Thursday, December 3, 2015

Ho Chi Minh: Ronda-Ronda Kotaraya 3

Selepas mengopi di the Workshop cafe, turun ke Ngo Duc Ke, pusing kiri, jalan terus, sampai di Nguyen Hue street dan dataran.

 Bitexco Financial Tower and National Treasury building

 ada Maybank, Citibank di sini

Berpatah balik ke arah Dong Khoi street. Hajat hati nak tengok Masjid Jamek di siang hari pula. Jom kita ke masjid..

 Khanhcasa - cantik teahouse ni
hati bagai digaru-garu untuk singgah, mengeteh pulak
hishh..takleh jadi, terpaksa skip tempat ni
tapi memang lawalah dekorasi dia, outlet di Le Loi pun cantik juga

 bingsu fresh mango snowflake di Caffe Bene
sedap betul nampaknya! outlet Malaysia ada kot..huhu..

 dah masuk Dong Du, kelihatan masjid hijau

 
 syiar Islam di Ho Chi Minh city

Selain dari nak tengok masjid, misi di Dong Du ialah nak cari satu lagi cafe yang menarik. Mengikut maklumat, Old Saigon Cafe ada di jalan ni. Mula-mula cari di deret masjid, tak jumpa, menyeberang jalan, cari belah sana pula, tak jumpa juga.

Tiba-tiba ada seorang waitress tegur, "Muslim? We serve halal foods". Rupa-rupanya saya lalu depan restoran Turki, Pasha.

 Pasha Restaurant
sederet dengan Restoran Halal@Saigon 

Menarik juga, dah lunch time, nak try makanan Turki pula. Waitress tu pun ajak saya tengok menu, ada di luar restoran, di kaki lima. Order set sekali dengan air.

 Turkish decoration

 Moussaka with beef sauce, pide bread dan teh limau ais
sedap giler, moussaka yang cheesy, roti yg lembut
harga VND199,000 before tax

Tak habis makan sorang, tapau bawa balik, konon-kononnya untuk dinner..hihi. Dah makan, jomlah balik, berehat. Berjalan semula menyusuri Dong Khoi. Terjumpa Art Arcade ni..
 
 singgah Art Arcade ni, jalan-jalan je

Lalu depan Opera House, corner kiri untuk ke Le Loi. Lalu depan Union Square ni, tengok ada pelancong mat saleh sedang ambik gambar bangunan ni. Saya pun sibuk nak ambik gambar juga, sebab bangunan ni cantik.

Union Square ialah high-class shopping complex, banyak kedai-kedai branded & specialty.. 

perincian pintu yang mewah

Sampai di hotel, berehat sekejap, kemudian keluar semula untuk sesi shopping di Ben Thanh market. Beli kacang gajus, beg kipling (orang kirim) dan dua buaian 'hammock'..hihi..singgah Kedai Rohani, beli tudung lagi..dah masuk empat kali ke Kedai Rohani..

Balik semula ke hotel, simpan barang-barang, sempat perabihkan roti pide dan moussaka tadi..huhu..kemudian keluar ke opera house, sebelum tu singgah cafe untuk claim free drink..memang best cafe culture di Ho Chi Minh ni.. 

bersambung next entry..  

28 comments:

  1. Bangunan lama di bandar ni kebanyakannya tinggalan peranchis ker...xtau sgt sejarah vietnam ni...sedapnya dpt makan di cafe turki ya cantik decorating cafe yg penuh permaidani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vietnam dulu bwh jajahan Perancis..sbb tu byk bangunan2 lama ada ciri2 French..first time mkn mknan turki, sedap betul n dekorasi cafe yg menarik..

      Delete
  2. Masjid dia ada sikit rupa macam masjid Itawon korea lah. Bangunan lama kadang antik dan cantik design dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada iras2 sikit..suka warnanya yg hijau lembut..sejuk mata memandang..

      Delete
  3. Kaki kakak penatlah hihi... macam terasa ikut jalan dgn No tau bila baca rentetan entri ini.
    Seronok pulak. Jalan-makan-shopping-sight seeing-jalan-ngopi- eh..ngeteh No tak suka ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih jg jalan2..hihi..tapi Dong Khoi dan Dong Du ni dkt2 je..suka minum teh tapi sbb nk mkn lunch trpaksa skip tmpat mngeteh yg cantik tu..huhu..

      Delete
  4. Salam akak.. Bestnye akk jalan2.. Nnti nk jln lg ajak lady deh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..nanti kalau akak ke Trengganu, boleh kita jalan2..

      Delete
  5. Wow nice buildings, nice architecture :D

    Set lunch moussaka below RM40, big portion ada beef and cheese, kenyang sampai boleh tapau roti tu untuk makan kendian, kira orait la tu *thumbs up* ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn ni byk bangunan cantik2..set moussaka tu mmg byk, mkn sorang tak habis..tapau, sambung makan kt hotel..

      Delete
  6. Replies
    1. bahagian ni banyak bangunan2 lama yg cantik2..

      Delete
  7. cantiknya bandar HCM ni...tinggalan penjajah Perancis,mujur tak dimusnahkan oleh Amerika

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg bangunan2 lama yg masih terpelihara..bahagian ni memang cantik..

      Delete
    2. haaa tudia.. singkap sejarah.. cantik bangunan klasik kan..

      Delete
    3. pelbagai bangunan klasik yg cantik2..

      Delete
  8. cantik bandar Ho Chi Min ni..bangunan nampak klasik.. teringin nak ke sana jg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhg ni memang cantik..banyak bangunan lama yg cantik...

      Delete
  9. citer HCM banyak citer makan.. CT suka !! ahaha.. when there is food.. there is CT lalala.. sedap heh tengok.. decoration kedai dahla unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia..hehehe..food n people..tak dapat dipisahkan..deko2 kt restoran cantik2 belaka..

      Delete
    2. betul.. antara reason why people travel.. i choose mostly sebab food kot and opcoz places la kan hehe..

      Delete
    3. kalau overseas, pilih places over the foods...dlm M'sia, pilih foods dulu..hihi..

      Delete
  10. sedapnya nampak turkish meal tu...portion dia mesti besar kan sbb tak larat nak abih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sungguh, portion dia besar jg..tak habis sbb sebelum tu dah pekena croissant & iced cappucino..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...