Friday, February 14, 2014

The Journey: Satu Changkat, Satu Kota, Dua Kuala

Assalamualaikum..

Kisah perjalanan ke utara, secara ad-hoc, sebab utama nak ziarah bapa saudara di Hospital Taiping. Kena 'mild stroke', ada darah beku dalam otak...huhu..masa tu mak ada di KL, bila  dengar nak kena operate kat Ipoh, kemudian tak jadi pulak, mulalah risau..terus ajak gi Taiping esok pagi, nak ziarah..bagi moral support pada mak saudara..

Arakian, keesokan harinya, dengan membawa baju barang sehelai dua, kami pun bertolaklah ke Taiping. Ikut NSE, banyak trafik. Sampai Gopeng, lalu melencong masuk ke RTC. Dalam risau2 tu, sempat lagi melencong..asyik gi UTC je, jom survey apa yg ada kat RTC pulak. Moh le kite singgoh..
 
RTC Gopeng

gerai buah-buahan - limau tambun mesti ada
medan selera - Anjung Singgah
ada laksa segera - jual kat Mydin RTC

bundle dari Korea - takyah gi Korea
Lepas makan2, sambung perjalanan ke Taiping, keluar tol Changkat Jering, terus ke Hospital Taiping. Tengok bapa saudara, dia nampak OK, Alhamdulillah. Boleh duduk, bersembang-sembang.

Selepas solat jamak, bergerak pulang. Waktu melawat pun dah habis. Nak cari jalan keluar ke Simpang 4, berpusing-pusing bandar warisan ni..tak berapa familiar jalan-jalan di bandar ni. Taiping, bandar lama. Sejak zaman British dah ada..

Masjid jamek berlatarbelakang Bukit Maxwell




Taiping old town
bangunan pasar yang unik
 
bandar warisan
Dah sampai di Simpang 4, apalagi jalan terus, jangan belok2, terjah ke Kuala Sepetang pulak..dah terbayang mee udang..lunch pulak..hehe..

jalan lengang

Tapi kat gerai Mak Jah Mee Udang, punyalah ramai manusia..hebak sungguh..gerai-gerai hiliran pun tumbuh macam cendawan..

full house
dibawah pokok kelapak
Makan apa? Udang lerr..nasi goreng udang, laksa udang berasap (panas or pedas le kot) and the signature dish = mee udang.  Disebabkan semuanya dah kelaparan, order tiga nasi goreng udang dan satu je pinggan mee udang.

gerai laksa udang special berasap..
laksa udang berasap..biasa je..kuah laksa perisa udang





nasi goreng udang
cucur udang, cucur sotong pun ada
Dah habis makan..berjalan ke depan sikit..ada pulak gerai Mee Udang Anak Mak Jah..apa kes? Mak Jah yang sama ke? entahlah..malas nak edisi siasat..

next time singgah sini pula..
Alang-alang dah sampai di Kuala Sepetang, jom ronda-ronda pekannya pula..kawasan nelayan..di tepi Sungai Perak/Selat Melaka..nampak ramai juga tourist yang berjalan-jalan bawa kamera DSLR..nak photo shoot agaknya..

trademark pekan Kuala Sepetang - replika helang laut atas bumbung bangunan ni
Meneruskan perjalanan balik kampung ke Kuala Kangsar, sebelum masuk highway, singgah dulu di pasar minggu Changkat Jering. Famous pasar ni, tapi nilah first time saya singgah disini..huhu. Nama je orang Perak..hihi..atas permintaan mak saya, nak beli kuih kat pasar ni..memang banyak orang jual kuih-muih..

Suasana pasar minggu Changkat Jering
beli kuih ni..tatau nama..cuma panggil cucur jawa je

ketupat palas - hari-hari Hari Raya
Terbil @ lastik - dah lama tak nampok
Selepas membeli kuih-muih segala, masuk highway, shoot terus ke KK..dari kuala ke kuala..the journey ends here.

30 comments:

  1. bestnya jalan2, makan2.. teman lapo.. aduii

    ReplyDelete
  2. Majalah 3 TV3 pernah buat liputan tentang Kuala Sepetang ni. Banyak udang memang dan pengusaha dia org Melayu yg dah kaya-raya. Siap ditunjuk macam mana pengusaha restoran cina dan hotel pun ambil darinya.

