Thursday, February 5, 2015

Tangerines @ Mandariinid

Assalamualaikum..

Lai..lai..musim perayaan datang lagi..buah limau mandarin di mana-mana..Tahun Baru Cina semakin hampir..

Sempena CNY celebration, ada ke sapa2 tengok filem Tangerines, di channel 456 A-list? best filem ni..tapi takde kaitan langsung dengan tahun baru Cina, walaupun tajuknya buah limau. Cerita perang etnik, cerita tentang kehidupan, sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan, perang psychology. Dah lama tak tengok cerita perang..

Apa yang best filem ni? pelakon semuanya lelaki, tua-tua, tak kurang handsome, takde perempuan langsung..err..ada sebenarnya, tapi dalam frame gambar je. Set penggambaran cuma dalam rumah, sekitar halaman rumah, dalam kebun limau. Bila nak last je, adalah jauh sikit..dekat tanah kubur tepi laut..itu je..tapi filem ni, semacam ada magis, menarik kita terlekat depan tv, tengok sampai habis..

Message yang nak disampaikan dalam filem ni sangat jelas. Yang bestnya, filem ni sangat 'adil' dalam menggambarkan akhlak orang Islam. Sebenarnya jarang dapat menonton filem tentang orang Islam dari negara-negara Eropah Tengah. Terpegun, macam tak percaya, negara non-Muslim seperti Estonia dan Georgia boleh buat filem macam ni *thumbs up*. Walaupun sekarang ni, heboh di seantero dunia tentang keganasan pejuang Islam, tentang IS (Islamic State), tapi filem ni menggambarkan orang Islam bukanlah ganas tapi bertoleransi.

Lokasi dan etnik group

Dalam filem ni, ada empat kumpulan etnik yang terlibat, Abkhazia, Estonia, Georgia dan Chechnya. Tempatnya di Abkhazia, dekat sempadan negara Georgia dan Rusia..meh semak peta dunia, kat mana Abkhazia...first time dengar nama ni..

Yang bertanda bulat tu ialah Abkhazia, lokasinya mengadap Laut Hitam (Black Sea). Dalam filem ni, ada kampung orang Estonia di sini. Estonia pulak kat mana? nun jauh di utara..merantau kot depa ni..


Dalam filem ni, yang berperang ialah Abkhazia dan Georgia. Abkhazia sebuah negara kecil, negara Islam. Georgia mendakwa Abkhazia sebahagian dari negaranya. Orang Chechnya menolong orang Abkhazia dalam perang ni. Negara Chechnya di mana pula? Republik Chechnya bersempadan dengan Georgia dan Rusia. Orang-orang Chechnya majoritinya beragama Islam.


Lokasi Chechnya
Permulaan 

OK, let's get started, gambar-gambar ni, ada yang snap terus dari tv, ada yang dicurik dari youtube, dah puas cari, takde yang English subtitles, bahasa Georgia pun takpe kan..hihi..ok, rolling...camera, action..


Filem dimulai dengan kehadiran dua askar upahan Chechnya ke bangsal pertukangan kayu milik Ivo, orang Estonia. Askar Chechnya tu namanya Ibrahim dan Ahmed. Mereka cari makanan, bertanya pada Ivo dengan baik dan Ivo melayan mereka dengan baik juga.


Ivo bawa Ibrahim dan Ahmed pergi rumah dia, utk ambik makanan

ini rumah Ivo, kampung style


Dah dapat roti dan air, masa nak balik, Ahmed bertanya pada Ivo, kenapa dia tak balik ke Estonia? Berani dia tinggal di sini waktu perang.

Sejak perang meletus, penduduk kampung semua melarikan diri, balik ke negara asal mereka, Estonia. Yang tinggal cuma dua orang je, Ivo dan jirannya Margus, yang ada kebun limau mandarin. Ivo cakap dia suka tinggal di sini.

Ni entah apa Ahmed cakap tentang limau mandarin. 
Lebih sayang limau mandarin dari nyawa, macam tu lah lebih kurang..hihi..

