Thursday, 17 August 2017

Chinlone = sepakraga bulatan?

Semangat sukan SEA!!!

Chinlone -penyumbang pertama pingat emas negara.

Pagi semalam tertengok tv kat pejabat, menarik lak game ni, first time tengok...

 team chinlone Malaysia
 
Ofismate yang lain pun sama berkumpul depan tv, diskus game apa ni,  ada yang kata sepak takraw, ada yang kata sepakraga, rupa-rupanya chinlone..

Masa sukan SEA tahun 2013 di Myanmar, dah ada game ni dipertandingkan. Chinlone ni rupanya permainan kebangsaan/tradisional negara Burma.

Dalam artikel online, depa cakap Chinlone ni sukan baru di Malaysia, tapi rasa macam dah lama ada..sama macam sepakraga bulatan, permainan tradisional zaman dulu kala..

Dapat info ni dari blog permainan tradisional -http://permainan-tradisional-08.blogspot.my 

Sepak Raga Bulatan
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

 
Cara Bermain
 

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Lebih kurang sama dengan game Chinlone, kan, kan.  

Ada banyak kategori game Chinlone - linking chinlone, non repetition primary dan non repetition secondary. Macamana permainannya, jom check jadual sukan SEA. Yang diatas tu linking chinlone..cool je depa timang bola. 

Tahniah untuk semua pemain. Majulah sukan untuk negara.

22 comments:

  1. TAHNIAH KPD SEMUA ATHLET NEGARA KITA PEMENANG PINGAT EMAS PERAK GANGSA SUKAN SEA

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mengharumkan nama negara..

      Delete
  2. Ooo, baru tau. Hehe... thanks for the info sis :D

    Wajib sokong team Malaysia! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..akk pun sama, baru first time tengok game ni..

      Delete
  3. Saya pun baru kenal game ni dalam Sukan Sea KL 2017 ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita...sukan SEA kt Myanmar dulu tk tengok..hihi..

      Delete
  4. Paah tak brapa tengok sukan... Main sukan ok... Kikiki... Tapi apa2 go team Malaysia...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu suka bersukan..sekrg tengok2 mcm tu je..
      ok, will visit your blog..

      Delete
  5. Saya langsung tak tahu apa-apa pasal sukan ni nohas... sebab tak minat... walaupun suka berenang tapi bila ada event saya tak pernah tonton dan tengok pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dh kurang jg bab sukan2 ni..tapi sebab kt ofis, asyik buka sukan SEA ni, kdg2 tertengok jg..hihi..

      Delete
  6. First time dengar chinlone ni masa tgk sukan sea hari tu. Sblm ni sy pun x tahu apakah chinlon ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ramai yg first time tgk game ni masa sukan SEA...ingatkan depa main sepakraga..rupanya game dari Myanmar..

      Delete
  7. wah baru tau jga acara ni,tk smpat folo sukan sea tp bangga sbb ramai atlet menang emas....hebat Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time kan tengok game ni...akk pun x brp folo..cuma tgk sikit2 kt ofis..

      Delete
  8. tak sempat tgk lg. apa pun tahniah bt pasukan kita. bru tahu nama game ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. game baru..walaupun cam dah lama ada..

      Delete
  9. Kali terakhir SS follow sukan SEA umur 12 tahun... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tu...akk pun x follow sgt...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...