Wednesday, February 25, 2015

Balik kampung..hati girang..

Assalamualaikum..

Balik kampung masa cuti Tahun Baru Cina baru ni. Akhirnya, dapat juga makan ni..hajat terpendam sekian lama..

 Laksa telur goreng @ Laksa Pokok Limau, Kota Lama Kiri

Orang kuale baru sampai sini, orang luar dah sampai dulu..takpe, dahulukan orang jauh..hehe..

The verdict: Sangat OK, sedap..menepati citarasa..cuma telur goreng tu sedikit oily..

---------------------------------------------------
  Masa nak balik KL, mak buat ni...kuih lopes..daun pisang ambik kat kebun, buah kelapa kait kat pokok...bestnya, duduk kampung..

kuih lopes

kenapa dipanggil kuih lopes? entahlah macamana asal-usul nama ni..dari Portugis kot..teringat pula kat Diego Lopes de Sequeira...lepas tu Alfonso de Albuquerque..dah lama tak sebut dua nama ni..terpahat dalam lipatan sejarah Melaka 1511..history revisited..

----------------------------------------
  rakan sepejabat dilupa jangan, beli ni sebagai buah tangan..dapatlah merasa serba sedikit...walau secubit cuma..hehe..

 apam dalam daun pisang muda

Itulah saja..cerita makan-makan sempena cuti CNY..
ooo..balik kampung, hati girang..

42 comments:

  1. Balik Kuale ya!!! Sedapnya laksa tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..dtg kuale, bolehlah singgah makan di sini..

      Delete
  2. BALIK BERCUTI MKN2 MASAKAN MAK YG SEDAP...AIR TANGAN XTERLAWAN RASA ENAKNYA WALAU KUIH2 YG DIBUAT SIMPLE SAJA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..acara makan2 sekeluarga..

      Delete
  3. First time tgk lopez gulung camtu... Bukan ke patut segitiga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke...dari saya kecik, memang buat kuih lopes style mcm ni, nak potong guna benang, baru licin surfacenya..yg bentuk segitiga, saya jumpa masa kt KL....

      Delete
    2. Samalah seperti SS. Pertama kali tengok lopes begitu :)

      Delete
    3. cara tradisional mcm ni kot...

      Delete
  4. Replies
    1. selalu telor rebus..ni telur goreng..

      Delete
  5. wowww sedapnya semua food ni!
    kuih lopeh ni mmg legend habis..ayah sy selalu buat kt kg :)
    dulu sy selalu beli apam daun pisang kat area lubuk merbau..tapi sekarang dah xde jumpa da :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua sedap..kuih lopeh - kuih tradisional..orang veteran yg suka buat...apam daun pisang banyak dijual di pekan kuale..

      Delete
  6. Laksa telur?? pestime dengar ni.. hihi

    best tak??")

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa telur goreng..bestt, tekan masuk dlm kuah, kasi lembut..nyum, nyum..

      Delete
  7. Itu yg specialnya kita ada kampung kan..
    Bau environment kampung pun dah mendamaikan
    Apa lagi kalau kena makanan hasil dari tanah kampung ada keistimewaan yg sukar dibandingkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kak..setuju sangat..rasa aman damai je kat kampung...

      Delete
  8. laksa telur goreng tu baru femes dkt ipoh...
    beratur org beli nya!
    tapi x boleh mkn..sebab pantang laksa setaun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dekat, boleh beli nanti..

      kawan ofis akak, lepas bersalin pun pantang laksa setahun, katanya takleh makan kuah laksa sbb dimasak dua kali..

      Delete
  9. Teringin nak makan laksa kuale dengan telur goreng tu... Kuih jeniffer lopez tu fevret saya juga... Apam daun pisang tu tak pernah makan dan tak pernah tahu pun selama ni... nilah pestime tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh le dtg kuale..boleh try laksa telur goreng n apam daun pisang..sedapp..

      Delete
  10. Laksa telo goreng?....1st time dengar...rasa macam nak rasa jer...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik Taiping, boleh singgah kuale...telo goreng tu bhg telo putih je, depa buat banyak-banyak, berkeping-keping..

      Delete
  11. Wah... semuanya nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap...boleh singgah KK sekali lagi, mkn laksa ni pulak.. kuahnya tak cair mcm kuah laksa yg tepi sungai tu..

      Delete
  12. Unik2 lah juadah yg Nohas share ni. Tiga2 tak pernah tengok & rasa,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa tu depa improvise tambah telur goreng...kuih apam tu rasanya kat Kuala Kangsar je kot yg ada...kuih lopes - lontong style..

      Delete
  13. Assalamualaikum...
    akk... laksa telur goreng tu... opismate sy ada sorang orang kole... tiap kali balik msti tayang kt kiteorang gambo laksa telur goreng tu.
    apakah rasa nya ya... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tayang gambo je..ishh..ishh..kuahnya memang sedap..tekan telur goreng tu dlm kuah..perghh..

      kena dtg kuale lah nampaknya..

      Delete
  14. wah, 1st time tengok laksa letak telur goreng kat atas, dah macam tempura udon, kuah laksa... uih, boleh imagine tu rasa dia camna, sedap tu sis ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kuah laksa ni...telur goreng tu yg unik sikit..ramai orang dtg makan di sini..

      Delete
  15. kalau masak laksa sendiri kat rumah mesti guna telur rebus tak pernah letak telur goreng bak kata Nohas agak oily kan..better telur rebus or telur goeng ke dua2nya pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 sedap...makan laksa dgn telur goreng, rasa lain sikit tapi sedap jg..

      Delete
  16. Kita nak balik rumah mertua kat Taiping masa CNY tapi depa semua mai turun KL... Food mmg best kat Taiping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa pun nk berjalan-jalan ke KL...food memang best kt Taiping..sedap2..

      Delete
  17. salam sabtu Nohas, laksa telur goreng belum pernah makan lagi mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hari Isnin...kuahnya sedap, the whole food jadi sedap..

      Delete
  18. lama tak makan kueh lopes, biasa bulan puasa ada ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hari biasa, jarang org jual...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...