Kali ni nak cerita guesthouse yang jadi rumah kami selama tujuh malam di South Korea.
Alamat penuh: Kimchee Myeongdong Guesthouse, 35-16, Supyo-dong, Jung-gu, Myeongdong, Seoul. Supyo-dong ni, jalan kecik je, not a main road, off Jalan Euljiro (main road).
Alamat penuh: Kimchee Myeongdong Guesthouse, 35-16, Supyo-dong, Jung-gu, Myeongdong, Seoul. Supyo-dong ni, jalan kecik je, not a main road, off Jalan Euljiro (main road).
Stesen subway yang terdekat ialah
Euljiro-3 (sam)-ga, Exit 2. Stesen ni
kiranya stesen subway yang besar juga, ada dua line, Line 2 dan Line 3. Kawasan GH ni kalau dalam neighbourhood map yang ada di stesen ditulis sebagai ‘tiles arcade’.
ikut exit ni |
Memang banyak kedai jual tiles, macam kat
Jalan Ipoh KL, ada jual jubin, kepala paip, tombol pintu, bathtub, macam-macam
lagilah. Tingkat bawah Guesthouse ni pun kedai
hardware juga. Dari segi pemandangan, tak berapa menarik sangatlah. Satu deret dengan GH, cuma ada satu café,
yang lain kedai-kedai hardware. Bila malam, kedai-kedai ni tutup, jadi
kawasan ni sunyi dan agak kelam.
Tiles ni malam-malam pun letak kat luar je |
Supyo-dong |
kedai-kedai hardware di sepanjang Euljiro |
main entrance |
Takde proper kitchen, microwave
dan water dispenser semua dekat reception area. Tong sampah untuk barang2 yg boleh di-recycle pun di sini juga.
Reception area |
Ada microwave, tong sampah & water dispenser & free coffee & tea |
Jom survey guestroom. Bilik kami di tingkat 4. Bilik 406. Pintu bilik siap ada gambar pemandangan, mcm zaman 70an...huhu.
Bilik, overall OKlah, tapi macam old skool sikit, not a moden type. Facilities cuma ada air-conditioner, hair dryer dan TV ni. Ada tingkap kecik, boleh dibuka untuk natural air-cond. Ni masa nak check-out, berselerak sikit.
TV saja yang nampak moden |
Queen-sized bed |
Bilik air OK, modenlah sikit. Bath foam dan
shampoo disediakan, brand LG lagi. Kalau
di Malaysia, LG ni cuma brand TV dan handphone, tapi di sini ada household
products, untuk pasaran South Korea saja.
brand LG |
Yang menarik di sini ialah Escape Rope ni. Tergantung di dinding. Sekali pandang ingatkan Escape Route, rupanya rope (tali). Ni baru real. First time nih. Ingatkan South Korea ni moden, fire escape macam ni pun ada. Yelah, bangunan lama, nak tebuk buat tangga emergency, tak berbaloi kot.
First time tengok peralatan emergency ni |
Peralatan yang ada - tali, lantern (lampu le kot) dan topeng muka. Kalau ada kebakaran dalam bangunan ni, rasanya ada kot yang mati sakit jantung nak keluar bangunan guna kekdah ni, atau ada kot yg mati terbakar, terkebil-kebil, terkial-kial, macamana nak guna peralatan ni.
Tingkap untuk emergency exit |
Tempat nak exit nya kat tingkap kecik ni je, kalau semua guests nak turun serentak, macamana, ek? ottoke, ottoke..mungkin ada yang terjun tiruk, lagi cepat..so, sapa-sapa yang nak duduk GH ni, kenalah belajar absailing atau rock climbing, in case of emergency..hehe..
Locationwise, GH ni sangat convenient dari segi kemudahan subway line iaitu Line 3. Line 3 ni considered powerful line sebab dia melintang dan bersambung dengan semua line subway utama.
Stesen Euljiro-3 (sam)-ga cuma satu stesen saja dengan stesen Jongno-3 (sam) ga ikut Line 3. Di stesen Jongno-3(sam) ga, ada dua line lagi (Line 1 dan Line 5). Dan juga satu stesen dari Chungmuro, yang ada Line 4. Memang senang nak merancang perjalanan dengan subway. Nak ke Myeongdong, boleh jalan kaki je.
So, dari pengalaman saya, sapa-sapa yg nak gi Seoul, carilah hotel yang dekat Line 3, In shaa Allah, memang mudah..kurang sikit tukar-tukar line subway sebab nak jalan dari satu line ke line tu kadang-kadang jauh juga.
Stesen Euljiro-3 (sam)-ga cuma satu stesen saja dengan stesen Jongno-3 (sam) ga ikut Line 3. Di stesen Jongno-3(sam) ga, ada dua line lagi (Line 1 dan Line 5). Dan juga satu stesen dari Chungmuro, yang ada Line 4. Memang senang nak merancang perjalanan dengan subway. Nak ke Myeongdong, boleh jalan kaki je.
So, dari pengalaman saya, sapa-sapa yg nak gi Seoul, carilah hotel yang dekat Line 3, In shaa Allah, memang mudah..kurang sikit tukar-tukar line subway sebab nak jalan dari satu line ke line tu kadang-kadang jauh juga.
saya ke sana menginap di area myeongdong jugak...hehehe
ReplyDeletemyeongdong bahagian ni tak berapa happening
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteEh kebetulan pulak kita..sayapun pergi dengan kakak dan memulapun kami dh book guesthouse ni tp cancel
W'salam,
ReplyDeletePergi dgn keluarga senang nak berurusan. Nasib baik Zila cancel, sbb takde lif..semput naik tangga..
Salam...nak tanye, kat dalam bilik ade wifi tak?
ReplyDeleteW'salam, ya, dalam bilik ada wi-fi..
ReplyDeleteayat last tu...mksdnya mcm gh ni x best la kan...
ReplyDeletenak kata tak best, locationwise, OK jg, dekat dgn station subway & tak berbukit. Tapi malam2 lorong ni sunyi,takde orang sgt..rasa takut jg, tapi Alhamdulillah, takde apa yg berlaku..
ReplyDeleteberapa ek harga utk 1 malam??
ReplyDeletemasa pergi tahun lepas 55,000 won, lbh kurang RM170 inclusive tax..
Deleteduit takda mamng tak happening la
ReplyDeletebudget travel pun ok, yg penting sight-seeing, kurangkan shopping, makan2 boleh jimat..
Delete