Saturday, 6 January 2018

Sawah Padi @ Sekinchan

Assalamualaikum..

Sambung cerita jalan-jalan di Sekinchan, Selangor. Yang seronok di Sekinchan ni, di kiri jalan besar ada pantai dan laut, di kanan ada sawah padi. Tapi sekarang ni ada kerja-kerja pembinaan di jalan besar, nak melencong ke kanan, nak ke sawah padi tu agak payah sikit.

Di Sekinchan, kami pergi empat tempat ni je. Ada tempat menarik yang lain di sini, antaranya, La Familia Orchard dan Restoran Lembah Bernam.


Dari Pantai Redang keluar ke jalan besar, nak ke kawasan sawah padi, disebelah kanan jalan. Dekat pembahagi jalan, ada tanda arah ke La Familia Orchard. Check kat peta - masih lagi travel with paper..hihi..La Familia Orchard ni di Jalan Parit 6. ikut kereta depan buat pusingan U ke Jalan Parit 6. 

Ohh..lihatlah sawah padi terbentang luas..masa ni dah habis musim menuai..

   Sawah padi di Jalan Parit 6

Berjimba-jimba di sawah padi...jalan depan sikit, tengok ada jerami gulung pula...hot spot untuk photoshoot...


Jalan lagi mencari Kilang Beras Rakyat Sekinchan, milik syarikat PLS di Jalan Tali Air 5. Kita melawat kilang beras pula. Yang ni tengok dalam blog SS, teringin nak pergi..yaa, sampai juga..

 Kilang Beras Rakyat Sekinchan

 
 Tempat photoshoot bertemakan buah padi

 

Jom kita masuk kilang. Ramai pelancong bangsa Tionghua datang berbas-bas, dari Johor dan Singapura. Masuk kilang ni free je, di tingkat bawah, ada kedai jual beras dan barang makanan berasaskan beras seperti mihun, keropok beras, sabun.

Nak tengok tempat memproses padi, bayaran masuk RM5.00 sorang, kena naik level platform ni.


Bayaran masuk = RM5.00, dapat beras ni

beras utk souvenir

Mula-mula tengok tayangan video mengenai proses semaian, penanaman, tuaian padi dan proses menjadi beras. Padi ditanam dua kali setahun, dalam bulan Februari dan Ogos. Kalau nak tengok padi menguning, kenalah datang dalam bulan April atau bulan November. Kalau nak tengok jerami gulung, bolehlah datang bulan Jun atau Disember.

 bilik audio-visual

Kemudian, diperkenalkan barangan keluaran syarikat PLS.

 beras souvenir tadi, ada tiga tema 

 4 jenis beras 2kg dan keropok beras

sabun daripada beras

Dah habis sesi di bilik audio-visual, penerangan proses pengilangan beras (yang ni lihat dari atas je). Kemudian ke satu sudut yang ada maklumat mengenai beras dan pameran alat-alat yang digunakan dalam perusahaan sawah padi dan beras. Macam muzium mini gitu. 

komposisi sebutir padi

 
barangan antik 

kendian turun ke bawah, ke tempat jualan beras dan barangan lain.

 jualan beras

jualan barangan berasaskan beras

mesin pembuat keropok beras

mesin menanam padi

pokok padi yang masih berbuah

Berakhir sudah lawatan ke kilang padi. Bergerak pula ke dua tempat lagi, dekat-dekat je, SKC 3D art gallery di Jalan Parit 5 dan Padi Box, hotel kontena di Jalan Parit 4.

malas nak masuk, entrance fee = RM12

Memandu di batas ban-ban sawah, cuak juga, jalan kecil berbatu kerikil, ke Jalan Parit 4.

Padi Box di Jalan Parit 4

hotel kontena dan banglo di sawah padi

Berakhir sudah, jenjalan separuh hari di Sekinchan. Boleh juga meneruskan perjalanan ke Restoran Lembah Bernam di Jalan Tali Air 9 di Pasir Panjang yang menyajikan makanan eksotik. Tapi kami berangkat pulang, dah set nak makan cendol durian dan mi udang on the way ke Kuala Selangor.

 cendol durian Borhan - restoran tepi jalan besar
duriannya adalah sikit je, 
yang banyak perisa durian yang kaler hijau tu
harga = RM4.00

Mi udang banjir Kuala Selangor
harga = RM12.00, sedap juga, udang ada 6 ekor
restoran tepi jalan besar

Sekian, selamat berhujung minggu.

33 comments:

  1. Sekinchan Selangor, jauh tu..huhu..tapi Mana tau ada rezeki den Kan.

    Bestnya dpt jenjalan di sawah padi Kan, lagi2 kalo dpt tengah musim padi menguning tu, fefeling anak dara jalan tengah sawah tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, ada rezeki, akan sampai jg di sini...kena gi time padi masak, masa ni dah habis musim menuai..

