
 
 interior


Saya dan Mel order Nasi Goreng (FBI) Datin Seri Faridah Sedap Gila - dalam buku menu, tulis macam tu. Meh kita tengok, sedap ke idok...

 appetiser - cekodok sayur

 the main dish

macam-macam ada - nasi goreng, udang goreng, telur mata kerbau
sayur campur, sambal belacan, sate ayam, papadom, timun

Harga - 19.90 set sekali dengan air teh limau ais & dessert of the day. Dessert haritu ialah bubur pulut hitam, yang sangat sedap, lemak berkrim.

The verdict: Memang sedap, recommended. Nasi gorengnya ada petai..

Sarah order nasi putih, asam pedas ikan tenggiri dan kailan ikan masin. Pun sedap juga dengan kuah asam pedas yang pekat, masam, masin serba cukup..

~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Dah habis dinner, singgah outlet A&W yang besar lagi femes kat PJ ni. Sebelah hotel je. Ada dua outlet A&W di sini, satu lagi yang dalam PJ Palms Sports Centre.


 outlet A&W yang femes kat PJ

Beli chicken coney, tapau untuk breakfast pagi esok. Walaupun hari minggu, A&W ni dibuka 24-hour, tapi dah tak sempat nak singgah pagi esok. Awal-awal pagi lagi, selepas Suboh, dah kena gerak.

 memang popular float di sini - root beer + ais krim

Balik bilik, buat persiapan untuk pagi esok. Iron tudung, siapkan kasut. Timbul pula drama sebabak. Mel terlupa bawa stokin...huhu...dah takde mood nak join event. Dia cakap nak tidur je dalam bilik.

Nak gi 7-E, semua dah malas nak keluar. Telefon budak2 lain yg join event, suruh bawa extra stokin. Problem solved.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad, 31 Julai 2016.

D'day. The Run @ Taman Jaya, Petaling Jaya.

The RISM Charity Run. 

Pagi pukul 5.00 dah bangun. Buat warm-up sikit. Sesi regangan. Selepas solat Subuh, makan chicken coney. Breakfast dulu, nanti pengsan, susah.

Joel datang bawa stokin untuk Mel, naik kereta dia ke Taman Jaya..yeayy, save energy. Kalau tak, kami nak jalan kaki je...huhu..jauh juga..

fajar menyingsing

Chiit..kata pukul 6.30 pagi, nak flag off. Masih lagi gelap-gulita. Kelam-kabut kitaorang. Tengok2 pukul 7.00 pagi, baru berlepas.

dah terang

Jumpa member-member office yang lain, ada yang masuk kategori terbuka, berkumpulan, korporat. Teruja..takut pun ada, boleh ke habiskan 7 km tu, dah lah tak training...tawakkal je...ambulance ada..

pelepasan untuk kategori 7km men open
aiseyy...pistol tak meletops pulak..

running women

dah tammat

Alhamdulillah, dapat habiskan larian dalam masa 1 jam. Lebih banyak berjalan dari berlari. Antara kami bertiga, Mel yang habis dulu, saya kedua, Sarah last sebab terpaksa berhenti rehat, kaki cramp.

Overall, we had fun join this event. Memang mencabar minda dan fizikal sebab ingatkan jalan rata je, rupanya ada part yang kena mendaki, turun bukit, terutama di Seksyen 5, dekat Bukit Gasing..

 
 the route

HR manager & PJ office director siap singgah Restoran Raju, pekena teh tarik ...haha..kelakar tapi dapat medal juga sebab HR Manager join group. Ahli group yang lain berhempas-pulas lari..nak score tempat..tak aci, tak aci..

Kami tak tunggu acara penyampaian hadiah (sebab dah tau mesti tak hadiah punya, stock belakang2), terus balik hotel, sejukkan diri dalam air-cond, mandi-manda and check out pukul 12.00 tengahari.

Mel dan Sarah sambung aktiviti di AmCorp Mall, saya balik rumah and zzz..letih giler. Rumah terbuka pun tak pergi..