Kebun limau Margus

Bila Ahmed dan Ibrahim dah blah, Ivo berlari-lari anak ke kebun limau milik Margus. Dekat je dengan rumah dia. Kebun limau pula, sebelah rumah Margus. Margus masa tu ada atas pokok, tengah petik buah limau.


Memang masa ni pokok limau sedang lebat berbuah..hii geramnya. Margus sayang nak tinggalkan kebun dia. Mereka berdua tengah bincang macamana nak petik semua buah limau ni, pekerja semua dah lari. 

Margus bagitau Ivo ada seorang mejar askar bersetuju nak bagi 30-40 orang askar tolong petik buah limau. Ivo macam tak percaya, askar nak petik buah limau dalam masa perang?? hehe..

Persetujuan dari mejar askar tu

Kejadian tembak-menembak

Tak lama kemudian, sedang Ivo berehat di bangsal kayunya, terdengar bunyi tembakan dan letupan kuat dari arah rumah Margus.

Ivo berlari keluar, ternampak sebuah van berasap dengan tiga mayat terbaring atas tanah.  Ivo lari ke kebun limau, untuk check Margus. Margus menyorok di atas pokok limau, dia nampak van ni kejar jeep, ada adegan tembak-menembak.

 Van askar Georgia dan tiga orang askar Georgia mati kena tembak dengan bazuka Ahmed.

 Ibrahim dah meninggal. Ahmed tercampak keluar.

 
Tapi Ahmed masih hidup, dia cedera di dada. Ivo bawa Ahmed ke rumahnya untuk dirawat. 

Ahmed bertanya tentang Ibrahim. Mereka beritau Ibrahim dah mati.

Pengebumian askar Georgia dan jenazah Ibrahim
Ivo dan Margus keluar untuk mengebumikan semua askar yang terbunuh. Mula-mulanya nak dikebumikan semuanya dalam satu kubur, tapi Ivo cakap lebih baik kebumikan Ibrahim di tempat lain. Sedang mereka nak alih jenazah Ibrahim, tiba-tiba seorang askar Georgia mengerang sakit. Rupa-rupanya dia masih hidup lagi..

askar Georgia mengerang sakit di dalam kubur

Merawat musuh-musuh yang cedera

Mereka bawa pulang askar Georgia yang masih hidup ke rumah Ivo untuk dirawat. Dua orang musuh dalam satu rumah..hehe..menarik, menarik..


Ahmed ternampak askar Georgia dibawa masuk ke bilik sebelah. Dia bertanya itu Ibrahim ke? Ibrahim masih hidup? Ivo beritau 'bukan Ibrahim'.


askar Georgia cedera parah di kepala

Ivo suruh Margus panggilkan kawan mereka Juhan, seorang doktor. Ohh..ada lagi yang belum balik ke Estonia.


Selepas Margus pergi, Ivo masuk ke bilik Ahmed untuk pasang pelita sambil bertanya khabar Ahmed.


Ahmed bertanya siapa yang mereka bawa tadi? Ivo selamba je cakap, askar Georgia, dia cedera parah. Ahmed naik berang.


Ivo bagi amaran pada Ahmed, kalau dia nak bunuh askar Georgia tu, dia kena bunuh Ivo dulu. Tiada siapa beri kebenaran untuk membunuh dalam rumah ini.


Ivo malas nak dengar, terus tutup pintu. Juhan datang periksa kedua-dua askar yang cedera tu.

 Ivo bertanya kenapa askar Georgia tu sering berhalusinasi. 
Juhan cakap baguslah, nanti dia akan sembuh, maknanya otaknya masih berfungsi

Mereka bertiga keluar untuk tunda van askar Georgia.  Ivo cakap dia nak kunci bilik askar Georgia, takut Ahmed buat apa-apa pada dia yang terbaring sakit.


 Van dah ditunda dan dicampakkan ke dalam gaung.

 
 Mereka bertiga menunggu van tu meletup, tapi tak meletup pun.


benar, benar..siapalah translator fi;em ni ya!
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Perniagaan limau Margus

Setelah semuanya selesai, mereka kembali bekerja. Ivo di bangsal kayunya, sedang menyiapkan kotak-kotak kayu untuk isi limau Margus.


