Thursday, 18 January 2018

Jejak Warisan KL 3.0

Assalamualaikum...

Sambung entri Jejak Warisan.

Di sekitar kawasan Medan Pasar dan Lebuh Pasar Besar. Kawasan ni kalau hari cuti terutama hari Ahad atau hari cuti umum, ramai sungguh warga asing berkumpul. Dah macam dataran kat negara Bangladesh dan Nepal pulak.

Tapi di sini, banyak bangunan-bangunan kedai sebelum perang (pre-war buildings) yang menarik..
 
 menara jam di Dataran Medan Pasar


rumah-rumah kedai di Medan Pasar
dah jadi ''pedestrian street'

 
rumah-rumah kedai

Kafe Old Market Square
dulunya Sin Seng Nam Restaurant


Bangunan berusia 85 tahun

pandangan sisi - putih kuning

 pandangan belakang

Jom masuk Kafe Old Market Square, kita sarapan di sini. Dipunyai dan dipulihara oleh Datuk Ghani Abdullah, masih mengekalkan kondisi bangunan warisan.

 ada photo Yap Ah Loy

nasi lemak biasa + teh tarik = RM7.50

Di tingkat satu, ada galeri. Galeri ni dibuka pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.

di kejauhan

Menyusuri Jalan Tun H.S Lee..

bangunan putih

sejak tahun 1888


Maybank yang pertama di Malaysia
di Mansion House

dibuka pada tahun 1960

Oriental Building di Jalan Tun Perak

 dan permulaannya di sini - pertemuan dua sungai
Kuala Lumpur

34 comments:

  1. walaupun bangunan lama lebih 80 tahun, tapi nampak masih utuh dan tegap kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teguh binaan..boleh lebih 100 thn nampaknya..

      Delete
  2. memang mengimbau nostalgia bila menyusuri Medan Pasar dan Lebuh Pasar Besar ni. teringat zaman belajar di UM dulu. Kalau nak tukar bas mini kena tunggu di area sini utk balik ke rumah kakak di AU3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nostalgia kwsn ni..kena pick-pocket mnasa berebut naik bas mini kt kwsn ni, dulu panggil bangkok bank sbb ada bangkok bank kt area ni..

      Delete
  3. Tempat lepak zaman sekolah. Ai suka seni bina yang dikekalkan kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg bangunan2 lama masih dikekalkan senibinanya..

      Delete
  4. bangunan lama tapi masih cantik n kukuh binaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bertahan lg kot sampai 100++ tahun..

      Delete
  5. nostalgia dulu2 ni lah kawasan akak
    hihi....Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengimbau kenangan kawasan ni...tempat ambik bas mini..

      Delete
  6. So vintage~ Sejuk mata memandang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dapat dikekalkan bangunan ni semua...old is gold..

      Delete
  7. wahh masih dijaga dgn elok.. nampak klasik sgt ditengah bandaraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nmpk klasik..semoga tetap terpelihara utk masa depan..

      Delete
  8. Lamanya tak gi area ni..
    Nostalgia.
    Boleh tahan juga harga nasi lemak biasa + teh tarik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn ni yg menarik cuma central market, tapi sekrg ada river of life, nmpk best sikit..kalau gi hari cuti, mmg ramai Bangla berkumpul.

      nasi lemak biasa je, itulah harga tk menahan..

      Delete
    2. Ala..rindunya nak gi CM. Lama dah tak pergi

      Delete
    3. akk pun dh lama tak masuk CM..

      Delete
  9. jarang nak betul2 hayati warisan di kl ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan warisan untuk tatapan generasi akan datang, dah semakin pupus..

      Delete
  10. macam tak pernah melawat area sini. selalu pegi tempat tumpuan shopping je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn ni mcm takde apa yg menarik, boleh jalan-jalan dari central market ke masjid jamek...selalunya berjalan bhg belakang bangunan kafe ni..

      Delete
  11. Wow.. Menariknya buat jelajah macam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. local tourism...mengabadikan bangunan warisan..

      Delete
  12. Rasa macam tgk dokumentari sejarah kuala lumpur je kak. Hihi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bangunan2 lama..part of sejarah Kuala Lumpur...

      Delete
  13. how i wish one day dapat pusing2 KL macam ni jugak. leisurely jalan ambil gambar building and all. mesti menarik kan hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan2 ni dekat2 termasuk bgnan kolonial kt dataran merdeka..satu hari, rasanya leh cover..

      Delete
    2. pernah plan dengan kawan.. tapi ended up kami melepek dalam bilik sebab hujan lebat. hehehe..

      Delete
    3. hehe..kena plan lg nampaknya..Georgetown pun cantik2 jg bangunan2 heritage..

      Delete
    4. Georgetown bandar sendiri pun tak pernah habis pusing hahaha.. xdak geng nak teman =D

      Delete
    5. Georgetown lagi menarik..siap ada mural..

      Delete
  14. suka setiap bangunan disini..dulu zaman naik bas mini dating kat cm tu..huhu....baru tahu maybank pertama disitu..bangunan begitu kukuh..tp orgnya pasti ada yang sudah tiada..tengok bangunan tu pun teringat cerita p ramlee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangkok bank, cm..tempat naik bas mini, kenangan zmn 90an..hehe...ya, betul, kalau nk tengok bangunan kt kl di zaman 60an, dlm cerita p ramlee..cerita masam-masam manis..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...