Sekian, percutian khas di PJ sempena charity run..

32 comments:

  1. nasi goreng tu memang macam sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap nasi goreng tu...recommended..

      Delete
  2. Doulu-dolu float a&w memang top sekali. Kiranya fast food yang mula-mula muncul sebelum Mcd dan kfc . Tapi sekarang tak taulah samada rasanya masih sama seperti dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..dulu2 A&W ni femes, sekrg ni dah kurang, outlet pun dah tk byk...dah lama jg tak makan A&W..

      Delete
  3. jalan baru tu memeningkan. tetiba kena buat pusingan jauh gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jauh kena pusing, follow the flow...laju je..

      Delete
  4. Kakak ingatkan dah makan kat restoran Katy tu makan A&W lagi lagi - memang wow kalau betul:) Tapau utk energy nak lari kisahnya.

    Tak dpt hadiah tak apa sebab tujuan charity dah tercapai. Dpt beriadah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapau siap2 breakfast..hehe..

      lari for fun..tetiba beriadah lasak mcm ni..

      Delete
  5. wah kuat juga stamina mampu habiskan larian dlm sejam..tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. stamina dh kurang kak, balik rmh terus pengsan tidur..sambung tido mlm lg..hehe..

      Delete
  6. Assalamualaikum,

    Bagaimana ya jika saya nak dapatkan Puan/Tuan untuk membuat review laman web?
    Terima Kasih

    Salam hormat,
    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam..

      Akak ni tk pernah buat review website..nanti akk email..

      Delete
  7. Wah wah..berlari-larian yea...good..keep up the stamina..
    dengar cerita site A&W tu nak kena developed...hmmm if..yes hilang ler nostalgia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk berjalan drpd berlari..charity walk..

      lama sungguh outlet A&W tu ada kt PJ, mmg nostalgia sungguh..biasalahkan..lokasi strategik, more $$$..

      Delete
  8. Replies
    1. utk marketing..lagipun harga mahal + service charge, tisu pun mesti lah gempak jg..hihi..

      Delete
  9. Blh lak ngeteh jap yer ... heheheee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fun run..rileks2..tu yg sempat ngeteh lg..hihi..

      Delete
  10. Macam-macam ada dalam satu pinggan tu. =)

    Seronoklah exercise pepagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg nak dimakan..hihi..

      best jg, jalan2 pepagi..

      Delete
  11. Wow sis, join acara running tuuu... tabik spring la saya kat sis :D

    Nasi goreng meriah siap ada petai, sekali dengan dessert dan air minuman, below RM20. OK sangat tu, kenyang sampai ke malam kalau lunch macam tu, meriah betul set tu~ *thumbs up* :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. lbh byk berjalan sambil enjoy suasana PJ in the morning..

      mmg meriah nasi goreng FBI..mcm2 ada, mmg lengkap..

      Delete
  12. saya kalau nak pekena A&W taim balik semban...kat sebelah tasik...rasa masih cam dulu lagik...rootbeer float

    ReplyDelete
    Replies
    1. rootbeer float tu mmg sinonim dgn A&W..popular betul...

      Delete
  13. Bagus nohas..
    Rajin joint mcm ni..
    Akak kalau bab lari2 ni mmg surender lah..
    Akak ikut charity yg free market je nohas..
    Kumpul brg2 akak n sedekahkan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time join ni...lbh byk jalan drpd berlari, tak larat, kwsn berbukit...

      bagus buat free market, bersilaturahim sambil beramal..

      Delete
  14. Berbaloinya beli mkanan hotel tu...mcm2 ada,yg pnting sedap.Syoklah join event mcm ni,wp letih tapi meriah kan sbb lari beramai-ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi nasi goreng tu, bukan di hotel tapi di Khadijah's Kitchen...

      mmg letih, maklumlah tkde training, tetiba terus jalan 7km..semput jg nk habiskan..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...