Margus risau kehadiran dua-dua askar yang bermusuhan tu akan merosakkan perniagaan mereka. Ivo marah pada Margus.
 

                                          Ivo berjalan balik ke rumah

Pengertian perjuangan suci Ahmed 

Buka saja pintu rumah, Ivo terkejut melihat Ahmed sedang tidur sambil memegang pisau di depan pintu bilik askar Georgia. Nasib baik Margus dah kunci bilik askar Georgia tu.



Ivo memapah Ahmed masuk ke dalam bilik. Ahmed meracau-racau, nak bunuh askar Georgia tu juga.



Ivo marah dan beri nasihat pada Ahmed.




Da bomb..begitu berkesan nasihat dalam bentuk pertanyaan pada Ahmed.

 Ahmed yang berjiwa kental


Ivo buka bilik askar Georgia, melihat dia sedang terbaring dengan tiub air di tepi katil. Sayu je masa ni.




Perang Citrus

Malam tu Doktor Juhan datang lagi untuk periksa askar Georgia. Margus dan Ivo bersembang di luar rumah. Margus bimbang askar Georgia atau Rusia datang ke tempat mereka. Dia risau tentang pokok limaunya.

 
 
 
 

Tiba-tiba Doktor Juhan datang dan beritahu askar Georgia tu dah sedar.


Askar Georgia dah bertambah sihat. Dia terdengar Ahmed terjerit-jerit dari bilik sebelah. Ahmed bertanya musuh dia ni dah sedar ke belum, dia nak bunuh askar Georgia tu.

 

Ivo pergi ke bilik Ahmed. Memekak je malam-malam.


 Ahmed nak tuntut bela di atas kematian Ibrahim

Doktor Juhan nak pulang ke Estonia. Dia berharap akan berjumpa Ivo dan Margus di Estonia. Seperti biasa jawapan Ivo, dia suka tinggal di sini.

Doktor Juhan beritahu dia tinggalkan ubat-ubatan 
dan cara penyediaan sebelum fly to Estonia.

Episod pengenalan pelakon utama, 4 orang je. Ada satu nilai kemanusiaan universal di sini - walaupun berbeza agama, kita perlu membantu mereka yang cedera/sakit di waktu mereka sangat memerlukan pertolongan. 

Bersambung..

42 comments:

  1. SS terpesona kat subtitle "Awak sudah naik gila tentang limau awak"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 susah nak translate ke bahasa m'sia..cannot find the right word..

      Delete
    2. hahahaha CT stop kat situ jugak nak make sure betul ke aku bace ni =D

      Delete
    3. mula2 tengok tu, nak tergelak jugak...asalkan penonton faham..haha..

      Delete
  2. menarik sekali filemnya dgn pengkisahan tema kemanusiaan yg melampaui segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, menarik filem ni..tema yg berbeza, suasana berbeza..

      Delete
  3. Kakak ni jenis jarang menonton tv jadi kalau ada yg buat entri begini memang kakak hayati betul-betul. Tapi sayangnya bersambung pulak hihi... macam tersangkut thrill yg sedang dinikmati..

    Pemaparan sebuah kemanusiaan sejagat. Best pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat dlm satu entri, panjang sangat, kak.. yg separuh lg, saya buat summary..

      Delete
  4. wah limau...buah favourite,bgusnya review..tertarik nak tengok,ssah nak jmpa filem yang mengangkat nilai kemanusiaan sekarang...banyak yang tak berpijak di bumi nyata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram tengok buah limau yg banyak di pokok...filem yg menggembirakan hati dan minda..

      Delete
  5. emmm......... udah lama sungguh tak nengok filem cina, dulu zaman sekolah memang suka sungguh tonton filem cina... tambah2 filem aksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu filem HongKong memang popular dgn Jackie Chan, Jet Li..sekrg ni dah kurang...akak pun dah lama nonton filem cina..

