Saturday, 14 February 2015

Tangerines @ Mandariinid - Part 2

sambungan..

Waktu pagi di perkampungan Estonia di Abkhazia.

Yang depan rumah Ivo. Rumah Margus yg bentuk tigasegi

Ivo sedang memasak sup kentang. Ahmed, keluar dari dalam bilik. Dia dah sihat, penat berbaring, katanya, lalu duduk di meja makan.


Ivo hidangkan roti dan sup bersama cheese susu kambing. Ahmed mengucapkan terima kasih kepada Ivo kerana menyelamatkan dia dan meminta maaf kerana menjerit-jerit pada Ivo, nak bunuh askar Georgia.  Ahmed cakap mereka selalunya menghormati orang tua, sangat menghormati.




Sambil Ivo memasak dan Ahmed bersarapan, mereka saling memberi maklumat tentang diri masing-masing. Berkenalan secara santai. Ahmed sebenarnya seorang pemanjat gunung.


Ivo bertanya pada Ahmed, dia ada keluarga ke? Ahmed jawab, 'Ya. Saya berperang pun kerana mereka'.


Ivo rasa tak puas hati, nak bercakap sesuatu, tapi Ahmed awal-awal lagi beritahu Ivo, 'jangan nak berceramah pada saya. saya dah cakap yang saya hormati orang tua'..hehe..Ahmed dah jangka yang Ivo mesti nak membebel tentang statement dia tu.
Ivo menyiapkan satu lagi sarapan untuk askar Georgia. Dia nak buka pintu bilik, tetapi terhenti seketika, lalu berpaling kepada Ahmed.  

 
Dia mengingatkan Ahmed tentang janji mereka, janji Ahmed yang tidak akan membunuh askar Georgia tu di dalam rumah Ivo.


Ivo bertanya, boleh ke dia berpegang pada janji-janji Ahmed tu? Ahmed jawab 'jika awak orang Estonia lebih rela mati daripada mungkir janji, kami orang Islam pun begitu juga'. 


Ahmed berjanji lagi yang dia tidak akan membunuh dalam rumah Ivo.


Ivo dengan senang hati menjawab 'jikalau demikian, saya tidak perlu lagi kunci bilik askar Georgia ni'. 


 Ahmed bertanya tentang senapangnya. Ivo tak bagi.

Ivo keluar menemui Margus. Berbincang lagi tentang mejar askar yang berjanji nak hantar pertolongan petik buah-buah limau pada hari esok.


                             geram tengok buah limau, banyak betul
---------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya...di waktu pagi, di dapur rumah Ivo, Ahmed sudah habis bersarapan, sedang minum teh. Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dan askar Georgia keluar. Ivo memberi bantuan.

Ivo beri barang-barang askar Georgia tu.

Ahmed terus letak cawannya di atas meja dan terus masuk bilik.

Ivo panggil Ahmed keluar, suruh habiskan minum air teh.

Ahmed keluar, terus duduk berhadapan dengan musuhnya itu. Pertemuan pertama dua orang musuh..

  
Ivo duduk di antara kedua mereka dan memperkenalkan kedua-dua musuh..hehe..nama askar Georgia tu ialah Nika.

yang bercakap gembira berkenalan dengan awak tu ialah Ahmed

Walaupun nampak cool je, tapi suasana tegang. Perang mulut berlaku. Ahmed awal-awal beritahu yang dia akan bunuh Nika jika Nika keluar dari rumah Ivo. Jenguk kepala pun tak boleh.


Ivo menambah..

bhaha..kelakar, kelakar...

Nika tiba-tiba naik angin, terus simbah air tehnya ke arah Ahmed. Ahmed terperanjat, lantas bangun, tapi Ivo menenangkan dia. Ahmed seorang yang sabar.

Hee..geram tengok Nika tu, rasa nak hempuk-hempuk. Ivo bawa Nika masuk semula ke dalam bilik. Tak boleh nampaknya dua orang musuh ni, duduk sama-sama.

Tiba-tiba, Margus masuk, terus ke dapur, cari api, sejuk di luar. Mukanya monyok je.


