Friday, 18 November 2016

China : Xi'an - Pengembaraan bermula

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat.

Let's get started. My Xi'an story. Sedikit info mengenai kota tua, Xi'an.

Xi'an, pusat pentadbiran Daerah Shaanxi di central China. Xi'an bermaksud 'Western Peace'. Di zaman Dinasti Han, dipanggil Chang'an (Perpetual Peace atau Eternal Peace).



Emperor pertama negara China, Emperor Qin Shi Huang membina Terracotta Army di Xi'an. Xi'an juga ialah tempat permulaan 'Laluan Sutera' pada masa Dinasti Han, sebab tu ramai orang Islam di sini. Menarik sejarah Xi'an ni.

------------------------

Isnin, 7 November 2016, Flight No. D7 346 bertolak pukul 6.15 petang dari KLIA2, selamat mendarat di Xianyang International Airport lebih kurang pukul 11.10 malam.

Flight penuh, tapi Alhamdulillah, duduk dengan seorang student Melayu dan Ah So, ketua rombongan dari Jinjang..ha'ah, lain tahun pegi Jinjang ←← dialog P. Ramlee. Sampai di airport, Ah So pegang bendera..

berkilat

Dah lepas imigresen, ambik beg, keluar je pintu, mata membuntang tengok nama-nama kat kertas yg dipegang oleh orang2 yang berdiri di tepi gate. Takde nama saya, takde orang tunggu. Ada sorang lelaki approach, tanya nak teksi ke idok, kami dengan confident cakap ada orang akan datang ambik...huhu..

Sebenarnya dah booking airport pick-up dengan Alley Youth Hostel. Dari hari Sabtu lagi, dah hantar reminder. Tapi takde reply. Lesson learned: kena confirm airport pick-up thru phone call or whatsapp. 

Rupa-rupanya depa reply emel pukul 8.40mlm hari Isnin tu, inform yang takleh nak provide pick-up service...pffft..macamana nak check emel di awan biru gelap..

Masa ni dah menggelabah giler. Teringat 'free public phone' dlm entry SS, cari dekat Pintu No. 314, nak call hotel. Rupanya dah takde...isk, isk.. 

Dalam hati dah merangka-rangka plan B, samada gamble je ambik teksi airport ke hotel atau tidur di Ground Transport Centre (GTC) sebab ada forumer pernah buat macam tu. Esok ambik airport bus ke Xi'an city, burn hotel booking. Dalam airport takleh tidur, airport tutup selepas last flight.

Di dalam kepekatan malam, saya akur, kita merancang dan Allah SWT juga merancang. Subhanallah, Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang dan Maha Sempurna. Dia datangkan student Melayu itu duduk disebelah saya didalam penerbangan. Sebenarnya bukan tempat duduk dia yang asal. Ada penumpang minta tukar seat sebab nak duduk dengan anak dia. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, student Melayu tu, Azwa namanya dan dua orang kawan dia datang menghulur bantuan. Mereka semua belajar di Xi'an Jiaotong University.

Housemate Azwa tolong telefon hotel. Hotel cakap dah lewat, depa takleh datang ambik..perghh, sakit hatiku. Dia cadang naik teksi airport je. Masa tengah berjalan nak ke tempat teksi, lelaki tadi datang approach lagi, tanya nak teksi ke idok..huhu. Housemate Azwa yang berurusan dengan lelaki tu. Nampak macam ok, setuju naik teksi dia. Rupanya dia tu agen untuk pemandu teksi. Teksi bandar, bukan teksi airport, bukan teksi sapu.

Mereka bertiga berbincang lagi dengan pemandu teksi, bargain tambang teksi, bagi no telefon hotel, siap pesan supaya hantar kami sampai depan hotel...huhu..terharu sungguh..terima kasih Azwa dan kawan-kawan..jasamu dikenang. Masa dalam flight, Azwa siap bagi nombor telefon dia, kalau-kalau nak minta pertolongan semasa di Xi'an..wo ai ni.

On the way ke Xi'an city, driver teksi ambik sorang penumpang lelaki, kawan dia. Kami dah suspens, fikir yang buruk-buruk je...mulalah baca macam2..ayat Kursi,  tiga Qul, qunut nazilah..apa2 je yang terlintas...huhu..