      Delete
  6. best lak bila baca sinopsisnya ... kat umah ni tak ambil pakej a-list . x dpt lah nak menengoknya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok di youtube, tapi tak dpat cari pulak yg ada English subtitles..

      Delete
  7. wow... tengok gaya cerita ni dari review sis, memang patut pun masuk A-list... hari tu tertengok cerita Jepun kat channel tu, tajuk dia 'still the water' kalau tak silap... menarik jugaklah... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem2 di A-list memang rare, jarang ditayang di TV, banyak yg best, tapi asyik ulang sampai sebulan..tu yang letih..

      Delete
  8. Lahaiii, da lame tak tengok wayang. Rindu zaman dolu2 asal ada filem baru je mesti meroyan nak g tengok movie..giteewww...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cuma tengok di astro je...lepak2 depan tv..

      Delete
  9. panjang jugak ni, masih mengerang kesakitan yang dijangka mayat..mungkin biasa terjadi masa perang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..panjang ceritanya..adalah 1jam lebih...cedera parah, mungkin pengsan mula2 nya..

      Delete
  10. Takde perempuan dalam scene??? Aih hebat, patut di tengok movie ni. Kira2 di youtube adake?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, takde pelakon perempuan, cuma ada dlm frame gambar sahaja..di youtube ada, tapi tak dapat cari yang ada subtitle English..

      Delete
  11. macam menarik jer jalan ceritanya...tapi bunda jarang tengok movie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik cerita ni sebab lain dari yg lain..tambahan pula ada cerita tntang org Islam, tu yg tengok sampai dua kali..

      Delete
  12. Alahai lambat lagi ke sambungannya?
    Kakak nak tahu juga kesudahannya
    Jgn pula inform kakak tau bila sambung:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk sikit kak dua tiga menjak ni, menguruskan mesy agong..buat entry pun berdikit-dikit..In shaa Allah, akan disiapkan juga..

      Delete
  13. "pula" - lupa lah.. typo error pulak dah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kalau dah update, nanti inform..

      Delete
  14. Satu review yang sangat menarik... saya suka baca sejarah dan peperangan adalah salah satu dari lipatan sejarah yg mesti diketahui...

    namun...

    saya sering ingatkan teman2 sesama muslim, untuk menambah jumlah penganut Islam dan mengurangkan jumlah penganut agama lain bukanlah dengan membunuh tapi berdakwah... bila dia memeluk Islam maka tujuan itu tercapai... membunuh hanya akan menyebabkan balas dendam dan akibatnya muslim juga akan semakin kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..peperangan salah satu dprd lipatan sejarah...apabila diserang pihak musuh, semua pihak wajib mempertahankan negaranya..

      zaman sekarang, strategi berdakwah bukan lg melalui peperangan, tetapi dgn cara diplomasi, menerang kebaikan ajaran Islam, etc..Islam itu indah..

      Delete
  15. CT memang jarang tengok tv.. kalau tengok pun jujurnya ni bukan genre pilihan..
    kalo mak maybe. dia suka tengok then sapa yang tak tengok kena dengar ulasan dia..
    first time tahu ada negara Georgia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun jarang tengok cite2 perang ni, tapi filem ni ada orang Islam, nak tengok persepsi non-Muslim tentang org Islam ni mcmana, mereka ni 'bias' ke tidak, nampaknya tak semua non-Muslim anti Islam...

      akak pulak tak tahu ada negara Abkhazia, negara orang Islam pulak tu..

      Delete
  16. Lohhh perang nk takluk tanah yg ada tanaman limau tu ke. A List? Huhuhu sedih sbb x langgan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan tempat yg brperang tu ada kebun limau...hehe..A List..ada cite best, ada jg yg boring..yg x best A list ni, dok ulang cite yg sama sampai sebulan..

      Delete
  17. Salam. Hee sungguh rajin mak tangkap gambar screenshot tv ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...memang mencabar nk tangkap gambar kt tv....banyak yg blurr..

      Delete
  18. Baca entri ni dah macam tengok filem dah. Gambar je tak gerak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak puaskan hati, buat detailed review..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...