Ivo dapat rasakan yang askar-askar tu tak datang untuk petik buah limau Margus. Ivo offer Margus minum, tapi dia tak nak lalu keluar. Kecewa, membawa diri.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ivo pergi ke rumah Margus, ajak Margus bersembang di luar. Cuaca bagus.

 
Mereka berbincang mengenai kedua-dua askar yang bermusuhan tu. Ivo beritahu Margus, kedua-dua mereka dah berjanji tidak akan membunuh di dalam rumahnya,


Margus bagi cadangan salah seorang askar tu berpindah ke rumah dia, tapi Ivo tak setuju, sebab mereka dah rosakkan pagar rumah Margus, lagipun , van askar Georgia yang dicampak ke dalam gaung, boleh nampak dari rumah Margus. Ivo ajak Margus datang ke rumahnya di waktu petang.

--------------------------------------------------------------------

Di waktu petang...di dapur merangkap ruang tamu rumah Ivo..Nika sedang membaiki tape, Ivo dan Margus sedang bermain dam dan Ahmed sedang berbaring di sofa...ada irama Arab padang pasir berkumandang dari corong radio...suasana santai..


Nika sedang baiki tape lagu dia yg putus, tiba-tiba dia bersuara, minta Ivo tukar channel lain..


Tapi Ahmed membantah. Tiba-tiba Ahmed bangun dan duduk mengadap Nika.

Ahmed nak berbaik-baik dengan Nika, diplomasi bagus.



Ahmed cakap dia suka muzik Georgia.

Ahmed bertanya Nika di mana tanah Georgia? Nika jawab disini, kemudian menuduh Ahmed duduk atas tanah Georgia, tapi Ahmed nafikan...dah mula dah, perang mulut..

Ahmed cakap dia berperang untuk pertahankan Abkhazia daripada orang Georgia


Nika dakwa Ahmed tak tau sejarah tapi Ahmed menganggap Nika mengarut.

Nika mengamuk, lalu bangun nak pukul Ahmed tapi dia sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya. Dia terhoyong-hayang

 Ivo dan Margus datang membantu


Ivo suruh Ahmed jangan provoke Nika, dia belum sihat lagi.

Ya, betul..kita kena pertahankan diri daripada musuh

bersambung bahagian last..

14 comments:

  1. hehehe... sambungan yang menarik, rasa lawak pulak tengok ahmed dgn nika tu bercakaran dalam rumah ivo... dah macam gaya 2 beradik bergaduh je, kehkehkeh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua orang musuh...luaran boleh control, dalaman membara je..

      Delete
  2. WAH MENARIK CERITANYAXSABAR NK BACA SAMBUNGANNYA N TAHU KESUDAHANNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarr...berusaha nak menyiapkan entry ni..

      Delete
  3. ceirta ni simple je tapi byk mesej yg disampaikan ... cool jer ivo dan margus tu kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...jalan ceritanya simple..kekuatan filem ni pd mesej yg nk disampaikan..

      Ivo dan margus..mereka neutral...kena cool..

      Delete
  4. hmmm sedihlah kalau ikuti bab politik nih... makin lama makin menyakitkan fikiran... tapi bagus juga saya baru tau kewujudan negara Abkazia nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. realiti kehidupan macam nilah, bila jd golongan minoriti, selalu ditindas..terdedah kpd etnik cleansing..pergolakan di Eropah tengah memang jarang di ketahui..

      Delete
  5. Alahai tak habis lagi ni hihi...
    Sernok juga melihat dua insan yg bermusuhan duduk dlm satu rumah
    Nika tu tak padan masih tak sihat tapi keras kepala
    Nak berlaga aje kerjanya... nasib baik ada janji tak mahu membunuh di dlm rumah tu
    Kalau tak sah ada yg mati dah..


    ps: kakak tunggu the next:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat review yg details..hehe...dua org musuh dlm satu rumah, dua2 dah berjanji..nak tak nak kena control macho..sesekali meletus jg perang mulut...cannot tahan nya..tambah2 ada provokasi..

      Delete
  6. Replies
    1. Ya, benar..filem yang banyak pengajaran...tq..

      Delete
  7. Perghhh! Menghayati betul citer ni eh... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja...bagi detailed review..hehe..jln cerita yg simple tapi menarik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!