Tuesday, November 22, 2016

China : Xi'an - Suasana Pagi di Muslim Quarter (Part 2)

Assalamualaikum...sambung aktiviti JJCM di pagi hari di Muslim Quarter...

Dari masjid lama di simpang empat, bergerak ke utara, menyusuri jalan utama - Damaishi Street sambil melihat-lihat suasana pagi di Muslim Quarter..

 gerai di simpang empat depan masjid

 tingginya pengukus..😀

Check peta, ada satu lagi masjid di sini..sampai di pintu yang kelihatan uzur ni..

ada gambar kaabah dan masjidil haram di kiri kanan pintu masuk
sohih!! ini ialah masjid..jom masuk..

SubhanAllah, rumah Allah di bumi Xi'an

masjid berkubah hijau lagi, ada tiga kubah kali ni

 orang ramai..entah buat apa

 macam ada jamuan..should we stay a bit longer here..hehe..

 papan kenyataan..cantik kaler hijau

Tak tau apa nama masjid ni, seperti biasa, semuanya dalam tulisan Cina. Dalam peta, ditulis 'ancient mosque'.

Menapak lagi ke utara sampai jumpa satu lorong - Xiyangmiyuan - dalam peta ada ditulis Lvshan Mosque di lorong ni...jom check it out..

 Lvshan Mosque - masjid moden diantara bangunan


Dalam wikimapia, siap ada imej kamera kat tulisan masjid ni, entah-entah cantik kot masjidnya. Kami tak masuk cuma jengok dari pintu ni, gelap je, takde orang sebab bukan waktu solat. 

Berjalan lagi ke utara hingga sampai di pintu gerbang ni..

 pintu gerbang ke Muslim Quarter di sebelah barat-utara

ada pasar pagi di kawasan ni

Berpatah balik, singgah beli kuaci di gerai ni di lorong Masjid Lvshan

comel je anak cina ni, siap merangkak atas dulang2 kacang ni, sib baik bapak dia sempat kejar, dah sampai ke hujung gerai..pheww..nakal ye, babab kang..

 skuter roda tiga berkelubung kanvas 'hello kitty'..hihi..
mcm2 pe'el kenderaan kat sini

 singgah beli serbuk cili

 nak beli pau ni, tapi sebab 'communication breakdown'
langsung tak jadi..😃..

Bergerak ke selatan, melepasi simpang empat tadi..

 nyum, nyum..secret peanut..ada cop halal..

 elektrik skuter roda tiga...harga RMB3,980..ada yg berminat??..hehe..
akak jual raojimo sedang perati

 beli satu roti daging raojimo ni - harga 3.50 yuan

 special kuali utk menggoreng

sedap macam murtabak versi keras...😋

Dah malas nak jalan ke selatan lagi, berpatah balik ke Miaohou Street. Ok, habis sesi ukur jalan di Damaishi Street..

Konklusi:  
Ada tiga masjid di Damaishi Street - kawasan masjid luas-luas belaka, bagus Muslim di sini..mengimarahkan rumah Allah..
Di sepanjang jalan, di setiap ceruk, ada je gerai orang berniaga..😀
Aktiviti komersil di bahagian ni lebih santai, slow pace..
 
bersambung.

30 comments:

  1. Beautiful Mosque and good pictures.
    Follow each other.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, yup, the mosque is beautiful..

      Delete
  2. Jumpa masjid mesti jumpa makanan... memang tak sempat lapar kat sana eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt Muslim Quarter, mmg ramai org Islam berniaga di sepjg jln2 di sini..mmg tk sempat lapar..hihi..

      Delete
  3. Cantik nya masjid kubah hijau tu kan Nohas... klasik sangat masjid yg lain tu.. gerai makanan sentiasa ada, tak risau nak makan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kaler hijau..makanan halal mmg byk, takut tk memenuhi citarasa je..tapi so far ok je..

      Delete
  4. Kawasan masjid dgn suasana yg mendamaikan hati senang pula nk dptkn makanan kerna ramai berjualan mknan halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn masjid mmg luas, byk bangunan..kwsn org Islam, mknan halal melimpah ruah..rasa nk cuba semua..

      Delete
  5. Bangsa cina memang suka berniaga dik
    Sebab itu sana-sini mereka berniaga.
    Yg kakak suka sebab mereka ni Muslim - ok juga No ke sini kan sebab lokasi yg mudah utk bergerak. Maksud kakak nak makan/solat tak susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ramai brjualan di tepi jln..yg mmbeli pun ramai..mmg mudah nk mkn & solat..masjid byk..

      Delete
  6. Nampak sedap makanannya... meriah suasana berjualan. Syiok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far sedap2 makanan mrka, bolehlah ditelan...mmg syiok dtg ke sini..

      Delete
  7. Replies
    1. makmur dgn masjid di kawasan Muslim Quarter ni..

      Delete
  8. Pau panas2 tu nampak macam sedap jer, alaa sayangnya boleh tercetus communication breakdown pulak huhuhu... nasib sis dapat beli raojimo, pun nampak sedap lagi mengenyangkan. Peanuts tu pun nampak tasty :D

    Kuaci yang sis beli tu, kuaci biji labu ke biji bunga matahari? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt Xi'an, ada makanan dipanggil 'dumpling soup', mungkin pau ni utk 'dumpling soup' tu sbb belakang tu, ada restoran..kami nak beli tapau 2 biji je...dua2 tak faham..hehe..

      kuaci bunga matahari, yg belang2...byk jenis kuaci di jual di sini..

      Delete
  9. wow banyak mosque,cantik n besar-besar pulak tu..100% muslim ke kt xian ni?smbil explore sambil makan...nikmat betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Muslim Quarter ni, 100% Muslim kot..kat Xi'an, ada agama lain jg..etnik Han agama Buddha..jalan2 jumpa byk gerai makanan halal..

      Delete
  10. saw that peanuts, nampak sedap je. huhu

    ReplyDelete
  11. Sempat tak naik skuter roda tiga?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat, sbb fail berkomunikasi dgn driver..hihi..nk tanya tambang, nk turun kt mana..

      Delete
  12. 3 masjid? Mmg senang la nk solat kalau ke xian nk makan pun anytime boleh pilih apa nak sediakan perut dan duit je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu jalan, ada 3 masjid..mmg senang nk solat..makanan halal pun senang nak dapat..cuma antara lalu ke tak nak telan..kdg2 tak memenuhi citarasa..hihi..

      Delete
  13. Replies
    1. M kuasa 2...

      makan dan masjid.

      best kan kak

      Delete
    2. ya, betul...M kuasa 2..best aktiviti mcm ni..

      Delete
  14. Pengukus bertingkat tingkat tu dia jual pengukus ke jual pow?

    Errrr sbnr nya nk ty dia jual apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jual pau...ramai kot yg beli pau dia, pengukus tinggi benor..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...