    Sebab itu mewah semua hidangan berudang belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee udang kuala sepetang memang famous..masakan lain pun banyak udang..bagus mcm tu..pengusaha Melayu dh kaya-raya..semoga tak lokek dgn udang2 dlm masakan..

      Delete
  3. Masya-Allah sampai lupa dah kakak ni..
    Moga pak saudara segera sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik saya dh operate, buang darah beku dlm otak, alhamdulillah, dlm proses pnyembuhan, berehat di rmh sepupu...

      Delete
  4. salam..akak sihat? soorry la kak lama tak menjenguk blog akk...internet problem...sedapnya kuih2..tu..terliuq...kuih lama memg best..x jemu mkan..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, alhamdulillah sihat. Kuih lama, kuih tradisi memang sedap, tk jemu mkn tapi susah nk jumpa..

      Delete
  5. Tenguk buah-buahan. kueh mueh yang pelbagai jenis.... emmm sedapnya. Sesekali ke ceruk kampung menjelajah makanan yang tak pernah jumpa pun best kan.

    ReplyDelete
  6. Pernah dengar Kuala Sepetang. Tak pernah sampai... Mungkin ada harinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala Sepetang ni famous sbb ada hutan paya bakau...tmpat buat arang. Famous jg dgn mee udang dan tmpat utk 'bird-watching'

      Delete
  7. kuala sepetang mmg terkenal dgn udangnya...sedap sangat makanan berudang ni kan...moga bapa saudara nohas cepat sembuh sediakala ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mmg sedap mknan dgn udang yg byk..bapa sdra alhamdulillah, sdg dlm proses pnyembuhan..

      Delete
  8. Assalamualaikum, lega mak nohas dapat tengok sendiri bapa saudara Nohas, bersyukur Nohas dapat bawa mak sekali arung makan angin buat liputan dan makan kuih lagi, mee udang tu terliurq gak, tapi kat umah dah lama tak stock udang huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..alhamdulillah dpt ziarah. Dah dekat, dapatlah singgah..walaupun ramai org..

      Delete
  9. Wahhh bestnya..jlna2 sambil makan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jg..seharian on the road, ada org drive lg best..

      Delete
  10. tepi kuih jawa tu ada lompang..saya suka lompang..lemak2 manis gitu..glupppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul kuih lompang..suka jg kuih ni..

      Delete
  11. kebetulan harini bunda nak balik kampung ...Taiping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga selamat semuanya..mmg best pulang ke kpg..

      Delete
  12. Salam Nohas....... Semuga pak cik anda segera sembuh....
    Dah lama tak ke Taiping..... dulu masa zaman sekolah selalu ke sana, ke quarters KTM Taiping....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..alhamdulillah, sudah semakin pulih..masa kecik2 selalu gi stesen bas Taiping saja, nak balik kpg kt felda ijok Selama..lalu stesen krtapi..buat apa gi quarters, melawat saudara ke?

      Delete
    2. masa tu pakcik duduk sana..... selalu juga ke pasar kemunting... cari ikan baung....

      Delete
    3. ikan baung??..tak kenal mcmana ikan tu..hehe..

      Delete
  13. Banyak kali dah sampai taiping nie... tapi belum pernah sampai lagi di kuala sepetang tu... :(
    Nak merasa Mee Udah Mak Jah tu ermm jauh sekali...
    Mungkin kerana selalu pegi tu kejap sangat kot... tak sempat nak singgah sana sini...
    Insyaallah akan sampai juga nanti... :) Nasi goreng udang tu ermmm... chedapnya nampak...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kalau ke Taiping dah dekat sgt dgn kuala sepetang..nasi goreng tu mmg sedap..

      Delete
  14. wah gerai laksa berasap pun masuk..sdap..pnah mkan sekali.. jarang juga saya ke taiping..tapi skali p..smua tempay nak melawat tambah2 zoo la..x muak2 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa berasap..tak seperti namanya, biasa saja..laksa + kuah udang...last prgi zoo taiping ni, masa sekolah rendah..masa tu tak berapa best sangat..sekarang ni mungkin dah best sbb tu x muak2 pergi ye..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...