Bila teksi masuk je kawasan Muslim Quarter, nampak ramai berkopiah putih, baru rasa lega. Pemandu teksi dengan kawan dia ni baik, siap telefon hotel berkali-kali tanya direction, berhenti tanya orang, sesat barat jugalah...masuk lorong, keluar lorong..

Alhamdulillah, sampai juga di Alley Youth Hostel. Tambang teksi RMB120, tapi kesian pulak kat pemandu teksi tu, asyik telefon hotel je, bagilah sikit tips. Tapi still jimat, kalau tak, hotel charge RMB240 untuk airport  pick-up. Selamat duit ahkak...hehe..ada hikmah disebalik apa yang terjadi...Alhamdulillah, syukur.

=============

Dah settle check-in, penat angkat beg berat ke tingkat 4, bercadang untuk keluar dinner. Dalam flight tak ambik meal. Nampak kedai depan hotel masih lagi dibuka. Masa ni dah pukul 1 pagi.

Kedai tu jual roti keras dan sate kambing. Nak order guna bahasa isyarat je, asalkan faham..hehe. Tetiba mamat yang berdiri di belakang apek ni, cakap English, tanya kami dari mana. Rupa2nya bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak...hehehe...keciknya doniya...

 mamat ex-UIA yang baju putih tu..stock2 cina hensem
tetiba mention Wangsa Maju, dulu dia duduk kat situ

dua orang amoi tu tengah berdiang kat tempat bakar sate
maklumlah suhu dibawah 10 celcius


Memula beli roti tu dua keping, nak tapau makan kat hotel. Apek tu beria-ria suruh beli sate kambing. Dah sedia maklum yang sate kambing di sini memang sedap, tergoda juga, akhirnya beli 10 yuan..tak jadi tapau, makan kat situ je.

first dinner di Muslim Quarter
sedap giler sate kambing tu, banyak jg ada 13 cucuk
roti keras tu cicah air teh panas, percuma, depa bagi setekoh

End of Day 1

44 comments:

  1. Sate kambing kat China memang sangat sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..teringat-ingat sampai sekarang..

      Delete
  2. Hurmmm... Rata rata blog yg SS baca.. Most akan kena drama airport... Berderau baca kisah Ah Kak Nohas ni... Boleh bayang rasa cuak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg drama sungguh masa tu...kat airport, dalam teksi, rasa cuak je..tapi Alhamdulillah, jumpa orang yang baik2..

      Delete
    2. Teringat 'free public phone' dlm entry SS, cari dekat Pintu No. 314, nak call hotel. Rupanya dah takde...isk, isk..

      Diaorang baca belog sss lettew terus dah tiadakan free call tu...

      Ish ish ish

      Delete
    3. hehe..ada public phone tapi jenis yg pakai kad rasanya..

      Delete
    4. Ada try cari kat pintu lain x? Info kaunter jumpa x?

      Delete
    5. cari sampai melepasi pintu 314, tak jumpa info kaunter..patah balik sbb ingat nk ambik teksi airport je..

      Delete
  3. Setakat ni... Dah berapa destinasi China... Satay Kambing Xi'an still the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru first time ke China..destinasi pertama ni..
      betul tu sate kambing Xi'an memang terbaikk..

      Delete
    2. First g china ke guangzhou

      Delete
    3. wahh..guangzhou..tempat shopping borong..

      Delete
  4. "Lesson learned: kena confirm airport pick-up thru phone call or whatsapp"... This one... RAMAI yang tak buat dan amik mudah... Wajib buat double confirmation dengan pihak hotel di mana2 pon... Especially China!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..mmg pengajaran bila jadi mcm ni..cannot take things for granted..mmg seram bila sampai tengah2 malam mcm gini..kalau boleh tido di airport, ok jg..rasa lebih selamat..

      Delete
  5. Alhamdulillah dipertemukan student Melayu itu kan
    Kalau kakak entah gelabah macam mana tak tahulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kak..perancangan Allah, duduk sebelah student Melayu tu..gelabah giler masa tu, tapi cuba bertenang..fikirkan jln alternatif..

      Delete
    2. Betul tu kak.

      Allah sayang akk tu

      Delete
    3. Alhamdulillah..terasa kerdilnya diri..

      Delete
  6. Untung nohas bnyk kisah kebetulan yg amat memudahkan urusan di rantau orang..insya-Allah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kak..bila jadi macam ni, memang bersyukur sangat bila ada pertolongan..

