Friday, 7 February 2014

Motivasi Bilik Tidur...

Assalamualaikum...entry lewat petang Jumaat. Seorang sahabat letak ini dalam group whatsApp..dalam Bahasa Inggeris, saja translate untuk exercise minda...(susah juga nak cari perkataan yg sesuai...). Untuk renungan bersama di petang-petang begini..

"Saya bangun dari tidur. Lantas berfikir, lalu bertanya pada diri sendiri: Apakah rahsia untuk berjaya di dalam hidup?  Tiba-tiba saya dapat jawapannya dari dalam bilik. 

Kipas berkata: Tenangkan diri anda..

Atap berkata : Letakkan cita-citamu setinggi mungkin..

Tingkap berkata : Lihatlah dunia..(secara maya atau fizikal..pergilah mengembara..)..

Jam berkata : Setiap minit itu berharga (masa itu emas..)

Cemin berkata : Fikir sebelum bertindak..

Pintu berkata : Bekerja keras untuk mencapai cita-citamu..

dan jangan lupa, Permaidani (Lantai) berkata: Rendahkanlah hatimu, bersujud dan bersolatlah..

tambahan..
Komputer/smartphone berkata: Gunakanlah aku semaximum mungkin untuk mencari ilmu, networking, marketing, internet business..

Berjaya itu subjektif...semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat..

The original version..
When I woke up this morning I asked myself: What are some of the secrets of success in life? I found the answer right there in my room.  The Fan said: Be cool.  The Roof said: Aim high, The Window said: See the world, The Clock said: Every minute is precious, The Mirror said: Reflect before you act, The Door said : Push hard for your goals, And don't forget, the Carpet said: Kneel down and Pray...

Have a nice weekend...

27 comments:

  1. wah hebat motivasi diri dari dlm bilik sendiri...

    ReplyDelete
  2. salam pagi isnin...ceria2 ke opis.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. untuk menjadi insan yg hebat..kena ada motivasi yg hebat..semoga bemanfaat..

      Delete
  4. Replies
    1. saya pun tertarik n terus rasa nak share it here..

      Delete
  5. Ringkas tapi penuh makna...! Thanks nohas :)

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang baik.. lepas ni nak tido lebih masa dalam bilik hahahaa :D

    ReplyDelete
  7. Motivasi buat kakak juga ni...
    Bukan mudah nak capai seperti dikatakan kalau tak cekal

    ReplyDelete
  8. Part yang last tu memang rasa syahdu je.

    ReplyDelete
  9. motivasi yang nampak simple tetapi penuh sinis dan pengertiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, tak terfikir benda2 statik ni, boleh diambil pengajaran..

      Delete
  10. Samgat membina, semua sekeling kita ni memberi makna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, memandang dan berfikir di luar kotak..

      Delete
  11. tahnx for sharing.. motivasi untuk diri snedirik gak ni.. heee

    ReplyDelete
  12. Terkesan dengan kata2 permaidani tu... rendahkanlah hati mu...
    Thanks nohas.. :)

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!