Sunday, September 25, 2016

Prospek Usahawan & Hartanah

Assalamualaikum..

Salam malam Isnin...baru nak update blog...hehe..

Jom baca 'something heavy' malam ni...menambah ilmu perniagaan dan hartanah...walaupun bukan ahli perniagaan, sekali-sekala baca, best juga..mana tau kan..esok lusa kita minat nak berniaga...atau jadi pelabur hartanah mcm Donald Trump..ke dah start?...bagus, bagus..

Walaupun ilmu-ilmu macam ni, banyak bertebaran di internet, boleh baca online, boleh download..tapi tak dapat nak challenge nikmat membaca secara 'face to face' dengan 'real' buku dan majalah..

Jom baca..majalah dalam bahasa Melayu ni...yang diterbitkan oleh Pejuang Media Sdn Bhd.


Prospek Usahawan Malaysia
Meneraju ilmu keusahawanan dan kewangan

Majalah diatas yang ada gambar depannya Dr Azizan Osman ni ialah keluaran kedua pada Mac 2016. Seperti kata editor Zulhilmi Ghouse, majalah ni menyajikan banyak maklumat dan petua untuk perniagaan, khas buat mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. 

Diantara kandungan yang ada..


Wawancara dengan ahli perniagaan/pakar motivasi, Dr Azizan Osman memang menarik dengan tip-tip perniagaan. Kunci utama bagi sebuah perniagaan ialah penghasilan duit - jangan buang masa mendapatkan produk terbaik di dunia tetapi tidak tahu cara untuk menjual dan memasarkannya. Kunci kedua - bijak menguruskan perniagaan dengan membina sistem yang betul dalam bidang yang diceburi dan kunci ketiga - pengumpulan kekayaan.

Banyak maklumat-maklumat perniagaan terkumpul di dalam satu majalah - highly recommended.

Jom mendalami ilmu hartanah pula..

Prospek Hartanah Malaysia
Meneraju ilmu pelaburan dan pemilikan hartanah

Majalah diatas ialah isu #21 pada April 2016. Gambar Datuk Bandar KL - Datuk Seri  Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz...mungkin ada warga KL yang tak kenal...hihi..

Diantara isu-isu yang ada dalam majalah ni..



Majalah yang memaparkan pelbagai isu hartanah di Malaysia yang boleh dijadikan landasan sebelum pemilikan hartanah dan juga untuk pengembangkan pelaburan berasaskan hartanah. 

Ada nampak kan statement 'Hinggakan Bekas Isteri Dihalau' kat muka depan majalah ni. 

Memetik nota Ketua Editor .."Artikel ni ditulis oleh seorang peguam Nazri Mustafa. Beliau menceritakan kisah seorang lelaki yang sudah menjual rumahnya, namun proses jual beli tersekat kerana pembeli tidak dapat memasuki rumah kerana bekas isteri penjual masih lagi tinggal di dalam rumah itu dan enggan keluar. Sedih saya membayangkan nasib anak mereka. Terkadang dalam hal cinta, benci dan harta, kita buta hati. Apalah nilai ratusan ribu ringgit atau separuh nilai sebuah rumah berbanding kesejahteraan anak? manusia, manusia.." 

Di celah-celah kehidupan, akan ada cerita-cerita sebegini...ada juga yang akhirnya jadi gelandangan kerana tidak mampu menyewa rumah..

Kedua-dua majalah ni memang mengujakan minda dan menambah ilmu..sesuai dibaca untuk semua golongan. Harga RM8.00, saya tak beli, saya baca je sebab company yang beli...hihihi..

Happy prosperous week ahead..

32 comments:

  1. Selamat malam Nohas
    Sedihkn ada jugak rupanya org yg hanya memikirkan duit duit sanggup halau bekas isteri dan anak..
    Macam nak beli jugak lah malajah ni Nohas
    Tapi tk tau ada ke tak disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat petang Kak Noor, bila dh bercerai, mcm2 akan brlaku..cinta mnjadi benci...tak tau ada tak di jual di Brunei, boleh je langgan online, depa pos ke rumah..

