Wednesday, May 29, 2013

South Korea : The Guesthouse

Kali ni nak cerita guesthouse yang jadi rumah kami selama tujuh malam di South Korea.  

Alamat penuh: Kimchee Myeongdong Guesthouse, 35-16, Supyo-dong, Jung-gu, Myeongdong, Seoul.  Supyo-dong ni, jalan kecik je, not a main road, off Jalan Euljiro (main road).
Euljiro - the main road

Stesen subway yang terdekat ialah Euljiro-3 (sam)-ga, Exit 2.  Stesen ni kiranya stesen subway yang besar juga, ada dua line, Line 2 dan Line 3.  Kawasan GH ni kalau dalam neighbourhood map yang ada di stesen ditulis sebagai ‘tiles arcade’. 
 
 

ikut exit ni
Memang banyak kedai jual tiles, macam kat Jalan Ipoh KL, ada jual jubin, kepala paip, tombol pintu, bathtub, macam-macam lagilah.  Tingkat bawah Guesthouse ni pun kedai hardware juga. Dari segi pemandangan, tak berapa menarik sangatlah.  Satu deret dengan GH, cuma ada satu café, yang lain kedai-kedai hardwareBila malam, kedai-kedai ni tutup, jadi kawasan ni sunyi dan agak kelam.
 
Tiles ni malam-malam pun letak kat luar je
Supyo-dong
kedai-kedai hardware di sepanjang Euljiro
Guesthouse di tingkat tiga, bangunan 5-tingkat ni takde lif ya kawan-kawan. Ground floor, ada kedai hardware, tingkat satu – ada club apatah. Masa mula-mula sampai tu, dengan beg-beg besar nak diangkat tapi Alhamdulillah, ada receptionist (lelaki) yang turun (dia nampak dari CCTV), tolong angkat beg, semput juga nak bawa naik. Receptionists bertukar-tukar, mereka ada duty roaster. GH ni basic sahaja, tak provide breakfast, room rate semalam 55,000won. Ada wifi dalam bilik, laju juga..

main entrance
Takde proper kitchen, microwave dan water dispenser semua dekat reception area. Tong sampah untuk barang2 yg boleh di-recycle pun di sini juga. 



Reception area
Ada microwave, tong sampah & water dispenser & free coffee & tea
Jom survey guestroom.  Bilik kami di tingkat 4. Bilik 406. Pintu bilik siap ada gambar pemandangan, mcm zaman 70an...huhu.


Bilik, overall OKlah, tapi macam old skool sikit, not a moden type. Facilities cuma ada air-conditioner, hair dryer dan TV ni. Ada tingkap kecik, boleh dibuka untuk natural air-cond. Ni masa nak check-out, berselerak sikit.
TV saja yang nampak moden
Queen-sized bed

Bilik air OK, modenlah sikit.  Bath foam dan shampoo disediakan, brand LG lagi.  Kalau di Malaysia, LG ni cuma brand TV dan handphone, tapi di sini ada household products, untuk pasaran South Korea saja.
 
brand LG
Yang menarik di sini ialah Escape Rope ni. Tergantung di dinding. Sekali pandang ingatkan Escape Route, rupanya rope (tali). Ni baru real. First time nih. Ingatkan South Korea ni moden, fire escape macam ni pun ada. Yelah, bangunan lama, nak tebuk buat tangga emergency, tak berbaloi kot.

First time tengok peralatan emergency ni
Peralatan yang ada - tali, lantern (lampu le kot) dan topeng muka. Kalau ada kebakaran dalam bangunan ni, rasanya ada kot yang mati sakit jantung nak keluar bangunan guna kekdah ni, atau ada kot yg mati terbakar, terkebil-kebil, terkial-kial, macamana nak guna peralatan ni.

Tingkap untuk emergency exit
Tempat nak exit nya kat tingkap kecik ni je, kalau semua guests nak turun serentak, macamana, ek? ottoke, ottoke..mungkin ada yang terjun tiruk, lagi cepat..so, sapa-sapa yang nak duduk GH ni, kenalah belajar absailing atau rock climbing, in case of emergency..hehe..

Locationwise, GH ni sangat convenient dari segi kemudahan subway line iaitu Line 3. Line 3 ni considered powerful line sebab dia melintang dan bersambung dengan semua line subway utama. 

Stesen Euljiro-3 (sam)-ga cuma satu stesen saja dengan stesen Jongno-3 (sam) ga ikut Line 3. Di stesen Jongno-3(sam) ga, ada dua line lagi (Line 1 dan Line 5). Dan juga satu stesen dari Chungmuro, yang ada Line 4. Memang senang nak merancang perjalanan dengan subway. Nak ke Myeongdong, boleh jalan kaki je

So, dari pengalaman saya, sapa-sapa yg nak gi Seoul, carilah hotel yang dekat Line 3, In shaa Allah, memang mudah..kurang sikit tukar-tukar line subway sebab nak jalan dari satu line ke line tu kadang-kadang jauh juga.

12 comments:

  1. saya ke sana menginap di area myeongdong jugak...hehehe

    ReplyDelete
  2. myeongdong bahagian ni tak berapa happening

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Eh kebetulan pulak kita..sayapun pergi dengan kakak dan memulapun kami dh book guesthouse ni tp cancel

    ReplyDelete
  4. W'salam,

    Pergi dgn keluarga senang nak berurusan. Nasib baik Zila cancel, sbb takde lif..semput naik tangga..

    ReplyDelete
  5. Salam...nak tanye, kat dalam bilik ade wifi tak?

    ReplyDelete
  6. W'salam, ya, dalam bilik ada wi-fi..

    ReplyDelete
  7. ayat last tu...mksdnya mcm gh ni x best la kan...

    ReplyDelete
  8. nak kata tak best, locationwise, OK jg, dekat dgn station subway & tak berbukit. Tapi malam2 lorong ni sunyi,takde orang sgt..rasa takut jg, tapi Alhamdulillah, takde apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. masa pergi tahun lepas 55,000 won, lbh kurang RM170 inclusive tax..

      Delete
  10. duit takda mamng tak happening la

    ReplyDelete
    Replies
    1. budget travel pun ok, yg penting sight-seeing, kurangkan shopping, makan2 boleh jimat..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...