      Delete
  2. saya sampai laaa ni tak pernah sampai sekinchan lagi..walaupun selalu disebut2 orang..hahaha.teruk sangat irda ni..cendol durian tu kalau letak durian sebijik kan bestu..mee udang 6 ekor udang besar2 tu kira ok harganya tu sis...nampak sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun baru sekrg ni jln2 ke Sekinchan, dulu pernah lalu je on the way ke Sabak Bernam..cendol durian lbh sedap kalau letak fresh durian, durian sekrg ni mahal bebenor harganya...mi udang tu sedap juga..

      Delete
  3. Teringin nak ke situ tapi musim padi berbuah baru cantik. Tak jauh dari shah alam. Ada lapang je saya pergi. Tapi kilang tu saya tak nak masuk sebab proses beras saya dah tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari shah alam dah dekat..pemandangan masa padi menguning lg cantik...tak pernah lg masuk kilang beras, pengalaman baru..

      Delete
  4. Replies
    1. murah dua, tiga ringgit dari harga pasaran..

      Delete
  5. Saya dah beberapa kali plan nak ke Sekinchan tapi tak jadi. Teringin nak stay kat hotel kontena tu. Dapat tengok gambar-gambar kat sini jadilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm best jer duduk kt hotel tu especially time padi menguning...pemandangan cantik..

      Delete
  6. Waa very informative, nice sharing sis *thumbs up :D

    Jerami gulung... nampak cool sangat, hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mereka yg nak cuti-cuti Sekinchan..

      first time tengok jerami gulung..mmg ramai sungguh yg berenti utk amik gambar..

      Delete
  7. Menarik ni. Teringin nak ambik gambar berkonsepkan sawah padi. Baru tau ada tempat macam ni kat Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb kt kpg takde sawah padi, itu yg rasa mcm best je sawah padi ni..hihi..baguskan, buat agro-pelancongan mcm ni..

      Delete
  8. Salam owner blog Al-Pakri.
    Mohon update blog list puan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog puan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih, akan update kemudian.

      Delete
  9. MMG SUKA JLN2 HALA KE SINI PMNDANGAN CNTIK N BNYK HASIL TANI BOLEH DIBORONG HARGA PUN OK

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, pemandangan cantik...boleh borong hasil tani & hasil laut..

      Delete
  10. Tak pernah lagi ke Sekinchan dan tak sangka cantik sangat kawasan itu..
    Biasanya nampak gulungan jerami padi dalam tv di luar negara tak sangka di Sekinchan pun ada..
    Semua pun tak sangka laaa.. Mungkin akan pergi ke sana dan rasai pengalaman sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun first time jalan-jalan ke Sekinchan...first time jumpa jerami gulung..ya, kena datang sini..macam2 boleh tengok..bersantai bersama keluarga..

      Delete
  11. beberapa kali jugak pergi sekinchan tapi tak pernah tahu ada kilang beras dekat sini. yang paling menarik, beras buat souvenir?? biar betikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. beras di packing air-tight untuk dijadikan cenderamata, door gift..menarik jg packaging dia..

      pernah dapat goodies bag yg ada beras mcm ni..

      Delete
  12. musim panen(menuai) kalau padi tengah hijau menguning lagi cantik view dia kan, cendol durian tak pernah rasa lagi, cendol bakar pernah makan sedap gak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpknya kena gi sekali lagi, masa padi menguning lak..dah tau jadual penanaman padi..cendol bakar penah makan sekali, sedap jg..

      Delete
  13. belum pernah sampai kat sini
    in sya allah kena bawa anak2 nie...
    terima kasih infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi time tghari/petang, baru best, ada bot2 nelayan..boleh beli ikan fresh from the sea..

      Delete
  14. Tak pernah lagi jalan-jalan di Sekinchan selangor ini.. Menarik juga kilang padi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jalan2 di Sekinchan & melawat kilang padi..

      Delete
  15. Artikel dan foto-foto menarik! Kunjungi juga Longji Rice Terraces di Guilin China. Baca juga artikel di stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/sawah-padi-di-longji.html.
    Lihat juga video di Youtube https://youtu.be/-FEADXHsiSM

    ReplyDelete
  16. Hie.. agak2 brp jam diperlukn utk melawat kilang beras?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lbh kurang sejam lebih, tengok video, penerangan ttg proses padi menjadi beras & mini muzium....souvenirs shop..

      Delete
  17. wahh sunggut kejam n menggiurkan cendol durian ituuuh mak bukit ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..time bulan puasa ni, tersiksa jiwa raga tengok makanan..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!