      Delete
  2. Hihihi. Esok nk cari kat library

    ReplyDelete
  3. Bisnes hartanah bila berjaya memang asyuk.. Banyak ilmu yang harus ditimba terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...dari pelaburan hartanah, can get passive income & capital gain..

      Delete
  4. Sedih pulak membayangkan isteri dia tak nak keluar tu
    Tapi apa kan daya itulah realitinya
    Ilmu dan kecekalan kena ada dlm sesuatu hal.

    Kakak belum nampak lagi magazine ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. realiti kehidupan..bila sudah bercerai, terpaksa bawa haluan masing2..

      belum meluas lg kot pasaran majalah ni..

      Delete
  5. Majalah dgn artikel ilmu menarik mesti fokus membacanya tu

    ReplyDelete
  6. menarik info,mmang tak perasan wujudnya magazine ni sebab kurang ambil tahu pasal kedua bidang ni,tpi seharusnya ptut ada asas juga kan sebab mmg sangat membantu dlm urusan2 tertentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, kena ambil tau perkara asas terutama ttg hartanah..sbb rumah satu keperluan..kdg2 kena urus tanah2, rumah2 pusaka..

      Delete
  7. SB pon suka bhn bacaan mcm ni banding dr ebook,Nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening sikit baca e-book..lbh suka yg konvensional mcm ni..

      Delete
  8. Waaa business... I am so not a business minded person, business is a lost world of tambun to me... huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, business ni kureng sikit..pernah jugaklah jual kuih raya kat ofis,..stress..hehe..

      Delete
  9. azizan osman tu bkn dr betul pun..phd pun palsu.. tp sebab dia pandai temberang smua orang ikut dia & pejam mata dia..majalah ni nmpk best tp si penipu pulak jadi cover..hampeh rsenye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh..ye ke..akk pernah sekali gi seminar dia, sbb x minat niaga, dah tak ikut..

      'don't judge a book by its cover'..hihi..isi dalamnya byk yg ok..

      Delete
    2. mesti pergi yg free tu kan? klu dh tgk cover pun rase mympah, macam mana nak membelek isi dlmnye..huhu..tunggu keluarn bulan lain la...

      Delete
    3. seminar yg free kt Wisma MCA tu, tetamu jemputan penulis buku politik..

      baru baca penafian UM ttg phd..huhu..tak sangka..ramai betul pengikut dia ni..masuk tv alhijrah lg..yg tu edisi bln Mac..dont worry, gambo front page lain2..hihi..

      Delete
  10. saya sudah lama nak mengidam jadi ahli perniagaan..tetapi tak tahu bila pulak nak start

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah..dah ada niat, bekerja ke arah itu..the law of attraction..

      Delete
  11. tak lama byk rakyat akan jd gelandanggan sbb xmampu nk beli rumah mampu milik

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jg rumah PPR yg sewa bulanan RM124, bolehlah kot nak menyewa..rumah mampumilik kt KL, mostly hrga RM300,000..huhu..kena berjimat-cermat utk bayar bank..kena dual-income..

      Delete
  12. sedih bila sanggup halau anak isteri tu.. huhu...
    majalah2 mcm ni memang bermanfaat utk dibaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau si isteri yg curang, ok jg lah tindakan tu..tapi kalau isteri yg taat, berkorban segala, memang tak patut sungguh kan..kesian kat anak2..

      banyak ilmu boleh dipelajari..dlm satu majalah..

      Delete
  13. Utglah nohas dpt baca free . APA pun persengketaan antara IBU dan bapa, kebajikan anak wajib diutamakan... Kat akhirat kena jwb tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. company ada beli..kalo tak, rasanya tak beli kot..hihi..ya, betul, ibubapa bercerai, kdg2 anak jd mangsa..

      Delete
  14. assalammulaikum.kak...majalah yg bagus ni..irda suka informatif mcm ni.thanks you for sharing kak...happy holiday maal hijra

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, Irda...semoga bermanfaat, you're welcome..happy maal hijrah to you too..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...