      Delete
  7. Risaunya lah bila yg di janji nak ambil, tak dpt pick up plak kan.. syukur lah ada Azwa yg banyak juga menolong...memang ada hikmah nya duduk sebelah menyebelah dlm flight... alhamdulillah.. sedikit mencabar di situ.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya confirm dgn hotel ttg airport pickup..takpelah, jadi pengajaran..mmg bersyukur sungguh bila ada pertolongan di saat-saat genting mcm ni..dah lah tengah2 malam..huhu..

      Delete
  8. Permulaan yang mencabar jugak,memang kalut kalau tak menjadi as planned di tempat yang ada communication barrier,Alhamdulillah dipermudahkan juga urusan,bila travel memang banyak kebetulan yang rupanya ada hikmah sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat mengatasi kekalutan di awal perjalanan..ya, betul tu, kebetulan yg merupakan pertolongan dari Allah SWT...menggerakkan hati hamba2Nya..

      Delete
  9. Alhamdulillah datang pertolongan Allah masa kita tengah gelabah. Masa tu mesti rasa ya Allah, sayangnya Allah dekat aku😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akbar..masa tu rasa nak nangis mengenang betapa besarnya kasih sayang Allah SWT..

      Delete
  10. Alhandulillah.. Allah tahu apa yang terbaik. Hikmah yang ada kala kita nampak.. Ada kala juga kita xnmpk dan Allah je yg tahu.

    Nampak macam sedap je sateynya. Ada rasa macam Satey Kajang? Atau satey ni lg sedap..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..betul tu, Allah sebaik-baik Maha Mengetahui..

      Memamg sedap sungguh sate kambing di Xi'an ni..depa guna spice apa tah, sate ni lg sedap..huhu..

      Delete
    2. Aduh kak.. Nanti reen teringin cm mana...? Nak pergi sana.. Erkkk.. Nangis guling2 depan hubby pun belum tentu dpt g.. Heh :p

      Delete
    3. sate ni akk pernah mkn kt restoran cina muslim di Cyberjaya..dipanggil 'Sate Xinjiang'..rasa lebih kurang sama..kalau teringin, leh ajak hubby gi makan..hehe..

      Delete
  11. Baca citer akk... buat sy terasa nk g xi'an...
    Macam best je misi akk jalan2 tgk muslim kt xian.
    Hihihi...

    Tp 1st g guangzhou dh x best...
    Terus serik nk g china.
    Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tengok masjid2 yg pelbagai bentuk senibina..tak sangka byk betul masjid di Muslim Quarter..

      Xi'an ni ok jg..jgnlah serik..huhu..

      Delete
  12. Dtg sini sbb nk baca entri masjid...

    Ehhh xde pulak... hihihi...

    Cepat upload ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti dua hari ni siapkan sebrp byk entri yg boleh..trsilap tekan..huhu..tungguu..

      Delete
  13. Insya allah, balik dari jepun dan korea ni, saya akan ke sana (dalam perancangan). Terima kasih kongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tercapai hasrat sdr..in shaa Allah, bila dah ada niat, Allah permudahkan..sama2..

      Delete
  14. Heheh ya, betul kan sis? Kadang2 terasa macam kociknye duniya kan, Alhamdulilah :D

    Sate kambing dan roti keras cicah teh panas? Interesting meal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka jumpa ex-student UIA kt sini, mlm2 pukul 1 pagi..hihi..

      meals panas di malam yg dingin..ingatkan teh mcm kt M'sia..huhu..tawar betul tehnya..takde gula..

      Delete
    2. lorr... setekoh teh panas tawar :'3

      Delete
    3. teh tawar, roti pun tawar..mmg teh kt sini mcm tu kot...guna daun teh asli, kt Alley Hostel pun mcm tu jg..

      Delete
  15. aiyioo cuaaak nyaa kalo gitu and syukur ada adik2 tu semua membantu. memang Allah bukak laluan untuk diorang tolong akak. kalo CT memang gelabah habis dah tu. dahla jenis panic melampau. apa2 pun alhamdulillah semua selamat dan yang pahit2 tu kita kenang jadikan pengajaran kan.. yang manis2 je kita simpan and senyum senyum hehe..

    stop sini dulu.. will be back =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perancangan Allah tu sungguh sempurna..ya, betul, pengalaman pahit jadikan pengajaran..gembirakan hati dgn yg manis2..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!